Anda di halaman 1dari 6

Modul P&P 942/2 Tema 4 – Globalisasi Ekonomi

TEMA 4: GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU


KONSEP

1. Globalisasi ekonomi - saling kebergantungan antara Negara pada bahan, modal, buruh,
pasaran dan teknologi dalam proses pengeluaran.
2. Konsep saling kebergantungan antara kawasan merujuk kepada hubungan antara
Negara/kawasan untuk keperluan ekonomi
3. Aspek –aspek saling kebergantungan:

(a) Pelaburan – proses menanam modal dalam aktiviti ekonomi.


-diperoleh drp kerajaan dan swasta
- pelaburan dr segi fizikal,social, ekonomi
- exploitasi sumber – petroleum, hutan, perkilangan ,perkhidmatan

(b) Teknologi
- alat, teknik, mesin, bahan, pengeluaran atau proses dan sumber tenaga untuk mendapat
kerja lebih mudah dan produktif.
- boleh membantu manusia mendalami dan memperluas penguasaan tentang alam sekitar
untuk meningkatkan taraf hidup
- perpindahan teknologi -----pelaburan terus asing
----- import barangan modal
----- perjanjian , pelesenan, usahasama, khidmat teknikal, pengurusan
Francais
----- penyelidikan bersama , latihan, persidangan teknikal, pameran
teknologi terkini
Kesan positif
- Mengubah tradisi aktiviti ekonomi Negara membangun
- mengangkat martabat Negara ke era perindustrian , iaitu suatu era baru
- meningkatkan eksport
- menambah peluang pekerjaan
- meningkat aktiviti perkhidmatan
- menggalakkan pertumbuhan ekonomi

(c) pengeluaran
- globalisasi membolehkan industry berpindah dari lokasi asal (Negara maju) ke lokasi
baru (negara sedang membangun.)
- Negara maju – kos buruh tinggi – Negara sedang membangun – kos buruh rendah, kos
pengeluaran rendah.
- Dalam Negara- aktiviti pengeluaran dari Bandar ke luar Bandar,dari Bandar besar ke
Bandar kecil, dari wilayah
Pusat ke wilayah pinggir

(d) pasaran
- Negara penduduk ramai dan kuasa beli tinggi
- di Asia Tenggara, pengenalan AFTA membolehkan barangan sesama Negara ASEAN
memasuki pasaran Negara-negara ASEAN dengan mudah dan telus.

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010


Modul P&P 942/2 Tema 4 – Globalisasi Ekonomi

(e) bekalan buruh


- kekurangan buruh dalam sesebuah Negara dan kawasan boleh ditampung oleh Negara lain
yang berlebihan tenaga buruh.
- Cth: sector perladangan dan pembinaan – Indonesia, Bangladesh,Myanmar.

Menjelaskan sebab perlunya kerjasama antara kawasan:


(a) Kecekapan ekonomi
Melalui perjanjian keutamaan dagangan , tariff khas, bebas cukai barangan tertentu ,
hapus sekatan dagangan, hapus cukai dua kali.

(b) Daya saing


Mengelakkan persaingan antara negara. Negara-negara di dunia berlumba-lumba
manghasilkan barangan serta perkhidmatan terbaik untuk dipasarkan di
peringkat global. Negara Berjaya mengurangkan kos pengeluaran barangan akan
berjaya dalam pengeluaran ini.

(c) Pengkhususan
Barangan berkualiti dan berharga rendah akan dihasilkan oleh Negara yang bersaing.
Negara tersebut akan menghasilkan pengkhususan untuk mengelakkan persaingan.

(c) Penyertaan dalam ekonomi dunia


Menyertai perdagangan antarabangsa (import & eksport) tanpa tariff, dan kuota, tanpa
banyak sekatan , tak campurtangan , ZOPFAN.

Membincangkan kesan globalisasi ekonomi terhadap Negara .

