Anda di halaman 1dari 8

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD KUALA MUDA / YAN KALI KE 46, 2013 1.

0 ACARA-ACARA SERTA UKURAN DAN TIMBANGAN ALAT-ALAT PERTANDINGAN


JANTI NA BIL ACARA KELAS UMUR 1 2 3 4 5 6 7 8 910 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 80 METER 100 METER 200 METER 400 METER 800 METER 1500 METER 3000 METER (Terbuka) 5000 METER (Terbuka) 4 x 100 METER 4 X 200 METER 4 X 400 METER 80 M L. PAGAR 100 M L PAGAR 110 M L. PAGAR 200 M L. PAGAR 400 M L. PAGAR LOMPAT TINGGI LOMPAT JAUH LOMPAT KIJANG LONTAR PELURU LEMPAR CAKERA MEREJAM LEMBING HEPTATHLON PENTATHLON 10,000 M JALAN KAKI 5,000 M JALAN KAKI 3,000 M JALAN KAKI JUMLAH 18 18 11 X X X X X 0.914m X X X X 5.45kg X 1.50kg X 700g X X X X 4.55kg X 1.00kg X 600g TERBUKA TERBUKA X X 2.72kg X 1.00kg X 2.72kg X X X X X X 0.992m X 0.914m X 0.840m X 0.914m X 0.762m X 0.762m X X X X 4.00kg X 1.00kg X 600g X X X X 4.00kg X 1.00kg X 600g X X 2.72kg X 1.00kg X 2.72kg X X X X X X X X X 0.762m X 0.840m X 0.762m X 0.762m X TERBUKA X X X X X X X X 0.762m X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X L1 18TKB L2 15TKB LELAKI L3 13T L4 12TKB L5 10T X X X X X X X X X X X TERBUKA X X X X X P1 18TKB P2 15TKB PEREMPUAN P3 13T P4 12TKB P5 10T X

18

18

11

2. UNDANG-UNDANG PERTANDINGKAN 2.1 Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga amatur Malaysia (KOAM), Peraturan-peraturan Am, Majlis Sukan Sekolah Malaysia dan peraturan-peraturan Pertandingan kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Kedah. 2.2 Peringkat umur yang dipertandingkan ialah : Bawah 18 tahun Bawah 15 tahun Bawah 13 tahun Bawah 12 tahun 10 tahun Kelas 1 lahir pada tahun 1995 dan 1997 sahaja Kelas 2 lahir pada tahun 1998 dan 1999 sahaja Kelas 3 lahir pada tahun 2000 sahaja Kelas 4 lahir pada tahun 2001 hingga 2002 Kelas 5 lahir pada tahun 2003

Sekolah Menengah Sekolah Rendah

2.3 Tarikh dan tempat pertandingan Tarikh Hari Tempat : 13 HB MAC HINGGA 16 HB MAC 2013 : RABU hingga SABTU : Di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

3.0 PERATURAN-PERATURAN KHAS MENGENAI ACARA : 80 Meter Lari Berpagar, 4 X 200 meter, Heptathlon dan Pentathlon 3.1 KOD 8: ACARA 80 METER LARI BERPAGAR Pagar 1 Dari Bilangan Pagar Tinggi Pagar Garisan Permulaan 8 0.762 meter 12.0 meter Pagar Akhir Ke Garisan Penamat 12.0 meter

Pagar ke Pagar 8.00 meter

3.2 KOD 11: ACARA 200 METER LARI BERPAGAR. kategori 2L (15 TKB) 2P (15 TKB) Bil. pagar 10 10 Tinggi Pagar 0.8.40 meter 0.762 meter Pagar 1 Dari Garisan Permulaan 16.0 meter 16.0 meter Pagar ke Pagar 19.0 meter 19.0 meter Pagar Akhir Ke Garisan Penamat 13.0 meter 13.0 meter

3.3 KOD 25 : ACARA 4 X 200 METER 3.3.1 Pelari pertama akan berlari dalam lorong sendiri dan mula di garisan 1 stagger seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 meter. 3.3.2 3.3.3 Pelari kedua akan bersedia di garisan 1 stagger. Pelari ketiga akan bersedia di garisan stagger ( seperti pelari kedua dalam acara 4 X 400 meter ). Selepas menerima baton, pelari ketiga akan berlari di lorong masingmasing, sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya memotong masuk ke lorong pertama. Pelari akhir hendaklah beratur mengikut urutan senarai permulaan dari dalam ke luar.

3.3.4

3.4 KOD 27: ACARA PENTATHLON 3.4.1 Hari Pertama : 100 meter Lari Berpagar, Lompat Tinggi dan Melontar Peluru. Hari kedua : Lompat Jauh dan 800 meter.

