Anda di halaman 1dari 5

PERBAHASAN DEBAT

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK


DALAM BAHASA MELAYU LEBIH BAIK BERBANDING BAHASA
INGGGERIS

PIHAK PENCADANG : AGNES CHAN


JILLIAN MATHEWS

PIHAK PEMBAKANG : TAUFIQ HAQIM


SYARAFINA

PANTUN

CAHAYA MATAHARI MENYILAU MATA,


RASA PEDIH BERUSAHA MENAHAN,
LAFAZ BISMILLAH PEMBUKA KATA,
PERBAHASAN KAMI SEGERA DIMULAKAN.

BAHASA MELAYU BAHASA IBUNDA,


BAHASA KEBANGSAAN NEGARA MALAYSIA,
BERBANGGALAH KITA MENGGUNAKANNYA,
MENAIKKAN MARTABAT MARUAH BANGSA.

BAHASA INGGERIS BAHASA PERANTARA,


BAHASA PERHUBUNGAN ANTARA BANGSA,
TIADA SALAH TIADA CELA,
MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASANYA.
HUJAH PIHAK PEMBAKANG

1)MEREKA YANG BERSEMANGAT KEBANGSAAN MELAYU TIDAK HARUS


UTAMAKAN HANYA PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA SAHAJA TETAPI JUGA
MELIHAT BANGSANYA BERDIRI SAMA TINGGI, DUDUK SAMA RENDAH
DENGAN BANGSA-BANGSA YANG MAJU DI DUNIA. HANYA DENGAN FASIH
BERTUTUR KATA DALAM BAHASA SENDIRI DENGAN ILMU PENGETAHUAN
YANG CETEK TIDAK AKAN MENJADIKAN BANGSA KITA MULIA DAN
MAMPU BERSAING DENGAN JAYANYA DENGAN BANGSA-BANGSA MAJU
DAN DIANGGAP SETARAF DENGAN MEREKA.

2)KITA DIBERITAHU NABI BERSABDA” TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE


NEGERI CHINA”. APAKAH DAPAT ORANG ARAB TUNTUT ILMU ORANG CINA
TANPA MEMPELAJARI BAHASA CINA, LISAN DAN TULISAN, TERLEBIH
DAHULU?
KITA JUGA TAHU ORANG ARAB TELAH MENGUASAI ILMU SAINS,
MATEMATIK DAN FALSAFAH YANG DITEROKAI OLEH ORANG
YUNANI(GREEK) DAN MENTERJEMAHKAN ILMU-ILMU INI KE DALAM
BAHASA ARAB SEBELUM KAJI SELIDIK DIJALANKAN UNTUK MEMPERLUAS
ILMU-ILMU INI.
MALANGNYA, KEADAAN SEKARANG TIDAK SEPERTI ABAD KE-15 DAN
SEBELUMNYA.ILMU DI ZAMAN DAHULU TERHAD, DAN TIDAK BERTAMBAH
DENGAN PESAT LAGI.

3)DI ZAMAN INI, ILMU SAINS DAN MATEMATIK YANG AMAT PENTING
UNTUK MEMBANGUN DAN MEMAJUKAN MASYARAKAT MANUSIA,
KEMBANG DAN BERTAMBAH DENGAN PESATNYA. TIAP HARI, TIAP BULAN
DAN TIAP TAHUN, ILMU BARU YANG DIPERBAHARUI SEPANJANG MASA,
DIPERKENALKAN OLEH PARA SAINTIS DAN PENGKAJI SELIDIK KEPADA
MASYARAKAT DUNIA. ILMU MATEMATIK TERUTAMA ALGORIZMI DAN
PERHITUNGAN YANG KOMPLEKS DIGUNAKAN UNTUK MENGETAHUI APA
HASIL JANGJA PANJANG DARIPADA SESUATU TEORI DAN UNTUK
MENENTUKAN GERAKAN BINTANG DI LANGIT SUPAYA KAPAL ANGKASA
DAPAT MENEMUI SASARAN SETELAH BERJALAN BERBULAN-BULAN.
4) HAKIKATNYA IALAH JUMLAH ILMU BARU DAN KEPANTASAN
PERKEMBANGANNYA TIDAK DAPAT DIKEJAR OLEH PENTERJEMAH
MELAYU YANG SEDIKIT YANG ADA. HARUS DIINGAT UNTUK
MENTERJEMAH TIAP ILMU KHUSUSNYA DALAM BIDANG SAINS
MEMERLUKAN BUKAN SAHAJA KEFASIHAN DALAM BAHASA ,ELAYU DAN
INGGERIS, TETAPI JUGA KEPAKARAN DALAM ILMU BERKENAAN. KITA
TIDAK MEMPUNYAI DENGAN MENCUKUPI ORANG YANG BERKEBOLEHAN
SEPERTI INI, SANGGUPKAH MEREKA BEKERJA SEBAGAI PENTERJEMAH
SEUMUR HIDUP MEREKA?

