Anda di halaman 1dari 5

KARANGAN BAHAN RANSANGAN Langkah untuk menghasilkan karangan bahan rangsangan v Jumlah Perkataan- Tidak melebihi 120 patah

perkataan . (tulis di bahagian bawah sebelah kanan). v Jumlah Perenggan- 5 atau 6 perenggan. - 1 Perenggan:- Pendahuluan. - 3 atau 4 Perenggan:- Isi/huraian - 1 Perenggan:- Penutup. v Jumlah isi- 3 atau 4 isi sahaja. v Sintaksis / Karangan - ringkas dan padat. v Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih ( Selain itu, Sehubungan itu, Seterusnya, Kemudian dan lain-lain.) v Pemarkahan pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan. v Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak. Pembinaan karangan bahan rangsangan Cara membuat pendahuluan. (2 atau 3 ayat sahaja). - Tema soalan - Kehendak soalan Cara menulis isi karangan. - Isi Utama + Huraian + Contoh - Penanda wacana Cara penulisan penutup. - Rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam dalam tajuk bahan rangsangan. - Ungkapan menarik Ciri-ciri karangan yang cemerlang (Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah). - Ayat yang gramatis. - Kosa kata yang luas dan tepat. - Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca. - Hanya kesalahan minimum penggunaan kata. - Isi menepati kehendak soalan. - Huraian isi matang dan berkembang. - Pengolahannya yang menarik dan berkesan.

SOALAN PMR 2009; Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dalam era pemodenan dan kecanggihan teknologi ini, masalah kesesakan jalan raya menjadi topik perbincangan orang ramai. Masalah ini harus dibendung dengan segera untuk mengekalkan kemakmuran negara. Jabatan Pengangkutan Jalan Raya [JPJ] telah memainkan peranan yang sangat unggul untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kerajaan harus meningkatkan mutu pengangkutan awam supaya kepentingan pengguna terpelihara. Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya harus membaiki sistem lalu lintas dan menambah bilangan jalan raya. Hal ini merupakan langkah yang drastik untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas. Pihak media massa harus memainkan peranannya untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam dan mengamalkan amalan berkongsi kereta supaya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Tuntasnya, semua pihak tidak harus menunding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya semua pihak harus berganding bahu menggembleng seluruh tenaga untuk memerangi masalah tersebut supaya Malaysia kekal cemerlang, gemilang dan terbilang. [120 patah perkataan]

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan pemakanan seimbang. Panjang huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

Pendahuluan: Pemakanan / diet seimbang -sajian makanan yang mengandungi semua nutrien utama yang diperlukan oleh tubuh pada kadar yang betul - sesuai bagi tubuh untuk menjalankan fungsinya penting untuk jamin kesihatan individu Isi-isi:

Pengambilan makanan seharian perlu mengikut 'piramid makanan' - panduan kumpulan makanan yang membolehkan seseorang mengamalkan diet yang seimbang membantu membentuk tabiat pemakanan yang sihat Pengambilan gizi makanan yang seimbang - sangat penting - nutrien yang cukup perlu untuk membina tubuh, bina sel baru, tisu yang rosak- tanpa pemakanan seimbang, tumbesaran terbantut/terencat Setiap makanan yang diambil dalam diet harian perlu mengandungi nutrien yang diperlukan oleh badan - memberi tenaga - contoh: karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral - saiz hidangan - ikut piramid makanan dan turut mengambilkira gaya hidup dan aktiviti harian individu - cara pemakanan individu yang aktif dengan individu yang kurang aktif berbeza - perlu tahu untuk pilih makanan yang sesuai Kekurangan sebarang nutrien boleh mengakibatkan kesihatan terganggu mengamalkan diet yang tidak betul boleh mengancam kesihatan - mengundang risiko penyakit kronik

Penutup: Pemakanan seimbang penting untuk membina tubuh, memberi tenaga dan menjamin serta mengekalkan kesihatan

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Saban hari, bilangan kenderaan di negara kita telah kian tahun kian bertambah. Hal ini telah menimbulkan masalah kesesakan di jalan raya. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakanuntuk membendung masalah ini. Antaranya ialah mutu pengangkutan awam perlu ditingkatkan. Pengangkutan awam tersebut perlu mampu menampung bilangan pengguna yang banyak serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terutama untuk golongan kurang upaya. Selain itu, system lalu lintas haruslah dibaiki dengan membina tanda atau lampu isyarat supaya dapat mengawal aliran kenderaan dengan lebih berkesan. Sementelahan, amalan berkongsi kereta perlu diamalkan supaya bilangan kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan. Jalan raya juga perlu diperbanyakkan supaya pengguna mempunyai laluan alternatif untuk menuju ke sesuatu tempat. Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu memantau masalah ini bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya

Latihan a) Lihat gambar berikut dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kaedah belajar yang berkesan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Anda mungkin juga menyukai