Anda di halaman 1dari 27

Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________1

KANDUNGAN

I. PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA


A. Memilih pasangan hidup
1. Jodoh merupakan takdir semata
2. Jodoh merupakan takdir dan perlu mencari
3. Wajib berikhtiar sesuai dengan ketentuan Allah SWT
B. Sikap lelaki dan wanita yang diredai Allah SWT
C. Suami yang diingini wanita
D. Persediaan diri untuk berkahwin
1. Umur yang cukup dewasa
2. Bekal menyara hidup
3. Mempunyai pengetahuan berumahtangga
4. Sihat jasmani dan rohani
E. Memilih isteri idaman

II. SUAMI YANG MEMENUHI KEWAJIPAN


A. Suami Teladan
1. Tubuh badan yang sempurna
2. Akal fikiran yang sempurna
3. Pengetahuan agama yang sempurna
4. Membelanjakan sebahagian harta
B. Keperibadian Suami yang menjadi Impian isteri
1. Penuh kerinduan dan kasih sayang
2. Mencintai
3. Gagah dan berakhlak mulia
4. Kaya dan bijaksana
5. Memberikan cahaya kehidupan
6. Menegakkan kebenaran
7. Mulia di sisi Allah SWT
C. Ciri-ciri Suami Teladan
1. Ciri -ciri suami yang soleh
2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam
D. Suami yang penuh sentuhan kasih
1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri
2. Memberi pujian terhadap isteri
3. Menentukan batas tanggungjawab
4. Menghindari kritikan terhadap isteri
5. Memperhatikan sesuatu yang romantik
6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami
7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri
8. Memahami gelora jiwa isteri
9. Membina kerjasama yang baik
10. Memenuhi keperluan peribadi
E. Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga
1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna
2. Memberi nafkah kepada isteri
3. Menggaulinya dengan baik
4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan
5. Membimbing isteri
6. Membimbing anak

III. CONTOH SUAMI TELADAN


A. Wanita dan Rumahtangga sebelum Islam
B. Rumahtangga Mithali

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________2

C. Perhatian Suami Teladan terhadap isteri tercinta


1. Menghargai pendapat isteri
2. Sentiasa mendidik isteri
D. Bimbingan untuk kebahagian hidup
E. Kasih sayang suami Mithali

IV. PASANGAN SUAMI ISTERI YANG IDEAL


A. Malam Pengantin
B. Cara melakukan persetubuhan
C. Larangan-larangan seks dalam Islam
D. Adab -Adab berjimak
E. Mandi junub
1. Hukum mandi junub
2. Perkara yang mewajibkan mandi
3. Perkara yang haram ketika junub
4. Perkara yang haram ketika haid
5. Makruh bagi yang junub
6. Rukun mandi
7. Cara-cara mandi junub
8. Sunat-sunat mandi
9. Perintah agar segera mandi junub

V. HAKIKAT PERKAHWINAN
A. Tujuan Perkahwinan
B. Walimatul Urus
C. Hikmah Perkahwinan
D. Nikah dengan Wanita Hamil yang Berzina
E. Mengetahui Masa subur isteri
F. Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan
G. Amalan suami semasa isteri mengandung
H. Adab suami ketika isteri sedang mengandung
I. Dorongan Suami semasa isteri bersalin
J. Mengapa bayi lahir menjadi kenan
K. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak
1. Menanam uri
2. Mengazan dan mengiqamatkan anak
3. Mendoakan anak
a) Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
b) Doa agar diberi anak yang baik
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat
e) Doa ketika memberi nama anak
4. Panduan menamakan anak
5. Penyembelihan aqiqah
6. Mengkhatankan anak
a) Hukum berkhatan
b) Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW
c) Hikmah dan kelebihan berkhatan
7. Mendidik moral anak
L. Erti anak bagi orang tua
1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai harta yang tergadai
4. Anak sebagai penguji keimanan
5. Anak sebagai alat untuk beramal

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________3

6. Anak sebagai saham di akhirat


7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
9. Anak sebagai penyambung cita-cita
10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan

VI. PETUA-PETUA UNTUK SUAMI


A. Petua menjaga hati isteri
B. Petua mencurahkan jalinan kasih
C. Petua mengetahui cinta pasangan hidup
D. Petua menjadi lelaki pilihan
E. Petua menghadapi pertengkaran
F. Petua memilih wanita idaman atau perempuan

BAB I

I. PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA

Allah SWT Yang Maha Kuasa, dengan IradahNya diciptakan manusia dari satu jiwa, kemudian
diciptakan pula pasangannya supaya bersemi ketenangan, kesenangan dan kedamaian. Allah
SWT melimpahkan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya ke lubuk jiwa manusia dengan perasaan
cinta serta melimpahkan rasa kasih sayang sebagai landasan kebahagiaan keluarga dalam sebuah
rumahtangga.

