Anda di halaman 1dari 19

TAKAFUL 2

1.KONSEP TAKAFUL .......................................................................................................................2


2.LATAR BELAKANG TAKAFUL....................................................................................................5
3.PRINSIP TAKAFUL.........................................................................................................................6
3.1.1 Takjiri.............................................................................. .......................8
3.1.2 Mudharabah..........................................................................................8
4.PRINSIP KENDALIAN..................................................................................................................10
4.1 Konsep bukan keuntungan..........................................................................................................10
4.2 Konsep Mudharabah....................................................................................................................10
4.3 Konsep wakalah...........................................................................................................................11
4.4 Konsep campuran.........................................................................................................................11
5.PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS...............................................................12
5.1 Kontrak yang digunapakai:.........................................................................................................12
5.2 Tanggungjawab pemegang polisi:................................................................................................12
5.3 Liabiliti pengendali takaful / penangggung insurans: ...............................................................12
5.4 Pelaburan kumpulan wang:........................................................................................................13
6.JENIS PERLINDUNGAN TAKAFUL...........................................................................................14
7. PERKEMBANGAN TAKAFUL DI MALAYSIA........................................................................15
8.RUMUSAN 16
RUJUKAN 18

1
TAKAFUL

1. KONSEP TAKAFUL

Menurut kamus dewan, takaful merupakan insurans yang didasarkan pada atau yang

mengikut asas asas dan hukum- hukum agama islam. Takaful sebenarnya berasal

daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘saling jamin-menjamin’ atau ‘saling pelihara-

memelihara’. Takaful sebenarnya terbit daripada kata kerja kafala yang beerti

memelihara atau menjaga kepentingan atau memberi jaminan kepada seseorang. Apabila

perkataan ini digabungkan dengan ‘ta’ maka ia menjadi dua pihak yang saling jamin

menjamin antara satu sama lain.

Perjanjian ini juga menetapkan setiap pihak telah memberi persetujuan terlebih dahulu

mengenai bentuk sumbangan yang kelaknya akan dimanfaatkan untuk kepentingan

bersama. Skim Takaful berasaskan sistem perundangan Islam (Syariah) yang

menggabungkan konsep saling bekerjasama, lindung-melindungi dan saling

bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu. Ini menampilkan keindahan

Islam itu sendiri di mana sistem Takaful ini dianggap lebih praktikal berbanding dengan

insurans konvensional yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Idea untuk mewujudkan

sistem Takaful ini lahir daripada masyarakat Islam yang ingin menghayati kehidupan

berdasarkan perundangan Islam.

2
Apabila Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans secara islam di Malaysia

membentangkan laporannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1984

mengenai cadangan penubuhan syarikat insuran secara islam mereka mencadangkan

falsafah untuk perniagaan ini seperti berikut:

Falsafah insurans islam mementingkan niat ikhlas untuk membantu satu sama

lain. Oleh hal yang demikian sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah

berdasarkan kepada semangat tabarru (derma). Selaras dengan semangat ini

dan prinsip prinsip saling bertanggungjawab, kerjasama dan perlindungan dan

menepati sifat-sifat tidak mengutamakan kepentingan diri sendiri dan dorongan

tidak mengutamakan untuk mendapatkan keuntungan semat-mata, maka badan

Petugas telah membuat kesimpulan Falsafah Insurans Islam adalah seperti

berikut:

Penghayatan semangat saling bertanggungjawab, kerjasama dan

perlindungan dalam aktiviti masyarakat demi untuk kesejahteraan

ummah dan perpaduan masyarakat.

Walaupun sistem takaful moden ini hanya diperkenalkan pada tahun 1979, konsep saling

bantu membantu dan bekerjasama ini sebenarnya telah pun dituntut pada zaman

permulaan Islam lagi. Menurut pakar perundangan dan ulama Islam berpandangan

bahawa konsep insurans boleh diamalkan kerana faktor-faktor berikut:

1.1. pemegang polisi akan bekerjasama sesama sendiri untuk kebaikkan

bersama

3
1.2. Setiap pemegang polisi akan membayar jumlah yang perlu

disumbangkan dengan tujuan membantu mereka yang memerlukan

pertolongan

1.3. konsep ini tergolong dalam janji untuk menderma yang bertujuan untuk

meng agihkan kerugian dan perluasan tanggungan mengikut sistem

kumpulan masyarakat

1.4. Elemen ketidakpastian yang ada kaitannya dengan jumlah sumbangan

dan pampas an boleh dihapuskan

1.5. Sistem ini tidak bertujuan memberi manfaat kepada satu pihak dan

menjadi bebanan kepada pihak lain.

