Anda di halaman 1dari 4

6.

JELASKAN DASAR PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU


SEHINGGA TAMAT PERANG DUNIA KEDUA.

Pengenalan (3 m)

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 sehinggalah 12


september 1945. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura berlangsung selama 3
tahun 8 bulan.

Jepun mengambil tindakan untuk menyerang negara Asia yang kaya dengan bahan
mentah bagi memenuhi keperluan sekotor industri dan ketenteraannya. Walaupun tempoh
masa pemerintahan Jepun di TM agak singkat namun ia berjaya menguasai politik,
ekonomi dan sosial di TM. Ia juga memberi implikasi yang mendalam sosio-ekonomi
masyarakat Tanah Melayu.

Isi-isi penting(20 m)

Sistem pemerintahan Jepun di TM bercorak ketenteraan dan berada di bawah penguasaan


seorang Jeneral. Pentadbiran di TM dibahagi kepada 2 iaitu Negeri-negeri Selat
diperintah oleh seorang Gabenor yang beribu pejabat di Singapura sementara
Semenanjung Tanah Melayu diperintah oleh seorang Presiden atau Gunseikan. Nama
Singapura telah diubah kepada Syonan yang bermaksud Cahaya Selatan. Tanah Melayu
pula dibahagikan kepada lapan wilayah dan setiap wilayah diketuai oleh seorang Gabenor
Jepun.

Jepun juga mengembalikan kuasa Sultan yang telah dirampas oleh Inggeris tetapi hanya
berkuasa sebagai ketua negeri sahaja. Sultan dibenarkan menjalankan tugas sebagai ketua
agama di negeri masing-masing. Jepun sebenarnya ingin mengambil hati para sultan agar
apa yang dihajati tercapai. Ini kerana Jepun ingin mendapatkan sokongan Melayu.

Bagi menjaga kemantapan setiap operasi yang dijalankan di Tanah Melayu, Jepun
membentuk pasukan keselamatan yang dketuai oleh pegawai Jepun dan anggota perisek
tentera iaitu Kampetai untuk mengawal keamanan. Kampetai sangat kejam dan telah
menangkap serta membunuh ramai orang. Selain itu diwujudkan Tekikan iaitu pasukan
mata-mata gelap yang bertugas mencari musuh-musuh yang menyokong Inggeris
menentang pemerintahan Jepun atau menghasut melayu.

Jepun juga menyebabkan ekonomi TM menghadapi kemerosotan akibat dasar sekatan


daripada pihak asing. Ini menyebabkan semua sumber ekonomi dikuasai oleh Jepun
sebelum Inggeris meninggalkan TM. Ekonomi TM merosot akibat taktik ”Bumi Hangus”
iaitu banyak kemudahan awam telah dimusnahkan. Jepun memaksa rakyat menanam
tanaman seperti ubi kayu, keledek dan keladi untuk mengatasi masalah kekurangan bahan
makanan.
Perusahaan tempatan didirikan semula untuk menggantikan barang impot yang tidak
diimport. Perusahaan penting diambil alih dan dikuasai oleh syarikat Jepun seperti Mitsui
dan Mitsubishi. Jepun juga memperkenalkan mata wang ” Pokok Pisang ”. Keadaan tidak
terkawal serta kekurangan bahan-bahan pengguna menyebabkan berlaku inflasi dengan
harga barang yang melambung tinggi dan nilai mata wang Jepun menjunam jatuh.

Semasa pendudukan Jepun di TM, Jepun memberi layanan yang buruk kepada penduduk
tempatan. Semua kaum iaitu orang Melayu,Cina dan India mengalami penyiksaan,
penderitaan, kebuluran, ketakutan dan pengangguran.

Dalam sistem pendidikan Jepun telah menggantikan sistem pendidikan yang sedia ada
dengan sistem pendidikan jepun. Sistem pendidikan Jepun menekankan beberapa aspek
seperti pembentukan akhlak dan disiplin, taat setia pada maharaja Jepun dan kepatuhan
kepada kerajaan Jepun. Selain itu, kebudayaan Jepun disebarkan melalui sistem
pendidikan Jepun. Orang tempatan diajar adat istiadat dan lagu kebangsaan Jepun iaitu
”Kamigayo”.

Kesimpulan

Corak pemerintahan Jepun di TM yang menggunakan kekerasan telah meninggalkan


kesan yang negatif hidup rakyat tempatan. Jepun menjalankan pemerintahan mengikut
corak pemerintahan di negara asal. Pemerintahan Jepun di TM telah menyebabkan
penduduk menderita. Ekonomi negara turut mengalami kemerosotan dengan kadar inflasi
yang teruk. Alau bagaimanapun kesempatan yang diberikan oleh Jepun kepada penduduk
tempatan dalam pentadbiran memberi peluang dan persediaan untuk mentadbir negara
yang merdeka.
5.BINCANGKAN PERKEMBANGAN DAN PERANAN PERSATUAN-
PERSATUAN MELAYU DARI TAHUN 1926 HINGGA 1937.

