Anda di halaman 1dari 2

FATWA MENGENAI SEMBAHYANG KETIKA DI ANGKASA OLEH ULAMA MALAYSIA YANG MENYESATKAN

Semasa sibuk Malaysia mahu menghantar angkasawan negara yang pertama iaitu Datuk Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa pada oktober 2007, JAKIM dan ulama Malaysia sibuk mencari fatwa tentang ibadat sembahyang ketika berada di angkasa. Mereka memfatwakan tayamum dengan menepuk dinding kapal angkasa dan beberapa perkara lagi.

APAKAH KEBENARAN FATWA INI DAN SEJAUH MANAKAH IA PERLU? Nabi Muhammad tiada mengeluarkan hokum tentang sembahyang di angkasa kerana tiada penjelajahan angkasa pada zamannya. Mungkin isra mikraj adalah perkara luar biasa yang hanya berlaku kepada baginda. Semasa di angkasa di ISS yang beredar lengkap mengelilingi bumi setiap 90 minit beliau telah diberi garis panduan bagaimana hendak menunaikan sembahyang dan bagaimana hendak mencari arah kiblat.

Cuba fikirkan, jika ISS (International Space Station) mengelilingi bumi setiap 90 minit maka beliau akan melepasi 5 waktu sembahyang Setiap 90 minit. ISS akan beredar mengelilingi bumi sebanyak 16 kali dalam tempoh 24 jam. Ini bermakna beliau kena sembahyang 80 kali!!!!!. Ini adalah kerana waktu sembahyang disyariatkan mengikut masa.
1

Oleh itu panduan yang diberikan oleh ulama Malaysia yang dia perlu sembahyang mengikut waktu Kazakhstan (kerana berlepas dari situ) adalah menyesatkan. Ini adalah kerana beliau bukan lagi berada di Kazakhstan. Fatwa imam Mahdi mengenai sembahyang di angkasa adalah TIDAK PERLU SEMBAHYANG LIMA WAKTU KETIKA BERADA DI ANGKASA KERANA MEREKA LEBIH DEKAT DENGAN TUHAN!!

AL MAHDI AL MUNTAZAAR