Setelah melihat definisi takaful yang telah diterangkan beserta konsep konsep dalam

kendalian takaful seterusnya dalam bahagian kedua, kita akan melihat prinsip –prinsip

utama yang digunapakai dalam takaful iaitu saling bertanggungjawab,saling

bekerjasama, dan saling lindung melindungi daripada sebarang kesusahan dan

sebagainya. Pada umumnya terdapat prinsip yang memagari perjalanan takaful yang

terdiri daripada prinsip-prinsip takjiri,mudharabah, wakalah, dan tabarru ini akan

dibincangkan dengan lebih lanjut beserta dengan riwayat. Juga empat konsep atau

model kendalian perlindungan yang ditawarkan pengendali takaful iaitu konsep bukan

keuntungan,konsep mudharabah konsep wakalah, dan konsep campuran (Md Azmi Abu

Bakar ,2004)

Dalam bahagian ketiga kita akan melihat perbezaan antara takaful dan insuran

konvensional secara perbandingan di dalam jadual, serta jenis perlindungan takaful

4
beserta kaedah pelaksanaanya, dan di bahagian akhir merupakan ringkasan serta

pendapat saya sendiri mengenai sistem takaful ini.

2. LATAR BELAKANG TAKAFUL

Syarikat Insurans Islam yang pertama telah ditubuhkan pada 1979 iaitu Syarikat

Insuran Islam Sudan. Bertitik tolak daripada perjalanan dan pengembangan Syarikat

Insuran Islam Sudan ini maka pelbagai usaha dan langkah susulan telah dibuat,

khususnya negara-negara Islam dan negara-negara di mana bilangan penduduk Islam

agak besar bagi memperkenalkan syarikat-syarikat insurans yang menawarkan

perniagaan insurans secara Islam.

Lanjutan daripada ini, pada awal tahun 1980-an, beberapa buah syarikat insurans secara

Islam mula ditubuhkan termasuk juga yang beroperasi di negara-negara Eropah,

antaranya ialah Syarikat Insurans Islam Arab yang ditubuhkan pada tahun 1979 di Arab

Saudi. Pada tahun 1983, telah diperbadankan Syarikat Takaful Islam Luxembourg oleh

Dar Al-Maal Al–Islami (DMI). Insuran Islam juga menyediakan khidmatnya di Britain

melalui Islamic Takaful Company (ITC), London.

Di Asia, Malaysia adalah Negara pertama yang merintis perniagaan insurans secara

Islam melalui penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad yang memulakan

operasinya pada Ogos 1985. Pada Mei 1993, Negara Brunei Darussalam telah

mencontohi Malaysia dengan munculnya Takaful Islamic Bank of Brunei (Takaful IBB

Berhad). Kini Indonesia juga pula akan mengikuti langkah yang sama, dengan

kerjasama teknikal daripada Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad, Syarikat

5
Takaful Indonesia telah diperbadankan. Perniagaan takaful mula beroperasi di

Indonesia pada Ogos 1994 (Mohd Fadzli Yusof, 1996).

3. PRINSIP TAKAFUL

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk mencipta sesuatu perkara di dalam urusan

duniawinya untuk kepentingan dan kesejahteraan hidup manusia asalkan bertepatan

dengan prinsip syariah Islam. Inilah keindahan Islam yang begitu unggul. Malah Islam

sangat menggalakkan umatnya agar lebih bijaksana dalam menguruskankehidupan

mereka agar tercapai hasanah di dunia dan juga hasanah di akhirat.Di antara bidang

yang menyaksikan inovasi hebat umat Islam masa kini adalah bidang takaful. kini

terdedah kepada pelbagai bentuk kemungkinan terutamanya yang berbentuk musibah

dan malapetaka.

