Anda di halaman 1dari 12

PEMARKAHAN

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013


KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

LAPORAN ANALISIS 2

DISEDIAKAN OLEH NAMA NOR RUBIAAH BINTI GHAZALI NO. MATRIK D20112053957

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-A07

NAMA TUTOR E-LEARNING : PROFESOR MADYA DR. AMIR HASAN BIN DAWI.

TARIKH SERAH : 2 MEI 2013.

LAPORAN ANALISIS 2 (Perbandingan Kurikulum Mengikut Era)

Nama : Nor Rubiaah Binti Ghazali. 1. Disiplin/mata pelajaran yang dipilih.

No. ID : D20112053957

a. b.

Nama disiplin/mata pelajaran : Matematik Tahun : Tahun 2

2.

Perbandingan disiplin/mata pelajaran mengikut era KLSR, KBSR dan KSSR

DIMENSI HORIZONZAL a. Skop/liputan

KLSR : Sistem pendidikan di negara kita telah bermula sejak sebelum kedatangan British (1400 1786) yang dijalankan secara tidak formal. Matematik diperkenalkan sebagai Ilmu Hisab. Inilah bermulanya pengenalan pendidikan matematik rendah dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Dalam KLSR, skop bagi mata pelajaran Matematik Tahun 2 ialah Nombor dan Operasi yang merangkumi kemahiran tambah dan tolak dalam lingkungan 500 serta darab dan juga bahagi. Selain itu, kemahiran dalam wang serta masa dan waktu juga turut diajar dalam KLSR.

KBSR

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan bagi

menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) pada tahun 1983. Ini adalah kerana KLSR didapati kurang memberi tumpuan kepada nilai dan kemahiran bagi membolehkan murid-murid berkembang secara menyeluruh. Pada tahun 1994, sekali lagi kurikulum matematiktelah dirombak dan menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang berhasrat dapat melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya di bawah 2

KBSR, pendidikan matematik diubah lagi dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajarn Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003. Oleh itu, skop mata pelajaran matematik tahun 2 bagi KBSR adalah meliputi Nombor dan Operasi meliputi tambah dan tolak dalam lingkungan 1000, darab dan bahagi melibatkan sifir 2,3,4 dan 5, wang hingga RM50, Masa, panjang, berat, Isipadu dan juga Ruang. Tambahan dalam KBSR berbanding KLSR ialah bagi tajuk Berat, Isipadu dan juga Ruang. Nombor dan Operasi juga ditingkatkan kepada anka 1000.

KSSR : Setelah PPSMI dimansuhkan, sistem pendidikan diubah lagi kepada Dasar Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011. Dalam KSSR ini, matematik kembali diajar sepenuhnya dengan Bahasa Malaysia yang tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul). Isi pelajaran Matematik Tahun 2, yang dahulunya Sukatan Pelajaran telah bertukar nama menjadi Standard Pembelajaran. Skop mata pelajaran Matematik Tahun 2 merangkumi tajuk-tajuk seperti Nombor dan Operasi melibatkan tambah dan tolak sehingga 1000, darab dan bahagi melibatkan 2, 3, 4 dan 5, Pecahan, Perpuluhan, Wang hingga RM100, Waktu, Panjang, Timbangan Berat, Isipadu dan Ruang. Berbanding dengan KBSR, tajuk pecahan telah ditambah ke dalam Standard Pembelajaran KSSR. Bagi tajuk wang juga nilainya telah meningkat dari lingkungan RM50 (KBSR) ke lingkungan RM100 (KSSR). (3 markah)

b.

Kesepaduan/integrasi

KLSR : Kesepaduan Mata Pelajaran Matematik Tahun 2 dalam KLSR adalah wujud antara bahasa ibunda murid-murid iaitu Bahasa Cina dan juga Tamil. Ini kerana sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis umu seperti Sekolah Inggeris, Sek Cina dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

KBSR : Dalam pelaksanaan PPSMI

pengajaran Matematik diajar sepenuhnya

dalam Bahasa Inggeris. Buku Teks serta Buku Aktiviti murid juga disediakan dalam Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, penggabungjalinan mata pelajaran bagi Matematik Tahun 2 dalam KBSR ialah dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

KSSR : Mata pelajaran Matematik tahun 2 KSSR pula adalah bersepadu dengan Mata pelajaran Sains. Ini kerana banyak perkaitan di antara tajuk dalam mata pelajaran sains dan matematik di antaranya ialah, dalam mata pelajaran Sains, murid juga mempelajari dan melakukan aktiviti menimbang, menyukat isipadu dan melukis bentuk 2D dan 3D

(3 markah)

c.