Allah SWT berfirman (Surah Ar-Rum: ayat 21), yang bermaksud; "Dan diantara tanda-tanda
kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu
cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang
berfikir."

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah SWT, tetapi kita perlu
sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan
usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan
hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, bererti
sepanjang hayat menanggung penyesalan. Sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap
manusia. Adalah tidak adil rasanya dunia ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki.

A. Memilih pasangan hidup

Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya


adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah
bagi setiap makhluk Allah SWT dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.

Dalam kehidupan bermasyarakat, sering kali kita dengar ungkapan; jodoh pertemuan, ajal maut di
tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat qana'ah
(bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, wujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada
takdir, tanpa sebarang usaha.

Beberapa pendapat tentang jodoh:


Jodoh merupakan takdir semata, "Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya,
baik ataupun buruk." Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________4

masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud:
"Jodoh di tangan Tuhan,” maka ada kebenarannya.

Tetapi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar. Kekeliruan yang nyata sebagai bukti
lemahnya pendapat itu ialah sering kali menyalahkan Tuhan bila berlaku kegagalan. Sering kali
kita dengar, "Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang." Daripada pendapat itu, adakah Tuhan
bersalah memutuskan perhubungan hambanya?

Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya. Jodoh merupakan takdir dan perlu mencari,
"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya." Pendapat ini
lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada
sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

Wajib berikhtiar sesuai dengan ketentuan Allah SWT, "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia
wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan."
Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada
pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti:

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan
anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin
bergantung kepada orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan
perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan
sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas
persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan
untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi
masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak atau pun kedua orang tua. Namun
begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah
berlandaskan ajaran Islam. Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu
diperhatikan beberapa ciri berikut:

1. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga


2. Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
3. Pasangan ideal dalam erti:
• bersikap baik terhadap isteri
• dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
• menerima kekurangan dan kelemahan isteri
• dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
• dapat menjaga kewibawa isteri
• dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
• dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
4. Bapa yang baik dana sayang kepada anak-anak
5. Pasangan yang baik lahir dan batin

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________5

B. Sikap lelaki dan wanita yang diredai Allah SWT

Islam menyuruh umatnya berkerjasama membina umat yang luhur. Cara yang paling utama Islam
membina keluarga yang utuh. Oleh itu perkahwinan memang dituntut di dalam Islam kerana dari
perkahwinan boleh melahirkan kebaikan-kebaikan dengan berlandaskan ajaran Islam.

C. Suami yang diingini wanita

Keseluruhannya, suami yang diingini oleh setiap wanita ialah lelaki yang beragama dan
berakhlak mulia.

D. Persediaan diri untuk berkahwin

1. Umur yang cukup dewasa. Kedewasaan bermaksud:


• dewasa fizikal.
• dewasa intelektual, bersifat objektif terhadap diri sendiri. Ia mengakui kekurangannya,
berkeinginan memeriksa motif tindakannya sendiri.
• dewasa emosi, tahu mengawal diri ketika marah dan sebagainya.
• dewasa sosial, mempunyai hubungan kekeluargaan yang harmoni, mampu menyesuaikan
diri dengan masyarakat di mana ia berada.
• dewasa moral, memahami hal orang lain dan selalu mempertimbangkan akibat
perbuatannya terhadap orang lain.
Ringkasnya, umur yang sebaiknya bagi lelaki ialah antara 25-30 tahun dan bagi wanita ialah
antara 20-25 tahun. Penentuan umur ini sebenarnya banyak bergantung kepada iklim dan adat
istiadat sesuatu tempat.

2. Bekal menyara hidup

3. Mempunyai pengetahuan berumahtangga


Pengetahuan berumahtangga dianggap mudah oleh lelaki sehingga ilmu-ilmu itu biasanya tidak
dipelajari. Ini hanya disedari apabila telah berumahtangga. Di sanat ini barulah diketahui banyak
masalah yang perlu dihadapi.

4. Sihat jasmani dan rohani


Perkahwinan adalah percampuran lahiriah dan batiniah lelaki dan perempuan. Oleh itu keadaan
kesihatan jasmani dan rohani amat diperlukan.