Badan Petugas Penubuhan Syarikat Takaful di Malaysia did lam laporannya

menjelaskan bahawa takaful mempunyai tiga prinsip utama iaitu:

3.1 Saling bertanggungjawab

“Perbandingan hubungan dan perasaan antara Mukmin umpama

sebuah badan; apabila salah satu daripada bahagian merasa sakit,

akan terasa seluruh badan”.

(Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

6
3.2 Saling bekerjasama

“Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan

bertaqwa (al-Birr dan al-Taqwa) dan janganlah kamu bertolong-

tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”

(Surah Al-Maidah, Ayat 2)

3.3Saling lindung melindungi daripada sebarang kesusahan dan

sebagainya

“Demi diriku, yang di dalam kekuasan ALLAH, tiada siapa yang akan

masuk Syurga jika ia tidak melindungi jirannya yang di dalam

kesusahan”.

(Riwayat Imam Ahmad bin Hanba)l

Pelaksanaan sistem takaful ini melibatkan dua pihak iaitu pihak yang menguruskan

urusan pengendalian dan pentadbiran takaful tersebut, dan pihak yang ingin

menyertainya. Pihak yang mengendalikan sistem takaful ini boleh memilih konsep atau

model yang ingin digunakan. Pada umumnya prinsip yang memagari perjalanan takaful

terdiri daripada prinsip takjiri, mudharabah, wakalah dan tabarru

7
3.1.1 Takjiri

Perkataan takjiri adalah daripada perkataan Arab yang bermaksud perdagangan.

Oleh sebab pengendalian takaful ini berdasarkan konsep perdagangan maka

amalan-amalan perdagangan Islam perlu diamalkan oleh pengendali takaful.

Bidang –bidang perniagaan yang dilarang oleh Syariah tidak boleh diceburi ole

pengendali takaful. Begitu juga dengan dana yang dicarumkan oleh peserta takaful

tidakboleh dilaburkan ke dalam institusi kewangan yang berasaskan riba. Etika

dan moral perniagaan Islam perlu menjadi ikutan dan tidak seharusnya

mengandungi unsure eksploitasi antara pengendali dan peserta takaful. Konsep adil

dan saksama juga perlu diamalkan. Sifat tidak terlalu mengejar keuntungan

semata-mata perlu dihindari. Secara ringkasnya, segala prinsip dan falsafah

perniagaan berlandaskan Islam perlulah diikuti pada setiap masa. Kaedah

pengurusan yang sistematik dan pelaburan yang berhati-hati akan mengurangkan

risiko kerugian dan dengan itu perniagaan yang dijalankan kan memberikan

keuntungan pada kedua-dua belah pihak.

3.1.2 Mudharabah

Dalam konsep ini pengendali bertindak sebagai mudarib atau pengusaha yang dilantik

oleh peserta-peserta takful. Peserta peserta takaful ini bertindak sebagai shaib-ul-maal

atau pelabur atau penyumbang dana. Peserta akan melantik pengendali takaful untuk

memobilisasikan dananya dalam perniagaan yang tidak dilarang oleh Syariah dan

keuntungan yang diperoleh dikongsi bersama oleh kedua-dua pihak berdasarkan nisbah

8
yang dipersetujui bersama. Dalam sistem takaful ini, wang yang perlu dikeluarkan oleh

peserta bergantung kepada jenis-jenis perlindungan yang disertainya. Ada antara

caruman yang perlu dibuat pada setiap bulan, tahun, atau sekali gus. Caruman ini juga

disebut sebagai ra’s-ul-mal’.

3.1.3 Wakalah

Sekiranya konsep wakalah atau dalam bahasa melayu disebut wakil digunakan,

pengendali kepada sistem takaful bertindak sebagai pengurus yang akan mengendalikan

keseluruhan perjalanan sistem tersebut. Pengurus ini hanya boleh mengambil bayaran

perkhidmatan menggunakan prinsip al-ujr dan tidak berhak menerima keuntungan

daripada dana yang dimobilisasinya itu. Segala keuntungan yang diperoleh akan

dikembalikan kepada peserta takaful tersebut.

3.1.4 Tabarru

Tabarru adalah bahasa Arab yang beerti menderma , mencarum, atau menyedekah.

