Anda di halaman 1dari 20

Senarai

Kandungan
Tajuk Muka surat

Imam Abu Hanifah 2

Imam Malik 5

Imam Syafie 7

Imam Ahmad 9

Imam Al-Bukhari
1
11

Imam Al-Ghazali 13

Imam Abu Hanifah

Latar Belakang

Nama sebenar : Nukman bin Thabit

Tempat Lahir : Kufah, Iraq

Tarikh Lahir : 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi

Keturunan : Parsi

Umur Semasa : 70 Tahun


Meninggal Dunia

Tarikh Meninggal : 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi


Dunia
2
Latar pendidikan

• Sempat belajar bersama beberapa orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w termasuklah
Anas bin Malik, Abdullah bin Abi Aufa, Sahal bin Abi Saad, Abdullah bin Al-Harith dan
Abdullah bin Anas.

• Telah menuntut ilmu dengan 200 orang ulamak termasuk para sahabat dan tabiin

• Ilmu yang dipelajari beliau termasuklah ilmu tauhid, ilmu al-Quran, dan ilmu hadis selain
mahir dalam bidang sastera.

• Pernah berguru dengan Hamad bin Sulaiman selama 20 tahun.

Sifat dan cara hidup

• Suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya.

• Rajin berusaha.

3
• Mempunyai cita-cita tinggi dalam hidupnya.

• Menghormati guru-gurunya dan suka memberi hadiah kepada guru-gurunya

• Seorang ahli perniagaan

• Rajin belajar dan mengajar orang lain

• Kuat beribadat pada waktu malam

• Seorang yang kaya tetapi pemurah dan dermawan

• Tidak berdendam kepada orang yang membencinya

• Bijak berbahas

Sumbangan

• Beliau banyak menghabiskan masa di masjid untuk menyampaikan ilmu pengetahuan


tertutama berkenaan bidang agama kepada orang ramai.

• Membezakan hadis sahih dan juga sebaliknya.

• Menyusun ilmu-ilmu berkenaan hukum fikah sehingga menjadi bab-bab seperti yang
terdapat pada masa kini dan beliau merupakan ulama pertama yang menyusun kitab fikah
secara tersusun mengikut bab dan fasal.

• Menyusun kitab ‘Al-Faraid’ dengan lengkap.

• Menyebarkan ilmu mengikut aliran pendapat melalui kuliah dan penulisan.

• Menegah murid-muridnya bertaklid tetapi menggalakkan menggunakan akal fikiran


mengenai sesuatu hukum dan menegah umat islam beramal dengan perkara-perkara
bidaah dalam ibadat.

4
Karangan

1. Fikah Akbar

2. Al-Alim Wal-Muta’allim

3. Masnad Fikah Akbar

4. Masail An-Nawadir

5. Masail Usul

6. Fatwa Al-Waqiah

7. Al-Kisanayat

5
Imam Malik
Latar belakang

Nama sebenar : Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith

Tempat Lahir : Madinah

Tarikh Lahir : Tahun ke-93 Hijrah bersamaan 713 Masihi

Hubungan Dengan : Datuknya Omar ialah seorang sahabat yang terkemuka dan
Rasulullah pernah berperang dengan Rasulullah s.a.w kecuali dalam
Perang Badar

Ahli Keluarga yang : Datuknya, Amir Al-Harith.


Terkenal
6
Umur Semasa : 86 Tahun
Meninggal Dunia

Tarikh Meninggal : Tahun ke-179 Hijrah bersamaan 798 Masihi


Dunia

Latar Belakang Pendidikan

• Seorang yang banyak mendampingi ulama Madinah sejak kecil

• Ingatan yang kuat membolehkan beliau menghafaz al- Quran dan hadis Rasulullah s.a.w
sejak kecil

• Seorang imam dalam ilmu hadis dan riwayat- riwayatnya amat dipercayai

• Mempelajari pelbagai bidang ilmu seperti hadis, fiqah dan lain- lain daripada beberapa
orang guru

