Anda di halaman 1dari 1

Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni

dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin,
dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal
dan berdaya saing. Melalui aktiviti sukan dan permainan, saya yakin dan pasti
bahawa kita dapat membina golongan remaja yang berketerampilan dan berkewibawaan.
Selain dapat mengangkasakan kebudayaan Malaysia dalam usaha mempromosikan
permainan tradisional, kita juga dapat mengangkasakan permainan tradisional
mahupun sukan rakyat. Jikalau sepak takraw dan sukan badminton yang satu ketika
dahulu dianggap permainan kampung, kini permainan ini sudah menjadi acara maslahat
dalam Sukan SEA dan Sukan Olimpik. Generasi yang bersedia menyahut cabaran inilah
yang dapat membuat sesuatu untuk mempopularkan permainan nenek moyang kita.
Semangat inilah perlu ada pada modal insan. Selain memiliki personaliti unggul,
merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan. Keberanian,
kecekalan dan kesungguhan yang tidak pernah menemui titik noktah ialah harapan
kita.

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara! Kita mempunyai tanggungjawab berat
untuk membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan
keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan
menggunakan pengetahuan. Kita juga mesti memperkukuhkan perpaduan nasional dan
membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi
tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan
memperluas dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan,
sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan. Di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Kita mestilah mula mengorak langkah proaktif agar
modal insan yang diimpikan dapat dicanai mengikut acuannya demi membentuk generasi
yang patriotik. Dengan ini, sukan dan permainan yang dapat membentuk warga yang
cinta akan negara akan memastikan Wawasan 2020 menjadi realiti, bukan fantasi
lagi!

Anda mungkin juga menyukai