Anda di halaman 1dari 3

KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN DEFINISI; Teknik mempelbagaikan kaedah dalam penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan

minat murid terhadap aktiviti pengajarannya. Kemahiran variasi rangsangan meliputi: Kemahiran mengubah tingkahlaku murid. Mempelbagaikan aktiviti pengalihan deria murid. Menukar corak interaksi guru dengan murid. Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.

OBJEKTIF VARIASI RANGSANGAN 1. Memusatkan perhatian murid dan mengekalkan minat terhadap aktiviti pengajaran. 2. Melibatkan murid secara aktif dalam pelbagai aktiviti pengajaran-pembelajaran. 3. Memberikan peluang kepada murid untuk menggunakan pelbagai deria untuk mengikuti pelajaran. 4. Memotivasikan serta membangkitkan naluri ingin tahu murid melalui pelbagai aktiviti guru. 5. Memberikan peluang kepada murid menikmati pelbagai aktiviti pengajaran. 6. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang psoitif dan seronok.

PRINSIP PRINSIP PENGGUNAAN VARIASI RANGSANGAN

1. Setiap perubahan kaedah dan tkenik penyampaian guru hendaklah dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran. 2. Perubahan aktiviti pengajaran hendaklah lancar dan dikaitkan dengan setipa langkah penyampaian. 3. Setiap langkah haruslah mengandungi aktiviti pengajaran yang berbeza. 4. Rancangan penggunaan ABM untuk memplebagai pengalihan deria murid. 5. Ubah rangsangan berdasarkan maklum balas daripada murid.

KESAN PENGGUNAAN VARIASI RANGSANGAN KEARTAS PROSES PENGAJARANPEMBELAJARAN 1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan menarik. 2. Minat dan perhatian murid akan lebih tertumpu kepada aktiviti pengajaran guru. 3. Mendorong murid berusaha dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. 4. Memberi peluang kepada murid-murid menggunakan pelbagai deria untuk mempelajari sesuatu. 5. Mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. 6. Mengurangkan masalah disiplin di bilik darjah.

KOMPENAN-KOMPENAN VARIASI RANGSANGAN

Perubahan pergerakan langkah guru

Kiri < > kanan Depan < > belakang G U R U

Perubahan pergerakan anggota guru

Tangan < > kepala Tangan < > hentian

Perubahan nada suara

Mendatar < > lantang Lantang < > senyap

Perubahan fokus deria

Mendengar < > menonton Melihat < > merasa

Perubahan bentuk lisan murid

Menyoal < > menjawab Bertutur < > membaca Bercerita < > berbincang

M U R I D

Perubahan bentuk fizikal murid

Menulis < > melukis Duduk < > berdiri Demmonstrasi < > lakonan

Anda mungkin juga menyukai