• Sejarawan silam berpendapat beliau berguru dengan lebih daripada 900 orang guru dari
kalangan tabiin dan taba’ al-tabiin

• Gurunya yang pertama ialah Abdul Rahman bin Hamzah, seorang ulama besar di
Madinah ketika itu

• Pernah mempelajari ilmu hadis daripada Ibnu Syahab Al-Zahri dan ilmu al- Rukyah
daripada Rabi’ah bin Abdul Rahman

7
Sifat dan cara hidup

1.Menghormati ibu bapa, orang dewasa dan guru

2. Mempunyai pandangan yang bernas dan teguh,


bijaksana, cerdas dan kuat ingatan

3. Berbudi bahasa, lemah lembut, suka menziarahi orang


sakit dan mengiringi jenazah

4. Banyak membantu orang lain yang mempunyai hajat


Dan tidak suka mencela orang lain

5. Seorang yang tawaduk dan tidak pernah menunggang


kuda di Madinah kerana menghormati bumi yang
di dalamnya terdapat jasad Rasulullah s.a.w

6. Beliau Menentukan hukum dengan berpandukan al- Quran dan as- sunnah. Jika tidak ada
penentangan dalam kedua- duanya, ia menggunakan kias, iaitu membandingkan dengan hukum-
hukum yang sedia ada yang telah diputuskan oleh ulama- ulama Madinah sebelumnya.

Sumbangan

1. Lahirnya mazhab Maliki

2. Sumbangan terbesar melalui kitab al- Muwatta


8
3. Kitab ini menjadi rujukan utama dalam kajian berkaitan ilmu tafsir, hadis dan fiqah

4. Ada ulama menjadikan kitab ini sebagai sumber rujukan utama selepas al- Quran dan al-
Hadith

5. Mazhab Maliki tersebar luas ke beberapa buah negara iaitu Maghribi, Andalusia, Algeria,
Tunisia, Libya, Sudan, Bahrain, Kuwait dan Mesir

Karangan

1. al- Muwatta
2. al- Kabir
3. al- Muhtasir al- Saghir
4. al- Muhtasir al- Usta

Imam Syafie
Latar belakang

Nama sebenar : Muhammad bin Idris bin Al Abas bin Osman bin Syafiq Al Saab

Tempat Lahir : Gaza,Palestin

Tarikh Lahir : 150 Hijrah bersamman 767 Masihi

Hubungan Dengan : Salasilah keturunannya bertemu dengan salasilah Rasulullah

9
Rasulullah S.A.W pada datuknya iaitu Abdul Manaf.

Umur Semasa : 54 Tahun


Meninggal Dunia

Tarikh Meninggal : 29 Rejab tahun 204 hijrah bersamaan 820 masihi


Dunia

Latar pendidikan

• Mula belajar al-Quran ketika berusia 5 tahun

• Hafaz al-Quran semasa 9 tahun

• Hafaz al-Muattak

• Belajar

- ilmu fikah
- hadis

• Menjaga disiplin ilmu

• Menuntut ilmu di pelbagai tempat dengan mengembara ke negeri-negeri yang jauh dengan
tujuan untuk mendalami ilmu
• Menguasai bidang
- fikah
- hadis & al-quran
10
- bahasa & sastera

• Kerap mengambil alih tugas gurunya untuk mengajar jika gurunya ada urusan

Sifat dan cara hidup

• Seorang yang kuat ingatan, terang hati dan rajin

• Mempunyai peribadi yang sangat mulia

• Minat mengarang syair dan sajak yang indah

• Hormat guru

• Pemurah

• Menjaga disiplin ilmu

• Berani menjaga kesucian agama

Sumbangan

• Mengasaskan kaedah-kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum seperti menggunakan


