Anda di halaman 1dari 3

ETIKA KOMPUTER

ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER 1. Jangan menggunakan komputer dengan niat membahayakan orang lain. 2. Dilarang mengganggu urusan atau tugasan komputer orang lain. 3. Dilarang mencuri fail atau mengintip orang lain, termasuk memalsukan akaun bagi tujuan penerima. 4. Dilarang mencuri sebarang perkakasan komputer termasuk CD-ROM dan sebagainya. 5. Dilarang meyalin atau mencuri hasil kerja orang lain. 6. Dilarang masuk ke bahagian ADMINISTRATOR tanpa keizinan terlebih dahulu. 7. DIlarang mengganggu orang lain melalui laman sosial dan sebagainya. 8. Dilarang menyebarkan risalah khabar angin melalui internet. 9. Sekiranya diancam melalui internet, sila laporkan kepada pihak berkuasa dengan segera sekiranya perlu. 10. Dilarang menganjurkan organisasi haram dan perbuatan yang boleh mengancam agama, bangsa dan negara. 11. Gunakan komputer dengan penjagaan yang baik serta tidak menyalahi peraturan yang telah ditetapkan. Kerangka Kod Profesional i. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus. ii. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi. iii. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya. iv. Bersikap adil dan tidak menindas. v. Menghormati hak cipta orang lain. vi. Menghormati hak kebersendirian orang lain

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Penggunaan Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk: Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.

1.

Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.

2.

Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.

3.

Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim pyramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.

4.

5.

E-mel

5.1 Menghantar iklan yang tidak dikehendaki ( unsolicited advertisement/ spam ) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan ( deceptive marketing). 5.2 Melakukan pengeboman e-mel ( mail bombing), iaitu secara sengaja membenjiri e-mel seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar. 5.3 Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita ( newsgroup ). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam. 5.4 Memalsukan e-mel ( forged header ) bagi tujuan mengelirukan penerima. 5.5 Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa. 5.6 Menceroboh ( hacking ) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerohohan: a) Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain. b) Menghalang identity pengesahan pengguna atau cirri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian milik orang lain. c) Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host ( to crash the host ). 5.7 Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit. 5.8 Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian ( network monitoring ) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya.

Artikel

Etika penggunaan komputer


ETIKA PENGGUNAAN INTERNET : SALAH LAKU Dipetik daripada Berita Harian: Komputer keluaran 14 April 1999. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau rakyat negara luar. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan luar negara serta pelanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa. Menganjurkan perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya. Menghantar iklan yang tidak dikehendaki (unsolicited advertisements/spam) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan (deceptive marketing). Iklan hanya boleh dihantar kepada mereka yang secara jelas memohon maklumat sedemikian. Menggalakkan, membangunkan atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai.

Melakukan pengeboman mel (mail bombing), iaitu secara sengaja membanjiri e-mail seseorang dengan menghantar banyak e-mail yang sama atau bersaiz besar. Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (newsgroup). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spams. Memalsukan kepala e-mail (forged headers) bagi tujuan mengelirukan penerima. Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa. Mencerobohi peralatan (hacking) yang dimiliki oleh pengguna individu, kumpulan atau organisasi lain. Bagi tujuan etika ini, perbuatan berikut dianggap sebagai satu pencerobohan : > Perbuatan memasuki secara haram atau bagi menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain. > Percubaan secara tidak sah bagi mengelakkan sebarang bentuk pengesahan identiti (authorization), perlindungan, keselamatan atau kebenaran ke atas mana-mana komputer atau rangkaian komputer milik orang lain. > Menghalang pengesahan identiti pengguna atau ciri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.

Menyebabkan gangguan perkhidmatan dan melakukan usaha bagi meningkatkan bebanan perkhidmatan (to overload a service) dan percubaan merosakkan komputer utama (to crash the host). Memberikan maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan dalam talian (online) termasuk menyalahgunakan nombor kad kredit. Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri (intercept) data yang bukan ditujukan kepadanya. Membatalkan posting yang dibuat oleh orang lain kepada mana-mana kumpulan berita kecuali pengendali (moderator) yang menjalankan tugasnya