Imbangan

KLSR : Dalam KLSR, Pengajaran Matematik Tahun 2 adalah lebih berpusatkan kepada guru. Oleh itu, tujuan utama murid hadir ke kelas adalah bagi mendapatkan maklumat yang telah ditetapkan oleh guru kepada mereka. Murid hanya perlu mengilangkaji, menghafal serta mencurah kembali apa yang telah diajarkan kepada mereka. Guru ketika itu dapat menyampaikan segala ilmu matematik yang kompleks mengikut tahap keupayaan murid. Secara tidak langsung, guru dapat menyampaikan maklumat dan ilmu yang tidak dapat dicapai oleh murid kerana ia tidak terdapat dalam mana-mana sumber walaupun cuba di cari oleh murid.

KBSR : Pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun 2 direncanakan dengan teliti untuk memberikan pengalaman yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar kepada semua murid. Murid juga selalu dilatih menggunakan konsep dan kemahiran matematik yang diperoleh daripada pengalaman harian atau dipelajari daripada mata pelajaran lain bagi menyelesaikan masalah harian dalam pelajaran matematik. Secara tidak langsung, dalam sukatan pelajaran Matematik Tahun 2,

murid dibentuk untuk berfikiran mantik dan bersistem serta berkemahiran menggunakan pengetahuan matematik secara berkesan dan bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah. Usaha ini adalah bagi membolehkan murid menangani 4

cabaran dalam kehidupan harian.

KSSR : Bagi mata pelajaran matematik KSSR, jumlah waktu yang diajar telah dikurangkan dari 7 waktu kepada 6 waktu seminggu. Matlamat isi pengajaran matematik tahun 2 adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian. Murid perlu bertindak secara aktif, berinteraksi, menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri dan dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dengan kehidupan seharian.

(3 markah)

DIMENSI VERTIKAL a. Urutan/sekuen

KLSR : Kemahiran 3M adalah penting dalam KLSR. Kemahiran 3M ini meliputi kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan berasaskan pengetahuan serta pengalaman dan penggunaan kesemua operasi dalam matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi untuk membuat pengiraan dan penyelesaian masalah yang sesuai.

KBSR : Bagi setiap bidang dalam Matematik Tahun 2, tajuk-tajuk disusun secara hierarki daripada yang paling asas kepada yang abstrak. Dengan ini guru akan dapt melihat perkembangan dan skop setiap tajuk dengan mudah dan memberi keluwesan kepada guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap keupayaan pelajar. Aspek penyelesaian masalah dan komunikasi diintegrasikan dalam setiap topik.

KSSR : Dokumen Standard dalam KSSR telah menyediakan aras penguasaan yang paling minima yang perlu murid kuasai. Guru akan merancang aktiviti dan pedagogi yang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Ianya menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan nilai-nilai murni. Selain itu, penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab, dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri turut juga diperluaskan.

(3 markah)

b.

Kesinambungan/kontinuiti

KLSR

KLSR dilaksanakan sebelem 80an dan dirancang berasaskan isi

kandungan mata pelajaran. Isi kandungan itu pula kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak. Keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. Secara umumnya, menguasai sepenuhnya KLSR adalah di luar kemampuan banyak pelajar sekolah rendah. Ini kerana isi kandungannya terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan. Penekanan ini telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecemerlangan kerohanian. Dari sudut pedagogi pula, KLSR ini banyak memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan, di mana aspek pemahaman, amalan serta penghayatan kurang diberi perhatian.

