Anda di halaman 1dari 5

LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN PROJEK DAN KRITERIA PEMARKAHAN

A. Langkah-Langkah Perlaksanaan
1. Pemilihan Projek
Pelajar boleh memilih projek yang telah dicadangkan oleh pensyarah atau pelajar boleh
mencadangkan tajuk projek sendiri yang telah dipersetujui oleh penyelia projek.
2. Jam Kredit
E3006 - 2.0
E4006 - 1.0
E5006 - 1.5

3. Kaedah Kerja Projek


Projek dilaksanakan dalam bentuk kumpulan atau individu. Maksimum 2 orang pelajar dalam
satu kumpulan. Pelajar perlu mengelolakan segala kerja seperti buku laporan projek, laporan
projek, dsb secara individu.
4. Pelaksanaan mengikut kriteria projek

Bil Kriteria Kursus Individu Berkumpulan


1 Perkakasan E3006 Bekalan kuasa dan Bekalan kuasa dan 2
satu keluaran(output) litar berbeza yang
berhubung kait
E4006 & Bekalan kuasa dan 2 Bekalan kuasa dan 3
E5006 litar berbeza yang litar berbeza yang
berhubung kait berhubung kait
2 Perisian 1. CD intraktif
• Video
• Audio
• Grafik
• Animasi
E4006 &
E5006 • Teks

2. Data base
• Keselamatan
• Pengiraan
• Keluaran

3. Laman Web
• Dinamik web
• Element multimedia terutamanya video
• Upload
• Ada input pengguna (chat)

4. DLL (yang setaraf 1, 2 dan 3)

(Semua projek mestilah dikaitkan dengan


elektrik)

3 Perisian dan E4006 & Microcontroller


Perkakasan E5006 Bahasa perisian bebas- perlu ada input dan
output
4 Analisis sistem E4006 & Memilih sesuatu sistem (cth kawalan,
E5006 perhubungan , kuasa, instrumentasi dll) serta
melakukan simulasi
Bil Kriteria Kursus Individu Berkumpulan
5 Kajian E4006 & Memilih sesuatu kajian (cth: jangka hayat
data/maklumat E5006 computer, kualiti audio dalam sesuatu
bilik/dewan, keberkesanan sesustu produk
elektrik)

5. Kertas Cadangan /Pertukaran Tajuk Projek


Pelajar perlu mengemukakan cadangan projek kepada penyelia.
Projek hanya boleh diteruskan setelah mendapat kelulusan daripada Penyelaras projek
Penyerahan tajuk projek berdasarkan takwim yang terkini.
Sekiranya terdapat perubahan tajuk, pelajar perlu mengisi borang pertukaran tajuk projek
dan perlu diluluskan oleh penyelaras projek selewat-lewatnya minggu ke enam (6)

6. Proposal
Proposal perlu dihantar kepada penyelia masing-masing. (Rujuk Aktiviti Mingguan Pelajar).
Pelajar perlu menyediakan satu proposal / kertas projek yang mengandungi:
a) Muka depan : tajuk, nama dan no. pendaftaran, kursus dan sesi.
b) Isi kandungan:
Bab1 (Pengenalan)
 Pengenalan
 Penyataan masalah – pelajar memulakan dengan mengemukakan
sesuatu pemasalahan yang ingin diketahui atau diselesaikan. (sekurang-
kurangnya tiga (3) penyataan masalah).
 Objektif – pelajar perlu menyenaraikan objektif yang ingin dicapai
selepas projek dilaksanakan (sekurang-kurangnya tiga (3) objektif).
 Skop – pelajar perlu menjelaskan skop atau had-had perlaksanaan
projek yang dijalankan. Ini bertujuan untuk memastikan perlaksanaan
projek tidak terkeluar daripada skop yang ditetapkan.
Bab2 (Kajian Literatur)
 Teori komponen/software dan penyelidikan bahan sedia ada serta
membuat perbandingan bahan.

Bab 3 ( Metodologi)
 Pelajar perlu menerangkan secara ringkas kaedah-kaedah atau tatacara
yang digunakan bagi menjalankan projek, kesesuaian dengan teknologi
terkini termasuklah perisian yang akan digunakan.
1. Carta alir perlaksanaan keseluruhan projek
2. Carta alir pengujian litar/software/ analisis sistem dan kajian data
3. Carta gantt (pelajar dikehendaki membina carta guntt
perancangan pelaksanaan projek sepanjang semester)
4. Gambarajah blok
5. Kendalian litar, software
Bab 4 (Kesimpulan)

Lampiran

7. Aktiviti Mingguan Pelajar


Penyelaras projek akan menyedia serta mengedarkan takwim yang mengandungi aktiviti
mingguan pelajar dan tarikh pertemuan pelajar dengan penyelia projek.

