Anda di halaman 1dari 19

4.

0 Model,Pendekatan
Strategi, Kaedah &
Teknik Pengajaran
4.1 Penerangan Konsep
4.1.1 Model Pengajaran
Merujuk kepada kerangka yang merangkumi
keadaan kandungan , strategi srta iklim
sosial yang dapat mewujudkan persekitaran
pembelajaran murid. Terdiri daripada
prosedur – prosedur mudah pengajaran dan
pembelajaran yang boleh dijadikan panduan
kepada guru untuk menghasilkan pengajaran
yang berkesan.
4.1.2 Pendekatan
4.1.3 Strategi Pengajaran
Suatu Kemahiran merancang dan
menguruskan kaedah dan teknik
pengajaran untuk mencapai hasil
pembelajaran
4.1.2 Pendekatan
• 4.1.4 Kaedah Pengajaran
• Cara mengelolakan dan menggunakan
teknik , isi pelajaran dan alat bantu
mengajar untuk mencapai sesuatu
objektif pelajaran
4.1.2 Pendekatan
4.1.5 Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran merupakan satu
kemahiran atau cara melaksanakan
penyampaian bahan pengajaran kepada pelajar
dari segi langkah – langkah dalam aktiviti
pembelajaran . Teknik ini merujuk kepada suatu
kemahiran guru untuk mengelolakan dan
menjalankan langkah – langkah dalam aktiviti
pembelajaran untuk mencapai hasil segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahan
pengajaran
4.2 Model Pengajaran
4.2.1 Model Pengajaran Behaviorisme
Model ini menumpukan kepada tingkah laku
yang dapat diperhati dan tugas yang jelas serta
cara untuk memaklumkan kemajuan kepada
murid . Antara model dalam kumpulan Model
Pengajaran Behaviorisme ialah Model
Pengajaran Langsung( Good et,al., 1994)
Model Pengajaran Sosial ( Bandura,1961)
Model Pengajaran Masteri ( Bloom, 1968)
Pengajaran Langsung
Pengajaran Langsung merupakan satu
pendekatan untuk satu pengajaran kemahiran
kemahiran asas di masa pelajaran terarah
kepada matlamat dan persekitaran pembelajaran
adalah berstuktur . Mengikut Arends ( 2001)
pengajaran langsung merupakan satu cara
berkesan untuk mengajar pengetahuan dan
kemahiran asas kepada murid.
Pengajaran Langsung
Pengajaran langsung boleh diterangkan
kepada tiga aspek iaitu jenis hasil
pembelajaran pelajar , aliran aktiviti
pengajaran dan persekitaran
pembelajaran . Pengajaran jenis ini
berpusatkan guru dan mengandungi lima
langkah iaitu penentuan set ,
penerangan/ demonstrasi, praktis /
Latihan terbimbing dan amalan / praktis
lanjutan.
Pembelajaran Langsung
Prinsip – prinsip Pembelajaran Langsung
1) Pengenalan / Review
Topik atau maklumat yang dipelajari akan
disampaikan kepada murid atau mengkaji
semula maklumat yang di susun untuk
pembelajaran
Pembelajaran Langsung
2) Perkembangan
Guru memberikan penerangan , huraian ,
contoh atau model tentang apa – apa
yang ingin dipelajari dengan jelas serta
menyemak pemahaman pelajar melalui
penyoalan
Pengajaran Langsung
3) Amalan Terbimbing
Peluang diberikan kepada pelajar untuk
melatih apa – apa yang di harapkan oleh
mereka untuk dikuasai . Disamping itu ,
guru memantau aktiviti atau tugasan yang
diberikan
Pengajaran Langsung
4) Penutup
Guru – guru mengakhiri pelajaran dengan
merumuskan apa – apa yang telah diajar
4) Latihan Kendiri ( independent )
Tugasan – tugasan diberikan untuk
mengukuhkan pembelajaran tanpa
bantuan guru
6) Penilaian
Kemajuan pelajar dinilai untuk menentukan tahap
– tahap penguasaan
Pengajaran Langsung
Proses Pengajaran Langsung
• Pengenalan / Review
• Perkembangan
• Latihan Terbimbing
• Penutup
• Latihan Kendiri
• Penilaian
Pengajaran Langsung
• 1) Pengenalan / Review
Langkah pertama dalam pengajaran langsung
adalah untuk menarik perhatian pelajar . Langkah
ini merujuk kepada peristiwa fokus , di mana
peringkat ini menyediakan pentas kepada pembelajaran
berlaku. Pelajar dimaklumkan tentang matlamat
pembelajaran , hasil pembelajaran dan kepentingan
pelajaran berkenaan . Langkah ini dilakukan dalam
bentuk mengenal maklumat baru atau menokok tambah
apa –apa yang telah dipelajari.
Pengajaran Langsung
2) Perkembangan
Apabila matlamat diberitahu pelajar , guru akan
memodelkan tingkah laku ( pengetahuan atau
kemahiran ) di mana pelajar dapat menunjuk
cara tingkah laku tersebut . Langkah ini
merangkumi penerangan yang jelas tentang
maklumat dengan memberikan banyak contoh
untuk memstikan pemahaman pelajar
terhadap apa – apa yang telah dipelajari
Pengajaran Langsung
3) Latihan Terbimbing
Langkah ini amat kritikal dari segi guru mendekati
latihan terbimbing . Latihan ini secara teraktif
dapat meningkatkan ingatan , pembelajaran akan lebih
automatik dan membolehkan pelajar memindahkan
pembelajaran baru kepada situasi baru . Antara prinsip
yang boleh memberikan hala tuju kepada guru termasuklah
yang dapat memberikan tugasan yang pendek dan
bermakna ; tugasan yang dapat meningkatkan
pembelajaran berlebihan ( Overlearning) ; menyedari tentang
kelebihan tugasan berterusan dan tugas terbahagi kepada segmen
tertentu serta memberikan perhatian awal kepada peringkat awal
latihan diberikan
Pengajaran Langsung
1) Penutup
Sebagai langkah terakhir dalam model ini
penutup merupakan pelajaran dirumuskan dan
guru berpeluang untuk mengimbas kembali apa
apa yang di ajar dalam pelajaran . Langkah ini
digunakan untuk mengingatkan pelajar kepada
matlamat pengajaran dan sebagai persediaan
untuk pelajar menyelesaikan aktiviti dan latihan
kendiri yang diberikan oleh guru.
Pengajaran Langsung
1) Penilaian
Aktiviti atau tugaan yang berkait dengan hasil
pembelajaran yang diberikan kepada pelajar
setelah mereka menunjukkan kompetensi
atau kemahiran dalam langkah ketiga. Latihan
yang dilakukan secara kendiri bertujuan untuk
mengelakkan apa jua bantuan guru dan
langkah ini bertujuan untuk menentukan
tahap penguasan yang dicapai oleh pelajar
Pengajaran Langsung
1) Penilaian
Alat penilaian digunakan untuk mentaksir
kemajuan pelajar sama ada secara formatif atau
kumulatif . Penilaian boleh dilakukan dalam
bentuk lembaran kerja dan projek tentang satu
satu pelajaran. Penilaian pembelajaran pelajar
amat penting kerana memberikan maklum balas
kepada guru dan pelajar serta digunakan untuk
menentukann sama ada hasil pembelajaran yang
diharapkan telah dicapai atau perlu diulangi pada
pelajaran berikutnya.

Anda mungkin juga menyukai