Anda di halaman 1dari 76

OLEH: MOHD HALIM BIN MARZUKI Program Sarjana Pendidikan Sains Sekolah Rendah (M20092000956) FAKULTI PENDIDIKAN DAN

PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2012

1.

Mengenal pasti kerangka alternatif murid dalam topik yang digunakan untuk membina projek. Mengenal pasti keupayaan Pendekatan Projek dalam membina konsep sains tahun satu melalui topik Timbul dan Tenggelam dan Reka Bentuk. Mengukur minat dan motivasi murid semasa melaksanakan Pendekatan Projek. Mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan Pendekatan Projek.

2.

3.

4.

1.

Apakah kerangka alternatif murid tahun 1 berdasarkan topik sains dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang dipilih dalam melaksanakan projek?

2.

Sejauh manakah Penekatan Projek dapat membina konsep sains melalui topik Timbul dan Tenggelam dan Reka Bentuk. Sejauh manakah minat dan motivasi murid semasa melaksanakan Pendekatan Projek?
Apakah isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan Pendekatan Projek?

3.

4.

Pengenalan:

Dalam kajian ini, responden kajian (Murid Tahun 1) telah melaksanakan dua projek iaitu, Projek Bot dan Projek Bongkah menggunakan Pendekatan Projek.

Katz dan Lilian G (1994): - Penyelidikan yang mendalam tentang sesuatu topik. Penyiasatan biasanya dilakukan oleh kumpulan kecil, seluruh kelas mahupun secara individu. Freda (1999): - Usaha kanak-kanak mengarahkan pembelajaran mereka sendiri berdasarkan minat mereka dan akan mencari maklumat yang relevan dan bahan-bahan untuk menyokong eksplorasi mereka.

Beneke & Ostrosky (2001): - Pendekatan ini mencerminkan falsafah mengajar yang meresapi apa dan bagaimana anak-anak diajarkan, bentuk projek adalah berbeza-beza bergantung pada minat dan kemampuan setiap kumpulan anak-anak dan guru mereka.
Chin Long Fay (2004) pula, menjelaskan science project sebagai: A science project is an independent study, which leads you to find out something new about an object, event, process or phenomenon

Katz (1994) secara terperinci menjelaskan Pendekatan Projek sebagai berikut: A project is an in-depth investigation of a topic worth learning more about. The investigation of a topic worth learning more about. The investigation is usually undertaken by a small group of children within a class, sometimes by whole class, and occasionally by an individual child. The key feature of a project is that it is a research effort deliberately focused on finding answers to questions about a topic posed either by the children, the teacher, or the teacher working with the children

Terdapat tiga fasa dalam Pendekatan Projek (Helm dan Katz (2001). Fasa-fasa ini adalah seperti berikut:

Fasa 1: Memulakan Projek Fasa 2: Membina Projek Fasa 3: Merumus Hasil Projek

Perjalanan keseluruhan pembelajaran menggunakan Pendekatan Projek dapat diringkas melalui model berikut.

Sumber : Helm & Katz (2001), Young Investigators: The Project Approach in the Early Years

Topik dipilih ( oleh guru atau murid) Guru membina web jangkaan (anticipatory webs) Aktiviti-aktiviti berfokus dijalankan: - cungkil idea saintifik/kerangka alternatif murid menggunakan kaedah yang sesuai Pilih topik untuk projek (sesuai atau tidak sesuai) Guru membina web tentang idea atau konsep sains yang terbabit. Murid membina soalan-soalan berdasarkan persoalan: Apakah yang ingin kami tahu?

Kaji semula web jangkaan guru dan web oleh murid. Merancang aktiviti penyiasatan seperti lawatan (kerja lapangan), lawatan pihak pakar, membuat penyiasatan, sumber-sumber lain (buku, internet, ibu bapa) Murid merepresentasi apa yang dipelajari (lukisan.lakaran,binaan,bercerita dan lain-lain) Membina produk-produk kajian (jurnal,artifak,model dan lain-lain) Reflek semula apa yang telah dipelajari dan perlu dipelajari lagi.

Kongsi hasil projek dengan (rakan, ibu bapa) Murid tentukan aktiviti. Contoh-contoh aktiviti -Hari Terbuka, Drama, Buku Skrap, Produk Projek dan lain-lain. Refleksi kejayaan projek.

Proses pembelajaran murid melalui Pendekatan Projek adalah berdasarkan teori pembelajaran secara kontruktivisme.