3.5 KOD 28: ACARA HEPTATHLON 3.5.1 Hari Pertama : 110 meter Lari Berpagar, Lompat Tinggi, Melontar Peluru dan 400 meter. Hari Kedua : Lompat Jauh, Merejam Lembing dan 1500 meter.

4.0

HADIAH 4.1 Acara individu sehingga 1500 meter pertama, Kedua dan Ketiga. 4.2 Acara Individu 2000 meter dan lebih serta pentatlon dan Heptatlon Pertama, kedua, Ketiga, Keempat dan kelima. 4.3. Acara Pasukan Lima Pingat untuk pasukan yang mendapat tempat pertama, kedua, dan ketiga.

5.0 KELAYAKAN. 5.1 Pelajar-pelajar yang bersekolah sepenuh masa di sekolah rendah dan menengah yang berdaftar dan bergabung dengan MSSK adalah layak untuk menyertai pertandingan ini. 5.2 Pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM DAN Pelajar tingkatan 6 (enam) TIDAK LAYAK menyertai pertandingan ini. 6.0 ACARA PERTANDINGAN 6.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada dua ( 2 ) orang peserta bagi acara individu dan satu ( 1 ) pasukan sahaja bagi acara lari berganti-ganti.

( Boleh mendaftar 5(lima ) orang peserta bagi acara lari berganti-ganti )

6.2 Bilangan maksimum penyertaan seorang peserta adalah seperti berikut. KUMPULAN UMUR PADA 1HB JAN 2010 17 TKB 15 TKB 13 TKB 12 TKB 10 Tahun INDIVIDU 3 ( Termasuk Acara Terbuka ) 3 ( Termasuk Acara Terbuka ) 3 ( Termasuk Acara Terbuka ) 2 Acara Individu 1 Acara Individu 2 2 2 2 PASUKAN Acara Acara Acara Acara Berpasukan Berpasukan Berpasukan Berpasukan -

6.3 Seorang peserta dibenarkan mengambil bahagian dalam SATU Kumpulan umur sahaja. 6.4 Peserta-peserta Pentathlon dan Heptathlon TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara individu yang lain. 6.5 Acara terbuka hanya boleh disertai oleh peserta-peserta yang berumur 14 tahun atau lebih.

7.0 PENDAFTARAN PESERTA 7.1 Pendaftaran dan pengesahan peserta-peserta hendaklah dibuat pada atau sebelum (AKAN DITETAPKAN KEMUDIAN) . Borang pendaftaran Yang lengkap hendaklah dicetak dalam dua salinan, bagi tujuan penyemakan. Butir-butir seseorang peserta hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh Pengetua Sekolah/Pengerusi PKG masing-masing. 7.2 Taklimat Pengurus Pasukan kali ke dua akan diadakan pada Tarikh : Tempat : Masa : 24HB FEB 2013 ( AHAD ) Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, 08000 sungai Petani, Kedah 2.30 PTG.

7.3 Bagi peserta-peserta 12 TKB Dan umur 10 tahun, penyertaannya hendaklah dibuat bersamasama salinan surat beranak yang telah disahkan oleh guru besar sekolah peserta tersebut. Pengesahan penyertaan perlu dibuat pada atau sebelum : 6HB MAC 2013 8.0 PENARIKAN DAN PERTUKARAN PESERTA 8.1 Permintaan pertukaran biasa TIDAK AKAN DILAYAN. 8.2 Permintaan khas kerana kecederaan hendaklah dibuat berserta Surat Akuan daripada doktor. 8.3 Pihak pengelola berhak menolak sesuatu permintaan tanpa memberi apa-apa sebab. 8.4 Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan : 8.4.1 Maklumat tentang penarikan diri semasa kejohanan dijalankan hendaklah disampaikan kepada pengelola peserta dan pengurus kejohanan sekurangkurangnya 30 minit sebelum sesuatu acara itu dimulakan seperti yang tercatat dalam susunan acara. Seseorang peserta yang telah disahkan penyertaannya semasa mesyuarat/Taklimat Pengurus Pasukan, tidak dibenarkan menarik diri. Jika ini berlaku, peserta berkenaan TIDAK DIBENARKAN menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya. KECUALI jika dapat mengemukan surat pengesahan sakit/ cedera daripada Pegawai Perubatan. Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal tanpa surat pengesahan sakit atau cedera daripada Pegawai Perubatan adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya termasuk acara berganti-ganti. Seseorang peserta yang menarik diri dari mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan hanya boleh mengambil bahagian semula dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada pegawai Perubatan kepada Pengurus Kejohanan. Peserta yang tidak cedera dan layak masuk ke pertandingan akhir, tidak dibenarkan menarik diri. Sekiranya berbuat demikian, penyertaan mereka dalam acara-acara selanjutnya akan dibatalkan. Keputusan Pengurus kejohanan adalah muktamad.

