Anda di halaman 1dari 37

APLIKASI STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIRAH

TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6

HASIL PEMBELAJARAN
1. Memahami strategi pengajaran dan pembelajaran sirah tahun satu hingga tahun 6. 2. Dapat mengaplikasi kaedah kaedah pengajaran sirah yang sesuai untuk setiap tajuk. 3. Dapat mengemukakan kaedah dan cadangan aktiviti pengajaran yang sesuai untuk setiap tajuk sirah agar mencapai objektif yang diharapkan. 4. Mengaplikasi teknik mengajar sirah yang efektif dengan berkesan

Kerangka Tajuk

Konsep Pendekatan, Kaedah, Strategi Dan Teknik

Prinsip Pengajaran Sirah Sekolah Rendah


1. 2. 3. 4. Melibatkan pelajar secara aktif Menggalakkan pengalaman secara langsung Menekankan amalan dan penghayatan Mengambil kira kebolehan dan keupayaan pelajar 5. Menyampaikan pengetahuan dan pengalaman secara bersepadu

Panduan menggunakan kaedah yang berbeza


Mesti sesuai dengan murid Guru benar-benar faham kaedah yang akan digunakan. Pastikan kaedah itu membantu pencapaian objektif P & P Dapat merangsangkan murid berfikir dan interaktif Memandu murid uuntuk mencapai kejayaan

Objektif Pengajaran Sirah


1. Menyedarkan pelajar tentang perjalanan hidup dan perjuangan Rasulullah SAW menegakkan agama Islam 2. Mengambil pelbagai pengajaran dan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku ke atas umat yang terdahulu 3. Menjadikan Rsulullah SAW sebagi contoh ikutan yang terbaik 4. Menanamkan semangat dan cintakan Islam

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Sirah

Kaedah Bercerita
Kaedah bercerita ialah suatu teknik pengajaran di mana guru menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran dengan cara bercerita yang menarik dan menghiburkan. Oleh kerana itu, setiap guru seharusnya dapat menguasai prinsip-prinsip bercerita supaya ianya dapat disesuaikan orang yang mendengar cerita tersebut.

Prinsip Kaedah Bercerita


1. Cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai dengan umur, latarbelakang dan pengalaman murid. 2. Cerita mestilah menggunakan bahasa yang sesuai. Bahasa perlulah mudah, tepat dan jelas serta tidak mempunyai perkataan yang mengelirukan. 3. Plot cerita hendak tersusun teratur serta mempunyai permulaan dan kesudahannya. 4. Penyampaiannya haruslah menarik dengan suara yang jelas serta intonasi yang sesuai. 5. Gerak badan dan ekpresi mata perlulah berdasarkan kepada suasana dan mood cerita seperti riang, sedih atau marah.

Sebelum Sesi Bercerita


Memilih cerita yang sesuai dengan tema dan isi pengajaran Wujudkan suasana yang memberansangkan dan sesuai dengan cerita Menyediakan soalan-solan yang sesuai untuk sesi bercerita Sediakan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai

Permulaan Pengajaran
Gunakan set induksi yang menarik Mengemukan beberapa soalan Menunjukkan gambar, rajah dan peta Membuat kuiz dan teka-teki

Semasa Sesi Bercerita


Gaya dan nada suara yang sesuai Pandang semua pelajar dan adakan kontak mata Gunakan gerak isyarat atau bahasa badan Gunakan soalan sekiranya pelajar mulai bosan Libatkan murid dalam aktiviti berceria Terapkan nilai-nilai murni dalam cerita

Selepas Sesi Bercerita


Beri peluang kepada pelajar bertanya dan mengemukakan soalan Menyoal pelajar mengenai pengajaran daripada cerita yang telah disampaikan Melakukan aktiviti yang sesuai sebagai tugasan susulan

Kaedah Perbincangan
Perbincangan merupakan satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran dan berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan untuk mencari penyelesaian. Tujuan kaedah ini adalah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik. Ia secara langsung dapat merangsang minat pelajar dan membimbing mereka mendapatkan pengetahuan yang baru.

Pembahagian Kaedah Perbincangan


Perbincangan Formal Perbincangan Tidak Formal

Perbincangan Formal
Penentuan Penglibatan Pelajar Masa yang Mencukupi Penglibatan Ramai Pelajar Aktiviti Susulan Ulasan Guru

Perbincangan Tidak Formal


Guru Menjadi Pengerusi Kawalan Kelas Pembahagian Kumpulan

Kaedah Lakonan
Kaedah lakonan iaah satu kaedah pengajaran yang berbentuk drama pendek atau sketsa yang melibatkan lebih daripada dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Misalnya, dalam pengajaran sirah, pelajar dikehendaki melakonkan babak yang berkaitan dengan perjanjian Hudaibiah. Pelajar-pelajar yang terpilih melakonkan babak tersebut dan pelajar-pelajar lain memerhatikannya.