Prinsip tabarru merupakan teras kepada sistem takaful. Dalam sistem ini peserta –

peserta yang mengambil bahagian akan membuat bayaran kepada dua jenis bayaran

iaitu kepada dirinya sendiri dan bayaran derma atau sumbangan yang akan membantu

peserta-peserta lain yang ditimpa kesusahan dan bencana. Oleh itu , wang derma inilah

yang akan digunakan oleh syarikat takaful ketika membayar kepada ahli yang ditimpa

musibah tersebut

9
4. PRINSIP KENDALIAN

Terdapat empat konsep atau model kendalian perlindungan yang ditawarkan oleh

pengendali takaful iaitu konsep (1) bukan keuntungan, (2) konsep mudharabah (3)

Wakalah dan (4) konsep campuran (Md Azmi Abu Bakar, 2004).

4.1 Konsep bukan keuntungan

Dalam konsep ini sekumpulan individu di dalam sesebuah masyarakat bersepakat untuk

memberikan sumbangan ikhlas kepada ahli di dalam kumpulanya yang mengalami

bencana. Sumbangan yang diberikan itu adalah dalam bentuk derma. Sumbangan ikhlas

ini boleh dibuat secara sistematik dalam tempoh yang ditentukan , atau hanya dibuat

pada waktu ahli mendapat kecelakaan. Takaful mengikut kaedah ini boleh juga

dikendalikan mengikut kaedah moden dan teratur. Jika takaful ini diuruskan oleh

sesebuah organisasi maka konsep wakalah masih digunakan dan pengendali masih

bertindak sebagai wakil yang mengurus dana tersebut dan syarikat mendapat upah

kerana usahanya itu. Walaubagaimanapun peserta tiidak akan diberikankeuntungan atau

pulangan ke atas dana yang telah diserahkan itu. Contoh syarikat yang menggunakan

kaedah ini adalah Al- Sheikhkhan Takaful Company di Sudan.

4.2 Konsep Mudharabah


Dalam konsep mudharabah terdapat perjanjian antara pengendali dan peserta.

Pengendali akan dilantik sebagai pengusaha yang akan memobilisasikan dana dalam

kegiatan ekonomi dan segala keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama oleh

pengendali dan peserta. Seperti juga dalam model lain peserta perlu mencarum kepada

dua jenis akaun iaitu akaun umum dan akaun tabarru. Dalam konsep ini pengendali

10
tidak mengenakan bayaran perkhidmatan atau bayaran pengurusan ke atas

perkhidmatan atau kerja-kerja yang dilakukan ketika mengendalikan takaful tersebut.

Bayaran mengurus atau mentadbir akan dikenakan pada dana pemegang saham di

Malaysia , konsep ini digunakan oleh Syarikat Takaful Berhad.

4.3 Konsep wakalah

Dalam konsep wakalah pengendali yang mengendalikan caruman dan

memobbilisasikan dana peserta-peserta. Yuran perkhidmatan akan dikenakan oleh

pengendali ini kerana tugas-tugas perkhidmatan yang diberikan tersebut. Segala risiko

berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan itu akan ditanggung oleh peserta-peserta.

Pengendali takaful ini juga akan mengenakan yuran perkhidmatan ke atas keuntungan

hasil pelaburan dana peserta. Pengendali takaful berdasarkan konsep ini menawarkan

khidmat takaful am dan takaful keluarga. Di Malaysia, konsep ini menjadi amalan

Syarikat Takaful ikhlas.

4.4 Konsep campuran

Dalam konsep campuran operasi takaful berlandaskan gabungan prinsip wakalah dan

mudharabah. Pengendali takaful akan bertindak sebagai wakil yang menguruskan dana

peserta dan mengenakan yuran perkhidmatan di atas tugas yang dijalankan dan mereka

juga akan berkongsi keuntungan hasil pelaburan yang dibuat menggunakandana peserta

tersebut.

11
5. PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS

Pada pandangan seseorang yang bukan dari bidang ini, pasti akan melihat tiada perbezaan

antara kedua-dua sistem tersebut. Selepas diteliti, pada asasnya perbezaannya hanyalah

satu, iaitu sistem takaful berlandaskan prinsip Syariah. Akan tetapi, jika diselidiki lebih

mendalam, ternyata ada banyak perbezaan antara dua sistem ini. Perbezaan-perbezaan ini

boleh dikategorikan seperti berikut:

5.1 Kontrak yang digunapakai:

Dalam sistem takaful, kontrak yang digunapakai ialah gabungan kontrak tabarruk

(derma) dan agensi (wakalah) atau kontrak berkongsi keuntungan (mudharabah).