E. Memilih isteri idaman

Ada beberapa faktor dalam memilih isteri:


1. Faktor keagamaan dan akhlak
2. Faktor kecantikan dan kekayaan
3. Faktor keturunan dan kesuburan

Sifat-sifat wanita yang mulia:


1. Wanita yang tidak suka menuntut perkara-perkara yang akan membebankan suaminya
2. Wanita yang tidak suka berhias untuk lelaki bukan muhrimnya
3. Wanita yang menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela
4. Wanita yang tidak meninggikan suara melebih suara suaminya

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________6

5. Tidak keluar rumah tanpa izin suaminya


6. Tidak membelanjakan harta suaminya tanpa izin suaminya
7. Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama
8. Tidak menuntut cerai atau talak
9. Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti
10. Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami
11. Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah

BAB II

II. SUAMI YANG MEMENUHI KEWAJIPAN

A. Suami teladan ialah:

1. Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhkan larangan-Nya.
Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai
dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai
kekurangan, ia akan menyatakan kepada isterinya.
2. Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya. Apabila
berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.
3. Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincang-
bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.
4. Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu.
5. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.
6. Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga.

Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu:

1. Tubuh badan yang sempurna.


• Sanggup melaksanakan tanggungjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya.
Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin.
2. Akal fikiran yang sempurna.
• Berfikiran positif.
3. Pengetahuan agama yang sempurna.
• Untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai
panduan hidup
4. Membelanjakan sebahagian harta. 
• Mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya

B. Keperibadian suami yang menjadi impian isteri:

1. Penuh kerinduan dan kasih sayang


2. Mencintai
3. Gagah dan berakhlak mulia
4. Kaya dan bijaksana
5. Memberikan cahaya kehidupan
6. Menegakkan kebenaran
7. Mulia di sisi Allah SWT

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________7

C. Ciri-ciri suami teladan:

1. Suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah SWT


2. Suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah SWT
3. Suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya

1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah:

• Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi
segala larangan
• Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
• Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
• Menjaga hati dan perasaan isteri
• Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri
• Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan
• Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri
• Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka
• Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej
dan prestasi suami sebagai pemimpin
• Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan
• Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa
• Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya
• Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka
• Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama

2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT, iaitu:

• Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai


• Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan
• Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa
• Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram
dan syubhat
• Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah
• Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-
lebihan ketika bersolek
• Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai–nilai
keperibadian muslim
• Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga
• Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam
• Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan
• Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________8

D. Suami yang penuh sentuhan kasih

Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri:

1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri


Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki
kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari
perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari
wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapkan
layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang
bertanggungjawab. Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri
mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi
pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada
tempatnya.

2. Memberi pujian terhadap isteri


Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya
suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan
penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan
dalam diri isteri. Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya,
"Adakah engkau cinta padaku?" Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada
pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan
ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

3. Menentukan batas tanggungjawab


Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari
nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh
anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab
lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.

4. Menghindari kritikan terhadap isteri


Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun
biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar,
mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri. Suami
yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:

• Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah


• Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan
tekanan batin
• Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama
• Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri
• Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak
• Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian

5. Memperhatikan sesuatu yang romantik


Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulang tahun
isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya
berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai
yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________9

bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak
menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.

6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami


Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu
mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha
meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.

7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri


Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap
perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat
mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.

8. Memahami gelora jiwa isteri


Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami
dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima
suaminya sebagai orang yang dapat membimbing hidupnya.

9. Membina kerjasama yang baik


Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu
mewujudkan keluarga bahagia.

10. Memenuhi keperluan peribadi


Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang
khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi mahupun keinginan. Suami yang
bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan
tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.

E. Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga

1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna

2. Memberi nafkah kepada isteri

3. Menggaulinya dengan baik:

• Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan


• Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal
• Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghiburkan isteri
supaya hatinya sentiasa gembira.
• Memaafkan kesalahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia.
• Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga
menyenangi apa yang disenangi oleh suaminya.
• Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk
dengan pekerjaannya.
• Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan umum.
• Melindungi isteri dari api neraka.

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________10

4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan


Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan
atau perasaan.

Secara umum lelaki bersifat: Manakala wanita bersifat:


• berani dan gagah perkasa • lemah lembut
• ingin menolong yang lemah • pemalu
• ingin berkuasa • mempunyai perasaan yang halus
• kasar dan tamak • bersopan santun
• penyabar

Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing.

