Anda di halaman 1dari 3

Teknik Penyoalan Guru

Tidak dapat dinafikan betapa pentingkan kemahiran guru dalam aspek penyoalan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dalam setiap borang penilaian pemerhatian bagi penyeliaan pengajaran dan pembelajaran semasa latihan perguruan atau borang penyeliaan oleh Jemaah Nazir Sekolah atau sesiapa sahaja dalam proses penilaian atau pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru, pasti sahaja ada elemen ini dinilai. Betapa pentingnya seseorang guru itu menguasai teknik dan kemahiran menyoal adalah menentukan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat amalan guru yang tidak memberikan perhatian kepada teknik menyoal, umpamanya guru menyoal dengan soalan yang tidak jelas, bersifat spontan, tidak menentukan tujuan, stereotaip dan hanya berkisar sekitar mencungkil ingatan serta memahami fakta sahaja. Soalan sedemikian tidak akan dapat mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Apakah Penyoalan? Penyoalan adalah apa jua pernyataan atau perlakuan yang memerlukan maklumbalas murid. Selain daripada berbentuk lisan, penyoalan juga boleh dilakukan melalui ekspresi muka, isyarat dan konteks fizikal. SOALAN -> MAKLUMBALAS -> REAKSI SELEPAS MAKLUM BALAS Penyoalan guru adalah merupakan salah satu bentuk interaksi yang berlaku dalam bilik darjah. Teknik penyoalan adalah merupakan salah satu alat untuk mencapai matlamat dan merangsang aktiviti mental. Beberapa kebaikan penyoalan adalah seperti berikut; Merangsang pembelajaran

Mengembangkan potensi berfikir murid Memandu kepada idea yang jelas Menggerakkan imaginasi Insentif kepada tindakan

Guru perlu menyedari bahawa kuantiti soalan dan kualiti penyoalan semasa mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah adalah merupakan salah satu unsur penting dalam menentukan keberkesanan dan kualiti sesi pengajaran mereka. Oleh itu, guru perlu merancang dengan teliti dan rapi dengan mengambil kira beberapa faktor seperti berikut;

Mental Psikologi Persekitaran Pengalaman murid Keperluan sesuatu mata pelajaran

Mengapakah penyoalan guru ini begitu penting? Terdapat beberapa unsur yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran guru melalui penyoalan iaitu unsur penyiasatan (interrogation) dan unsur rangsangan yang menunjukkan apa yang harus dipelajari dan arahan yang perlu dilakukan. Janganlah pula kita sendiri yang menyoal dan kita sendiri yang menjawab, tanpa memberikan ruang untuk murid berfikir dan mencari jawapan. Amalan sesetengah guru memang begitu seperti guru mengemukakan soalan kepada semua murid: Faham tak? kemudian tanpa menunggu jawapan murid, beliau meneruskan percakapannya. Atau pun menyoal: Faham tak? dan keseluruhan murid menjawab Faham. Adakah beliau mengetahui siapakah yang sebenarnya faham dan siapa pulan yang tidak faham. Murid cenderung untuk menjawab secara beramai-ramai apabila rakan lain menjawab Faham. Fikirkanlah tindakan yang telah kita lakukan ini dan buatlah renungan atau refleksi mengenai amalan penyoalan kita. Apakan tujuan guru menyoal? Berikut adalah antara beberapa tujuan guru menggunakan teknik penyoalan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Merangsang penglibatan murid Mengulangkaji Merangsang murid untuk berbincang Melibatkan murid untuk berfikir secara kreatif Menguji kebolehan murid Menilai kemajuan murid Menentukasn sejauh manakah objektif pembelajaran tercapai Menarik minat murid Mengawal tingkah laku murid Menyokong sumbangan idea murid Meningkatkan kognitif dan metakognitif murid

