Anda di halaman 1dari 2

ANEMIA

Anemia ialah penyakit yang melemahkan tubuh badan, sama ada


disebabkan kekurangan dalam bilangan sel darah merah atau
hemoglobin, iaitu pigmen pembawa oksigen. Ferum menyebabkan sel
darah merah berwarna merah. Kekurangan ini boleh disebabkan
pengeluaran sel merah yang tidak mencukupi oleh sum-sum tulang,
kekurangan ferum dan bahan membetuk darah yang lain melalui
penyakit seperti leukemia dan talasemia, kehilangan darah yang
berlebihan atau jangkitan.

Tanda-tanda

• Kulit pucat, terutamanya di hujung jari, bibir, sekeliling mata dan


lidah.
• Lesu, tidak bermaya dan lemah.
• Sesak nafas selepas melakukan aktiviti.
• Pening.
• Kadar nadi meningkat.

Apakah tindakan pertama?

1. Jika anak kelihatan lesu, pucat dan tidak berselera makan,


periksa warna mata, mulut, jari dan lidahnya.
2. Perhatikan sama ada anak anda kurang aktif berbanding kawan-
kawannya.

Perlukah saya berjumpa doktor?

Dapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mengesyaki anak


menghidap penyakit anemia. Keadaan anak perlu disiasat dan
pemeriksaan yang lengkap perlu dilakukan. Jangan sesekali cuba
merawat sendiri penyakit anak.

Apakah tindakan doktor?

Doktor akan mengambil sampel darah dan menghantarnya ke makmal


untuk dianalisis. Jika diagnosis sudah dipastikan, anak anda mungkin
perlu dihantar ke hospital untuk siasatan lanjut dan ditentukan punca
anemia. Jika keadaannya teruk, pemindahan darah mungkin
diperlukan.

Jika anemia disebabkan kekurangan ferum, doktor mungkin akan


memberikan preskripsi ferum dan mengesyorkan pemakanan yang
mempunyai kandungan ferum yang tinggi. Tambahan, punca
kekurangan ferum ini harus disiasat oleh pakar pediatrik. Anak anda
mungkin perlu dibawa ke klinik untuk menjalani ujian.

Bagaimana saya boleh membantu?

• Pastikan anak anda mendapat makanan yang seimbang seperti


yang ditetapkan oleh doktor atau pakar pemakanan. Makanan
yang kaya dengan ferum termasuk hati, kuning telur, sayur
berdaun hijau gelap dan kekacang. Oleh sebab Vitamin C
membantu dalam penyerapan ferum, beri anak minuman jus
oren bersama-sama makanannya.