KSSR (2010), pendekatan konstruktivisme dihuraikan sebagai satu satu fahaman yang mencadangkan bahawa murid belajar sesuatu dengan cara membina sendiri pemahaman yang bermakna kepada diri mereka. Beberapa unsur penting di dalam pendekatan ini juga dinyatakan seperti berikut: Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid. Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri. Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka. Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi.

Yap K. C. et al (2004): - Murid secara aktif membina pengetahuan baru dengan mengambil kira segala pengalaman sedia ada dan interaksi mereka dengan persekitarannya. Zurida et al (2003): - Merumuskan asas kepada fahaman ini adalah pengetahuan tidak boleh dipindahkan ke dalam minda murid secara total tetapi membina makna daripada perkataan atau imej visual yang mereka lihat ataupun dengar.

Kajian ini dijalankan secara kajian kes. Dalam kajian ini, data dikumpulkan dan dianalisa secara kualitatif sepenuhnya. Kajian kes melibatkan pengumpulan maklumat secara sistematik dan mendalam mengenai tingkah laku individu tertentu, keadaan sosial atau peristiwa khusus untuk mengetahui bagaimana tingkah laku individu atau perubahan keadaan sosial berlaku (Piaw, 2006).

Kajian kes juga melibatkan penjelasan mengenai individu dan pengalaman individu tersebut (Sabitha, 2006).

Sampel kajian terdiri daripada 22 orang murid Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Banting, Selangor. Murid yang terlibat adalah berusia 6 dan 7 tahun. Sampel kajian adalah terdiri daripada anak-anak nelayan, pensyarah kolej matrikulasi, guru dan buruh. Ibu bapa dan penjaga murid yang terlibat juga merupakan responden kajian ini. Dua orang guru iaitu guru mata pelajaran Sains Tahun 1 dan guru kelas Tahun 1 terlibat secara langsung dalam kajian ini. Sampel kajian dipilih secara pensampelan bertujuan (purposive sampling). Melalui kaedah pensampelan ini, sampel dari satu populasi dipilih mengikut tujuan penyelidikan (Sabitha & Chua Yan Piaw, 2006).

Dalam kajian ini, empat prosuder pengumpulan data dijalankan iaitu: i. ii. iii. iv. Pemerhatian Temu bual Analisa dokumen Soal selidik

i.

Pemerhatian
Penyelidik sebagai pemerhatian turut serta Penyelidik bersama-sama pelajar di dalam setiap kelas sepanjang projek dijalankan. Penyelidik juga terlibat secara tidak langsung sebagai guru mata pelajaran Sains. Modul Jurnal Perancangan Projek (Helm & Katz, 2001) digunakan sebagai panduan melaksanakan dan merekod data-data kajian. Data-data pemerhatian dikumpulkan dalam bentuk teks, foto dan rakaman video.

ii.

Temubual
Jenis temu bual yang dijalankan kepada responden ibu bapa dan guru adalah temu bual separa berstruktur Temu bual yang dijalankan ke atas murid adalah dalam bentuk kumpulan berfokus (focus group interview)

Temu bual secara tidak berstruktur dilakukan kepada responden murid sepanjang projek berjalan. Jenis temu bual ini dijalankan bagi mendapat maklumat langsung di lokasi kajian semasa projek sedang berjalan. Data-data temu bual dirakam secara visual dan ditranskripkan dengan terperinci, dikategori dan dikod bagi memudah proses penganalisaan data dilakukan.

iii.

Analisa Dokumen
Dokumen dalam kajian ini merujuk kepada

dokumen-dokumen yang terdiri daripada hasil lakaran, lukisan, tulisan dan binaan oleh murid semasa melaksanakan projek. Dalam kajian ini juga modul Jurnal Perancangan Projek oleh Helm & Katz (2001) yang dialih bahasa digunakan sebagai panduan dan juga buku catatan sepanjang projek dijalankan.

iv.

Soal Selidik
Soal selidik ini juga digunakan untuk mengukur minat murid dan motivasi dari pandangan guru, ibu bapa serta penjaga yang terlibat. Soal selidik juga digunakan untuk mendapat maklum balas berhubung kekuatan dan kelemahan projek serta cadangan penambahbaikan.

