Anda di halaman 1dari 5

Modul P&P 942/2 Tema 3: Transformasi Desa dan Pembandaran

TEMA 3 : TRANSFORMASI DESA DAN PEMBANDARAN


3.1 Transformasi Desa
a. Konsep:
- Merujuk kepada perubahan sosioekonomi desa
- Pertambahan penduduk, pertambahan kemudahan asas dan pengangkutan, struktur
ekonomi dari tradisional kepada moden, fungsi petempatan dan lain- lain.

Ciri-ciri Transformasi Desa:

i. Perubahan gunatanah- lebih ekonomik-pertanian ke perumahan, kilang, bandar


ii. Perubahan teknologi- dalam pertanian, kegunaan harian dan domestik
iii. Pertambahan penduduk – semula jadi dan migrasi buruh luar
iv. Pola petempatan selerak ke berjajar dan berkelompok
v. Perubahan prasarana dan kemudahan sosial – semakin maju dan bertambah
vi. Perubahan saiz dan milik tanah – semakin kecil dan dimiliki orang asing atau
syarikat
vii Perubahan sikap penduduk terhadap pekerjaan – pilih sektor sekunder dan
tertier
viii. Perubahan gaya hidup dan budaya penduduk – sosial, makanan, pakaian,
kejiranan

b. Dasar dan Strategi Pembangunan Desa

i. Pembangunan In Situ
Membangun dan memajukan kawasan yang sedia ada
- Pertanian - kemudahan pengairan, teknik saintifik, baja kimia, benih
berbaka baik, R & D biji benih sintetik oleh MARDI,klon getah.
- Penternakan – baka haiwan, bioteknologi, sistem perladangan berteknologi
Tinggi

ii. Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP)


Matlamat – menyatukan pertanian dan menambah baik kemudahan prasarana
- Menggalakkan pertumbuhan baru ekonomi berkaitan pertanian baru,
industri asas tani dan sektor perkhidmatan. Antara agensi yang terlibat –
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber
Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

iii. Pembangunan Wilayah


- Dilaksanakan akibat wujudnya ketidakseimbangan dalam pembangunan
sosioekonomi antara kawasan dalam negara dan meningkatkan
sosioekonomi penduduk di wilayah mundur. Cth: Pertanian berkelompok
atau mini estet di Mulong, Kelantan.

iv. Perindustrian desa


- Tujuan – mewujudkan struktur ekonomi yang lebih seimbang,
mempelbagaikan peluang pekerjaan, memajukan sepenuhnya tenaga
rakyat terutama di kawasan pertanian yang kurang maju dan berpenduduk
padat. Cth; industri asas tani dan kraftangan.

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010


Modul P&P 942/2 Tema 3: Transformasi Desa dan Pembandaran

c. Proses Perubahan Desa :


i. Saling Kebergantungan Desa – Bandar:
- Desa pembekal komoditi kepada penduduk Bandar
- Bandar pusat mengumpul hasil desa – pasar borong
- Bandar pembekal barang siap guna ke desa
- Bandar sebagai pusat pentadbiran kawasan desa
- Bandar sebagai pusat perkhidmatan desa – hospital,sekolah, universiti
- Penduduk bandar hantar bantuan, maklumat kepada keluarga di desa
- Pekerja di bandar berulang alik dari rumah di desa berhampiran bandar

ii. Pembandaran Desa


Satu strategi membandarkan kawasan-kawasan desa – melengkapkan
petempatan desa dengan kemudahan serta perkhidmatan bandar yang asas.

iii. Perancangan Desa (Pusat Pertumbuhan):


Petempatan tertentu dirancang supaya menjadi pusat pertumbuhan bagi
kawasan atau wilayah desa yang lebih luas, yang juga mempunyai
petempatan-petempatan lain yang lebih kecil. Pelbagai kemudahan dan
infrastruktur disediakan. Cth: pusat pemasaran dan pemprosesan hasil.

iv. Pemodenan sosioekonomi desa:


Penyediaan kemudahan asas yang lengkap, penduduk menjalani kehidupan
baru yang moden –jenis pekerjaan, pendapatan per kapita, taraf hidup tinggi.

3.2 Bandar dan Pembandaran:

3.2.1 Pengertian Bandar dan Pembandaran:


a. Konsep :
Bandar : petempatan yang mempunyai saiz yang lebih besar, dan
kepadatan
penduduk yang lebih tinggi drpd luar bandar, pola pekerjaan bukan
bercorak pertanian, mempunyai jaringan perhubungan yang padat dan
sibuk, deretan bangunan yang tinggi.
Pembandaran: proses perkembangan sesebuah pekan menjadi bandar dari segi
keluasan, jumlah penduduk, prasarana, pendapatan pengurusan dan
budaya penduduk

b. Mengenal Pasti Jenis Bandar Berdasarkan Jumlah Penduduk:


i. Bandar kecil 2,500 – 25,000
ii. Bandar sederhana 25,000 – 100,000
iii. Bandar Raya 100,000 – 800,000
iv. Metropolitan lebih daripada 800,000
v. Megalopolis tidak terhad

