Anda di halaman 1dari 11

EDU 3106 ISL MINGGU 7 Tarikh: Masa: Tempat: Tajuk: Berbincang dalam kumpulan kecil dan menyediakan pelan

lantai yang mesra budaya.

Gambar 1: Gambar menunjukkan pengurusan bilik darjah yang mesra budaya.

Tujuan mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya: 1. mewujudkan suasanapembelajaran yang kondusif untuk murid pelbagai latar bangsa dan budaya. 2. Mengembangkan nilai sivik dalam diri murid Hormat-menghormati,toleransi, kasih sayang terhadap alam sekitar, patuh kepada peraturan dan semangat patriotic

3. Matlamat guru mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan interaksi dan intergrasi di kalangan murid.
Aspek Fizikal

Persekitaran bilik darjah yang Mesra Budaya Aspek Sosio-Budaya

Aspek Fizikal Peralatan Asas & Keadaan bilik darjah Papan tulis, papan kenyataan, meja dan kerusi, almari, bahan bacaan dan bahan bantuan mengajar.

Peralatan-peralatan asas ini haruslah disusun di tempat yang sesuai supaya dapat mewujudkan keadaan bilik darjah yang kemas dan selesa Bilik darjah yang kondusif haruslah mempunyai: pencahayaan dan pengudaraan yang baik dinding dengan warna yang ceria dan lembut langsir (warna ceria, terang dan lembut) mural di sekitar kawasan kelas (mural yang berkaitan dengan perayaan serta kebudayaan pelbagai kaum etnik)

Susunan Kerusi & Meja Susunan kerusi dan meja yang sesuai akan memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti

berkumpulan serta dapat cahaya dan peredaran udara yang secukupnya. Bagi mewujudkan suasana kelas yang mesra budaya, Meja kerusi yang disediakan haruslah sesuai dengan murid dan boleh diubahsuai

mengikut keperluan aktiviti. Tempat duduk murid disusun mengikut kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik. untuk mewujudkan suasana mesra budaya. Papan Kenyataan Papan kenyataan dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudat bacaan, katakata motivasi, hasil karya murid serta penggunaan laman web, komputer, CD dan Projektor LCD.

Sudut Pembelajaran Terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek seperti sudut boneka dan sudut kreativiti.

Sudut bacaan

yang

dilengkapi

dengan

bahan-bahan

bacaan

yang berlainan dapat mewujudkan budaya membaca dalam kelas. Menyediakan buku-buku yang berkaitan dengan sesuatu kaum atau etnik

Bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru boleh mewujudkan sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik.

Sudut budaya - mendedahkan murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan dan kepercayaan dari pelbagai kaum etnik. - nilai murni juga dapat dipupuk.

Sudut Sejarah - menyedarkan murid tentang kepentingan perpaduan antara kaum

Peraturan Keselamatan dan Amalan Bilik Darjah Peraturan akan membantu mengawal dan mencorakkan tingkah laku dan disiplin murid Pelanggaran peraturan akan dibantu dengan memberi nasihat, amaran dan tindakan. Ruang & Pergerakan Ruang dan pergerakan haruslah diuruskan dengan lebih fleksibel. Kebersihan dan keindahan bilik darjah merupakan elemen meningkatkan nilai murni (bertanggungjawab, perasaan kekitaan dan berbangga

dengankelas sendiri) pada diri murid. Keadaan kelas yang ceria akan mewujudkan rasa bersedia untuk belajar dalam diri murid. Ruang pergerakan yang mencukupi juga penting supaya guru dapat meronda kelas untuk melihat perkembangan murid semasa aktiviti dijalankan. Aspek Sosio-emosi Sosio-emosi ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan

mengadaptasikan diri dalam masyarakat. Tujuan : membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah. Perkembangan sosio-emosi bermula dengan kebolehan murid :

(a) memahami dan menguruskan emosi sendiri (b) memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain.