Transkripsi Transkripsi ke atas data-data mentah dari pemerhatian, temu bual, nota lapangan, jurnal dan juga rakaman video dilakukan secara terperinci. Menyusun data Semua bahan yang ditranskrip, disusun dan disimpan secara sistematik. Data-data yang dikumpulkan perlu mudah dicapai atau dapat digunakan oleh pengkaji pada bila-bila masa sahaja. Pengekodan dan Membentuk Sistem Kategori Transkripsi yang telah dibaca dan disemak secara terperinci dianalisis. Kod-kod tertentu digunakan pada mana-mana tema yang dikenalpasti bagi membantu menjawab persoalan kajian.

Pengenalan
Dapatan kajian ini merujuk kepada empat aspek berikut: 1. Kerangka alternatif murid dalam topik yang dipilih 2. Pembinaan konsep sains melalui Pendekatan Projek 3. Minat dan motivasi murid semasa melaksanakan projek 4. Isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan Pendekatan Projek.

Terdapat lima sumber data yang dapat menunjukkan kerangka alternatif murid terhadap topik: 1. Perbincangan awal tentang topik 2. Aktiviti cungkil idea 3. Lakaran rekaan pertama murid 4. Soalan-soalan murid 5. Hasil pemerhatian dalam Fasa 2 projek

1.

Perbincangan awal tentang topik


Projek Bongkah

Bentuk kuboid M09 menyebutnya sebagai segi empat tepat M18 pula empat segi.
Bentuk kon M14 menggunakan istilah tiga segi M06 tiga segi bulat Sfera (semua murid mengaitkannya sebagai bulat Bentuk kubus M04 dan M09 menggunakan istilah petak M20 bentuk empat Silinder M06 dan M05 menyatakan sebagai bulatan bujur Bentuk piramid M12 menggunakan istilah tiga segi M09 menggunakan istilah saga

Projek Bongkah

Projek Bot Respon murid tentang objek tenggelam dan terapung pada peringkat awal Fasa 1 projek. M14: Sebab dia ringan. M21: Kalau berat dia ke bawah. Guru: Berat ke bawah.. kalau dia ringan? M05: Timbul-timbul. M11: Ke atas la. Sebahagian murid perempuan tidak memberi respon. hanya berdiam. [PEMPRO/1 B01/220611]

M01: Sebab dia besi. Penyelidik: Tin kosong dalam ada apa? M04: Takde apa-apa. M01: Air... eh...besi M16: Angin (beberapa orang murid mengulangi jawapan ini) M14: Udara. [PEMPRO/1 B03/060711]

2. Aktiviti cungkil idea Projek Bot

Lakaran Pengelasan Objek M04

2. Aktiviti cungkil idea Projek Bot

Lakaran Pengelasan Objek M06

2. Aktiviti cungkil idea Projek Bongkah

Kuiz Bergambar Projek Bongkah

2. Aktiviti cungkil idea Projek Bongkah

Projek Bongkah

3. Lakaran rekaan pertama murid Projek Bot

Lakaran Pertama M22 dalam Projek Bot

Projek Bongkah

Lakaran Pertama M05 dan M14 Projek Bongkah

4. Soalan-soalan murid
Projek Bot

Projek Bot

Projek Bongkah

Projek Bongkah

5. Hasil pemerhatian dalam Fasa 2 projek Projek Bot

Projek Bongkah

Projek Bongkah

Terdapat empat sumber data yang dapat menunjukkan sejauhmana murid membina konsep sains melalui projek yang dilaksanakan: 1. Penyiasatan 2. Lakaran pertama dan kedua murid 3. Lawatan pakar 4. Aktiviti membina model rekaan

1. Penyiasatan Projek Bot

Murid menyedari idea mereka sebelum ini seperti paku timbul (M04), bola tenggelam (M06,M04 dan M07), bola tenis tenggelam (M05), kelapa tenggelam (M17), pensel tenggelam (M06) dan beberapa idea yang lain adalah tidak tepat semasa penyiasatan dijalankan. Murid juga memerhatikan sifat-sifat setiap objek dengan jelas semasa penyiasatan berjalan.

