Anda di halaman 1dari 2

Khalifah Umar Al-Khatab Dengan

Nenek Tua
Pada suatu hari Khalifah Umar Al-Khatab baru saja pulang dari melawat negeri
Syeria. Seperti biasa Saidina Umar akan berjalan-jalan dan meninjau sekitar kawasan
untuk melihat keadaan rakyat jelata untuk mengetahui sendiri akan penderitaan
mereka. Pada kali ini Saidina Umar menuju ke sebuah pondok buruk yang didiami
oleh seorang nenek tua.

Saidina Umar pergi ke rumah nenek tersebut dengan menyamar sebagai orang biasa.
Sudah menjadi kebiasaan kepada Khalifah Umar menyamar menjadi orang awam
kerana beliau ingin melihat sendiri akan penderitaan yang di alami oleh rakyatnya dan
ingin mendapat maklumat atau pandangan rakyat terhadapnya. Apabila tiba di rumah
nenek tersebut Khalifah memberi salam dan berkata. "Adakah nenek mendengar apa-
apa berita tentang Umar?". jawab nenek tua itu "Khabarnya Umar baru sahaja pulang
dari Syeria dengan selamat". Kata khalifah lagi "Bagaimana pendapat nenek tentang
khalifah kita itu". Jawab nenek "Semoga Allah tidak memberi ganjaran baik
kepadanya". Umar bertanya lagi " Mengapa nenek berkata begitu?".

Jawab nenek "Ia sangat jauh dari rakyatnya. Semenjak menjadi khalifah dia belum
pernah menjenguk pondok aku ini apatah lagi memberi wang". Jawab Umar
"Bagaimana mungkin dia dapat mengetahui keadaan nenek sedangkan tempat ini jauh
terpencil" Nenek mengeluh dan berkata "Subhanallah! tidak mungkin seorang
khalifah tidak mengetahui akan keadaan rakyatnya walau dimana mereka berada".

Mendengar kata-kata tadi Khalifah Umar tersentak lalu berkata didalam hatinya
"Celakalah aku kerana semua orang dan nenek ini pun mengetahui perihal diriku".
Saidina Umar menyesal sambil menitiskan air mata. Saidina Umar berkata lagi
"Wahai nenek, berapakah kamu hendak menjual kezaliman Umar terhadap nenek?.
Saya kasihan kalau Umar mati nanti akan masuk neraka. Itu pun kalau nenek mahu
menjualnya". Kata nenek "Jangan engkau berguaru dengan aku yang sudah tua ini".

Sambung Umar lagi "Saya tidak bergurau, saya betul-betul ni nek, berapakah nenek
akan menjualnya. Saya akan menebus dosanya, mahukah nenek menerima wang
sebayak 25 dinar sebagai harga kezalimanya terhadap nenek" sambil menyerahkan
wang tersebut kepada nenek. "Terima kasih nak, baik benar budi mu" kata nenek
sambil mengambil wang tersebut.

Sementara itu Saidina Ali Abu Talib bersama Abdullah bin Mas'ud lalu di kawasan
itu. Melihat Khalifah Umar berada disitu, mereka pun memberi salam.
"Assalamualaikum ya Amirul Mukminin". mendengar ucapan tersebut, tahulah nenek
bahawa tetamu yang bercakap denganya sebentar tadi adalah Khalifah Umar Al-
Khatab. Dengan perasaan takut dan gementar nenek berkata "Masya Allah, celakalah
aku dan ampunlah nenek diatas kelancangan nenek tadi ya Amirul Mukminin. Nenek
telah memaki Khalifah Umar dihadapan tuan sendiri". Rantapan nenek telah
menyedarkan Saidina Umar.
"Tak mengapakah nek, mudah-mudah Allah memberi restu kepada nenek" kata
Saidina Umar. Ketika itu juga Khalifah Umar telah membuka bajunya dan menulis
keterangan berikut diatas bajunya.

"Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan ini Umar telah menebus dosanya atas kezalimannya terhadap seorang nenek
yang merasa dirinya dizalimi oleh Umar, semenjak menjadi khalifah sehingga
ditebusnya dosa itu dengan 25 dinar. Dengan ini jika perempuan itu mendakwa Umar
di hari Mahsyar, maka Umar sudah bebas dan tidak bersangkut paut lagi".

Pernyataan tersebut ditandatangani oleh Saidina Ali bin Abu Talib dan di saksikan
oleh Abdullah bin Mas'ud. Baju tersebut diserahkan kepada Abdullah bin Mas'ud
seraya berkata "Simpanlah baju ini dan jika aku mati masukkan ke dalam kain
kafanku untuk dibawa menghadap Allah Subhanahu Wataala nanti".

Anda mungkin juga menyukai