5. Membimbing isteri
Di samping memiliki sifat-sifat yang baik, wanita juga mempunyai sifat-sifat buruk yang
kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Diantaranya:

• Mudah lupa dalam mengingati Allah SWT. Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-
anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah SWT. Kelalaian ini akan
memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.
• Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia. Kemilauan dunia sering membuat wanita
terpedaya.
• Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain

Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula
sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan
perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan
mengamalkan perangai yang baik seperti:

• Janganlah suami dan isteri marah pada masa yang sama


• Jangan mengeluarkan suara yang kuatt antara satu sama lain
• Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang
• Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang
• Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu
• Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak mempunyai masa
terhadap pasangan
• Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan
• Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali
sehari
• Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf
• Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya orang yang
bersalah paling banyak berbicara

6. Membimbing anak
Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya, antaranya:
• Memberikan nama yang baik bagi anaknya
• Memberi nafkah
• Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________11

BAB III

III. CONTOH SUAMI TELADAN

A. Wanita dan rumahtangga sebelum Islam

1. Zaman Fir'aun.
Wanita di zaman Fir'aun berbeza masalahnya dengan wanita di zaman kuno yang lain. Di zaman
ini mereka mendapat hak yang sama dengan kaum lelaki bahkan kadang kala mereka terima
melebihi lelaki. Ini terjadi kerana bangsa Mesir kuno anggap kaum wanita lebih sempurna dari
kaum lelaki. Contohnya Ratu Hatsyebsut – memerintah Mesir selama 22 tahun. Di kalangan raja
dan pembesar pula, mereka mengamalkan poligami tetapi tidak mengamalkan pemberian hak
yang sama pada isteri-isteri mereka. Ini merosakkan hubungan antara lelaki dan wanita.

2. Zaman Yunani.
Bangsa Athena Kuno sangat memandang rendah pada wanita. Wanita seperti barang perhiasan
yang boleh dijual beli di pasar. Pada mereka, kaum wanita adalah jelmaan syaitan yang jahat dan
kotor. Kaum suami mempunyai hak sepenuhnya ke atas isteri.

3. Zaman Romawi.
Zaman ini lebih teruk dari zaman Yunani di mana kaum lelaki menyusun suatu undang-undang
menyatakan kaum wanita tidak memiliki jiwa kemanusiaan, oleh itu wanita tidak dibangkitkan di
hari akhirat. Selain dari itu, kaum wanita dilarang makan daging, ketawa malah kadang kala
dilarang berbicara. Pada mulut wanita dipasang kunci "muzelir" agar tidak berbicara. Kekejaman
mereka melebihi batas sehingga ada tradisi yang memberi hak kepada suami untuk membunuh
isteri. Undang-undang ini diberi nama "Noema" di mana suami boleh membunuh isteri dan
menyerahkan isteri kepada orang lain.

4. Negeri China.
Pada zaman dahulu hingga abad ke-15, isteri para kaiser akan turut dikuburkan bersama suami
yang mati, malah ramai wanita dipaksa membunuh diri. Tradisi ini juga dipakai oleh bangsa
Skandinavia pada abad-abad pertengahan.

5. Negeri India.
Pada pertengahan abad ke-20, janda dilarang berkahwin. Dalam adat suku kaum Tuda, pengantin
perempuan mesti merangkak sampai ke tempat suaminya. Upacara ini berakhir setelah suami
meletakkan kakinya di atas kepala mempelai wanita.

6. Farsi.
Menurut agama Majusi, kedudukan wanita sangat hina. Wanita dianggap sebagai pangkal
kejahatan dan kemurkaan dewa.

Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, wanita tiada nilai sama sekali. Pada masa dua abad
sebelum Islam, di Perancis, sebahagian masyarakat mempersoalkan, apakah wanita itu haiwan
atau syaitan? Namun dengan kedatangan Rasulullah SAW, Islam telah berjaya menyelamatkan
kaum wanita dari kezaliman.

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________12

B. Rumahtangga mithali

Rasulullah SAW telah bersabda, “Perasaan kasih adalah kecintaan suami kepada isterinya.
Perasaan sayang adalah sayangnya suami kepada isterinya meskipun ada keburukan pada
dirinya.” (diriwayatkan oleh Ibnu Abbas)

Perasan saling mencintai akan menjadikan pasangan suami/isteri seolah-oleh satu jiwa. Ia
merupakan penawar segala-galanya. Perasaan ini akan mengalirkan rasa kebahagiaan hingga
wujudlah sebagaimana yang diucapkan Rasulullah "Baiti Jannati" (Rumahku Syurgaku).

