Anda di halaman 1dari 3

Bil Bertarikh

: :

IPK/LATIH/4 03hb Disember 2013

Semua Peserta TOT 2013 Tuan/Puan, MAKLUMAT TAMBAHAN BENGKEL TRAINING OF TRAINERS TAHUN 2013 1. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Institut Latihan BSMM akan mengadakan Bengkel Training of Trainers pada 6hb hingga 9hb Disember 2013, bertempat di Bilik Kuliah, Tingkat 2, Ibu Pejabat Kebangsaan, Bulan Sabit Merah Malaysia, Lengkok Belfield, Off Jalan Wisma Putra, 50460 Kuala Lumpur. 2. Sehubungan dengan itu pihak kami mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada pihak tuan/puan akan minat tuan/puan untuk mengikuti Bengkel pada tahun ini. 3. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh tuan/puan sebelum menghadiri Bengkel tersebut ; SIJIL 4. Sila bawa salinan sijil-sijil yang berkaitan iaitu Sijil Jurulatih/Kanan, Sijil Pertolongan Cemas Lanjutan/Asas, Bantuan Hidup Asas dan Kaedah mengajar JIKA ADA KOMPUTER BIMBIT 5. Peserta boleh membawa Komputer bimbit masing-masing beserta dengan ext waye yang secukupnya kerana Plug kuasa elektrik di Bilik Kuliah sangat terhad. 6. Peserta juga boleh membawa thumb drive yang bebas virus jika ingin menyalin apa-apa dokumen dari jurulatih. Jurulatih mempunyai hak untuk tidak membenarkan tuan/puan menyalin bahan-bahan pengajaran mereka. MAKAN MINUM 7. Pihak sekretariat akan menyediakan makan-minum kepada peserta meliputi minum pagi, makan tengahari dan minum petang sahaja

8. Bagi Peserta yang menginap di asrama BSMM, sarapan pagi dan makanan malam adalah dibawah tanggungan sendiri. ASRAMA 9. Arahan ini untuk mereka yang menginap di Asrama BSMM sahaja. 9.1 Sila bawa alat kebersihan diri yang secukupnya. Alatan tersebut tidak disediakan oleh Sekretrait Asrama.

YURAN PENYERTAAN 10. Baki yuran penyertaan hendaklah DIJELASKAN PADA HARI PENDAFTARAN.

PENGANGKUTAN 11. Pihak Sekretariat Bengkel tidak akan menyediakan pengangkutan untuk mengambil peserta dari lapangan terbang atau terminal bas/teksi. Peserta dikehendaki merancang sendiri pengangkutan dari terminal ke IPK. 12. Pihak Sekretariat hanya akan menyediakan Pengangkutan mengambil dan menghantar peserta dari tempat kursus ke tempat penginapan sahaja danpada hari terakhir kursus pihak Sekretariat akan menguruskan pengangkutan ke lapangan terbang atau terminal teksi/bas. PAKAIAN 13. Pakaian sepanjang masa kursus adalah kemas dan bersesuai tetapi WAJIB MEMAKAI BAJU KORPORAT/T.SHIRT BSMM/VEST pada 09hb Disember 2013 untuk majlis penutupan.

MASA LAPOR DIRI 14. Peserta perlu melaporkan diri pada 06hb Disember 2013 pada jam 0830 pagi dengan mendaftarkan diri masing-masing di Bilik Kuliah Institut BSMM, Tingkat 2, Ibu pejabat Kebangsaan. Pastikan baki yuran dan salinan sijil diserahkan pada masa pendaftaran.

MASA TAMAT KURSUS 15. Kursus akan berakhir pada jam 1500 (3 petang) pada 09hb Disember 2013. Sehubungan dengan itu perlu ditegaskan di sini, peserta hendaklah merancang perjalanan masing-masing agar ianya tidak mengganggu tumpuan peserta sepanjang kursus berlangsung. 16. Peserta yang menaiki kenderaan awam hendaklah memastikan bahawa tiket perjalanan pulang tuan/puan hendaklah selepas jam 1600 (4 petang) atau keesokkan harinya. Jika didapati peserta pulang awal atas alasan pengangkutan, pihak Sekreatariat tidak akan memperbaharui sijil tuan/puan. PERTANYAAAN/PENUTUP 17. Semua cawangan diminta memberi kerjasama untuk memanjangkan tawaran ini kepada semua ahli BSMM yang berminat untuk menyertai kursus. Bagi sebarang pertanyaan sila hubungi Sekretariat Bengkel iaitu En. Arif Mokhtar 012 607 9665 atau Pn. Rosmaninda di talian 012 362 4981. SELAMAT DATANG KE BENGKEL TRAINING OF TRAINERS TAHUN 2013