8.4.2

8.4.3

8.4.4

8.4.5

8.5 Peserta Acara Lari Berganti-ganti 8.5.1 8.5.2 Pendaftaran peserta bagi acara lari berganti-ganti adalah dihadkan kepada pesertapeserta yang didaftarkan dalam borang penyertaan rasmi sahaja. Peserta lari berganti-ganti mesti didaftarkan dengan menggunakan borang pendaftaran lari berganti-ganti yang akan diedarkan semasa mesyuarat pengurus pasukan.

9.0 PESERTA MELAPORKAN DIRI 9.1 Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. 9.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan. 9.3 Peserta yang lewat melaporkan diri, setelah semua peserta lain masuk ke arena tidak dibenarkan mengambil bahagian untuk acara tersebut dan dianggap sebagai telah menarik diri. 9.4 Peserta-peserta hendaklah melaporkan diri dengan pakaian lengkap dengan nombor-nombor peserta telah disemat pada bahagian hadapan dan belakang baju serta disematkan dengan pin pada setiap penjuru nombor. 9.5 Hebahan panggilan bagi tiap-tiap acara akan dibuat dua kali sahaja. Hebahan tambahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pertikaian dalam susunan acara atau program kejohanan. 9.6 Adalah menjadi tanggungjawab Pengurus atau wakil untuk memastikan peserta melaporkan diri. Hakim Bilik Panggilan tidak akan mencari peserta-peserta yang tidak melaporkan diri. 9.7 Peserta yang gagal melekatkan nombor di bajunya, tidak akan dibenarkan bertandinbg. 10.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN 10.1 10.2 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila masuk dan keluar daripada arena pertandingan diiringi oleh Hakim Bilik Panggilan. Untuk acara balapan selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor-nombor mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta-merta tanpa memasuki padang.

11.0

UKURAN TINGGI PERMULAAN 11.1 Bagi acara lompat tinggi ukuran tinggi permulaan adalah seperti KELAS 1(1L & 1P) 2 (2L & 2P) 4 ( 12TKB) LELAKI 1.50 Meter 1.40 Meter 1.20 Meter PEREMPUAN 1.20 Meter 1.15 Meter 1.10 Meter

12.0

CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN 12.1 Acara Pentathlon dan Heptathlon 12.1.1 Pemenang ialah peserta yang dapat mengumpul jumlah mata yang terbanyak dalam lima atau tujuh acara mengikut keadaan, berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF, walaupun ukuran berat bagi acara Melontar Peluru dan Merejam Lembing tidak sama dengan kehendak IAAF. 12.1.2 Sekiranya seri, maka pemenang ialah peserta yang memperolehi mata tertinggi dalam lebih acara antara peserta-peserta yang seri. Jika ini juga tidak dapat memutuskannya, pemenang ialah peserta yang mendapat mata tertinggi di dalam mana-mana acara tertentu. Keadaan ini digunakan untuk memutuskan seri bagi sebarang tempat dalam pertandingan ini. 12.1.3 Seorang peserta yang gagal memulakan/ membuat percubaan di salah satu daripada acara, beliau TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian di dalam acara-acara berikutnya, dan dianggap telah meninggalkan pertandingan ini. Peserta ini tidak akan dimasukkan ke dalam keputusan terakhir. Peserta yang menarik diri daripada bertanding hendaklah memaklumkan kepada Referi dengan segera. 12.2 Hadiah Peserta TerbaikHadiah yang disediakan ialah: 12.2.1 Hadiah-hadiah peserta terbaik akan diberi kepada LELAKI Tahun Ke bawah Tahun Ke bawah Tahun Ke bawah Tahun ke bawah PEREMPUAN Tahun ke bawah Tahun Ke bawah Tahun ke bawah Tahun ke bawah

18 15 13 12

18 15 13 12

berdasarkan pencapaiannya mencatat rekod baru MSSD Kuala Muda/Yan, MSSM KEDAH, MSSM, ASEAN dan sebagainya (mana yang lebih baik pencapaiannya) dan usia rekod juga akan diambil kira. 12.2.2 Sekiranya tiada rekod yang dicipta, jumlah pungutan pingat emas dalam acara individu akan diambil kira. 12.2.3 Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan pingat gangsa dalam acara individu akan diambil kira 12.2.4 Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan dibuat berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta.

12.3

Johan Kategori dan Olahragawan / Olahragawati kejohanan 12.3.1 Hadiah Johan Kategori Lelaki dan Johan kategori Perempuan akan diberikan kepada Pasukan yang memperolehi pungutan pingat emas yang terbanyak bagi setiap kategori lelaki dan kategori Perempuan setelah dicampur dari setiap kategori 12 TKB, 15 TKB, 18TKB .