Perkara Perlu Diberi Perhatian


Peristiwa Yang Sesuai Pelakon Memahami Situasi Penjelasan Kepada Penonton Pelakon Yang Sesuai Lakonan Secara Bebas Perbincangan selepas Lakonan

Langkah-langkah Kaedah Lakonan

Perbincangan
Melatih murid-murid memberikan pendapat atau ideaidea mengenai sesuatu topik yang ditetapkan. Guru dalam hal ini bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara. Kaedah ini sering bergandingan dengan kaedah sumbang saran iaitu murid memberi idea atau pandangan dalam bentuk perbincangan. Faedah menggunakan teknik ini ialah murid-murid dapat bebas bersuara menyatakan pandangan dan menggalakkan pertukaran idea antara beberapa orang murid. Maka secara tidak langsung membimbing mereka memperolehi pengetahuan baru.

Kuiz
Ia merupakan bentuk pertandingan menjawab soalan. Faedah atau rasionalnya menggunakan kaedah ini ialah merangsang dan menguji pemikiran murid untuk mengingat kembali dan memahami semula fakta dari topik yang dipelajari secara berperingkat-peringkat. Prinsip penyoalan ialah dari mudah kepada yang susah, dari jauh kepada dekat atau sebaliknya, dari yang umum kepada spesifik atau sebaliknya. Aktiviti akan menjadi sangat menarik sekiranya diselit dengan unsur-unsur hadiah yang mudah kepada muridmurid yang berjaya menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik.

Soal Jawab
Guru mengemukakan soalan dan murid menjawab dengan jawapan yang sewajarnya. Faedah dan kebaikan melaksanakan kaedah ini ialah guru dapat menggalakkan murid berfikir dan memberi tumpuan terhadap pelajaran sekali gus mengelakkan mereka memikirkan perkara lain. Kaedah ini juga memudahkan murid memahami dengan lebih cepat kerana mereka berpeluang menyoal guru untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan tajuk pelajaran.

Dialog
Teknik perbualan mengenai sesuatu tajuk. Faedah dan praktikalnya menggunakan kaedah ini dalam P&P Asas Ulum Syariah (Sirah) ini ialah dengan berdialog sesama murid kita dapat menyampaikan banyak maklumat dan secara tidak langsung penerapan nilai-nilai murni dapat disemat di dalam jiwa mereka.

Cerita
Iaitu anda menyampaikan isi pelajaran dengan menggunakan kaedah bercerita. Faedah menggunakan kaedah ini ialah P&P anda akan lebih menarik dan berkesan kerana kebiasaannya murid-murid gemar mendengar gurunya bercerita. Kaedah ini dapat membangkitkan perasaan ingin tahu di kalangan muridmurid. Mereka juga akan lebih memberikan tumpuan lebihlebih lagi anda menyelitkan unsur-unsur humor atau percintaan, intonasi suara yang pelbagai dan sekali gus anda dapat mengawal kelas dengan baik.

Lawatan
Ia merupakan aktiviti susulan selepas mengajar sesuatu topik atau pun mengajar kemahiran baru yang memerlukan kepada lawatan. Faedah melaksanakannya ialah murid-murid dapat menghayati topik yang dipelajari dengan lebih mendalam dan memperolehi pengalaman dan pengetahuan baru semasa sesi lawatan.

Aplikasi Kaedah
Mata pelajaran Pendidikan Islam

Bidang
Masa Tajuk

Sirah
30 minit Dakwah Rasulullah di Makkah: Dakwah kepada keluarga secara sulit.

Kaedah Gabung jalin Penyerapan ilmu

Cerita, dialog dan kuiz. Membaca dan memahami Geografi, Sejarah dan Akhlak.

Penerapan nilai
Kemahiran berfikir

Mencontohi kepimpinan dan keperibadian Rasulullah s.a.w. dan penguasaan ilmu pengetahuan.
Mengenal pasti dan memberi refleksi mengenai peristiwaperistiwa yang berlaku semasa Rasulullah s.a.w. menyampaikan dakwahnya.

Sumber/Media Pengajaran Hasil Pembelajaran

Petikan cerita, skrip dialog dan soalan kuiz

Aras 1: Murid dapat menyebut dan membaca topik dakwah Rasulullah s.a.w. di Makkah secara sulit dengan betul. Aras 2: Murid dapat menganalisis perkara-perkara penting dari dakwah Rasulullah s.a.w. secara sulit di Makkah dengan tersusun. Aras 3: Murid dapat menyenaraikan beberapa pengajaran dari dakwah Rasulullah s.a.w. secara sulit di Makkah dengan baik.

Cadangan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran


Kaedah Bercerita Petikan cerita Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwah kepada keluarga terdekat secara sulit. Setiap pelajar mendapat salinan cerita tersebut. Pelajar-pelajar membaca cerita tersebut secara individu bacaan senyap. Beberapa orang pelajar menceritakan semula kepada rakan-rakan dalam kelas. Guru memerhati dan meneliti aktiviti tersebut sambil membetulkan kesilapan.