C. Perhatian suami teladan terhadap isteri tercinta

Cinta suci adalah perasaan yang luhur yang mengangkat manusia ke darjat yang tinggi. Cinta
merupakan motivasi dalam diri bagi diri manusia yang akan mendorong manusia untuk
melakukan kebajian. Ianya juaga boleh diwujudkan dengan cara:

1. Menghargai pendapat isteri


2. Sentiasa mendidik isteri

D. Bimbingan untuk kebahagian hidup

Bimbingan ini mestilah berlandaskan Islam dan cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan
sunnah Rasulullah SAW.

E. Kasih sayang suami Mithali

Rasulullah SAW merupakan seorang hamba Allah SWT yang pengasih dan penyayang dimana
baginda mengamalkan:

1. Kasih sayang terhadap kaum muslimin


2. Kasih sayang terhadap orang-orang musyrik
3. Kasih sayang terhadap kanak-kanak
4. Kasih sayang terhadap hamba
5. Kasih sayang terhadap haiwan

BAB IV

IV. PASANGAN SUAMI ISTERI YANG IDEAL

A. Malam pengantin

Adab pada malam ini harus dijaga:

• Sebagai tahap awal, suami meletakkan tangannya di kepala isterinya dengan membaca
bismillah. Kemudian mendoakan isterinya supaya memperolehi barakah.
• Dianjurkan pula menunaikan solat sunat 2 rakaat dan berdoa.
• Seseorang suami yang hendak merayu, baik kiranya memberi makanan atau minuman.
• Bersikap ramah merupakan hiburan bagi pasangan suami isteri dan dapat menghapuskan
semua kesedihan serta membina kasih sayang.

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________13

B. Cara melakukan persetubuhan

• berpandukan pada ajaran Islam

C. Larangan-larangan seks dalam Islam:

• Islam melarang pasangan membuka rahsia pada orang lain


• Islam melarang melakukan pada jalan yang salah (dubur)
• Islam melarang melakukan pada waktu isteri dalam haid atau atau nifas

D. Adab-Adab berjimak

• Niat melakukannya adalah untuk memenuhi kewajipan dari Allah SWT serta sunnah
Rasulullah SAW
• Membaca doa.
• Lakukan dengan hati yang gembira dan dalam keadaan yang sesuai seperti tidak terlalu
kenyang.
• Islam menganjurkan supaya memakai wangi-wangian
• Berusaha mencapai kepuasan bersama
• Berwuduk sebelumnya
• Setelah keduanya mencapai kepuasan, haruslah mensyukuri sekurang-kurangnya
menyebut Alhamdulillah.
• Segera mencuci ataupun mandi dan sekurang-kurangnya berwuduk

E. Mandi junub

1. Hukum mandi junub:

• Hukumnya adalah wajib

2. Perkara yang mewajibkan mandi:

• Keluar mani • Haid • Wiladah


• Jimak • Nifas • Mati

3. Perkara yang haram ketika junub:

• Sembahyang, sujud tilawah dan sujud • Membaca Al-Quran walaupun satu


syukur ayat
• Menyentuh, mengangkat, memegang • Diam di Masjid
Al-Quran

4. Perkara yang haram ketika haid:

• Bersetubuh • Mengerjakan solat • Memegang, membaca atau


• Bercerai • Berpuasa menyentuh Al -Quran
• Tawaf di Baitullah

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________14

5. Makruh bagi yang junub:

• Makan, minum dan tidur


• Berjimak sebelum mencuci kemaluan
• Begitu juga bagi wanita yang baru kering haid dan nifas, makruh bagi mereka makan,
minum dan tidur. Setelah mandi barulah halal semuanya.

6. Rukun mandi:

• Niat
• Meratakan air keseluruh badan

7. Cara-cara mandi junub:

• Ikhtiarkan mengadap kiblat, lalu basuh dua tangan 3 kali.


• Kemudian cuci kemaluan, buang kotoran seperti hingus, mazi, mani atau benda yang
menghalang air sampai ke tubuh seperti cat, minyak dan lain-lain.
• Sesudah, ambil wuduk
• Sesudah wuduk, mandilah dengan ucapan bismillah dan niat
• Ratakan air ke seluruh tubuh
• Setelah selesai, berdoalah.

