Anda di halaman 1dari 23

`LAPORAN PERKHEMAHAN PROGRAM BINA INSAN GURU PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU (PPG) SIRI 1 PADA 25 & 26 OGOS 2012

PUSAT PENYELIDIKAN SAINS MARIN UPM PORT DICKSON,NEGERI SEMBILAN.

0.0 PENDAHULUAN Seramai 20 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini terdiri daripada 13 orang peserta lelaki dan 7 orang peserta perempuan

2.0 MATLAMAT Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan komuniti Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Merancang , melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi , rohani dan sosial 3.0 OBJEKTIF Program ini dilaksanakan untuk : i. Memberikan pendedahan kepada peserta mengenai aktiviti kokurikulum kegiatan luar bilik darjah

ii.

Menyemaikan sikap berdisiplin dan tanggungjawab para peserta serta memainkan peranan ketika melakukan aktiviti perkhemahan.

iii.

Memberikan

peluang

kepada

peserta

dari

pelbagai

kaum

untuk

berkerjasama dan melakukan aktiviti di luar bilik darjah dengan suasana yang muhibbah. iv. v. Meneguhkan kepercayaan peserta terhadap kewujudan Pencipta Alam. Membolehkan intrapersonal. vi. Membolehkan peserta menguasai kemahiran menguruskan diri, kumpulan dan masa dengan berkesan. peserta menguasai kemahiran interpersonal dan

4.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN Perkhemahan ini berdasarkan butiran berikut: 1. Hari 2. Tarikh 3. Tempat = Sabtu dan Ahad = 25 dan 26 Ogos 2012 = Batu 7 Jalan Cunning Hem, Pusat Penyelidikan Sains Marin UPM, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Hari Pertama Sabtu (25 Ogos 2012) Pendaftaran telah bermula seawall jam 8.00 pagi dan tepat pada jam 8.15 pagi semua peserta telah siap mendaftar di kaunter pendaftaran di kantin SK Lereh semasa pendaftran peserta telah diberikan tanda nama dan perlu dipakai sepanjang tempoh perkhemahan dijalankan, setelah itu peserta telah dibahagikan kepada kumpulan perkhemahan.

8.15 pagi Semua peserta bersama-sama guru pengiring telah bertolak ke Pusat Penyelidikan Sains Marin UPM, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan menaiki bas yang telah disewa khas.

9.30 pagi Bas selamat sampai ke Pusat Penyelidikan Sains Marin UPM, Port Dickson. Peserta telah diberikan taklimat oleh AJK Perkhemahan tentang cara-cara mendirikan dan memasang khemah dengan betul. Peserta diberi tunjuk ajar agar peserta dapat mendirikan khemah dengan betul dan selesa. Selain itu peserta juga diberikan taklimat tentang keselamatan dan perjalanan perkhemahan yang akan dijalankan sepanjang program berlangsung.

10.00 pagi Peserta diberikan rehat untuk minum pagi sebelum mencari tapak khemah yang sesuai untuk mendirikan khemah.

10.30 pagi Para peserta mula mendirikan khemah masing-masing dan di bahagikan kepada dua zon iaitu Zon A untuk tapak perkhemahan peserta lelaki dan Zon B untuk tapak perkhemahan peserta perempuan. Aktiviti mendirikan khemah ini berjalan lancer sambil dibantu oleh Cikgu Saufi dan Cikgu Hermi yang bertindak sebagai jurulatih aktiviti perkhemahan. Keadaan cuaca yang baik telah melancarkan lagi aktiviti pemasangan khemah tersebut. Tepat jam 12.30 tengah hari aktivit memasang khemah telah siap semuanya.

12.30 tengah hari Peserta rehat dan makan tengah hari besama-sama. Pada jam 1.30 petang peserta muslim solat berjemaah dan peserta bukan muslim melakukan aktiviti kerohanian yang telah dibimbing oleh AJK Kerohanian.