hadis yang sahih untuk mengistinbatkan hukum tanpa melihat statusnya

• Tidak menerima kaedah istihsan

• Mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan sesuatu hukum

11
• Berijtihad mengikut tempat dan suasana

• Berhujah dengan golongan anti hadis

• Sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah ibadah

Hasil Karya

• Mengenai usul lufikah : • Al-Risalah • Ahkam al-Quran • Ibtatul istihsan

• Mengenai fikah : • Al-Am • Al-Fikah

• Mengenai hadis : • Al-Musnad Ikhtilat al-Hadis • Al-Amali

Imam Ahmad
Latar belakang

Nama sebenar : Ahmad bin Muhammad bin Hanbal

Tempat Lahir : Baghdad

Tarikh Lahir : 164 Hijrah bersamman 780 Masihi


12
Umur Semasa : 77 Tahun
Meninggal Dunia

Tarikh Meninggal : tahun 231 hijrah bersamaan 855 masihi


Dunia

Latar pendidikan

• hafaz al-Quran sejak kecil

• mempelajari bahasa arab, ilmu Quran, hadis, tauhid, ilmu fikah dll

• Antara guru-guru beliau yang mahsyur adalah:


a) Imam Syafi’e
b) Sufian b. Uwainah
c) Yahya b. Said

• Terkenal dikalangan imam-imam mujtahad yang bijak dalam masalah fekah.

• Beliau lebih cenderung dalam bidang hadis berbanding fekah.

Sifat dan cara hidup

• Rajin belajar sejak kecil ( beliau membawa alat tulis dan kertas untuk menulis sesuatu
yang berfaedah )

• Digelar “al-Hakim” kerana menghafaz 700,000 hadis

• Semasa berusia 16 tahun ; merantau ke bayak kawasan untuk menuntut ilmu ( kufah,
basrah dan yaman )

13
• Seorang mujtahid dan mampu mengeluarkan fatwa

• Kuat beribadat

• Seorang yang mencintai ilmu dan sebahagian besar hidupnya dihabiskan untuk mencari
ilmu

• hormat guru dan suka beri hadiah kepadanya

• tidak gemar senda gurau

• suka bergaul dengan orang miskin

• pemurah, tidak mengejar pangkat

• Seorang yang pendaiam, suka berfikir dan tegas menentang kemungkaran

• Tidak sombong atau bongkak, seorang yang bertakwa dan baik hati

• Kurang makan dan minum tetapi kuat beribadat

Sumbangan

• Meninggalkan sumbangan terbesar dalam bidang hadis dan perundangan Islam.

• Menumpukan penulisan dalam bidang hadis dan As-sunnah.

• Karyanya menjadi rujukan dan kajian hingga hari ini.

Hasil karya

• Al-Mushad- mengandungi 40 000 hadis.

14
• Tafsir Al-Quran.

• Kitab An-Nasih wal Mansuh.

Imam Al-Bukhari
Latar belakang

Nama sebenar : Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin AlMughirah.

Tempat Lahir : Bukhara

Tarikh Lahir : tahun 194 Hijrah bersamaan dengan 810 Masihi

Umur Semasa : 62 Tahun


Meninggal Dunia

Tarikh Meninggal : malam Aidilfitri tahun 256 Hijrah bersamaan dengan 870 Masihi
Dunia

15
Latar pendidikan

• Mempelajari ilmu hadis di Bukhara ketika berumur 11 tahun. Dalam usia yang begitu
muda, beliau telah memperbetul kesilapan sahabatnya dalam menulis hadis kerana
beliau mempunyai daya ingatan yang kuat

• Ketika berusia 16 tahun, beliau berangkat ke Makkah bersama-sama dengan ibu dan
abangnya kerana menunaikan ibadah haji. Selama 6 tahun beliau tinggal di sana
kerana mengikuti pengajian hadis daripada para guru yang terkemuka.

• Di samping itu, beliau menghafaz kitab-kitab hadis susunan Ibnu Al-Mubarak dan
Waki’ bin Al-Jarrah ketika berusia 16 tahun.