Kontrak dalam insurans pula ialah kontrak pertukaran (jual dan beli) antara penanggung

insurans dengan pelanggan (pihak yang diinsuranskan).

5.2 Tanggungjawab pemegang polisi:

Peserta takaful membuat caruman ke dalam skim dan saling menjamin sesama sendiri

dalam skim ini. Di bawah sistem insurans, pemegang polisi membayar premium kepada

penanggung insurans.

5.3 Liabiliti pengendali takaful / penangggung insurans:

Pengendali takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat daripada

kumpulan wang para peserta. Risiko tidak berpindah dari peserta kepada pengendali

Takaful. Walau bagaimana pun, sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang

para peserta tersebut, pengendali Takaful diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia

memberi pinjaman (tanpa faedah) untuk menampung kekurangan berkenaan. Manakala

12
insurans, penanggung insurans bertanggungjawab membayar manfaat insurans seperti

dijanjikan dan ini akan dibayar kepada pelanggan dari wang asetnya.

5.4 Pelaburan kumpulan wang:

Caruman yang diterima akan hanya dilaburkan dalam instrumen yang memenuhi

kehendak Syariah. Bagi syarikat insurans, tiada sebarang sekatan dalam jenis

pelaburan yang dibolehkan, selain sekatan yang dikenakan untuk tujuan kehematan.

Jadual 1.5 Perbezaan antara Takaful dan Insurans

TAKAFUL INSURAN
Tertakluk kepada AKTA TAKAFUL Tertakluk kepada AKTA INSURANS 1963

1984 (Pindaan 1996)


Peserta dikehendaki membayar Pemegang polisi dikenakan bayaran

sumbangan berdasarkan konsep premium atas perlindungan

tabarru’at (menderma secara ikhlas)


Pihak syarikat merupakan Pengendali Pihak syarikat merupakan Penanggung

risiko risiko
penyertaan Takaful merupakan satu akad Pembelian Insurans adalah satu kontrak

di antara Peserta dan Pengendali Takaful diantara penginsurans dan pemegang polisi
Terdapat Majlis Pengawasan Syariah Tiada Majlis Pengawasan Syariah. Yang

yang bertanggungjawab memastikan mungkin terdapat ialah Majlis Penasihat

semua transaksi Syarikat berpandukan untuk dana islam (bukan insurans)

Syariat Islam
Tidak ada unsur riba, maisir (judi) dan Terdapat unsur riba, maisir (judi) dan

gharar (tidak ketentuan) terlibat gharar (tidak ketentuan)


HALAL di sisi Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

13
(JAKIM) telah mengeluarkan fatwa

bahawa Insurans nyawa adalah HARAM


Sumber:http://www.warisanmukmin.com.

6. JENIS PERLINDUNGAN TAKAFUL

Jika dibawah insuran konvensional, jenis perniagaan yang disediakan dibahagikan kepada

Insuran Nyawa dan Insuran Am, manakala dibawah takaful, perniagaan yang disediakan

juga boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu Perniagaan Takaful Keluarga dan Perniagaan

Takaful Am.

Takaful Keluarga, ialah suatu skim pemuafakatan antara seorang individu dengan individu

yang lain sehinggakan terbentuk suatu pakatan atau kumpulan masyarakat dengan

bermatlamat ingin membantu antara satu sama lain sekiranya ada di antara ahli dalam

kelompok tersebut menghadapi bencana. Pada umumnya terdapat 3 pelan takaful keluarga

iaitu, pemuafakatan biasa, pemuafakatan beserta simpanan, pemuafakatan berdasarkan

kelompok khusus. Pelbagai jenis pelan Takaful ditawarkan. Pelan takaful ini ada yang boleh

disertai oleh orang perseorangan dan ada pula untuk badan-badan korporat sahaja. Secara

umumnya, pelan Takaful untuk orang perseorangan menawarkan suatu kemudahan

program kewangan jangka panjang dengan dua matlamat utama. Pertama menabung secara

beransur-ansur bagi mendapatkan perolehan perlindungan apabila berlaku kematian atau

kecacatan anggota dan kedua menabung bagi mendapatkan perolehan simpanan beserta

keuntungan daripada pelaburan.