12.3.2

Hadiah Olaharagawan dan Olahragawati akan diberikan kepada seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan yang paling baik pencapiannya daripada perserta terbaik dari kategori 12 TKB, 15 TKB, 18TKB Lelaki dan Perempuan

12.4

Johan Keseluruhan

Johan Keseluruhan bagi kejohanan ini adalah pasukan sekolah / PKG yang mendapat pungutan pingat emas yang terbanyak. Jika berlaku seri pungutan pingat Perak terbanyak akan diambil kira dan jika masih seri pungutan pingat gangsa terbanyak akan diambil kira. Jika masih seri lagi, kedua-dua pasukan akan dikira Johan Bersama. 13. SARINGAN, SEPARUH AKHIR DAN AKHIR 13.1 Lima Saringan : Dua peserta pemenang dari setiap saringan dan enam masa terbaik dari kelima-lima saringan akan layak masuk ke Separuh Akhir. 13.2 Empat Saringan : Tiga peserta pemenang dari setiap saringan dan empat masa terbaik dari keempat-empat saringan akan layak masuk ke Separuh Akhir. 13.3 Tiga Separuh Akhir : Dua peserta pemenang dan dua peserta yang mencatat masa terbaik bagi ketiga-tiga Separuh Akhir layak masuk ke Peringkat Akhir. 13.4 Dua Separuh Akhir : Tiga peserta pemenang dari setiap Separuh Akhir dan dua peserta yang mencatat masa terbaik daripada kedua-dua Separuh Akhir akan layak ke peringkat Akhir. 13.5 Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatatkan masa terbaik lebih dari bilangan yang dihadkan oleh 10.1, 10.2, 10.3 dan 10.4 maka cabutan undi akan dilakukan di hadapan Pengurus-Pengurus Pasukan yang berkenaan untuk menentukan peserta yang layak ke pusingan seterusnya. 14. PACING Dan BERSORAK DARI GELANGGANG. 14.1 Semua peserta atau pegawai atau sesiapa sahaja tidak dibenarkan bersaingan (pacing) dengan mana-mana peserta yang sedang berlari. 14.2 15. BANTAHAN 15.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan 147 KOAM kecuali perkara-perkara berikut : Jika ini berlaku peserta tersebut akan dibatalkan.

15.1.1 Jika masalah berkenaan dengan kelayakan (status) seseorang peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan dikemukanan kepada MSSD Kuala Muda/Yan kelak. 15.1.2 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta-merta dan tidak lewat daripada : a. b. 15 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal. 30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara akhir.

15.1.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mestilah disertakan bersama-sama wang pertaruhan sebanyak RM 200 (RINGGIT MALAYSIA SERATUS SAHAJA) 16. NOMBOR / HURUF DAN WARNA 16.1.1 Ukuran Nombor ialah Tinggi 10 cm dan tebal nombor ialah 1 cm. Nombor hendaklah dibuat di atas kain putih. Huruf hendaklah dicetak dengan warna merah manakala nombor dicetak dengan warna hitam. 17. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA 17.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik Olahraga MSSD Kuala Muda/Yan berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku sebarang pemindaan Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu. Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia dalam Undang-Undang Olahraga KOAM dan Peraturan-Peraturan AM MSSM KEDAH.

17.2

18. HAL-HAL LAIN 18.1 18.2 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Orang ramai yang tidak berkenaan dilarang masuk ke tempat-tempat khas tersebut. Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke arena pertandingan kecuali dengan kebenaran bertulis Pengurus Kejohanan. Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggunjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota badan / harta benda atau sebarang keceraan lain yang berlaku. Walau bagaimanapun, pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkahlangkah tertentu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin. Pusingan Kelayakan acara-acara Padang (Lempar Cakera, Lontar Peluru, Merejam lembing, Lompat Jauh dan Lompat Kijang) Jika dirasakan perlu untuk mengelakkan tempoh masa yang lama bagi menenamatkan pertandingan acara yang berkaitan. Pusingan Kelayakan ini akan diadakan 3 hari sebelum kejohanan Bermula. Hanya peserta YANG MELEPASI pusingan kelayakan sahaja akan layak bertanding di pusingan akhir pada hari dan tarikh acara dipertandingkan.

18.3 18.4

18.5

18.6

19. PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN Hanya Pengurus Pasukan, Jurulatih dan Juruiring yang namanya terdapat dalam buku program sahaja yang dianggap Pegawai Rasmi Sekolah / PKG yang berhak untuk membuat sesuatu bantahan dan yang akan dipanggil berbincang / berunding sekiranya timbul sesuatu masalah.