8. Sunat-sunat mandi:

• Membaca Bismillah
• Menghilangkan segala kekotoran
• Berkumur-kumur dan membersihkan hidung
• Berwuduk
• Tiga-tiga kali iaitu mula-mula siram kepala 3 kali, kemudian sebelah kanan 3 kali,
sebelah kiri 3 kali dan 3 kali bahagian hadapan dan belakang.
• Menggosok-gosok dan menyelat-nyelati jari tangan dan kaki tiga kali.
• Menghadap kiblat
• Mualat (berturut-turut)
• Jangan berkata-kata jika tiada berhajat sangat
• Membaca syahadat sesudah mandi seperti syahadat wuduk.

9. Perintah agar segera mandi junub:

• Melambat-lambatkan mandi wajib adalah tidak baik sesuai dengan hadis Rasulullah
SAW yang bermaksud: "Malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya
ada 'gambar' (patung) dan yang di dalamnya ada orang yang berjunub."

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________15

BAB V

V. HAKIKAT PERKAHWINAN

A. Tujuan perkahwinan

Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan
sesama manusia. Allah SWT telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul
di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dengan kebaikan dan
bantu membantu untuk mendidik keturunan. Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat
mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni
dan sesuai menurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani maupun rohani.

Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ianya tak mudah dilupakan bagi orang-
orang beriman.
• IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon suami.
• QABUL - tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu.
Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.

B. Walimatul urus

Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah dan walimah dalam bentuk yang
sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah:

1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah


2. Menghindari daripada perbuatan membazir
3. Mengundang fakir miskin

C. Hikmah perkahwinan

Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap
ahli keluarga. Membincangkan semua hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa
aman dan perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya
kepercayaan pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibubapa adalah
orang pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan
masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Kaum lelaki (suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita
(isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain
dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu
isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di
tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..." (An-Nisa':34).
Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya
adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya.

Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik ialah wanita
yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan
pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di kala suami tiada di rumah.

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________16

Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai keperluan fizikal, ia juga bertujuan
supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan
akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami mahu pun isteri,
niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.

D. Nikah dengan wanita hamil yang berzina:

1. Dilarang lelaki mengahwini wanita hamil yang sah keturunan kandungannya.


2. Dihalalkan lelaki mengahwini wanita hamil dengan sebab-sebab perzinaan.
3. Menurut Mazhab Hanafi, perkahwinan itu sah tetapi belum boleh bersama selagi
kandungan belum lahir kecuali kandungan itu adalah dari lelaki itu sendiri.
4. Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang berzina, baik hamil atau tidak, tidak boleh
dikahwini oleh lelaki yang tahu keadaannya itu.

Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya tidak boleh dikahwini lelaki lain misalnya
perempuan yang bercerai atau hamil kerana persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh dengan
wanita yang disangka isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).

E. Mengetahui masa subur isteri

Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid. Masanya berbeza. Perbezaan
masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang
berikutnya dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:
1. Masa haid
2. Masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum
dapat dibuahi untuk menjadi benih.
3. Masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan
memberhentikan kedatangan haid.
4. Masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan
kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.

Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu
subur. Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui
masa kedatangan haid pada setiap bulan, untuk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang
haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30
hari ataupun 32 hari.

Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur'
dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur’. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih
boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu.

Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan
persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2
hari + 2 hari - jumlah hari subur. Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari
ke 18 sebelum datang haid yang baru.

Hari 1 7 14 21 28
Tahap -Haid- --- ---Tak subur--- - --SUBUR-- - --- ----------Tak Subur----------

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________17

F. Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan

Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam (Surah Al-
An'am: ayat 59) yang bermaksud, "Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada
yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri." Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim
ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih
adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan
pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.

Kesimpulannya:
"Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak
dan berpindah randah. Kekadang letaknya di sebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel
telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada
sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."

Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan
oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang
gagal. Itu disebabkan kerana ketidakmampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam
mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.

Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut, caranya:

1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi
sel kelamin lelaki.
2. Caranya : Lakukan persetubuhan dengan sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri
hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani
jatuh miring.
3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring
ke kiri.

Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di
luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan
berikhtiar.

Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan
dalam bukunya "Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak
mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah
kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B
sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak,
insyaallah lelaki.” Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita.
Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.