5) SEBALIKNYA, JIKA KITA BELAJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM


BAHASA INGGERIS, KITA AKAN DAPAT AKSES SECARA LANGSUNG SENDIRI
SEMUA ILMU YANG DITEROKAI DAN DIBUKUKAN DALAM BAHASA
INGGERIS TANPA MENUNGGU PENGALIH BAHASA KITA. TIAP-TIAP TAJUK
YANG TERKINI DAN YANG LAMA TERBUKA UNTUK KITA MENGUASAINYA.
DENGAN INI, KITA TIDAK AKAN KETINGGALAN DARIPASA SEGI ILMU
PENGETAHUAN DENGAN BANGSA YANG MAJU.

6) JIKA KITA ABAIKAN ILMU INI SEMATA-MATA KERANA KITA LEBIH


UTAMAKAN BAHASA KITA, DAN DENGAN ITU KITA JADI BANGSA YANG
KOLOT DAN LEMAH, DAN DIHINA ORANG, KITA TIDAK BOLEH DAKWA
YANG KITA ADALAH PEJUANG BANGSA DAN AGAMA. ORANG YANG RELA
BANGSANYA DIHINA, TIDAK FAHAM AKAN MAKNA NASIONALISME
DALAM ERTI KATA SEBENAR.BAHASA JIWA BANGSA, TETAPI ILMU
MENENTUKAN KESELAMATAN MARUAH BANGSA.

7)KITA HARUS INGAT BAHAWA PELAJARAN BUKAN SEMATA-MATA UNTUK


MEMAJU ATAU MENGEMBANGKAN BAHASA. PELAJARAN ADALAH UNTUK
PENGUASAAN ILMU, YANG PELBAGAI JENISNYA. SAINS DAN MATEMATIK
TIDAK MUNGKIN MENOLONG KEMAJUAN BAHASA, KHUSUSNYA BAHASA
MELAYU. INI DISEBABKAN BAHASA SAINS DAN MATEMATIK BUKAN
DARIPADA BAHASA MELAYU. SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA PERKATAAN-
PERKATAAN DALAM MATA PELAJARAN INI ADALAH DALAM BAHASA
LATIN YANG DI-INGGERISKAN. MEMANG BENAR KITA BOLEH MELAYU-
KAN PERKATAAN-PERKATAAN INI, SEPERTI JUGA KITA MELAYU-KAN
PERKATAAN DARIPADA LAIN-LAIN BAHASA. MEMANG BOLEH TETAPI
PERKATAAN-PERKATAAN SAINS BUKAN SATU DUA TAPI BERATUS-RATUS.
DAN PERKATAAN INI MENJADI ASAS KEPADA PERKATAAN YANG
MEMPUNYAI MAKNA YANG AMAT BERLAINAN
8) ILMU SAINS DAN MATEMATIK BUKAN ILMU YANG STATIK. ILMU-ILMU
INI BERKEMBANG SEPANJANG MASA. TIAP HARI ADA HASIL KAJI SELIDIK,
PENEROKAAN, CIPTAAN DAN PERLUASAN YANG DIPERKENAL MELALUI
RATUSAN KERTAS-KERTAS YANG DITULIS.HAMPIR SEMUA DITULIS DALAM
BAHASA INGGERIS. UNTUK MENTERJEMAH TULISAN INI KITA PERLU
ORANG YANG FASIH DALAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS
DAN FAHAM ILMU YANG HENDAK DITERJEMAH. KITA ADA BEBERAPA
KERAT SAHAJA ORANG YANG BERKEBOLEHAN SEPERTI INI. ITUPUN
DALAM DUA TIGA BIDANG SAHAJA. ORANG YANG LAYAK SEPERTI INI
TIDAK BERMINAT MENJADI PENTERJEMAH SEUMUR HIDUP. APABILA SAINS
DAN MATEMATIK DIAJAR DALAM BAHASA MELAYU, ORANG SEPERTI INI
TIDAK AKAN ADA LAGI. BAGAIMANAKAH KITA HENDAK IKUTI
PERKEMBANGAN ILMU SAINS? SEBALIKNYA KERTAS ILMIAH AKAN TERUS
DIKELUARKAN BERATUS-RATUS LAGI, SEMUANYA DALAM BAHASA
INGGERIS ATAU BAHASA-BAHASA LAIN. MAKA TANPA KEBOLEHAN
MENTERJEMAH SEMUA ILMU BARU INI AKAN TERTINGGALLAH ORANG
MELAYU DALAM BIDANG ILMU YANG AMAT PENTING DI ZAMAN INI.