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010


Modul P&P 942/2 Tema 3: Transformasi Desa dan Pembandaran

Bandar
Konsep:
i. Bandar satelit
Berhampiran Bandar induk
Menyediakan kemudahan perumahan utk Bandar induk, cth: Bandar PJ kpd
KL
ii. Bandar baru
Bandar yang dirancang dan dibangunkan di kawasan yang sebelumnya tiada
bandar, khususnya di kawasan luar bandar, cth: Bandar baru Muazam Shah
Menampung perumahan, perdagangan, industri yang padat di bandar induk
Mempunyai pusatnya yang sendiri tanpa bergantung kpd bandar lain.
iii. Konurbasi bandar ( rebakan)
Beberapa bandar kecil berhampiran bandar, berkembang dan bercantum
menjadi sebuah bandar besar, cth: PJ dan KL.
iv. Bandar primat
Sebuah bandar yang besar di sebuah negara dan saiznya 4 – 5 kali ganda dari
bandar kedua, cth Bangkok, Jakarta, Manila.
v. Bandar raya global
Mempunyai ibu pejabat kedutaan, perdagangan dari negara luar, cth New York

c. Faktor Pembandaran:
i. Tarikan ke bandar kerana fungsi perdagangan dan perniagaan – berkait
dengan eksploitasi sumber semula jadi.
ii. Kemajuan industri dan kemudahan pengangkutan di bandar memesatkan
kadar urbanisasi. Peluang pekerjaan meningkatkan taraf hidup,
mengurangkan pengangguran, pendapatan per kapita tinggi.
iii. Demografi - pertambahan penduduk secara semula jadi di bandar –
peningkatan mutu kesihatan
iv. Sejarah – penjajahan dan kemasukan migran asing mempercepat
eksploitasi sumber, menjadikan bandar sbg pusat pengurusannya dan
petempatan terus berkembang
v. Politik – dasar dan rancangan kerajaan membangunkan wilayah tertentu
cth: Jengka, Muazam Shah, Putrajaya utk mengatasi limpahan
pembandaran di KL
vi. Kemudahan sosial – pengangkutan, pendidikan tinggi, kesihatan. Cth: Uni.
Utara Malaysia, Sintok
vii. Tapak yang Strategik
Pelabuhan cth PP. Pinang, persinggahan atau stesen cth Gemas
viii. Tarikan fizikal – memilik tarikan semula jadi yang menarik menjadi pusat
pelancongan, cth Port Dickson, Genting Highlands.

3.2.2 Peranan Bandar Dalam Pembangunan:


a. Pemasaran – berkaitan jual beli, cth Langkawi,KL
b. Pekerjaan – permintaan tinggi utk barangan kilang dan perkhidmatan
memerlukan lebih tenaga kerja
c. Pemodenan – inovasi dilakukan untuk meningkatkan persaingan produk
d. Kemudahan perkhidmatan – bergantung kpd kemudahan dan kecekapan
perkhidmatan
e. Pembentukan golongan menengah – pendapatan per kapita meningkat

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010


Modul P&P 942/2 Tema 3: Transformasi Desa dan Pembandaran

f. Pembauran inovasi = percampuran sesuatu yang baru diperkenalkan, ICT lebih


dahulu berkembang di bandar besar

3.2.3 Kesan Transformasi Desa dan Pembandaran terhadap Penduduk dan Alam
Sekitar:
a. Kesan terhadap penduduk dan ekonomi:
i. Kepadatan penduduk
Penduduk desa berkurangan (migrasi desa – bandar), penduduk bandar
bertambah
ii. Perubahan pekerjaan – drp sosioekonomi antara pertanian kpd
perkhidmatan dan perindustrian
iii. Peningkatan taraf hidup – perubahan pekerjaan, peningkatan produktiviti
& pendapatan, mewah & selesa
iv. Perumahan – tidak mencukupi, setinggan
v. Kemiskinan bandar – ramai menganggur, terlibat dlm aktiviti informal
(menjaja)
vi. Migrasi desa – bandar – faktor penolak & penarik
vii. Kesesakan lalu lintas – ramai penduduk, pertambahan kenderaan
viii. Masalah sosial – peningkatan kejadian jenayah dan keruntuhan moral.

b. Kesan terhadap Alam Sekitar:


i. Kemerosotan kualiti alam
• Peningkatan suhu setempat
• Hakisan, tanah runtuh, tanah tandus
• Banjir dan banjir kilat
• Ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat dan
rantaian makanan
ii. Pencemaran alam sekitar
• Udara
• Air
• Tanih
• Bau
• Bunyi
• Sampah sarap
• Sisa toksik dan berbahaya

3.2.4 Kemahiran amali:


a. Membina jadual, graf bar, peta bulatan berkadar berdasarkan data pertambahan
penduduk atau data jumlah penduduk bandar dengan luar bandar

3.3 Kajian luar berdasarkan:


i. Kepelbagaian fungsi bandar ATAU
ii. Aktiviti ekonomi desa

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010


Modul P&P 942/2 Tema 3: Transformasi Desa dan Pembandaran

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010