Anda di halaman 1dari 4

KSR 6013- Childrens Alternative Concept In Science 2013 Tugasan 2 (10%): Mengenal pasti miskonsepsi yang mungkin terdapat

bagi satu tajuk sains yang akan diajar kepada pelajar anda melalui rujukan buku/artikel/ internet/jurnal/makalah/majalah sains/siaran pendidikan sains/dll

PENDAHULUAN Artikel ini bertajuk Helping children to understand particulate nature of matter, ditulis oleh Muhammad Riaz pada September 2004, dari Aga Khan University, Institute for Educational Development, Karachi. Artikel yang ditulis beliau berkisar tentang beberapa kerangka alternatif yang diguna pakai pelajar dalam menerangkan sifat zarah bahan. Beliau juga memberikan beberapa faktor penyumbang kepada kewujudan kerangka alternatif berdasarkan pengalamannya sendiri dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pengajaran dalam menangani masalah tersebut.

MISKONSEPSI YANG DIKENALPASTI Penulis menerangkan bahawa beliau menghadapi kesukaran dalam

menerangkan konsep abstrak bagi sifat bahan pepejal, cecair dan gas kepada pelajarnya. Dalam masa yang sama pelajarnya juga menghadapi masalah untuk membayangkan bentuk dan sifat bahan, mengakibatkan mereka lebih keliru untuk memahami isu-isu yang lebih lanjut terutamanya susun atur zarah dalam sesuatu bahan. Seringkali penulis berhadapan dengan soalan yang mencabar minda untuk berfikir, Berapa besar saiz atom? dan Apakah rupa bentuknya?. Dalam kekeliruan itu, penulis langsung menggunakan jawapan dari buku teks standard, Atom-atom wujud dalam bentuk yang sangat halus dan tidak mampu dilihat oleh mata kasar. Namun beliau sedar jawapannya itu tidak banyak membantu menjawab soalan pelajar-pelajarnya tadi.

KSR 6013- Childrens Alternative Concept In Science 2013 Didasarkan pada keadaan tersebut, penulis telah menilai beberapa kajian/kerangka alternatif yang diguna pakai pelajar dan guru dalam menerangkan sifat zarah bahan dan faktor-faktor penyumbang kepada kewujudan kerangka alternatif tersebut antaranya; kekurangan penerangan guru, kekurangan alat bantu mengajar terutamanya yang bersifat kerja amali, penerangan dan gambarajah buku teks yang tidak jelas dan konsep abstrak kewujudan atom itu sendiri.

Teori kewujudan zarah dalam bahan merupakan konsep asas dalam memahami sains. Para saintis menggunakan teori ini untuk menerangkan sifat bahan dan susun atur zarah yang kompleks dalam membentuk sesuatu bahan. Namun keadaan ini adalah sesuatu pemikiran abstrak kerana zarah bahan tidak mampu dilihat oleh mata kasar (macro level). Asas kewujudan yang abstrak ini adalah sukar untuk difahami walaupun untuk sesetengah guru apatah lagi pelajar. Kajian menunjukkan bahawa adalah penting bagi pelajar memahami maksud zarah sebelum mereka mampu memahami sifat zarah bahan. Mereka berpendapat zarah bahan itu adalah seperti gula atau pun pasir. Ini terjadi kerana gaya bahasa yang diterangkan kepada pelajar membayangkan bahawa zarah adalah seperti serbuk kecil yang terdapat di dalam sesuatu pepejal; padat dan tidak bergerak. Penulis (Muhammad Riaz) juga terkeliru dan berkongsi pendapat yang sama pada suatu masa dahulu.

