Anda di halaman 1dari 6

RESEPI TRIFFLE

Lapis Pertama1. potong kek span jadi bentuk kiub dan atur di dalam mangkuk kaca telus pandang supaya boleh nampak lapis demi lapis . 2. Kemudian tuang jem strawberry ke atasnya. (Untuk membuat jem, masak 25 biji strawberi ke dalam 4 cawan air gula yang manisnya mengikut citarasa masing-masing. 3.Masukkan 2 sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk melikatkannya dan masukkan 2 sudu makan pes strawberi yang boleh didapati dari kedai jual barangan membuat kek. Lapis ke dua 1. Tuang konyaku jelly yang suhunya sudah suam-suam kuku.(Cara memasak konyaku jelly ada diterangkan di luar pembungkusnya bila anda beli dari kedai menjual barang kek.Cuma tambah pes strawberi kedalam jelly yang sedang dididihkan. Lapisan ke tiga 1. Tabur buah-buahan tin jenama SPC dan tuang kuah kastard ke atasnya dan aturkan potongan buah peach (dalam tin). (Cara membuat kuah kastard, didihkan satu tin susu cair jenama ideal dan 1 cawan air serta 5 sudu makan gula pasir dan masuk 3 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air.Boleh tambah tepung yang dibancuh dengan sedikit air sekiranya kuah kastard terlalu cair. 2. Kacau dengan api perlahan agar tidak berkerak. Bubuh secubit garam untuk lebih rasa lemak. Lapisan ke empat 1. Tuangkan whipping cream yang telah diputar. Banyak whipping cream mengikut kesukaan anda. 2. Taburkan kacang makadamia. Lapisan ke lima 1. Tuangkan semula baki konyaku jelly tadi. sekiranya telah terbentuk menjadi jelly, panaskan semua agar dia sedikit cair dan tuang menutupi lapisan cream. 2. Atur hirisan buahan peach dalam tin untuk hiasan paling atas. T 3. Tabur dengan buah strawberi segar. Sejukkan semalaman di dalam peti sejuk. Hidang selepas makan tengahari. Itu pun kalau boleh bersabar setelah bangun pagi dan menjenguknya di dalam peti sejuk. hehe.

Kek Butter Choc Bahan 5 butir telur (B grade) 140gm gula kastor 215gm marjerin (Planta) 1 tp Esen vanila 180gm tepung nik sendiri 1 / 4 boleh susu kental

Chocolate Ganache: 300gm coklat masakan 200gm whipping cream

CARA2:

1. pukul telur dengan pemukul elektrik sampai berbuih 2. tambah gula. Pukul sampai campuran adunan berwarna cerah. 3. pukul marjerin (Planta) hingga mengembang dan lembut ganda dalam tepung gandum, setengah pada satu masa, berselang2 dengan susu kental. 4. Xblh pukul terlalu lama. 5.bakar dalam oven pada 180 darjah celsius selama 30 minit atau hingga kek masak melalui saat diuji dengan skewer. 6. biarkan kek sejuk selama 10-15 minit. 7. keluarkan dari loyang, dan kemudian tuangkan topping di atas kek Cara2 topping 1. cairkan coklat masak dalam mangkuk di atas air 2. .kacau mendidih sampai coklat larut. 3. Padam dari panas dan kacau whipping cream.

Plain Egg Tart 200gm butter (cold and dice) 80 gm icing sugar 400gm wheat flour 1 egg 1tsp vanila paste Whisk butter and icing sugar at a low speed for a while. Add in egg, vanila paste then add in flour.Mix all ingredients and form a soft dough. Rest in fridge for 15 minutes. Divide dough into 15 pieces according to size of mould. Press pastry into moulds. Fill mould with egg mixture and bake for 25 minutes at 160 celsius.

Tart Filling

440gm full cream milk 200gm sugar 5 eggs 2tsp vanila paste 2tsp vinegar Boil sugar and full cream milk until the sugar disolved and leave to cool. Beat egg and add vanila paste and vinegar. Pour into sugar solution and mix well. Filter and pour the mixture into tart shell.

Resepi Biskut Cornflakes.

375gm butter 250gm gula icing 1 biji telur 2tsp esen vanila 475gm tepung gandum 50gm tepung kastard 50gm tepung jagung. Pukul butter, gula icing, telur dan esen vanila kemudian masukkan ketiga-tiga jenis tepung. Gaul dan bentuk bulat dan leper. Balik-balikkan ke atas cornflakes yang telah di ramas-ramas halus. Bakar dengan kepanasan 170 darjah celsius selama 15 minit atau sehingga kekuningan. Angkat dan sejukkan di atas redai.

TIPS UNTUK HARI INI. Tepung - Ada pelbagai jenis tepung digunakan untuk membuat kek. Saya sarankan tepung hendaklah di ayak sebanyak tiga kali sebelum digunakan. Selain daripada dapat membuang sebarang benda asing yang terdapat di dalamnya, mengayak tepung beberapa kali dapat memerangkap udara serta menjadikannya ringan. Kalau mahu kek anda lebih gebu dan cantik, gunakan tepung superfine bagi menggantikan tepung gandum.

Resepi Pavlova. Bahan-bahan : 4 biji putih telur 1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis) 1/2 sudu teh esen vanilla 1 sudu teh cuka masakan 1/2 sudu besar tepung jagung Topping/hiasan : 1 cawan (240 ml ) whipping cream 1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing. 1/2 sudu teh esen vanilla Tip sebelum membakar : 1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk. 2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh. Cara-cara : 1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur. 3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati. Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :) Masa membakar : 1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :) Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda . Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk. Cara menghias : 1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buahbuahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai. Sedia untuk dimakan.