Anda di halaman 1dari 3

LMT 400 Bahasa Malayia IV Kumpulan : 70 Sidang Akademik 2012/2013 Pensyarah Kursus: Puan Wan Azni Binti Wan

n Mohamad

Nama
Nur Emira Binti Saizali

Nombor Matrik
115461

Tajuk Tugasan: Gagasan 1Malaysia menggariska lapan nilai aspirasi yang dipacu untuk membentukkan Bangsa Malaysia suapaya dapat hidup dalam keadaan harmoni dan saling menghormati. Berikan pandangan anda. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Prinsip ini sering kali dilaungkan oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pastinya ia satu harapan rakyat terhadap pemerintahan beliau.Selain itu, laungan ini merupakan prinsip penting bagi Gagasan 1Malaysia.Gagasan ini juga merupakan antara satu daripada empat tonggak perubahan utama iaitu agenda penting untuk

mentranformasikan Negara. Berdasarkan pemahaman soalan, saya berpendapat bahawa Gagasan 1Malaysia adalah satu bukti pihak kerajaan berusaha untuk membangunkan Negara dengan memeberi pelabagai kemudahan terhadap rakyat di negara ini. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat lapan nilai aspirasi yang dipacu untuk membentukkan Bangsa Malaysia supaya dapat hidup dalam keadaan harmoni dan saling menghormati. Pada pendapat saya, berdasarkan lapan nilai aspirasi itu, kita boleh membentuk satu masyarakat yang majmuk dan berbilang bangsa. Lapan nilai aspirasi tersebut perlu diterapkan dalam diri setiap rakyat di negara ini bagi membentuk Bangsa Malaysia. Kesemua nilai aspirasi ter sebut berkait rapat dengan sosiobudaya dinegara ini. Tambahan pula,seperti yang kita sedia maklum bahawa negara kita mempunyai pelbagai kaum yang terdapat didalamnya, antaranya melayu, cina, india dan lain-lain. Jika diteliti setiap nilai itu, setiap satunya perlu ada dalam diri setiap rakyat Malaysia bagi mencapai tujuan dan matlamat negara iaitu membawa satu perubahan besar kearah wawasan 2020 dan pada masa yang sama juga melaksanakan hasrat pihak kerajaan iaitu melakukan transformasi besar dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang pendidikan. Justeru itu, saya sebagai seorang mahasiswa bersetuju dan memandang tinggi hasrat murni pihak kerajaan dalam mewujudkan lapan nilai aspirasi tersebut. Impplikasinya mungkin bukan secara drastik tetapi jika rakyat Malaysia bersatu padu untuk menjayakan misi transformasi kerajaan ini, sudah pasti misi transformasi ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Perkara sebegini tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia berkait rapat dengan masa depan negara dan keharmonian kepelbagaian kaum di Malaysia.