Penulis kemudiannya berkongsi dapatan dari pengalaman mengajar beliau tentang pendapat pelajar-pelajarnya berkaitan tiga sifat bahan; pepejal,cecair dan gas. Dari tiga rajah lukisan pelajar tentang susunatur zarah dalam tiga bahan dari Primary Science Module (rujuk artikel), dilihat pelajar tidak menunjukkan bahawa pepejal dan air itu terdiri dari zarah. Ini adalah bertentangan dengan pembelajaran semasa mereka (rajah dari buku teks). Keadaan ini berlaku kerana mereka tidak dapat menerima bahawa zarah itu sentiasa bergerak. Jika zarah itu sentiasa bergerak, mengapakah sesuatu bahan itu kekal pegun pada sesuatu tempat? (Driver et. al. 1994). Keadaan lebih mengelirukan bagi zarah gas. Penulis melalui Driver, Guesne dan Tiberghien (1985,106) mendapati pelajar menerangkan Udara sebagai
2

KSR 6013- Childrens Alternative Concept In Science 2013 suatu yang wujud tetapi tidak boleh dilihat dan disentuh, ianya sentiasa beredaran, masuk dan keluar dari pelbagai tempat, tidak seperti bahan lain , walhal udara itu adalah salah satu bahan yang wujud di dalamnya gas-gas yang sentiasa beredaran ke semua tempat. Apabila konsep saintifik jirim diperkenal dan diterangkan, mereka menjadi semakin keliru kerana ianya berbeza dengan konsep awal yang mereka fahami. Kekeliruan ini dipanggil Driver et. al. (1994) sebagai concept -confliction atau konflik konsep.

PUNCA MISKONSEPSI Penulis (Muhammad Raiz) kemudian mengemukakan soalan; adakah teknik pengajaran, buku teks atau sumber lain adalah punca bagi pertambahan kekeliruan ini? Dapatan beliau, penggunaan buku teks bagi pelajar rendah dan menengah di Pakistan menerangkan contoh struktur atom dalam bentuk dua dimensi, berlawanan dengan gambaran saintifik sebenar sesuatu atom. Beberapa ilustrasi-ilustrasi yang digunakan menunjukkan terdapat ruang yang sangat besar dan kurang sesuai dalam menerangkan zarah cecair, menggambarkan dalam jarak tersebut terdapat satu bahan lain yang melekatkan zarah-zarah cecair di dalamnya. Bahasa juga boleh mengganggu penerangan dan pemahaman sesuatu konsep; antaranya kekangan perbendaharaan kata dan tatabahasa yang terhad dan perbezaan maksud dalam perbualan harian dan terma saintifik; gas dan udara. Kekeliruan juga berlaku dalam pemahaman dan penerangan fenomena-fenomena saintifik seperti proses

pemeluwapan, pemejalwapan dan kondensasi. Penulis sendiri pada suatu eksperimen di awal pengalaman persekolahannya menyangkakan lilin yang terbakar hanya berubah bentuk fizikalnya dan tidak langsung menyangka berlaku perubahan dari segi kimia dalam proses pembakaran lilin itu. Beliau menilaikan ini semua sebagai penyumbang penyebab kekeliruan boleh berlaku, terutamanya kepada pelajar.

KSR 6013- Childrens Alternative Concept In Science 2013 LANGKAH MENGATASI Daripada dapatan penulis seperti yang diatas, beliau mencadangkan beberapa langkah yang dirasakannya boleh membantu sedikit sebanyak meleraikan kekeliruan dan salah tanggapan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains. Antaranya guru mesti memberikan penerangan yang jelas dan gambaran model zarah yang mudah difahami dan boleh dilihat oleh mata kasar (macro level). Apabila penerangan kasar (macro-level) yang diberikan kurang mencukupi dan masih tidak mampu membantu pemahaman halus

(microperspective) pelajar, guru perlu bersedia dengan model pelbagai (hybrid model) dalam meningkatkan pemahaman kasar dan halus pelajar. Keduanya, kajian telah menyatakan bahawa teori zarah tergolong dalm teori abstrak, konsep yang sukar untuk diterima secara langsung oleh pelajar kerana ianya sukar untuk dibuktikan dengan mata kasar. Walaubagaimanapun, guru yang mempunyai pemahaman yang mendalam tentang isi kandungan dan pengetahuan dalam sumber yang pelbagai mampu memainkan peranan yang penting dalam membantu pemahaman pelajarnya. Bagi penulis, paling penting baginya adalah apabila guru tersebut mampu menerangkan konsep dan sifat zarah dalam konteks yang tepat, penggunaan terma dan penerangan yang jelas dibantu oleh contoh-contoh yang bersesuaian.