L20092004566 TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN 1. TEKNIK MAIN PERANAN 2. TEKNIK PERMAINAN BAHASA 3. TEKNIK LATIH TUBI 4. TEKNIK BERCERITA 5. TEKNIK PERBAHASAN 6. TEKNIK KUIZ 7. TEKNIK SUMBANGSARAN 8. TEKNIK SOAL JAWAB 9. TEKNIK PERBINCANGAN TEKNIK MAIN PERANAN Pelajar melakonkan sesuatu situasi, masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak- watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajar- pelajar lain supaya mempraktikkan kepada diri dan membina keyakinan mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, TEKNIK PERMAINAN BAHASA Mempelajari bahasa melalui teknik permainan Kebanyakan aktiviti menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Objektifnya adalah: i - merangsang interaksi verbal pelajar ii -menambah kefasihan dan keyakinan iii - menyediakan konteks pembelajaran iv - tindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan v- bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan TEKNIK LATIH TUBI Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran bahasa Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan- perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran samada bahasa rasmi atau bahasa kedua. TEKNIK BERCERITA Satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. TEKNIK BERCERITA Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : I. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. II. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. III. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. IV. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang - kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. V. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain bahan bantu mengajar. TEKNIK PERBAHASAN Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. Antara manfaat teknik ini ialah : - Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan - Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur - Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. - Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. - Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan. TEKNIK KUIZ Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. Tujuannya ialah : - Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. - Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira. - Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. - Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu : - Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. - Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan TEKNIK SUMBANGSARAN Merupakan percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa
pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
Menekankan pengeluaran idea daripada
pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis. TEKNIK SUMBANGSARAN Tujuan Sumbangsaran
III. Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
IV. Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas V. Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. VI. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak VII. Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan VIII. Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea IX. Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan. X. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi XI. Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ) iaitu (Apa? Kenapa? Siapa? Di mana? Bagaimana?) XII. Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik XIII. Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan TEKNIK SOAL JAWAB Teknik yang paling lama dan popular digunakan dalam bidang pendidikan Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar TEKNIK SOAL JAWAB Tujuan utama teknik soal jawab ialah : I. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid II. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. III. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan TEKNIK PERBINCANGAN Satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing- masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, TEKNIK PERBINCANGAN Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : I. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. II. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. III. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. IV. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. V. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada TERIMA KASIH