G. Amalan suami semasa isteri mengandung

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung:

1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT


2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan
isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut
3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________18

4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah


5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak
6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh
7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri
8. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang
tidak halal serta wang riba
9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak
dalam kandungan
10. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir
nanti
11. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri
12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah
Al-A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

H. Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana
perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang
disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang
mengandung:

1. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup
yang paling dekat
2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam
terhadap isteri
3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk
tidur
4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri
5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut:
"La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya, "Tiada Tuhan yang
disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di
kalangan orang yang zalim"
6. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan
selamat

I. Dorongan suami semasa isteri bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung.
Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian
terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di
samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan
isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus
menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40%
lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran
bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________19

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri
kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik
akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak
hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat
merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.

J. Mengapa bayi lahir menjadi kenan

Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibubapa, saudara mara dan juga
masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak
yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai
gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kuman, pendedahan
kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya.

Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali
kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh
binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal.
Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan
kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan
kebaikan dan begitu sebaliknya.

K. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak:

1. Menanam uri
Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan
menerima ahli baru, sering kali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau
hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu
diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak
digunakan dalam alat–alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi
dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan. Uri amat
penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka
mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah baik kerana menghargai
sesuatu.

2. Mengazan dan mengiqamatkan anak


Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga
kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang
perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak
Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang
dapat dipastikan kejayaanya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta
pertolongan kepada Allah SWT. Lima perkara yang mempengaruhi jiwa dan harapan orang yang
berdoa:

• Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
• Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada
Allah SWT.

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________20

• Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu
menjalankan petunjuk dan anjuran Allah SWT.
• Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
• Dengan menjalankan seruan Allah SWT dan percaya kepada-Nya, maka Allah SWT akan
memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.

Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak-anak mereka menjadi orang yang
diredhai Allah SWT iaitu :
• Doa agar anak patuh kepada Allah SWT - Al Baqarah : 128
• Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
• Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
• Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
• Doa ketika memberi nama anak

4. Panduan menamakan anak


Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin
keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan
hati dan harapan orang yang memberikannya. Masa memberikan nama dan orang yang berhak
memberikan nama:

• Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi
dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh
ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.
• Siapa yang berhak, ayah atau ibu. Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan
isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama
diberikan pada ayah, kerana dalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan
kepada ayah bukan ibu.

Pemilihan nama yang utama:

• Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil
Allah SWT pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
“Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama
Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan
nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi)
• Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah
SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makruh yang perlu
dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya
menamakan anak dengan nama-nama tersebut.
• Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama,
sebahagiannya membolehkan mana kala sebahagian lagi melarang.
• Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan
corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.
• Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha,
Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah
satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut
makruh dipakai untuk nama anak.
• Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk
diharapkan melalui nama anak-anak.

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________21

Memberi gelaran kepada anak:

• Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi
memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran
yang boleh malukannya.

5. Penyembelihan aqiqah
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran.
Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara
tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut
keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak
dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.

Hikmah aqiqah:

• Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk
menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak
tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah SWT.
• Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
• Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka
kelak.
• Melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk
menebus seluruh anggota tubuh bayi.
• Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong
korban iaitu membaca Bismillah.
• Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk
memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.
• Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat
dan tidak cacat.
• Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor
kambing.
• Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta,
lembu atau kerbau.
• Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah
atas namanya.” Ertinya, diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah
SWT .
• Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
• Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban
iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak
sendiri sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
• Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus
disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
• Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah
untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan
aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.
• Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut
bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________22

6. Mengkhatankan anak
Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan
merupakan tempat najis yang harus dibersihkan.

Hukum berkhatan
Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.

Khatan Nabi Ibrahim AS dan Rasulullah SAW


Nabi Ibrahim AS berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail AS pada usia
13 dan Nabi Ishaq AS pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Rasulullah SAW dilahirkan
sudah berkhatan dan ada juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.

Hikmah dan kelebihan berkhatan:

• Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu
dikerjakan.
• Menyempurnakan tuntutan syarak yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim AS dan
Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada
Allah SWT.
• Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.
• Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan
bentuk dan merangsang syahwat
• Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.
• Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam
yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam

7. Mendidik moral anak


Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa. Firman Allah SWT dalam surah
Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya:

• Pendidikan supaya bersyukur


• Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah SWT
• Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
• Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.
• Pendidikan tentang solat
• Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
• Pendidikan supaya bersabar
• Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
• Pendidikan kesederhanaan

L. Erti anak bagi orang tua

Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun di sebalik kebahagiaan ini
tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus di pikul. Anak amat bererti pada ibubapa,
antaranya:

1. Anak sebagai rahmat Allah SWT


2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai harta yang tergadai

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________23

4. Anak sebagai penguji keimanan


5. Anak sebagai alat untuk beramal
6. Anak sebagai saham di akhirat
7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
9. Anak sebagai penyambung cita-cita
10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan

BAB IV

VI. PETUA-PETUA UNTUK SUAMI

A. Petua menjaga hati isteri:

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri sama ada melalui kata-kata mahu pun perbuatan
seperti pelukan.
2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekali pun dalam keadaan
marah.
3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar
dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami
bahawa isteri memerlukan bimbingan suami dan memahami bahawa tiada orang yang
tidak melakukan kesilapan.
4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-
masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa,
ataupun melancong ke tempat-tempat yang indah.
5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.
7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan
kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.
10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat
dan bermotivasi.
11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.
12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah SWT dan hormat pada
suaminya.

B. Petua mencurahkan jalinan kasih:

1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan
mendalam terhadap keyakinan isteri
2. Buktikan kasih sayang daripada suami:

• Hadiah dan penghargaan


• Senyuman
• Perbualan mesra
• Gurauan
• Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah
• Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________24

3. Sentuhan sayang:

• Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali.
• Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri
apabila dirangsang suami.

4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat:

• Suami sebagai contoh bagi isteri


• Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri
• Suami sebagai tempat bergantung
• Sumber semangat dan kekuatan
• Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa

5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.

C. Petua mengetahui cinta pasangan hidup

Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan
bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam:
1. Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap
suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat
menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada
suami baik tentang gaya dan sebagainya.
2. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara
sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami
isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.
3. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan
tingkah laku yang lemah lembut setiap hari. Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi
dan rumahtangga secara bersama.
4. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu
mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil
sesamanya nama kesayangan.
5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau
menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung
perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan," Atau "Kamu terlalu
gemuk atau kurus," serta ungkapan-ungkapan lain.
6. Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya,
akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata mahu pun
perbuatan.
7. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri
dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki
ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.
8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama.
Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya
sebagai hadiah kejayaan.
9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara
sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan
suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________25

10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan di antara mereka. Isteri yang
sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara
percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai
mencari harta dan wang.
11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama mereka. Tetapi selalu
membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.
12. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan
pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika
menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan
kemarahan suami.

D. Petua menjadi lelaki pilihan

Ciri-ciri lelaki pilihan:

1. Taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya


2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah
suami yang paling baik terhadap isteri

Lelaki pilihan wanita:

1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab


2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
3. Berpendirian teguh
4. Bersikap terbuka dan matang
5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6. Mempunyai sifat kepemimpinan.
7. Boleh berbincang dan berterus terang
8. Penyabar
9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________26

E. Petua menghadapi pertengkaran

Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga
yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kerana hidup yang tiada
pertengkaran adalah hidup yang sendirian.

Hakikat pertengkaran:

1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu


mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali
membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran
juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.
2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan
hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik
dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.
3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana
suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka.
Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan
menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.
4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan,
akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan
merasa lebih akrab.
5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang
ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda
berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri
anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.
6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan
sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah
agar pertengkaran itu tidak membawa bencana. Perhatikan keadaan persekitaran agar
tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.

Petua-petua menghadapi pertengkaran:

1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak
wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk
menyelesaikan masalah secara bersama.
2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain
dimasukkan sama lerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh
membawa bencana.
3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal
seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan
menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.
4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-
kata yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", "
Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah
perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak
sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.
5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari
pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam
perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan____________________________________________27

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini
akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.
7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiran
pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik-beradik hanya akan menambahkan kecurigaan
dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami
isteri.
8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kerana ia akan menjadikan anak-anak bingung dan
tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan wujud banyak lagi masalah lain.

F. Petua memilih wanita idaman atau perempuan

Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai
juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri
wanita idamannya. Calon-calon isteri pilihan:

1. Wanita yang solehah


2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.

BAB VII

VII. PENUTUP

Sebenarnya masih terlalu banyak tujuan perkahwinan menurut ajaran Islam, namun secara amnya
perkahwinan atau pernikahan menurut Islam antara lain bertujuan:

1. Menjamin proses kehidupan manusia


2. Memelihara masyarakat dari kehancuran budi pekerti
3. Mewujudkan ketenangan rohani bagi pasangan suami isteri

....T A M A T....

Di petik dari laman web: http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ dan http://www.isnet.org/archive-milis/


Karya Asal: Mohd. Isa Selamat & Kasmuri SL. (1994). Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Anda mungkin juga menyukai