Cadangan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran


Kaedah dialog Dialog Rasulullah semasa berdakwah kepada keluarganya. Pelajar-pelajar membaca dialog tersebut dengan teliti secara bacaan senyap. Beberapa orang pelajar membaca dialog tersebut di hadapan kelas -bacaan kuat.

Cadangan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran


Kaedah Kuiz Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Guru mengemukakan soalan kuiz berhubung dengan pelajaran Sirah : Rasulullah berdakwah kepada keluarga. Setelah tamat aktiviti tersebut pelajar dan guru membuat rumusan . Di samping itu pelajar membuat inferen dan refleksi.

Cadangan Aktiviti Tajuk : Tanda-tanda Kenabian


1. Mengadakan perbincangan dengan murid tentang peristiwa tentera bergajah menyerang kota Mekah. Saya ingin mencadangkan supaya perbincangan dibuat dengan bantuan cerita bergambar, anda perlu menyediakan gambar-gambar yang boleh menunjukkan rentetan peristiwa tersebut seperti gambar tentera bergajah, kabah, sekawan burung dan peta kedudukan Mekah dan Yaman (tempat asal Abrahah). Dengan menggunakan gambar-gambar tersebut, anda menggunakan teknik bercerita, kerana teknik bercerita adalah satu teknik yang sangat berkesan kepada murid-murid tahun satu.

Cadangan Aktiviti Tajuk : Tanda-tanda Kenabian


2. Mengadakan perbincangan tentang kejadiankejadian luar biasa sebelum, semasa dan selepas kelahiran Muhammad s.a.w. Anda boleh membahagikan murid-murid kepada enam kumpulan, kemudian anda edarkan untuk satu kumpulan satu peristiwa luar biasa itu dan meminta setiap kumpulan memahaminya. Setelah itu, setiap kumpulan diminta untuk membentangkan iktibar dan pengajaran dari peristiwa yang berlaku.

Cadangan Aktiviti Tajuk : Tanda-tanda Kenabian


3. Sumbangsaran tentang keperibadian Nabi s.a.w yang mulia sejak kecil hingga dewasa. Semasa anda menjalankan aktiviti sumbangsaran ini, anda perlulah mengaitkan dengan kehidupan seharian murid, supaya mereka dapat membuat satu perbandingan berkaitan dengan akhlak Nabi dan akhlak mereka. Selepas mereka mengeluarkan berbagai pendapat dan membuat banding beza, anda perlu membuat proses dan kesimpulan daripada perbincangan tersebut.

Cadangan Aktiviti Tajuk : Silsilah Keturunan Nabi


(a) Menggunakan Carta Salasilah Nabi Muhammad s.a.w. Tampal satu carta salsilah Nabi s.a.w dari sebelah bapa dan sebelah ibu, sambil memberi penerangan tentang salasilah Nabi s.a.w yang sampai kepada Nabi Ismail a.s, kemudian nyatakan bagaimana dan di mana nasab sebelah bapadan sebelah ibunya bertemu. Ibrah dari kisah ini yang paling penting iaitu hendaklah memberi penekanan kepada bagaimana salsilah Nabi s.a.w itu suci dari kekufuran atau jahiliyyah.

Cadangan Aktiviti Tajuk : Silsilah Keturunan Nabi


(b) Membuat Gerak Kerja Secara Berkumpulan i. Edarkan kepada setiap kumpulan satu kertas mahjong dan minta mereka melakarkan grafik yang mudah untuk menunjukkan salsilah Nabi Muhammad s.a.w. Mereka boleh menggunakan kretiviti mereka dalam membuat grafik tersebut. ii. Membuat teka silangkata berkaitan dengan salsilah Nabi s.a.w, sebagai contoh Melintang: a. Nasab sebelah bapa dan sebelah ibu Nabi Muhammad s.a.w bertemu. b. Beliau adalah datuk kepada Nabi Muhammad s.a.w sebelah ibu. Menegak: c. Nasab Nabi s.a.w dikatakan sampai kepada Nabi ____________ a.s. d. Salah seorang anak Nabi Ismail a.s. iii. Mengadakan pertandingan bercerita. Sediakan beberapa cerita pendek berkenaan dengan salsilah Nabi s.a.w, kemudian adakan pertandingan bercerita diantara kumpulan. Kaedah ini dapat mencungkil bakat murid dan melatih murid berani bercakap di hadapan orang ramai.

Cadangan Aktiviti Tajuk : Penyusuan Nabi


(a) Membuat perbincangan dengan murid tentang kisah penyusuan Rasulullah s.a.w dengan menyatakan siapa yang menyusu baginda dan tempoh penyusuan. Kaitkan dengan keadaan semasa, sebagai contohnya, penggunaan susu lembu yang menggantikan susu ibu. (b) Menceritakan kepada murid tentang pentingnya penyusuan susu ibu kerana ia adalah fitrah yang Allah buat untuk manusia. Kaedah sumbang saran adalah kaedah terbaik untuk melihat tahap kefahaman murid dalam topik di atas.