Projek Bot

Daripada lima kumpulan yang terlibat, jumlah kesilapan adalah 10 daripada 91 jawapan dan terdapat satu kumpulan yang tidak membuat sebarang kesilapan. Kekerapan kesilapan berlaku pada objek jam dinding, tayar dan tingkap. Murid menjawab tayar dan jam dinding yang berbentuk silinder sebagai sfera dan tingkap berbentuk segi empat tepat sebagai kuboid

2. Lakaran Pertama dan Kedua Murid Projek Bot

Lakaran pertama dan kedua Projek Bot M06

2. Lakaran Pertama dan Kedua Murid Projek Bot

Model Rumah Terapung M06

Projek Bongkah

Lakaran pertama dan kedua Projek Bongkah M11

Rumah hamster terapung ciptaan M11

3. Lawatan Pakar Projek Bongkah Penyelidik: M16 menyatakan bulat sebagai nipis dan sfera sebagai besar. Pakar telah menggerakkan bentuk bulat kepada beberapa arah dan murid mendapati bulat boleh menjadi nipis pada satu arah tertentu. Manakala bola tetap tidak berubah bentuk pada mana-mana arah. Melalui aktiviti di atas murid mendapati bentuk dua dimensi dan tiga dimensi adalah berbeza.
[PEMPRO2 B04/150811]

Projek Bongkah

M12:

Kenapa empat segi yang kecil boleh menjadi empat segi besar?

yang

Pakar mengulangi konsep permukaan pada bentuk tiga dimensi yang menghasilkan ruang. Pakar juga bertanya apa benda yang mempunyai ciri yang sama dengan kiub. Murid mengambil contoh kotak dan sama-sama mengira bilangan permukaan pada kotak. Murid juga memahami konsep ruang pada bentuk tiga dimensi.

M16: Kenapa bulatan tidak ada tajam-tajam?


Pakar menerang konsep bucu bagi menerangkan tajam-tajam pada soalan yang dikemukakan. Pakar mengambil bola sebagai contoh bentuk tiga dimensi yang tidak berbucu dan murid dapat menjawab bola hanya ada satu permukaan. Pakar menjelaskan bucu terhasil apabila beberapa permukaan bergabung. [PEMPRO2 B04/150811]

4. Aktiviti membina model rekaan Projek Bot


1 2

Transformasi Rekaan Bot M11

Projek Bot
1 2

Transformasi Rekaan Bot M14

Projek Bongkah

Transformasi Rekaan Rumah Hamster M02

Terdapat empat sumber data yang menunjukkan minat dan motivasi murid semasa melaksanakan projek: 1. Temu bual guru 2. Temu bual dan soal selidik ibu bapa penjaga 3. Temu bual murid

1. Temu bual guru

Guru A
G01: Kalau kita lihat mula-mula agak kurang minat ....murid kurang faham apa yang kita nak buat. Saya dan Cikgu Halim buat tentang Pendekatan Projek ni agak..murid kurang faham apa yang nak kita sampaikan... [TBGAB02/0911/04] G01: ... murid-murid ni mula boleh bercakap dan bercerita di hadapan. Bila kita cakap Siapa nak bercerita.... Saya cikgu..saya cikgu [TBGAB02/0911/08] G01: Sebab kenapa saya kata sangat minat ni? Macam tadilah boleh naik ke atas untuk tengok projek. Asal bilik ni dibuka aja..dia akan naik..asal bilik ni dibuka aja ... dia naik atas. [TBGAB02/0911/] Dia orang tanya Cikgu, nak buat projek ke sedangkan duduk dalam kelas walaupun saya relief untuk cikgu lain. Dia akan tanya Cikgu kita nak buat projek apa esok. Nampak kat situ kita boleh nilai minat dia di tahap mana. [TBGAB02/0911/23]

Guru B
G02: Saya rasa minat sangat mendalamlah.. bila dia try..gagal.. dia pun cuba lagi. Macam mana dia baiki.
[TBGBB02/1011/02]

Kalau kita bercakap... budak yang memberi tumpuan tiada masalah...balik rumah dia boleh belajar...budak-budak yang blurr minat dia ...orang kata ....statik aja lah. Berbeza dengan projeklah...semua mahu belajar.
[TBGBB02/1011/31]

G02: Budak banyak bercakap..... bekerjasama.. Bila mula projek ni ..macam-macam mereka berkongsi bersama....pendapat.
[TBGBB02/1011/04]

G02: Satu saya rasa..aa..kita bagi tahu dia Bila siapkan projek ni elok-elok nanti kita uji dia.. Projek awak berjaya atau tidak berdasarkan pada idea awaklah
[TBGBB02/1011/08]

G02: Jadi bila kita uji benda tu... dia uji sendiri. Panas ke..macam mana ke .....buka ke Oh!.....(menunjukkan reaksi murid terkejut)
[TBGBB02/1011/30]

2. Temu bual dan soal selidik ibu bapa penjaga

Item bebas BC01: Bagaimanakah perubahan minat yang ditunjukkan oleh anak anda sepanjang menjalankan projek sains di sekolah?

