Anda di halaman 1dari 22

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 ABSTRAK……………………………………………………………………...

2.0 PENGENALAN………………………………………………………………..

3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEHIDUPAN

FLORA DAN FAUNA ZAMAN PLEISTOSEN DAN HOLOSEN…………

3.1 Pencairan Ais

3.2 Perubahan Iklim

3.3 Flora

3.4 Fauna

4.0 CIRI-CIRI ZAMAN PLEISTOSEN DAN HOLOSEN………………………

4.1 Petempatan

4.2 Cara Hidup

4.3 Peralatan

4.4 Teknologi

4.5 Agama dan Kepercayaan

4.6 Kebudayaan

5.0 KESIMPULAN………………………………………………………………….

6.0 LAMPIRAN …………………………………………………………………….

7.0 SENARAI RUJUKAN………………………………………………………….


1.0 ABSTRAK

Ini adalah merupakan sebuah esei yang membicarakan mengenai zaman Pleistosen dan Holosen
di Nusantara. Esei ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu bahagian pendahuluan yang
membicarakan mengenai definisi zaman pleistosen dan holosen. Bahagian seterusnya dalam esei
ini pula membicarakan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi kehidupan flora dan fauna
pada zaman Pleistosen dan Holosen di Nusantara. Adalah didapati bahawa terdapat beberapa
faktor yang mempengaruhi kehidupan flora dan fauna pada zaman pleistosen dan holosen.
Antara faktor yang mempengaruhi kehidupan flora dan fauna zaman pleistosen dan holosen
adalah seperti faktor pencairan ais yang seterusnya telah membawa kepada pembentukan muka
bumi yang baru iaitu terbentuknya pentas sunda dan pentas sahul. Faktor seterusnya yang
mempengaruhi kehidupan flora dan fauna adalah seperti perubahan iklim. Faktor-faktor inilah
yang akhirnya mempengaruhi kehidupan flora dan fauna pada zaman tersebut lalu mengubah
kebudayaan fauna di Nusantara yang dapat dilihat menerusi aspek atau ciri-ciri seperti
petempatan, cara hidup, teknologi pembuatan, peralatan agama dank kepercayaan dan lain-lain
lagi. Bahagian yang terakhir dalam esei ini adalah merupakan kesimpulan bagi keseluruhan
tugasan esei ini. Di samping itu juga, sebagai penyedia esei ini kami juga telah meletakan
beberapa gambar yang berkaitan dengan kehendak soalan esei ini.
2.0 PENGENALAN
3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEHIDUPAN FLORA DAN FAUNA
ZAMAN PLEISTOSEN DAN HOLOSEN

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kehidupan flora dan fauna pada zaman
Pleistosen dan Holosen. Antara faktor yang mempengaruhi kehidupan flora dan fauna pada
zaman Pleistosen dan Holosen adalah seperti pencairan ais yang telah membawa kepada
perubahan bentuk muka bumi dunia. Di samping itu juga, perubahan iklim yang tidak
menentu telah mempengaruhi kehidupan flora dan fauna pada zaman Pleistosen dan Holosen
di Nusantara.

3.1 PENCAIRAN AIS

Zaman Prasejarah di Nusantara boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu zaman
Paleoltik, Mesolitik, Neolitik dan zaman Logam. Umumnya, zaman Paleolitik termasuk
dalam era zaman Pleistosen. Pada zaman Paleolitik atau Pleistosen, keadaan bentuk muka
bumi Asia Tenggara adalah berbeza daripada keadaan yang wujud pada hari ini. Berdasarkn
kepada kajian geologi, zaman Pleistosen turut dikenali sebagai Zaman Air Batu. Zaman ini
bermula pada lebih kurang antara 1.5 juta dan 2 juta tahun yang lampau dan zaman inbi
berakhir dengan kedatangan zaman Holosen yang bermula lebih kurang 10000 tahun yang
lalu.

Orchiston dan Siesser serta beberapa orang pakar Pleistosen Afrika telah membuat
beberapa pembahagian mengenai zaman ini. Zaman Pleistosen terbahagi kepada tiga tahap
iaitu zaman Pleistosen Awal yang bermula antara lebih kurang 1.6 juta tahun hingga 700000
tahun yang lalu, antara tahun 700000 tahun hingga 125000 tahun dahulu dikenali sebagai
zaman Pleistosen Pertengahan manakala zaman Pleistosen akhir antara 125000 tahun hingga
10000 tahun dahulu. Pembahagian ini adalah bertujuan untuk memudahkan kronologi dan
ianya bukanlah suatu penentuan jangkamasa yang mutlak.