9) KALAU KITA MASIH TIDAK DAPAT MENERIMA KENYATAAN DI ATAS, KAJI


SAHAJA JUMLAH PHD DALAM BIDANG SAINS YANG HANYA BELAJAR SAINS
DALAM BAHASA MELAYU DAN TIDAK FAHAM BAHASA INGGERIS. BERAPA
RAMAIKAH DARIPADA PAKAR DALAM BIDANG PERUBATAN YANG HANYA
BELAJAR DALAM BAHASA MELAYU, TANPA BUKU DALAM BAHASA
INGGERIS SEBAGAI BUKU TEKS. APAKAH PENUNTUT LUAR BANDAR TIDAK
DAPAT MENGUASAI BAHASA INGGERIS? SEKALI LAGI PERHITUNGAN
PERLU DIBUAT BERKENAAN JUMLAH MEREKA YANG DARI KAMPUNG
YANG MEMEGANG JAWATAN TINGGI DALAM KERAJAAN DAN SWASTA
KERANA LULUS DALAM BAHASA INGGERIS DAN MAMPU BERHUJAH
DALAM BAHASA BERKENAAN. YANG MENENTANG PPSMI PUN DARI
KAMPUNG JUGA TETAPI DAPAT KELULUSAN BAHASA INGGERIS. BAHKAN
MEREKA SERING BERBAHASA INGGERIS.
10) KITA BELAJAR SAINS DAN MATEMATIK UNTUK MEMAJUKAN BANGSA
KITA SUPAYA SATU HARI MUNGKIN KITA AKAN TERKENAL BERKENAAN
DENGAN PENEROKAAN DAN KAJISELIDIK OLEH KITA DAN ORANG LAIN
AKAN BELAJAR BAHASA KITA UNTUK MENDAPAT ILMU YANG KITA
TEROKA.OLEH DEMIKIAN, PENGUASAAN ILMU AMAT PENTING BAGI MASA
DEPAN SESEORANG. JANGANLAH KITA PERJUDIKAN MASA DEPAN ANAK
ORANG KERANA KONONNYA KITA SEORANG NASIONALIS YANG BEGITU
SAYANG KEPADA BAHASA KITA. SAYANG BAHASA TIDAK BOLEH MELEBIHI
SAYANG BANGSA. MEREKA YANG SAYANG BANGSA MEREKA INGIN LIHAT
BANGSA MEREKA MAJU, BERILMU DAN DIHORMATI DUNIA. HANYA
KERANA BOLEH BERTUTURKATA DALAM BAHASA SENDIRI TIDAK AKAN
MENJADIKAN BANGSA KITA DIHORMATI DAN DISEGANI ORANG.