BSS04: Dia selalu bertanya, bolehkah dia menjadi saintis suatu hari nanti.
[BC01/BSS 04]

BSS07: Kreatif, suka bermain dengan benda-benda yang telah dipelajari/projek seperti cuba membuat kapal terbang daripada kertas.
[BC01/BSS 07]

BSS09: Beliau berani dan berkeinginan melakukan sesuatu eksperimen yang berkaitan dengan sains dan selalu merujuk kepada ibu bapanya apabila ingin melakukan sesuatu projek di rumah.
[BC01/BSS 09] [BC01/BSS 15]

BSS15: Membuat bot dan bercerita tentang sains di rumah.

BC03:

Adakah anak anda bercerita tentang projek yang mereka jalankan di sekolah?

BSS05: Bercerita tentang projek bot yang amat beliau meminatinya.


[BC03/BSS 05]

BSS06: Mereka menceritakan bagaimana membuat Projek Bongkah, bahan yang diperlukan dan susun atur bahan tersebut.
[BC03/BSS 06]

BSS11: Kerap bercerita tentang binaan, bot, hamster, guru yang mengendalikan projek. Betapa seronoknya ketika hari tersebut.
[BC03/BSS 11]

BSS06: Lebih berminat lagi dalam projek ini dan cuba membuatnya semula.
[BE03/BSS 06]

Temu bual (ibu bapa) P01


BC01: Bagaimanakah perubahan minat yang ditunjukkan oleh anak anda sepanjang menjalankan projek sains di sekolah? P01: Saya tak jangka juga yang M01 ni berminat rupanya. [TBPARENT/P011/311/02]

BC03 : Adakah anak anda bercerita tentang projek yang mereka jalankan di sekolah?

P01: Memang saya nampak bila balik rumah dia bercerita kat saya..dia kata..memang seronok. Ali ni memang jenis tak suka fokus pada satu benda. Dia memang ... concentrate tak lama. Mula-mula dia akan...emm..sekejap aja. Tapi kali ini dia ..emmm... nampak dia boleh..emmm..mungkin baru.
[TBPARENT/P01/311/04]

Temu bual (ibu bapa) P02


BC01: Bagaimanakah perubahan minat yang ditunjukkan oleh anak anda sepanjang menjalankan projek sains di sekolah?

P02: Dia gantung Eh! bukak saya kata Buka (name tag) nak pegi sekolah agama. Memang dia minatlah. Sains memang dia ada cerita dia minat. Kita minatlah ibu Sains katanya.
[TBPARENT/B1811/43]

P02

BD04 : Adakah anak anda meneruskan penyiasatan berkaitan projek sains mereka di rumah?

P02: ..haah.. tak apa-apa yang dia buat. Ada aja dia buat. Peliklah budak ni saya cakap. Selagi ada botol air yang saya beli tu dah habis diminum.. simpanlahkan..botol mineral. Botol mineral ni kan nipis..dia senang potong. Saya tak tahu apa dia main dalam kolam tu.
[TBPARENT/B1811/18]

P02: Apa belon ni...... belon ni dengan ni adik buat apa? (mengajuk peristiwa M09 bermain di dalam bilik air).... dia diam aja tak cakap ..takut kena marah kan Ko buat apa dalam bilik air ni... tak hape- hape dipancutnya..abis dimainnya.
[TBPARENT/B1811/21]

P02: Ayah kita nak buat kapal (tanya M09) macam mana nak buat kapal ni. Sampan tu dihanyutkan dalam air. lepas tu buat kapal roket. Pastu ada dia ambil botol, taruh belon... dia boleh ikat dengan getah.. lepas tu saya tak tahu dia buat apa.. saya tak tahu... (geleng-geleng kepala dan tersenyum)
[TBPARENT/B1811/14]

3. Temu bual murid


Penyelidik: Suka tak belajar sains sekarang? M11: Best sangat
[TBMURID/FGA0509/06]
M14: Best..sebab banyak dapat ilmu. [TBMURID/FGA0509/14]

Semua murid: Suka ..(sambil menganggukkan kepala)


[TBMURID/FGA0509/18] Murid-murid juga memberi beberapa alasan mengapa mereka berminat untuk belajar sains secara menjalankan projek.