Pengenalan

Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu muncul pada awal abad ke-20 dimulai dengan
golongan intelek, agama berpendidikan timur tengahyang dikenali sebagai Kaum Muda
pada tahun 1906. Antara tahun 1926 hingga 1937, gerakan nasionalisme semakin
berkembang dengan penubuhan persatuan dan kelab melayu yang dipimpin oleh
golongan intelek Melayu berpendidikan melayu dan Inggeris. Perjuangan melalui
persatuan dan kelab ini lebih teratur dan menarik sokongan rakyat. Dalam jangka pendek
kegiatan berpesatuan lebih bercorak budaya, agama dan sosial. Manakala dalam jangka
panjang lebih bersifat politik.

Isi-isi

Kesatuan Melayu Singapura (19260


Ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura. Pengasas dan pemimpin KMS ialah
Muhammad Eunos Abdullah, Tengku Abdul Kadir dan Embok Suloh.

1.1 Tujuan KMS


1.1.1 Memajukan sosio ekonomi orang Melayu
1.1.2 Menyedarkan orang Melayu kepentingan pendidikan
1.1.3 Mengingatkan orang melayu kepentingan melibatkan diri dalam politik dan hak
kebebasan.
1.1.4 Menyedarkan orang Melayu kesan penjajahan

1.2 Kejayaan KMS


1.2.1 Menawarkan biasiswa kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran
1.2.2 Memperoleh tanah seluas 251 hektar daripada British (Kampung Melayu di
Singapura 1928)
1.2.3 Memperjuangkan wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri Selat.
1.2.4 Penubuhan sekolah Pertukangan Orang Melayu Singapura pada tahun 1929.

Pada tahun 1937 cawangan KMS terdapat di Melaka dan Pulau Pinang. KMS adalah
sebuah kesatuan yang sederhana dan tidak menentang British. KMS juga merupakan
perantara orang Melayu dengan kerajaan Negeri-negeri Selat.

2. Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) – 1934

2.1 Ditubuhkan pada tahun 1934 oleh golongan intelek berpendidikan Melayu.
2.2 Diasaskan oleh akhbar Saudara
2.3 Merupakan pertubuhan sosial kebajikan
2.4 Kegiatan lebih kepada bidang bahasa dan kesusasteraan
2.5 Cogan kata PASPAM adalah Hidup Bahasa Hiduplah Bangsa
2.6 Pemimpin utama ialah Syed Alwi, S.M Zainal Abidin, Sheikh Abdullah al-
Maghribi dan Hamidun Mohd Hashim.
2.7 Keahliannya meningkat kepada 12 000 orang dan persidangan yang
dianjurkannya menjadi landasan untuk membincang dan menyelesaikan masalah
yang dihadapi orang lain.
2.8 Aliran perjuangan pada peringkat awal lebih kepada pertubuhan kesusasteraan
Melayu pro kaum Muda tetapi selepas persidangan kali pertama pada 11
November 1934 perjuangan lebih kepada memperbaiki kedudukan sosio ekonomi
orang Melayu.
2.9 Saranan PASPAM adalah orang melayu mesti rajin, berusaha mencapai kemajuan
dan perpaduan. Perpecahan PASPAM berlaku sebab orang Melayu curiga
terhadap golongan Arab dan India Muslim.

3.0 Persatuan Melayu Perak

Ditubuhkan pada tahun 1937 di Ipoh. Keahlian 90 peratus terdiri daripada


kakitangan kerajaan. Pemimpin utama ialah Wan Mohd Nur bin Wan Nasir dan
Dr. Kasim.
3.1 Tujuan perjuangan
3.1.1 Baiki taraf sosial dan ekonomi Melayu
3.1.2 Memelihara nasib orang Melayu
3.1.3 Mengeratkan kerjasama antara orang Melayu
3.1.4 Meningkatkan taraf pendidikan
3.1.5 Dasar bekerjasama dengan British
3.1.6 Ahli persatuan mesti taat kepada British, kerajaan dan raja

Kesimpulan

Dapat dijelaskan bahawa dua jenis pergerakan persatuan dan kelab bagi orang melayu
iaitu mereka yang terdidik di sekolah Melayu bukan bangsawan dan mereka yang
berpendidikan Inggeris terdiri daripada golongan bangsawan. Gerakan nasionalisme
melalui persatuan ini semakin berkembang sehingga zaman pendudukan Jepun. Selepas
perang Dunia Kedua perjuangan orang Melayu lebih terarah kepada UMNO sehingga
kemerdekaan Tanah Melayu.