• Beliau bermusaffir selama 16 tahun ke beberapa buah negeri untuk mempelajari dan
mengumpulkan hadis-hadis Nabi. Antara negeri-negeri berikut ialah Basrah, Mesir,
Hijaz, Kufah, dan sebagainya

• Beliau berguru lebih daripada 1000 orang dan menghafaz sebanyak 100000 hadis
sahih dan 200000 hadis tidak sahih

Sifat dan cara hidup

16
• Kuat ingatan

• Mencintai hadis

• rajin belajar sejak kecil


• merantau selama 16 tahun untuk menuntut ilmu

• belajar daripada 1080 orang guru hadis

• khatam al-Quran setiap hari

Sumbangan

• Menghasilkan pelbagai jenis kitab yang masyhur.

• Kitab Sahih Al-Bukhari adalah himpunan hadis-hadis Nabi yang paling sahih.
Kebenarannya tidak diragui dan dijadikan rujukan selepas Al-Quran

• Kitab itu dihasilkan dalam masa 16 tahun. Proses mengumpul, penyelidikan, menapis
dan menyusun hadis mengikut turutan dilakukan untuk dimuatkan ke dalam kitab
tersebut

• Isi kandungannya terdiri daripada 7275 hadis yang ditapis daripada 600000 hadis
yang diperoleh daripada ulama hadis di merata-rata tempat

• Hadis-hadis ini diklasifikasikan dalam bab-bab tertentu seperti fiqah dan dihuraikan
mengikut pecahan seperti ibadat, jenayah, muamalat, dan munakahad

• Sebuah kitab sejarah yang dinamakan Tarikh Al-Kabir yang terdiri daripada hadis-
hadis Nabi yang tidak terdapat dalam kitab Sahih Al-Bukhari

17
Hasil karya

• Kitab Sahih Al-Bukhari

• Kitab Tarikh Al-Kabir

• Kitab Tarikh al-Saghir

• Kitab Adab Al Mufrad

Imam Al-Ghazali
Latar belakang

Nama sebenar : Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ghazali At- tusi

Tempat Lahir : Bandar Tus, Khurasan Iran

Tarikh Lahir : tahun 450 Hijrah/ 1058 Masihi

Tarikh Meninggal : tahun 505 Hijrah bersamaan dengan 1111 Masihi

Latar pendidikan

• Belajar menulis daripada sahabat bapanya yang merupakan seorang guru dan ahli
Tasawuf

18
• Beliau belajar membaca, ilmu nahnu, bahasa Arab, ilmu fikah dan menghafaz al-
Quran

• Mempelajari ilmu tauhid, mantic, usul fikah dan falsafah dan menyelidik hujah dan
pedapat dalam 4 mazhab

• Menyambung pelajaran dengan seorang guru bernama Ahmad Ar-Razkani. Kemudian


beliau berguru dengan Abu Nasr AL-Ismaili di Jordan. Beliau mendirikan rumah
tangga ketika berusia 20 tahun

• Beliau juga belajar ilmu kalam (tauhid) daripada Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini (Imam
Al-Harmain) hingga gurunya wafat

Sifat dan cara hidup

• Mempunyai daya ingatan yang kuat

• Bijak berhujag sehingga digelar Hujjatul Islam

• Sangat mencintai ilmu pengetahuan

• Sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir mencari ilmu


pengetahuan

• Didik dengan akhlak yang mulia sejak dari kecil

• Kuat beribadat, warak, zuhud dan tidak gemar kemewahan

19
Sumbangan

• Menghasilkan kitab ihya Ulumuddin (mengandungi akidah, fikah, falsafah, akhlak, dan
tasawwuf)

• Mendokong fahaman ahli sunnah wal jamaah

• Segala hasil tulisan beliau mempengaruhi ahli fikir selepasnya seperti Jalaluddin ar-
Rumi, Ibnu Rusydi dan Syah Waliyullah ad-Dahlawi

Hasil karya

• Ihya Ulumuddin

• Mizanul-Amal

• Al-Munkaz Mina Dhalal

• Tahafut Al-Falsafah

• Minhajul Abidin

• Hidayah As-Salikin

• Jawahir Al-Quran

20

Anda mungkin juga menyukai