Penyelidik: Kenapa berminat belajar sains? M05: Ada projek M10: Macam-macam projek buat. M21: Sebab boleh buat apa-apa. M18: Boleh buat rumah hamster.
[TBMURID/FGB0509]

Motivasi murid semasa melaksanakan projek

1. Temu bual guru

Guru A

G01: Kemahuan dan kehendak murid untuk menceritakan minat dia lebih tinggi. Apa yang kita lihat sendiri... masa saya dan Cikgu Halim membuat pengajaran untuk Pendekatan Projek ini, budak mahu ke depan walaupun tanpa disuruh. Padahal selama ni kita lihat kalau dia nak ke depan..Ok..kita kena panggil nama dia
[TBGAB02/0911/09]

G01: Tapi kali ini berbeza. Murid yang lemah ke depan. Dia nak beritahu apa yang dia tahu dan dia nak beritahu apa yang hendak dia buat. Saya rasa minat itu sangat mendalam. Kesan daripada minat ini banyak boleh mengubah daripada segi sikap dan diri pelajar tersebut sendiri.
[TBGAB02/0911/1]

G01: Jadi apa yang kita lihat ni, rasa putus semangat tu takde. dia nak cuba..nak cuba..nak cuba...nak cuba..selagi tak puas hati sengan apa yang dia buat ... selagi tu lah dia nak cuba.
[TBGAB02/0911/41]

G01: Kita lihat bagaimana murid..aaa... cuba buat satu objek tentang tenggelam dan timbul..aa... yang mana kita combine kannya. Pada hal kita tengok dia buat projek tu tenggelam.... ambik dia buka balik Cikgu saya nak ubah..cikgu saya nak cuba ubah.
[TBGAB02/0911/34]

G01: Kemudian M06..kapal dia terbalik..kemudian air...aaa..rumah dia air masuk. Mereka tak patah semangat.
[TBGAB02/0911/38]

Guru B

G02: Projek 1 murid masih mengharap kita bantu dia...Projek 2 dia kurang meminta bantuan kita.. dia banyak bergerak sendiri.
[TBGBB02/1011/35]

G02: Mereka banyak bergerak sendiri.....dia dah tahu yang ini macam ni..yang ini macam ni
[TBGBB02/1011/36]

G02: M14.... saya ada juga cuba bantu dia ...bila saya potong tak cantik..dia complain Ustazah tak nak lah macam ni saya bagi alasan Kan elok macam ni... macam ni...macam ni...Tak nak lah Ustazah... dia nak idea dia sendiri.
[TBGBB02/1011/38]

G02: Selain daripada dorongannya itu..dia rasa dihargai... Bila cikgu kata Eh! bagus..bagus Bila budak-budak kelas lain datang ...bila Darjah 1 boleh buat Eh!..macam terpegunkan.. dia dihargai... Kelas lain tak buat..Darjah 1 boleh buat.
[TBGBB02/1011/12]

2. Temu bual dan soal selidik ibu bapa penjaga

BD01: Jika Ya, bagaimanakah semangat yang ditunjukkan oleh anak Tuan/Puan semasa menyiapkan projek itu? Berikut adalah beberapa ulasan yang diberikan oleh mereka.

BSS01: Dia bersemangat untuk melakukan apa yang perlu dibuatnya.


[BD02/BSS01]

BSS03: Ingin menyiapkan projek dengan segera dan sentiasa meminta pandangan mengenai projek tersebut.
[BD02/BSS03]

BSS11: Kemahiran berfikir yang lebih kreatif dan kadangkadang saya sendiri pun tidak sangka pelajar ini boleh mereka cipta bahan-bahan terbuang seperti gabus, dipotong-potong menjadi bentuk ala-ala kapal. Letakkan bendera. Anak kucing pun dicuba letak ke atas gabus tersebut. Memang berbakat.
[BD02/BSS011]

BD04 Adakah anak anda meneruskan penyiasatan berkaitan projek sains mereka di rumah? Berikut adalah ulasan bagi soalan BD04 yang direkodkan.

BSS03: Membaiki kerja-kerja yang dilakukan di sekolah


[BD04/BSS03]

BSS07: Biasanya diisi botol minuman dengan air dan dibuang ke dalam parit yang ada air.
[BD04/BSS07]

BSS10: Bermain contoh meletak barang di dalam baldi yang penuh air untuk melihat sama ada objek tersebut menampakkan imej yang diingini.
[BD04/BSS10]

Terdapat empat sumber data yang menunjukkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan Pendekatan Projek topik: 1. Masa 2. Sukatan Pelajaran 3. Kehadiran murid 4. Sikap ibu bapa 5. Penyediaan peralatan dan bahan

Anda mungkin juga menyukai