Pada zaman Pleistosen, suhu dunia adalah lebih rendah dan cuacanya adalah lebih sejuk
daripada yang dirasai pada masa kini. Malahan suhu yang dialami di kawasan tropika pada
zaman itu juga dinyatakan turut mengalami suhu yang sejuk berbanding dengan suhu
kawasan tropika pada masa kini.1 Penyelidik di Eropah menyatakan bahawa sejak zaman
Pleistosen dunia telah mengalami kira-kira empat kali glasier yang sejuk yang dikenali
sebagai Gunz, Mindel, Riss dan Wurm. Antara kala glasier ini , menurut F. L. Jocano, telah
berlaku tiga kali antaraglasier yang panas. Semasa penglesieran ini berlaku, sebahagian besar
daripada kawasan hemisfera utara dan selatan adalah didapati telah diselubungi oleh air batu
dalam jangka masa yang lama.

Keadaan ini telah menyebabkan beberapa zon khatulistiwa mengalami penurunan suhu.
Apabila berlakunya penglasieran, paras laut telah mengalami penurunan suhu. Namun pada
kala antaraglasier, pencairan air batu telah berlaku dan keadaan ini telah mengembalikan
semula air ke laut dan meningkatkan paras laut. Ketidakstabilan paras laut telah

1
Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992, Malaysia : Warisan Dan Perkembangan, Penerbit
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, halaman 3.
meninggalkan kesan yang paling penting pada zaman Pleistosen. Ekoran daripada
ketidakstabilan paras laut ini maka terbentuklah jambatan semulajadi yang menyambungkan
Alaskan dengan Siberia, England dengan Eropah dan kebanyakan Kepulauan Indonesia
dengan Tanah Besar Asia.

Dengan terbentuknya jambatan semulajadi atau yang lebih dikenali sebagai Pentas Sunda
maka kawasan daratan menjadi semakin kecil berbanding sebelum munculnya jamabatan
semujadi ini. Diaggarkan bahawa dasar Pentas Sunda adalah seluas 1.8 juta km persegi. Keadaan
ini jelas menunjukan suatu siri perubahan geofizikal iaitu lipatan, gelinciran, letusan gunung
berapi dan hakisan.

Pemahaman tentang keadaan geologi di Nusantara merupakan antara usaha yang penting
untuk memberi suatu gambaran yang jelas tentang proses pembentukan budaya masyarakat
Prasejarah di Nusantara. Pada zaman Pleistosen, maklumta turun-naik oaras laut merupakan
antara maklumat yang paling penting diketahui olegh setiap penyelidik dalam memahami
pembentukan kebudayaan masyarakat di Nusantara.

3.2 PERUBAHAN IKLIM

Pada zaman Pleistosen, perubahan iklim sejuk dan panas sering berlaku. Hal ini adalah
disebabkan oleh dunia pada masa itu mengalami kala glasie dan kala antaraglasier. Kala glasie
merupakan iklim yang sejuk manakala kala antaraglasier dicirikan oleh iklim panas. Pada kala
glasier suhu turun sehingga 15 darjah celcius. Manakala pada kala antaraglasier, suhu menjadi
lebih panas sekitar 2 hingga 3 darjah celcius. Keadaan suhu pada masa itu adalah berbeza
berbanding dengan suhu pada masa sekarang.
Kawasan Nusantara tidak banyak menerima kesan pngglasieran. Hal ini adalah
disebabkan oleh kedudukan kawasn Nusantara di dalam zon Khatulistiwa. Namun demikian,
terdapat beberapa wilayah di rantau ini mengalami kesan pengglasieran. Di mana kawasan
tersebut mengalami iklim yang lebih sejuk berbanding dengan iklim pada masa sekarang.
Kawasan Nusantara memiliki iklim yang bercorak iklim Tropika. Iklim Tropika yang dialami di
kawasan Nusantara telah menyebabkan kawasan ini mengalami panas, lembab dan menerima
hujan sepanjang tahun. Suhu yang dianggarkan pada masa itu adalah lebih kurang 20 darjah
celcius. ( F. L. Jocano , 1975 : 42).

Iklim Kurternari merupakan kesan terbesar yang dialami di kawasan Nusantara. Iklim
Kuarternari telah menyebabkan berlakunya penurunan dan peningkatan paras laut. Penurunan
paras laut adalah disebabkan oleh poerluasan ais yang dibentuk dari air laut. Adalah dinyatakan
bahawa suhu antaraglasier iaitu suhu yang panas telah mencairkan ais. Keadaan ini telah
menyebabkan paras laut semakin naik. Malahan penurunan paras laut yeng telah mencapai
kedudukan sehingga -130 m, iaitu dibawah paras laut sekarang. Selanjutnya keadaan ini telah
mnyebabkan pentas Sunda terdedah dan membenuk sebuah jambatan semulajadi yang
membenarkan organisma daratan menyebarkan spesiesnya ke kawasan yang tidak pernah
didiaminya. Di samping itu juga, perubahan cuaca akibat perubahan suhu dunia telah membawa
kepada perubahan nama zaman geologi. Nama zaman Pleistosen telah bertukar kepada zaman
Holosen yang dianggarkan bermula lebih kurang 11000 tahun dahulu.
Dengan ini dapatlah dinyatakan bahawa perubahan suhu pada masa itu telah
menyebabkan perubahan bentuk muka bumi di kawasan Nusantara. Borneo dan Kepulauan
Indonesia telah terpisah dari Semenanjung Malaysia apabila Pentas Sunda ditenggelami air.2