2.30 petang Peserta berkumpul semula di bawah khemah pusat untuk aktiviti ice -breaking. Aktiviti ini telah dikelolakan oleh Cikgu Syaiful yang bertindak sebagai jurulatih dan telah dibantu oleh Cikgu Mazwan. Peserta telah diarahkan untuk berkumpul dalam kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki menamakan kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan telah melantik seorang ketua dan penolong ketua kumpulan masing-masing. Sepanjang sesi perkenalan itu pelbagai aktivti menarik telah dijalankan antaranya ialah para peserta dikehendaki berkumpul mengikut bulan kelahiran, hobi, dan warna kegemaran. Peserta juga perlu berkumpul dalam kumpulah warna rumah sukan yang sama iaitu merah,hijau, biru dan kuning. Selain itu para peserta juga perlu mendapatkan maklumat setiap peserta untuk dihafal bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara setiap peserta. Aktiviti yang dikelolakan oleh Cikgu Syaiful dan Cikgu Mazwan berjalan dengan lancar. Diakhir sesi Cikgu Syaiful memberikan kesimpulan dan memuji penglibatan semua. Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk memberikan peluang kepada para peserta dapat mengeratkan dan lebih mengenali rakan-rakan peserta dengan lebih erat lagi. Dan dapat menyerlahkan lagi keyakinan yang ada dalam setiap diri para peserta.

4.00 petang Peserta diberikan rehat untuk minum petang yang telah disediakan oleh AJK makanan dan minuman.

4.30 petang Aktiviti yang seterusnya ialah aktiviti keyakinan di air yang mana telah dikelolakan oleh seorang guru yang sangat pakar dan mahir dalam aktivti tersebut iaitu Cikgu Mohd Syafiz dan telah dibantu oleh Cikgu Mohd Hanis. Aktivti ini dijalankan di kawasan pantai. Sebelum menjalankan aktiviti air ini Cikgu Syafiz telah mengukur kedalaman air laut bertujuan untuk memastikan air laut berada dalam keadaan yang sesuai untuk melakukan aktiviti tersebut. Setelah semuanya berada dalam keadaan yang sesuai, Cikgu Syafiz telah memanggil semua peserta berkumpul untuk mengir bilangan peserta bertujuan untuk

memastikan semua peserta mencukupi sebelum masuk ke dalam air. Setelah memastikan peserta cukup, peserta diarahkan untuk mematuhi peraturan semasa berada di dalam air dan tidak berada terlalu jauh dari guru-guru. Setelah selesai member taklimat, Cikgu syafiz membawa peserta ke dalam air laut pada paras pinggang peserta. Para peserta Nampak teruja dengan air laut, setelah itu Cikgu Syafiz meminta para peserta untuk merasa sendiri air laut tersebut dengan meletakkan sedikit pada lidah peserta. Setelah itu Cikgu Syafiz mengajar peserta bagaimana untuk bernafas didalam air dengan memulakan membuat bobing iaitu dengan menyelam dan menghembuskan nafas melalui mulut dan menghasilkan gelembung udara. Ini secara tidak langsung membantu peserta agar tidak berasa panic apabila berada di dalam air. Setelah itu para peserta diajar pula cara untuk mengapungkan diri cara terlentang dan juga cara meniarap. Kesemua peserta teruja kerana hampir keseluruhan peserta mengakui bahawa ianya merupakan pengalaman pertama berada di tengah laut yang cetek. Setelah selesai peserta dibawa semula ke pantai dan dikira bilangannya sekali lagi bagi memastikan bilangan peserta sentiasa cukup. Alhamdulillah aktiviti keyakinan di air dapat dilakukan dengan jayanya tanpa ada musibah yang menimpa. Para peserta begitu seronok menjalankan aktivti tersebut. Tahniah kepada Cikgu Syafiz dan rakan guru kerana berjaya menjalankan aktiviti keyakinan di air dengan jayanya.

6.30 petang Para peserta diberikan rehat dan solat asar, magrib dan isyak secara berjemaah yang tlah diimamkan oleh Cikgu Azizul. Setelah selesai solat para peserta dibenarkan untuk makan malam yang telah disediakan oleh AJK makanan dan minuman.

9.00 malam Waktu yang dinantikan telah tiba yang mana mala mini merupakan aktiviti malam kebudayaan yang mana setiap kumpulan perlu membuat satu persembahan. Malam kebudayaan ini telah dikelolakan oleh Cikgu Mohd. Hanis b. Ahmad, Cikgu Azimah bt. Azman dan Cikgu Nik Mohamad Lukman b. Baharudin. Acara persembahan diselang selikan dengan permainan dan nyayian oleh Kem Komandan iaitu Cikgu Norjamri Ariff.

Setiap kumpulan diberikan masa selama 7 minit untuk membuat persembahan. Aktiviti yang dijalankan agak lancar dan sangat menghiburkan, persembahan dari kumpulan persembahan agak menghiburkan yang mana setiap kumpulan telah berjaya menunjukkan daya kreativiti yang tinggi dan baik dalam menghasilkan

persembahan.dan ini secara tidak langsung telah membolehkan peserta berinteraksi sesama mereka dan dapat meningkatkan keyakinan diri peserta serta dapat berfikir untuk menghasilkan sesuatu bahan yang berkualiti dalam masa yang singkat. Aktivti berakhir pada jam 11.30 malam dan para peserta di benarkan untuk kembali ke khemah dan tidur. Sebelum itu peserta dibahagikan kumpulan untuk berjaga malam bertujuan untuk mengawal kawasan perkhemahan dari sebarang penceroboh luar.