Dengan mempunyai kemahiran sosial ini dalam kelas yang mempunyai latar belakang yang majmuk, maka wujudlah suasana kelas yang mesra dan harmoni

Kepentingan Pengurusan Sosio-Emosi a. Supaya proses P&P tidak terganggu b. Mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif c. Tidak memberi tekanan mental kepada guru dan murid d. Murid tidak berasa terganggu dan tidak selesa e. Murid dapat memberi tumpuan kepada P&P Cara-cara mewujudkan suasana mesra budaya dari aspek sosio-emosi Guru boleh memberi pujian dan galakan kepada murid. Contoh: penghargaan yang sesuai, ganjaran dalam bentuk hadiah dan token ekonomi. Peneguhan positif balas daripada murid. Guru harus mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan mereka lalu membangkitkan naluri ingin tahu murid dan mengelakkan mereka dari berputus asa. i. ii. Cara-cara : Mengamalkan kepimpinan demokrasi Mengambil berat keperluan fisiologi dan akademik murid penting untuk menambah kebarangkalian gerak

iii.

Hubungan positif sesama rakan kelas perlulah dibina. Murid diberi peluang bersosial dan mengutamakan semangat kerjasama dan

memahami emosi rakan.

EDU 3106 ISL MINGGU 8 Tarikh: Masa: Tempat: Tajuk: Cari maklumat berkaitan dengan RIMUP dan bersedia untuk

pembentangan. KONSEP

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatankegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT

Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mapu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN

RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:

Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.

Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.

Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk

menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama. Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) Bertujuan mengeratkan perhubungan antara kaum Menggalakkan penglibatan komuniti tempatan, guru dan murid di semua peringkat sekolah Sikap kerjasama dan suasana muhibah dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya Dalam program RIMUP, KPM menyediakan modul untuk semua sekolah melaksanakan program-program yang dicadangkan serta membuat pengubahsuaian mengikut keperluan setempat dan kreativiti KEGIATANKHAS (5 Modul RIMUP) Aktiviti kecemerlangan akademik Aktiviti kesukanan dan permainan Aktiviti kokurikulum Aktiviti khidmat masyarakat Aktiviti meningkatkan patriotisme

Antara aktiviti yang terkandung dalam RIMUP: i. menjalankan program yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum antara sekolah berlainan aliran yang berdekatan. ii. Program kelas berkolaborasi antara Sekolah Kebangsaan(SK),SRJK(C) dan SRJK(T) yang berdekatan dikumpulkan dan diajar oleh guru-guru di ketiga-tiga sekolah itu. iii. Program Kolaborasi Guru antara SK,SRJK(C) dan SRJK(T) atau antara Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama bagi mata pelajaran yang dipelajari oleh murid-murid. iv. Dalam RIMUP, sekolah boleh menganjurkan Hari Kokurikulum yang melibatkan semua murid dari pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti sukan dab seni v. Pertandingan seperti kawad kaki, pidato,bercerita, permainan

tradisional,gubahan,kaligrafi Cina,tulisan khat Jawi, tulisan Jawi dan aktiviti sukan boleh dilaksanakan vi. Aktiviti perkhemahan boleh dijalankan kerana aktiviti ini diminati oleh murid pelbagai kaum vii. Sebagai contoh, sekolah boleh menganjurkan aktiviti Dapur Kita yang membuka peluang kepada murid berlainan kaum mengenali makanan tradisional kaum masing-masing viii. Program Jati Diri boleh diadakan di mana murid pelbagai kaum mengambil bahagian dalam pertunjukan seni kebudayaan seperti tarian singa, tarian zipin, tarian kipas, tarian kuda kepang dan silat. Dengan itu, jati diri murid-murid dapat dibina selain menggalakkan perpaduan kaum ix. Program Buddy Stops yang merupakan satu program bertujuan memberikan pengiktirafan yang saksama kepada semua murid di sekolah

tanpa

mengira

latar

belakang,pendidikan,agama

dan

bangsa

murid(KPM,2008). x. Buddy Stops terdiri daripada hentian-hentian yang diwujudkan khas untuk aktiviti bermain sambil belajar. xi. Aktiviti di setiap hentian terdiri daripada permainan tradisional, permainan moden, lakonan dan nyanyian. xii. KPM melalui pelbagai program akademik dan kokurikulum telah berusaha mencapai hasrat melahirkan murid yang mengamalkan sikap muhibah dengan rakan-rakan berlainan kaum dan budaya, melibatkan diri secara aktif dalam program integrasi nasional.

Anda mungkin juga menyukai