Nabi Muhammad (SAW) kerap menggunakan pendekatan dialog dan bersoal jawab sebagai kaedah berinteraksi secara dua hala dalam sesi pengajaran Beliau. Ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian pendengnar dan mengajak mereka agar memberikan respon atau maklum balas terhadap soalan yang dikemukakan. Dengan cara ini idea yang bernas dapat digunakan dalam menjawab soalan. Sekiranya para sahabat Beliau tidak dapat menjawab, Beliau sendiri akan memberikan jawapan yang mudah untuk difahami dan berkesan kepada orang yang mendengar. Soalan yang dikemukakan oleh Rasulullah adalah menguji minda dan membawa pengertian yang begitu jauh serta mendalam, disamping mengandungi unsur-unsur analogi atau perumpamaan. Diriwayatkan oleh Sayyidina Abi Hurairah, Rasulullah bersabda (menyoal): Apakah pandangan kalian sekiranya ada sebatang sungai di pintu rumah masing-masing, dan kalian mandi di dalamnya sebanyak lima kali setiap hari, apakah akan ada kekotoran yang masih tinggal? Jawapan daripada pengikut beliau: Tidak akan ada kekotoran sedikit pun Lalu Rasulullah bersabda lagi: Demikianlah perumpamaan solat lima waktu, Allah akan menghapuskan segala dosa dengannya Baginda juga sering menyoal para sahabat mengenai perkara yang sudah baginda sendiri ketahui untuk mencungkil kebijaksanaan, mengasah kecerdikan dan menyalurkan ilmu kepada mereka melalui teknik mengemukakan hujah agar dapat menguji ilmu yang ada dalam minda masing-masing. Contohnya (menurut riwayat oleh Sayyidina Abdullah bin Umar) semasa Baginda lalu di bawah sepohon kurma, Baginda mengambil buah dan memakannya dan berkata: Sesungguhnya ada sejenis pokok yang berwarna hijau, keberkatannya umpama keberkatan seorang muslim, daunnya tidak gugur, dan tidak pula bertaburan, dan ia mengeluarkan buah sepanjang musim dengan izin Allah Taala, dan sesungguhnya ia seumpama seorang muslim, maka khabarkan padaku apakah pohon tersebut? Ramai para sahabat telah meneka pohon yang dimaksudkan oleh baginda, dan akhirnya Rasulullah telah memberikan jawapan: Ia adalah pohon kurma Walau pun Sayyidina Abdullah bin Umar yang mendengar soalan tersebut mengetahui jawapannya, namun beliau merasa malu untuk menjawab kerana beliau adalah paling muda dalam kalangan mereka sedangkan orang lain diam membisu. Oleh itu, seseorang guru yang memiliki nilai-nilai profesionalisme yang tinggi sewajarnya mengajukan persoalan kepada murid bagi menguji kefahaman, menggalakkan agar mereka sentiasa berfikir serta menjelaskan jawapan yang sebenar kepada mereka sekiranya mereka tidak mengetahuinya. Guru juga perlu menggunakan perumpamaan, metafora, analogi yang bersesuaian untuk menambahkan kefahaman dan menggambarkan maknanya agar ia kukuh menetap dalam fikiran atau minda murid. enyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar sama ada dalam kelas KBSR ataupun KBSM. Apabila pelajar ditanya sama ada mereka mempunyai soalan atau tidak, mereka akan berdiam diri atau memberitahu tidak mempunai soalan. Adakah benar pelajar-pelajar tidak mempunyai soalan untuk ditanya tidaklah dapat dipastikan. Namun satu soalan yang boleh ditimbulkan disini ialah adakah guru telah mengajar kemahiran menyoal kepada pelajar-pelajar di dalam kelas? Bertanya atau Menyoal? Salah satu perkara yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita mendapatkan sesuatu maklumat tetapi dapat membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama. Dalam hal ini bertanya dan menyoal sebenarnya mempunyai makna yang berbeza. Lihat contoh berikut; 1 a) Harga kereta baru kamu berapa? b) Berapakah harga kereta baru kamu? 2 a) Ahmad, kenapa kamu selalu datang lambat? b) Kenapa cikgu nak tahu? Ayat 1(a) dan 1(b) merupakan ayat tanya yang ditandai dengan kata tanya dan tanpa kata tanya. Kedua-dua ayat tersebut diucapkan dengan maksud cuba mendapatkan maklumat. Sebaliknya ayat 2(a) dan 2(b) walaupun ayat tanya tetapi tanpa kita sedari ayat-ayat tersebut lebih berbentuk menyoal, menyalah atau cuba menuduh. Agaknya apa perasaan anda?

Bila bertanya kita tidak mungkin menyakiti hati orang yang kita tanya. Sedapat mungkin kita cuba menjaga hubungan kita. Kita mahu komunikasi kita berada dalam iklim atau suasana yang selesa dan menyenangkan. Lihat contoh berikut: 3 a) Kenapa kamu tak telefon saya, kamu datang lambat? b) Apa sebab kamu beli barang yang tak diperlukan? c) Kamu tak tahukah cikgu sibuk? Ayat-ayat di atas kelihatan seperti bertanya kerana ditandai dengan tanda tanya dan kata tanya. Jika anda seorang pelajar yang ditanya oleh guru anda, apa perasaan anda. Tentu sahaja anda akan terasa tersinggung kerana guru anda menyalahkan atau menuduh anda datang lambat tanpa bertanya sebabnya terlebih dahulu. Ayat -ayat seperti di atas adalah ayat menyoal dan bukannya bertanya. Yang membezakan makna bertanya dan menyoal ialah fungsi pertanyaan itu sendiri. Ada dua jenis pertanyaan, iaitu pertanyaan tertutup dan pertanyaan terbuka. Pertanyaan terbuka tidak memadai hanya dijawab ya atautidak sahaja. Contoh 4 a) Cikgu bercadang hendak mengadakan lawatan ke Pulau Pinang masa cuti pertengahan tahun. Apa pendapat kamu semua? b) Mengapa agaknya masalah disiplin pelajar semakin teruk ketika ini? Pertanyaan tertutup pula memerlukan jawapan yang tegas, tepat dan ya atau tidak Contoh 5 a) Sudah berapa lama kamu tinggal dengan nenek? b) Apa yang membuat kamu nampak risau? c) Ada atau tidak cadangan lain yang boleh kita kemukakan kepada pihak sekolah? d) Adakah kamu semua setuju Karim dilantik sebagai ketua kelas? Ayat 5 a) dituturkan dengan maksud untuk mendapatkan fakta, ayat 5 b) pula untukmengetahui perasaan. Bentuk pertanyaan seperti Ayat 5 c) biasanya jika kita cuba mencari maklumat tambahan, membuat pemerincian atau mencari perbezaan pendapat. Ayat 5 d) pula lebih bercorak cuba menguji sikap, perasaan atau pendiriaan seseorang. Dalam hal ini seseorang penutur perlu bijak memanipilasi bentuk kata tanya. Apa yang penting elak diri daripada menyinggung perasaan seseorang.

Anda mungkin juga menyukai