Hari Kedua 26 Ogos 2012

5.30 pagi Peserta muslim dikejutkan untuk membersihkan diri, dan solat subuh berjemaah dan diimamkan oleh Ustaz Azizul. Manakala pelajar bukan muslim membersihkan diri dan mengemas khemah. Selesai solat subuh berjemaah peserta diberikan tazkirah bagi memberikan input ilmu agama kepada peserta.

7.00 pagi Peserta mengikuti aktiviti Malaysia Cergas yang telah dikelolakan oleh AJK Malaysia Cergas iaitu Cikgu Siti Aisyah dan Cikgu Nurul Azzah. Aktiviti senaman pagi berjalan dengan baik dengan bantuan radio para peserta nampak seronok sambil bersenamrobik. Setelah selesai senam robik, peserta diminta untuk bersarapan pagi, menu pada pagi itu ialah Nasi Goreng, telur dadar dan tea

8.00 pagi Aktivti seterusnya yang akan diteruskan pada pagi ini ialah aktiviti berakit yang akan dikelolakan oleh Cikgu Mohd Shah Rizal sebagai jurulatih dan dibantu oleh Cikgu Syahrin, Cikgu Azizul dan juga Cikgu Siti Hawa. Cikgu Shah Rizal terlebih dahulu

memberikan taklimat keselamatan kepada para peserta, dan peserta dikehendaki memakai jaket keselamatan Bouyancy Aid atau selalu disebut sebagai BA. Setelah itu Cikgu Shah Rizal memecahkan peserta ini bertujuan untuk memastikan rakit berada dalam keadaan stabil. Peserta lelaki dan perempuan dibahagikan sama rata untuk memastikan kekuatan dayungan sama rata. Setelah itu peserta diarahkan untuk menaiki rakit mengikut tempat yang telah ditetapkan, setelah semua peserta menaiki rakit barulah Cikgu Shah Rizal mengajar cara-cara mendayung rakit pula iaitu dimulakan dengan kiraan 1 semua peserta dikehendaki mengangkat dayung dan kiraan 2 peserta dikehendaki mendayung. Alhamdulillah aktiviti berakit ini mendapat kerjasama yang baik dari peserta perkhemahan dan membolehkan peserta mengawal rakit dengan baik dan jelas kelihatan peserta begitu seronok mengendalikan rakit yang mereka naiki.

10.00 pagi Peserta diberikan rehat dan minum padi yang telah disediakan oleh AJK Makanan dan Minuman yang bertugas.

10.30 pagi Peserta dipanggil berkumpul semula untuk menjalankan aktiviti yang terakhir iaitu aktiviti berkayak, yang telah dikelolakan oleh Cikgu Mohd Zulhairi yang bertindak sebagai jurulatih dan dibantu oleh beberapa orang guru iaitu Cikgu Faizatul Shima, Cikgu Fauzan,dan Cikgu Safrina. Cikgu Mohd Zulhairi terlebih dahulu memberikan taklimat keselamatan kepada para peserta, dan peserta dikehendaki memakai jaket keselamatan Bouyancy Aid atau selalu disebut sebagai BA. Setelah itu peserta dipecahkan kepada kumpulan berpasangan yang mana peserta lelaki dipasangkan dengan peserta perempuan dan ada peserta lelaki bersama peserta lelaki, ini bertujuan untuk membolehkan pendayung yang lebih berat berada di kokpik belakang kayak. Peserta juga diajar untuk mendayung dan praktikal telah dilakukan diatas daratan terlebih dahulu. Setelah hampir kesemua peserta menguasai teknik mendayung, para peserta disuruh untuk masuk kedalam kayak bersama pasangan masing-masing, peserta yang

berada dibelakang diingatkan agar dapat mengikuti rentak dayungan peserta dihadapan bertujuan agar tidak akan berlaku pelanggaran pendayung. Peserta dilepaskan dan diselia melalui bot oleh para guru, peserta kelihatan begitu seronok kerana ada yang pertama kali menaiki kayak. Alhamdulillah aktivti berkayak dapat dijalankan dengan baik dan lancar ditambah pula dengan cuaca yang baik pada hari tersebut.

