Anda di halaman 1dari 4

Langkah 1 : Pramenulis http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445kolumnis/10842-peningkatan-kemalangan-jalan-raya.html http://zaizak69.blogspot.com/2011/09/faktor-faktor-kemalangan-jalan-raya.

html

Langkah 2 : Menulis draf 1. Sikap pemandu cara atasi - baik dari aspek fizikal dan mental, peka dengan keadaan sekeliling. pemasangan kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES), perangkap had laju, merakam pemandu. 2. Sebab - Keadaan cuaca cara atasi merancang masa perlajanan pelbagai kesalahan trafik untuk mendisiplinkan

3. Keadaan kenderaan Cara atasi - kenderaan baik melakukan penyelenggaraan 4. Kegiatan mat rempit cara atasi - kuatkuasakan undang-undang, tindakan tegas dan hukuman berat keatas pesalah trafik 5. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah cara atasi - penguatkuasaan lebih tegas, pemantauan di kawasan yang merbahaya. Kempen keselamatan jalan raya lebih giat dijalankan. War-warkan tragedi kemalangan melalui media massa

6. Keadaan jalan raya cara atasi - Penyelenggaraan jalan raya secara berterusan mengelakkan menjalankan perayaan. kesesakan program di kawasan yang sibuk. Tidak musim

penyelenggaraan

menjelang

Langkah 3 : Menyemak dan menulis semula

Musim perayaan sinonim dengan budaya balik ke kampung untuk meraikan perayaan dengan keluarga. Suasana perayaan di kampung yang lebih meriah seakan-akan menggamit warga kota untuk pulang. Namun, di sebalik kegembiraan tersebut pelbagai tragedi yang menyentap perasaan serta menyentuh jiwa di sepanjang perjalanan menuju ke destinasi masing-masing. Saban tahun, statistik kemalangan jalan raya meningkat walaupun pelbagai alternatif telah diambil untuk mengatasinya.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM), sikap pemandu ketika berada di jalan raya merupakan faktor dominan berlakunya kemalangan jalan raya. Rakyat Malaysia dikenali dengan sikap lemah lembut dan bersopan santun tetapi bertukar secara drastik apabila berada di jalan raya. Mereka menjadi pemarah dan tidak sabar lalu ada yang menjadi samseng jalan raya sehingga menyebabkan tragedi yang mengorbankan jiwa. Kenapakah fenomena ini berlaku? Statistik kenderaan yang meningkat secara mendadak pada musim perayaan antara faktor yang boleh menyumbang kepada emosi pemandu menjadi tidak stabil. Tempoh masa perjalanan yang dijangkakan menjadi lebih panjang dengan kesesakan trafik pada musim perayaan. Untuk mengatasi masalah ini, pemandu perlu berada dalam keadaan stabil dari aspek fizikal dan mental, peka dengan keadaan sekeliling dan tidak mengambil tindakan melulu. Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), perangkap had laju untuk merakam kesalahan trafik diharapkan dapat mendisiplinkan pemandu.

Selain itu, keadaan cuaca juga antara faktor yang menyumbang peningkatan kemalangan jalan raya. Keadaan jalan yang basah dan licin menyukarkan kawalan kenderaan. Tambahan pula jika melalui perjalanan yang jauh dan mengambil masa yang panjang serta pemandu tidak biasa dengan jalan tersebut. Masalah ini boleh dielakkan sekiranya pemandu merancang masa yang sesuai untuk memulakan perjalanan. Contohnya, dengan merujuk ramalan cuaca serta mematuhi jadual perjalanan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

Faktor seterusnya ialah keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik turut menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan di jalan raya. Contohnya, keadaan brek yang tidak berfungsi dengan baik dan lampu signal yang tidak berfungsi boleh mengelirukan pengguna yang lain. Ekoran itu, pengguna jalan raya perlu memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan sempurna dan baik dengan melakukan penyelenggaraan secara berkala.

Seterusnya, kegiatan mat rempit juga tidak dinafikan menyumbang kepada permasalahan ini. Kegiatan mat rempit ini kebiasaannya semakin menjadi-jadi

menjelangnya musim perayaan seolah-olah mencabar pengguna jalan raya yang lain. Bagaimana??? Tambahan pula pengguna jalan raya bertambah dengan drastik semasa musim perayaan. Antara cara untuk mengatasi faktor ini adalah dengan penguatkuasaan undang-undang, tindakan tegas dan hukuman yang lebih berat ke atas pesalah trafik. Dengan dendaan sebanyak RM 300 ialah nilai yang kecil dibandingkan dengan akibat dari melanggar peraturan di jalan raya.

Penguatkuasaan undang-undang yang lemah oleh pihak berkuasa juga turut menyumbang kepada faktor kemalangan jalan raya yang serius. Pengguna tidak mempunyai kesedaran walaupun mempunyai pelbagai rekod kesalahan trafik. Bagaimana ?? Sebagai cara untuk mengatasinya ialah penguatkuasaan undangundang dengan lebih tegas dan pemantauan kesalahan trafik di kawasan yang berbahaya. Kempen keselamatan jalan raya lebih giat dijalankan dan uar-uarkan tragedi kemalangan melalui media massa untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya.

Selain faktor manusia, keadaan jalan raya itu sendiri turut menjadi punca tragedi yang meragut banyak jiwa di jalan raya. Keadaan jalan yang tidak sempurna dari pelbagai aspek seperti jalan yang sempit, bengkang-bengkok, berlopak dan garisan putih yang tidak kelihatan menyukarkan pengendalian kenderaan dengan sempurna seterusnya mengganggu kelancaran pergerakan trafik. Perkara inilah

yang boleh menyebabkan kemalangan berlaku ( kesimpulan kecil ). Antara cara untuk mengatasi masalah ini ialah pihak berkuasa perlu menjalankan

penyelenggaraan jalan raya secara berterusan dan segera untuk mengelakkan kesesakan di kawasan yang sibuk pada musim perayaan. ( perlu ada kesimpulan kecil juga)

Kesimpulannya,

walaupun

prasarana

disediakan

dengan

baik

dan

penyelenggaraan dibuat secara berkala, namun sikap pengguna yang tidak berubah tidak membantu mengurangkan statistik kemalangan pada musim perayaan. Semoga pengguna jalan raya akan membuat anjakan paradigma selaras dengan mentaliti kelas pertama yang diuar-uarkan oleh kerajaan untuk melahirkan warga Malaysia yang berhemah tinggi dalam pelbagai aspek sekali gus akan membantu mengurangkan tragedi yang meragut beratus-ratus nyawa sepanjang musim perayaan.

Langkah 4 : Menyunting

Anda mungkin juga menyukai