KBSR : Dalam KBSR untuk setiap tajuk, topik-topik disusun dari yang paling asas hingga abstrak. Ini membolehkan guru mengetahui pemeringkatan setiap topik, oleh itu membolehkan guru merancang pelajaran mengikut keupayaan murid. Penyelesaian masalah dan kemahiran komunikasi digabungkan dalam setiap topik. Seterusnya apabila konsep nombor dan kemahiran asas dalam operasi terbina, murid secara tidak langsung dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan harian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan aspirasi menjadi sebuah masyarakat dan negara maju, dan pada masa sama kemahiran ini membolehkan 6

murid melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

KSSR : Dalam KSSR murid akan dinilai berdasarkan instrumen yang disediakan berdasarkan Dokumen Standard Prestasi Matematik Tahun 2. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul

menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Tafsiran band yang dinyatakan adalah seperti berikut :

TAFSIRAN BAND

BAND 1

PERNYATAAN BAND TAHU Murid tahu

TAFSIRAN perkara asas, asas atau boleh

melakukan kemahiran

ataumemberi

respons terhadap perkara yang asas.

TAHU DAN FAHAM

Murid menukar

menunjukkan bentuk

kefahaman

untuk

komunikasi

ataumenterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

TAHU, FAHAM DAN Murid BOLEH BUAT

menggunakan

pengetahuan

untuk

melaksanakan sesuatukemahiran pada suatu situasi.

TAHU, FAHAM DAN Murid BOLEH

melaksanakan

sesuatu

kemahiran

BUAT dengan beradab, iaitumengikut prosedur atau secara sistematik

DENGAN BERADAB 5

TAHU, FAHAM DAN Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada 7

BOLEH

BUAT situasi baru, denganmengikut prosedur atau sistematik, serta tekal dan

DENGAN BERADAB secara TERPUJI

bersikappositif.

TAHU, FAHAM DAN Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif BOLEH BUAT dan inovatif, mempunyaikeupayaan membuat

DENGAN BERADAB keputusan untuk mengadaptasi permintaan MITHALI sertacabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untukmendapatkan dan

menyampaikan maklumat menggunakan ayat yangsesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

(3markah)

3. Pandangan/ulasan dan cadangan berkaitan disiplin/mata pelajaran yang dipilih.

a.

Pandangan/Ulasan :

Pada pandangan saya, kita dapat lihat bahawa perkembangan kurikulum pendidikan matematik di Malaysia sentiasa berubah bertujuan untuk menambahbaikan dan mengatasi kelemahan kekurangan serta memastikan ianya menjadi yang terbaik dan paling sesuai untuk murid-murid berdasarkan Falsfah Pendidikan Kebangsaan. Apa yang pasti kerajaan inginkan murid-murid yang dilahirkan melalui sistem pendidikan di negara kita ini merupakan murid yang seimbang. Reka bentuk KSSR ini adalah lebih baik berbanding KLSR mahupun KBSR. Ini kerana dalam KSSR kemahiran 4M dititikberatkan berbanding sebelum ini hanya 3M. Selain itu, dalam KSSR elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) disediakan secara eksplisit. Kewujudan KSSR ini merupakan satu perubahan yang amat baik. Ini kerana sistem KSSR ini menekankan kepada kemahiran menaakul yang tinggi dan memberi peluang murid-murid berfikir secara kreatif dan kritis. Peniliaian yang dijalankan juga adalah bersifat holistik, di mana perkembangan prestasi murid diberi perhatian lebih serius dan spesifik. Murid-murid dinilai pada setiap masa selepas pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik itu selesai. Secara tidak langsung, murid sentiasa berada dalam keadaan bersedia ketika dinilai. Guru pula akan membantu murid untuk terus meningkat tanpa membiarkan murid-murid yang lemah tenggelam begitu sahaja.
PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA

KURIKULUM MATEMATIK

Matematik diajar secara tidak formal sebagai Ilmu Hisab

KBSR (1983)

Matematik diajar mengikut tahap dan menekankan kemahiran asas serta aplikasi

KBSR (1993) Menggalakkan murid membina konsep dan menguasai kemahiran asas mengira serta mengaplikasikannya

SEMAKAN (1998) Memenuhi keperluan Sekolah Bestari (IT)

PPSMI (2003) Metematik diajar dalam Bahasa Inggeris

KSSR (2011) Tahap 1 membina pengetahuan, kemahiran asas dan aplikasi Tahap 2 penggunaan lebih kompleks dan mengaitkan dengan kehidupan seharian

Carta aliran perkembangan kurikulum Matematik di Malaysia

(2 markah )

10

b.

