Anda di halaman 1dari 1

SUKAN DALAM ISLAM

Islam menggalakkan Muslim menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat. Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda: Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda. Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut: Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat. Bagaimana Islam Memandang Sukan? Islam tidak melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Muslim di arahkan supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak mulia. Dalam Hadith, kita dapati: Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada yang lemah. (Riwayat Muslim) Kesan Sukan Kepada Badan : Di dalam kitabnya yang terkenal Zad-Al-Ma`aad, Imam Ibnul-Qayyem menyatakan pergerakkan ialah asas kepada sukan. Ia menolong badan membuang sisa makanan dengan cara tabii. Ia menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti badan dan melindungi badan daripada penyakit. Setiap organ ada jenis sukan yang sesuai dengannya. Bagi menunggang kuda, memanah, bergusti dan berlumba-lari, merupakan sukan yang memberi manfaat kepada seluruh badan. Bersukan Dalam Islam : Fakta Islam menggalakkan bersukan menjadikan seseorang sedar betapa besar, fleksibel dan lengkap agama ini yang Allah berikan kepada manusia. Dalam hal ini, Islam menekankan kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan dengan latihan fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati. Dalam menyokong pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti

hindari. Menang dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia, bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak boleh dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka mesti ingat yang kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka bersabar dan cuba menambah-baik diri mereka. Dalam pertandingan, seorang Muslim sejati tidak lupa adab memberikan pihak lawan layanan baik. Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan ialah satu sifat munafik yang Rasulullah (SAW) rujuk apabila bersabda: Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk) Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan: 1-Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan tugas-tugas agama ( fardu ain ) dan yang lain. 2- Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam. 3-Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang. 4- Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan. 5-Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak. 6-Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai. www.dakwahpdf.blogspot.com 7- Setiap pertandingan tidak mengandungi unsur juga maksiat yang lain....

Anda mungkin juga menyukai