12.30 tengah hari. Peserta diberikan rehat dan makan tengah hari iaitu nasi ayam dan air sirap, setelah selesai makan tengah hari peserta diberi taklimat untuk mengemas khemah dan taklimat diberikan oleh Kem Komandan. Semua peserta dikehendaki bergotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan mengikut zon yang telah ditetapkan. Setelah siap khemah semua dilipat dan disimpan sekali lagi Kem Komandan menyuruh peserta membuat rondaan terakhir di tapak perkhemahan untuk memastikan kawasan tapak perkhemahan bersih dan tiada sisa-sisa makanan. Peserta diminta agar berpakaian kemas dan bersih untuk majlis penutup dan penyampaian sijil.

2.30 petang Aktiviti majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Sulaman Bin Haji Md Mohamad ,Guru Besar SK Lereh dan Pn. Fatimah Binti Salam, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Lereh.

3.00 petang Tamat sahaja majlis penutup semua peserta menaiki bas sewa khas untuk bertolak pulang ke SK Lereh.

4.00 petang Semua peserta tiba di SK Lereh dan pulang ke rumah masing-masing.

5.0 PENUTUP Alhamdulilah Program Perkhemahan Bina Insan Guru telah berjaya Dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah juga saya panjatkan disini kerana sepanjang program berlangsung keadaan cuaca amat baik sekali dan membolehkan pihak pengurusan menjalankan setiap aktiviti yang telah dirancangkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Pusat Penyelidikan Sains Marin UPM, Port Dickson yang telah memberikan ruang untuk pihak kami menjalankan aktivti. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para guru dan jurulatih yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Semoga program yang akan dating akan terus mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Sekian, terima kasih

Dilaporkan Oleh, . (MOHD SHAH RIZAL BIN YAHYA)

Dilaporkan Oleh, .. (MUHD SYAFIZ BIN ZAKARIA)

Dilaporkan oleh, .. (MOHD HERMI BIN HAMZAH)

Dilaporkan oleh. (MOHD SYAIFUL B. ABD WAHID)

Dilaporkan oleh, . (MOHD ZULHAIRI BIN MOHAMMAD) Tarikh : 9 SEPTEMBER 2012

LAMPIRAN

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM BINA INSAN GURU DI PUSAT PENYELIDIDKAN SAINS MARIN UPM, PORT DICKSON.

1.0 Taklimat dari Kem Komandan

2.0 Aktviti mendirikan khemah

3.0 Aktiviti ice-breaking

4.0 Aktiviti Keyakinan di air

5.0 Aktiviti berakit

6.0 Aktiviti Berkayak.

7.0 Mengemas Khemah

REFLEKSI INDIVIDU MOHD ZULHAIRI BIN MOHAMMAD 830805-03-5191 PJM A/ PJM 1

Alhamdulliah syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya bersama-sama kumpulan saya menyiapkan tugasan menyediakan kertas kerja Program Bina Insan Guru PPG sesi 1 dan juga kertas kerja Dokmentasi dan Laporan berkaitan program yang telah dijalankan. Sepanjang program yang telah dilaksanakan, Alhamdulillah ianya banyak mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah bahagian kokurikulum yang mengendalikan Program Bina Insan Guru ini terutama sekali En. Amran Bin Mohd Din dan beberapa pensyarah BIG yang lain hanya dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua para pensyarah yang terlibat menjayakan program ini. Selain itu ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan jurulatih dan rakan-rakan sekelas yang banyak membantu dalam melaksanakan Program Bina Insan Guru ini, tanpa tunjuk ajar dan pertolongan daripada pensyarah dan rakan-rakan memang agak sukar juga bagi saya untuk menjayakan program ini. Sepanjang program dijalankan banyak pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang saya perolehi. Ianya akan menjadi panduan hidup sepanjang perjalanan hidup saya. Sebagai seorang guru ilmu dan pengalaman dalam bidang aktiviti luar ini amat penting bagi membolehkan saya mengapkasikannya kepada murid-murid di sekolah saya. Aktiviti-aktiviti yang mencabar fizikal dan juga tips-tips sebelum,semasa dan selepas menjalankan aktivti yang diperolehi daripada para pensyarah memang sangat-sangat berguna kepada saya dan juga kepada rakan-rakan sekelas yang lain. Diharap segala yang telah diajar dapat saya meneruskah kesinambungannya di sekolah pula. Saya juga berharap segala laporan dan dokumentasi yang saya dan kumpulan saya usahakan ini dapat memenuhi kehendak pensyarah dan akan dijadikan panduan kepada para pelajar yang lain. Sekian terima kasih.