Perolehan perlindungan adalah merupakan manfaat Takaful yang akan dibayar jika

ditakdirkan peserta meninggal dunia sebelum pelan Takaful yang disertainya genap tempoh

matang. Sementara perolehan simpanan beserta apa-apa keuntungan daripada pelaburan

14
pula adalah merupakan manfaat Takaful yang dihasilkan daripada tabungan yang

terkumpul. Perolehan simpanan ini akan dibayar apabila genap tempoh matang.

Berdasarkan kepada matlamat untuk menyediakan manfaat Takaful kematian dan simpanan

atau tabungan di hari tua maka jenis pelan Takaful seperti ini dilihat seolah olah sama

dengan polisi insurans nyawa konvensional.

Di bawah Pelan Takaful am, produk-produk yang disediakan, yang dipanggil skim Takaful

boleh disertai oleh orang perseorangan atau badan korporat. Skim Takaful ini menawarkan

suatu kemudahan jangka pendek dengan matlamat menyediakan tabungan sebagai suatu

jalan ikhtiar bagi membantu para peserta meringankan apa-apa beban kewangan yang perlu

ditanggung akibat suatu musibah atau bencana. Perniagaan Takaful am menyediakan sistem

untuk mengumpulkan sejumlah wang supaya manfaat perlindungan ke atas harta benda

seperti rumah, kenderaan, barangan dagangan kilang-kilang dan seumpamanya dapat

dikeluarkan jika ditakdirkan sesuatu kemalangan menimpa ke atas harta benda tersebut.

7. PERKEMBANGAN TAKAFUL DI MALAYSIA

Di Malaysia, Industri Takaful mempamerkan pertumbuhan yang pantas dan kini kian

mendapat pengiktirafan sebagai satu komponen utama sistem kewangan Islam secara

keseluruhannya. Bagaimanapun, perniagaan Takaful semula di Malaysia masih terhad

daripada segi kapasiti. Dengan itu, industri itu mempunyai peluang besar untuk

berkembang lagi.

Kadar Penembusan Sijil Takaful adalah 5.5 peratus. Selain Takaful Ikhlas Sdn Bhd, antara

agensi yang telah melaksanakan sistem Takaful di Malaysia ialah Syarikat Takaful

15
Malaysia Bhd. Takaful Nasional Sdn. Bhd. Maybank Takaful Bhd dan Commerce Takaful

Bhd (laporan Bank Negara Malaysia, BNM 2006).

Pasaran modal Islam diharapkan untuk menggerakkan lebih dana institusi dan tempatan

untuk membiayai kegiatan ekonomi. Apatah lagi memandangkan besarnya dana Islam yang

digerakkan oleh sektor perbankan Islam, industri Takaful dan pelbagai skim simpanan

Islam seperti Tabung Haji. Ketiga-tiga ini telah berkembang pesat dalam masa lima tahun

kebelakangan dan melihat kepada jumlah aset dan simpanan dalam semua sektor itu,

potensi dana yang ada untuk pelaburan dalam pasaran modal Islam adalah cukup besar

(dipetik dari arkib utusan, 2008).

“Dari segi Takaful, pertumbuhannya sangat menggalakkan manakala Takaful semula

sedang mengikuti rapat, walaupun industri itu diperkenalkan lewat” Bagi mengembangkan

lagi Takaful dan Takaful semula, ia memerlukan kemahiran dan pengetahuan khusus

mengenai risiko yang dikendalikan. Sebahagian besar perniagaan takaful semula dihalakan

kepada penyedia Insurans Konvensional kerana syarikat Takaful semula tempatan

kekurangan kepakaran bagi mengendalikan risiko sedemikian. Industri Takaful di Malaysia

mencatatkan rekod prestasi yang boleh dibanggakan sejak pengenalannya lebih dua dekad

yang lepas. Dana Takaful dicatatkan RM8.8 bilion pada 2007, kenaikan kira-kira RM2

bilion berbanding tahun sebelumnya (Adnan Alias, 2008)