Cadangan :

Secara keseluruhannya, di antara KLSR, KBSR dan KSSR, banyak perbezaan yang dapat di lihat. Semakin lama, perkembangan kurikulum kita semakin ke arah penambahbaikan. Di antara KLSR, KBSR dan KSSR perbezaannya adalah dari segi reka bentuknya di mana KBSR berasaskan kepada 3 M iaitu membaca, menulis, mengira, manakala KLSR pula berasaskan kepada hafalan dan KSSR pula berasaskan kepada 6 tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, kemanusiaan, perkembangan fizikan dan estetika, Sains dan Teknologi, Ketrampilan Diri dan modular serta kemahiran menaakul. Jika dilihat daripada segi kemahiran berfikir pula, KLSR menekankan kurang menekankan pemikiran yang bersifat complicated dan kurang berkembang kerana lebi h berpusat kepada guru, KBSR pula menekankan kepada elemen kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis kerana aktiviti yang dijalankan berpusatkan murid di mana murid-murid perlu berbincang di dalam kumpulan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan dan ianya dapat menguji minda murid-murid. KSSR pula menekankan kepada elemen kreativiti dan inovasi, Keusahawanan dan teknologi maklumat ICT secara eksplisit. Ini sejajar dengan perkembangan global dan pesat yang berlaku di dunia yang memerlukan murid-murid lebih bersedia untuk memajukan sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu, pada pendapat saya, untuk menyediakan guru-guru ini ke arah arus perubahan sistem pendidikan di Negara kita, pihak yang berkenaan perlulah menganjurkan ataupun menyediakan latihan serta kursus yang mencukupi kepada guru-guru supaya guruguru ini lebih bersedia dan faham dalam menjalankan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak bangsa. Sebagai contoh, dalam KSSR, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah dijalankan. Bagi setiap sekolah, pentaksiran yang dilakukan oleh guru adalah berbeza di samping eviden yang digunakan juga berbeza. Oleh itu, jika pihak yang berkenaan dapat menyediakan satu standard penilaian yang selaras, secara tidak langsung ia boleh membantu dan memberi panduan kepada guru-guru dalam mentafsir murid-murid dengan lancar. Bengkel latihan ataupun kursus tambahan seperti yang dicadangkan itu adalah sangat penting, lebih-lebih lagi kepada guru yang kurang pemahaman tentang perlaksanaan PBS, di samping terdapat juga guru pelaksana PBS yang mengajar tidak mengikut opsyen sebenar. Secara keseluruhannya, setiap guru haruslah teliti dalam menjalankan penaksiran terhadap murid bagi memastikan tiada murid yang akan tercicir dalam pembelajaran.

11

penaksiran yang berkualiti akan dapat menyumbangkan kepada pembentukan pelajar yang berkualiti dan berkemahiran dari semua aspek. (3 markah) Rujukan :

1. Ikhsan Othman, Norila Md sale, Abdul Talib Mohamed Hashim, Mohmad Noor Mohmad Taib, Abu Bakar Yusuf & Zaini Abdullah (2011). Modul KRP3013

Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah. Tanjung Malim : UPSI.

2. Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR : Kurikulun Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Kementerian Pendidikan M alaysia (1987). Kurikulum Baru Sekolah Rendah : Buku Panduan Khas. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Dokumen Standard Prestasi : Matematik Tahun 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=3 11&Itemid=477&lang=en&limitstart=5

6. http://www.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/DSP/Tahun2/6%20DSP%20Matematik% 20Tahun%202.pdf

7. http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1 68%3Akurikulum-standard-sekolah-rendah-suatupengenalan&catid=101%3Aslideshow&lang=en

8. http://www.scribd.com/doc/119156940/6-DSP-Matematik-SK-Tahun-2

12

Anda mungkin juga menyukai