8. Kehadiran Projek
i) Penyelia projek perlu merekodkan tarikh kedatangan pelajar mengikut peringkat-
peringkat yang telah ditetapkan di dalam Rekod Kehadiran Projek
9. Pertemuan Kemajuan Projek
i) Penyelia projek perlu merekodkan tarikh kedatangan pelajar dan hasil kerja pelajar
iaitu Draf Laporan dan Kerja Projek mengikut peringkat-peringkat sepertimana di
dalam Borang Penilaian Aktiviti Pelajar.
ii) Pelajar-pelajar mestilah mencatatkan segala perkembangan perjalanan projek
mereka di dalam buku laporan projek pelajar JKE dan disahkan oleh penyelia
masing-masing pada setiap minggu. Kegagalan pelajar mematuhi arahan ini boleh
dikenakan tindakan berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Penilaian
Berterusan Politeknik Merlimau semasa.

10. Pembentangan Projek (E3006 & E5006)


Pembentangan di hadapan panel yang dilantik oleh Ketua Jabatan.
Pelajar perlu menyediakan nota edaran untuk diserahkan kepada panel sekurang-kurangnya
seminggu sebelum pembentangan dijalankan.
Isi kandungan pembentangan perlulah mengandungi perkara-perkara berikut:
 Nama pelajar, penyelia, tajuk projek
 Penyataan Masalah
 Objektif
 Skop
 Gambarajah Blok
 Kendalian litar, software, analisis sistem dan kajian data
 Hasil dapatan dan Analisis Data
 Cadangan dan Kesimpulan

11. Pembentangan Projek (E4006)


Pembentangan di hadapan panel yang dilantik oleh Ketua Jabatan.
Pelajar perlu menyediakan nota edaran untuk diserahkan kepada panel sekurang-kurangnya
seminggu sebelum pembentangan dijalankan.
Isi kandungan pembentangan perlulah mengandungi perkara-perkara berikut:
 Nama pelajar, penyelia, tajuk projek
 Penyataan Masalah
 Objektif
 Skop
 Gambarajah Blok
 Kendalian litar, software, analisis sistem dan kajian data
 Kesimpulan

12. Laporan Akhir Projek


Format penulisan laporan hendaklah merujuk kepada buku panduan penulisan laporan
akhir.
Pelajar perlu menyediakan kandungan laporan akhir seperti berikut:
Bab1 (Pengenalan)
 Pengenalan
 Penyataan masalah – pelajar memulakan dengan mengemukakan
sesuatu pemasalahan yang ingin diketahui atau diselesaikan. (sekurang-
kurangnya tiga (3) penyataan masalah).
 Objektif – pelajar perlu menyenaraikan objektif yang ingin dicapai
selepas projek dilaksanakan (sekurang-kurangnya tiga (3) objektif).
 Skop – pelajar perlu menjelaskan skop atau had-had perlaksanaan
projek yang dijalankan. Ini bertujuan untuk memastikan perlaksanaan
projek tidak terkeluar daripada skop yang ditetapkan.
Bab 2 (Kajian Literatur)
 Teori komponen/software dan penyelidikan bahan sedia ada serta
membuat perbandingan bahan.

Bab 3 ( Metodologi)
 Pelajar perlu menerangkan secara ringkas kaedah-kaedah atau tatacara
yang digunakan bagi menjalankan projek, kesesuaian dengan teknologi
terkini termasuklah perisian yang akan digunakan.
1. Carta alir perlaksanaan keseluruhan projek
2. Carta alir pengujian litar/software/ analisis sistem dan kajian data
3. Carta gantt (pelajar dikehendaki membina carta gantt
perancangan pelaksanaan projek sepanjang semester)
4. Gambarajah blok
5. Kendalian litar, software
Bab 4 (Dapatan dan Analisa)
 Pelajar perlu memuatkan data-data (ukuran-ukuran, bentuk gelombang,
soal selidik, simulasi dll)
 Hasil kerja (proses rekabentuk peringkat awal hingga akhir)
 Analisis dan kajian data perlu dibandingkan dangan teori dan kajian yang
telah dibuat pada Bab 2.

Bab 5 (Kesimpulan dan Cadangan)

Laporan projek perlu ditaip dan dijilid. (Sila rujuk panduan pengurusan projek semester
akhir).
Laporan projek akan dinilai oleh penyelia projek.

13. Penilaian Projek


i) Penilai akan menilai dan memberi markah pembentangan projek pelajar. Penilai
adalah pensyarah bebas dan bukan penyelia projek pelajar berkenaan.
ii) Penyelia projek akan menggabungkan markah keseluruhan pelajar didalam Rekod
Markah Projek dan menyerahkannya kepada penyelaras projek seminggu sebelum
peperiksaan akhir bermula.

14. Kriteria pemarkahan


Bagi Semester 4 Bagi Semester 5
Penilaian Aktiviti Pelajar 25% Penilaian Aktiviti Pelajar 40%
Proposal 5% Proposal 10%
Pembentangan 20% Pembentangan 20%
Rekod Laporan Projek Akhir 50% Rekod Laporan Projek 30%

Bagi Semester 6
Penilaian Aktiviti Pelajar 30%
Draf Laporan 10%
Pembentangan 20%
Rekod Laporan Projek Akhir 40%