3.3 FLORA DAN FAUNA

Zaman Pleistosen telah membawa kepada perubahan alam sekitar yang seterusnya membawa
kepada migrasi haiwan, modifikasi dan pemupusan. Perubahan yang berlaku pada alam sekitar
pada masa iu adalah disebabkan oleh aktiviti gunung berapi, hakisan dan perubahan turun-naik
paras laut. Pada zaman itu, sejarah manusia dan haiwan akan dikaitkan dengan penenggelaman
dan pendedahan Pentas Sunda yang telah mewujudkan jambatan semulajadi yang terbuka luas
untuk petempatan manusia dan haiwan. Migrasi fauna khususnya vertebrata ke kawasan lain

2
Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992, Malaysia : Warisan Dan Perkembangan, Penerbit
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, halaman 3.
adalah disebabkan oleh faktor bekalan makanan dan kesesuaian iklim. Apabila haiwan dapat
mencari sumber makanan dan air yang menukupi serta iklim yang sesuai, keadaan ini
membolehkan haiwan atau manusia pada masa itu meneruskan kehidupan sehariannya.

Terdapat beberapa bukti penemuan tentang tumbuhan Pleistosen. Bukti tentang tumbuhan
Pleistosen ini telah ditemui di Sumatera dan Jawa. Bukti yang diperoleh dari Trinil, Jawa adalah
sejenis mikrofosil tumbuhan dari zaman Pleistosen Tengah. Trinil merupakan sebuah kawasan
dimana fosil ‘ Java Man ‘ dijumpai. Di samping itu juga, terdapat bukti penemuan dari Lembah
Kerinchi, Sumatera yang berbentuk dua debunga yang dianggarkan usianya lebih kurang 11000
tahun yang lalu. Dengan penemuan fosil ini, ianya secara tidak langsung dapat memberi
maklumat dan gambaran mengenai persekitana manusia awal.

Selain daripada itu, Hutan Hujan Tropika yang tebal juga merupakan sumber makanan yang
penting terutamanya haiwan herbivor. Apabila berlakunya penenggelaman Pentas Sunda,
kawasan hutan menjadi semakin kecil. Keadaan ini seterusnya menyebabkan haiwan dan
manusia ya ng hidup pada zaman itu bergantung hidup kepada perubahan persekitaran alam
manakala haiwan yang gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan persekitaran akan
mengalami kepupusan.

4.0 CIRI-CIRI ZAMAN PLEISTOSEN DAN HOLOSEN

Manusia hanya wujud pada zaman Pleistosen. Kebudayaan lahir apabila wujudnya interaksi
antara manusia awal denagn alam persekittaran. Maka keadaan ini telah membentuk beberapa
ciri kehidupan manusia pada masa itu yang dapat dilihat menerusi aspek petempatan, agama dan
kepercayaan, perubahan teknologi, penggunaan peralata, cara hidup dan sebagainya.
4.1 PETEMPATAN

4.2 CARA HIDUP


4.3 TEKNOLOGI PEMBUATAN
4.4 AGAMA DAN KEPERCAYAAN
4.5 KEBUDAYAAN
5.0 KESIMPULAN
6.0 LAMPIRAN
RAJAH 1.1 ; PETA PENTAS SUNDA

RAJAH 1.2 : PETA NUSANTARA SEBELUM MUNCULNYA PENTAS SUNDA

CONTOH-CONTOH JUMPAAN FOSIL


RAJAH 1.3 : TENGKORAK FLORESMAN

H. floresiensis skull, Liang Bua Cave, Indonesia

RAJAH 1.4 : Homo floresiensis

(Liang Bua Cave, Indonesia) and a

modern human skull


RAJAH 1.5 : Comparison of mandibles from

Laetoli Australopithecus afarensis LH4 and

Homo floresiensis LB6


7.0 SENARAI RUJUKAN

Aziz Deraman. 1975. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia ( Suatu Pengenalan Latar
Belakang Dan Sejarah Ringkas). Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan
Malaysia.

Zainal Abidin bin Abd. Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof Ibrahim, Nik Hassan Suhaimi dan
Mohd. Amin Hassan. 1992. Malaysia : Warisan Dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.