8. RUMUSAN

Hidup ini penuh dengan kejutan, bak kata pepatah melayu“malang tidak berbau” jadi,

sebagai seorang manusia kita tidak terlepas daripada kemungkinan ditimpa oleh pelbagai

16
musibah, malapetaka dan bencana yang akan mengakibatkan kerugian dan pengurangan

nilai, tidak kira samada seseorang itu kerjanya di kilang atau bekerja sendiri, makan gaji di

pejabat, di sekolah, seorang hartawan, pengusaha kebun ataupun seorang korporat. Risiko

untuk terdedah kepada musibah yang bakal memberi pelbagai tekanan dan kesulitan pasti

akan terjadi, cuma bila masanya kita sendiri tidak dapat mengagak. Sebarang malapetaka

dan musibah jika datang menimpa bukan sahaja boleh mengakibatkan kemusnahan, malah

boleh mengancam nyawa manusia.

Justeru itu, bagi orang Islam mereka semestinya yakin bahawa apa juga bentuk musibah,

malapetaka, atau bencana yang datang menimpa sesungguhnya adalah qadak dan qadar

Allah S.W.T. Oleh itu seseorang itu hendaklah sentiasa bersedia menghadapinya dengan

keimanan yang teguh serta penuh kesabaran. Serentak dengan itu, menjadi kewajipan

seseorang muslim supaya berikhtiar dan berusaha seberapa terdaya olehnya untuk

mengelak dan menjauhkan daripada kemungkinan berlakunya musibah malapetaka atau

bencana yang boleh membahayakan dirinya dan mengancam keselamatan harta bendanya.

Selaras dengan ini seseorang itu seharusnya juga berusaha dan merancang dan mencari

jalan bagaimana dia dapat meringankan beban yang terpaksa dipikul olehnya atau ahli

keluarganya sekiranya musibah melanda. Perbuatan ini adalah selaras dengan tuntutan

agama Islam. Islam telah menetapkan peraturan supaya seseorang itu sentiasa peka dan

seboleh – bolehnya memastikan jiwa dan raganya, orang di bawah tanggunganya dan harta

bendanya terjamin dan terpelihara.

Secara keseluruhannya, Islam sangat mengiktiraf inovasi hebat yang dapat mendatangkan

manfaat yang besar seperti ini lebih-lebih lagi apabila hakikat kehidupan kini terdedah

17
kepada pelbagai bentuk kemungkinan terutamanya yang berbentuk musibah dan

malapetaka.

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran Karim yang bermaksud:

Dan Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan secebis rasa ketakutan, kelaparan,

kekurangan harta benda, kehilangan nyawa serta tanam-tanaman yang tidak menjadi. Dan

khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang

apabila ditimpa musibah, mereka berkata; Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan

sesungguhnya kepada-Nya jualah kami akan kembali. (al-Baqarah :155)

Semoga dengan wujudnya pengendali-pengendali takaful dan penglibatan kita semua di

dalam sistem perlindungan yang berteraskan syariah ini, akan memberi manfaat dan

jaminan kesejahteraan bersama di dunia dan juga di akhirat.

RUJUKAN

Mohd Fadzli Yusof TAKAFUL : Sistem Insurans Islam.Utusan Publication


&Distributors SDN BHD.Kuala Lumpur.(2006)

Md Azmi Abu Bakar, The Development of Takaful In the Global Perspectives,


kertas kerja dibentangkan di Seminar Takaful For Non –Takaful Practitioners, IBFIM
19-20 julai 2004.

18
Dicapai melalui laman web:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0812&pub=Utusan_Mala
ysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm pada 15 ogos 2009

Dahlia El-Hawary, Wafik Grais, Zamir Iqbal Diversity in the regulation of


Islamic Financial Institutions
The Quarterly Review of Economics and Finance, Volume 46, Issue 5, February
2007, Pages 778-800

Rifaat Ahmed Abdel Karim International accounting harmonization, banking


regulation, and Islamic banks .The International Journal of Accounting, Volume
36, Issue 2, May 2001, Pages 169-193

Beng Soon Chong, Ming-Hua Liu. Islamic banking: Interest-free or interest-


based? Pacific-Basin Finance Journal, Volume 17, Issue 1, January 2009, Pages
125-144

19