KESAN POSITIF
(a) Perdagangan bebas
Meningkatkan perdagangan melalui perjanjian keutamaan dagangan,tariff khas ,bebas
cukai barangan itu, hapus sekatan dagangan, hapus cukai dua kali.

(b) Perluasan pasaran


Negara penduduk ramai dan kuasa beli tinggi

(c) Pemindahan teknologi


Kepakaran,R & D , inovasi baru – pelbagai bidang ICT, industry

(d) Aliran buruh


Pengaliran buruh dari Negara penduduk ramai(Indonesia, Bangladesh,Myanmar),
murah, mahir , cekap.

(e) Menggalakkan persaingan


Negara-negara di dunia berlumba-lumba menghasilkan barangan serta perkhidmatan
terbaik untuk dipasarkan di peringkat global.

(f) Peningkatan kualiti produk


Barangan berkualiti dan berharga rendah akan menang dalam pasaran global. Kualiti
produk dapat dipertingkatkan melalui penyelidikan dan pembangunan produk,
teknologi dan proses pengeluaran.

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010


Modul P&P 942/2 Tema 4 – Globalisasi Ekonomi

KESAN NEGATIF
(a) Penguasaan ekonomi Negara oleh syarikat multinasional (MNC) boleh mengatasi
kuasa sesebuah Negara terutama bergantung kepada pelabur asing.
(b) Ancaman kepada barangan ,perkhidmatan dan budaya tempatan- barangan yang
bebas diimport oleh negara membangun.
(c) Ancaman kepada pengusaha kecil dan sederhana tempatan –ancaman luar – syarikat
multinasional dan import yang banyak. Barangan IKS sukar bersaing.
(d) Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing – keluar masuk modal –negara
membangun mencari dan menggalakkan kemasukan modal asing – untuk
mempercepatkan proses pembangunan ekonomi
(e) Penghakisan kedaulatan Negara – negara yang tidak stabil dari segi ekonomi, social
dan politik, Mudah dikuasai oleh kuasa-kuasa barat.

KERJASAMA SERANTAU
A . Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
- Malaysia, Indonesia,Brunei,Filipina,Thailand,Kemboja, Vietnam, Singapura, Laos,
Myanmar.

1. Tujuan
-memajukan ekonomi, social dan budaya
-meningkatkan kerjasama antara Negara anggota – meningkatkan taraf hidup
-keamanan dan kestabilan politik
-memberikan kerjasama – bantuan latihan dan penyelidikan

2. Kerjasama ekonomi
-melalui system pasaran bebas, bantu membantu sesama sendiri untuk memajukan
ekonomi , mengurangkan konflik dalaman, dialog dengan Negara-negara maju,
mengadakan projek perindustrian ASEAN, kerjasama ASEAN menyakinkan pelabur
asing, konsep ASEAN memakmurkan jiran.

3. Kerjasama Politik
-Dasar ASEAN – berkecuali
-Jalan penyelesaian dengan rundingan.(tolak cara ketenteraan)

4. Kerjasama social dan budaya


-pertukaran rancangan kebudayaan
-pertukaran rancangan TV dan radio
-pertukaran lagu-lagu dan muzik.

B . AFTA ( Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN)


- Pasaran Serantau Bersepadu apabila hamper kesemua cukai dan tariff bagi barangan
yang diniagakan diturunkan kepada tahap minimum atau dihapuskan sepenuhnya.
- Objektif AFTA – membentuk satu pasaran besar untuk menarik pelabur asing.

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010


Modul P&P 942/2 Tema 4 – Globalisasi Ekonomi

C. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).


- merupakan forum untuk memudahkan pertumbuhan ekonomi , kerjasama ,perdagangan dan
pelaburan di rantau Asia Pasifik – dialog terbuka, menghormati, tidak terikat.

Tujuan:
Meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kemakmuran dan mengeratkan harmoni

Matlamat:
Mewujudkan pertumbuhan ekonomi, kemakmuran dan mengeratkan komuniti.

D. Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)

Matlamat:
-meningkatkan kerjasama politik, mempromosi ,mengawal perdagangan bebas,
mempertingkatkan persefahaman serantau dan meyumbang kepada system perdagangan
pelbagai hala.
-Anggota – ASEAN 7, China, Jepun, Republik Korea.

E. Kesatuan Eropah (EU)


- Perdagangan dan kerjasama antara Negara Eropah

F. Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA).


-Anggota – Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico.

KEPENTINGAN DAN MASALAH ( tumpuan kepada ASEAN, APEC, EAEC)

(A) Membincangkan kepentingan pakatan ekonomi serantau:


1. Mengurangkan kesan negative globalisasi ekonomi dunia
2. Pasaran bersama
3. Meningkatkan daya saing serantau
4. Menjaga kepentingan bersama serantau
5. Keperluan guna tenaga buruh

(B) Membincangkan isu dan masalah dalam kerjasama ekonomi serantau


1. Perbezaan ekonomi antara Negara anggota
2. Konflik politik wilayah dalam Negara anggota
3. Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau
4. Persaingan antara kepentingan Negara dengan kepentingan serantau
5. Pencemaran rentas sempadan
6. Keselamatan serantau
7.
KEMAHIRAN AMALI

-mempersembahkan data ekonomi dalam bentuk jadual ,gambarajah,dan peta.


- data ekonomi – perdagangan, pelaburan, buruh dan teknologi
-mentafsir dan menganalisis data.

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010


Modul P&P 942/2 Tema 4 – Globalisasi Ekonomi

PERTUMBUHAN SEGITIGA
- Tambahan daripada kerjasama ASEAN- memajukan dan mempercepatkan tahap
liberalisasi ekonomi ASEAN. Berdasarkan kepada persefahaman dan persetujuan yang
dicapai antara pihak-pihak yang terlibat.
- Kawasan: a) IMT-GT = Indonesia ( Sumatera Utara dan Acheh )
Malaysia = Perlis, Kedah, P.Pinang dan Perak Utara.
Thailand = Narathiwat,Songkla,Yala,Satun dan Patani.
b) IMS- GT = Indonesia( Riau ),Johor, Singapura.
c) BIMP-EAGA = Brunei,Indonesia( Sulawesi Utara,Kalimantan Timur dan
Barat).
Malaysia( Sabah,Sarawak,Labuan),Filipina( Mindanao dan Palawan ).

-Fokus kerjasama:
a) IMS-GT= Perindustrian.
b) IMT-GT= Sumber pertanian dan pelancongan.
c) BIMP-EAGA= pelbagai aktiviti ekonomi.

Peranan pertumbuhan segitiga dalam memajukan wilayah:


i. Perdagangan
ii. Pelaburan
iii. Pengaliran buruh
iv. Penggunaan sumber
v. Pengangkutan dan perhubungan
vi. Teknologi

HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR


1. Dasar Luar Negara Malaysia.
- Teras dasar luar Negara Malaysia – Aman, Bebas dan Berkecuali.
2. Peranan Negara Malaysia dalam pakatan kerjasama serantau:
a. Memakmurkan jiran- Malaysia sangat aktif dalam pertumbuhan ASEAN,salah
sebuah Negara pengasas ASEAN, mempergiatkan usaha menikmati faedah
segitiga pertumbuhan ( IMT-GT,IMS-GT,BIMP-EAGA ).
b. Mempercepatkan pelaksanaan AFTA.
c. Memperjuangkan kepentingan Asia Timur yang kurang maju.
d. Mempertahankan industri kereta nasional- daripada bersaing dengan kereta
asing dengan melambatkan pelaksanaan AFTA bebas.

Kepentingan kerjasama serantau dalam melindungi alam sekitar.


- Mengatasi masalah pencemaran rentas sempadan.
- Antara isu yang difokuskan:
i. Pemanasan global.
ii. Penipisan lapisan ozon.
iii. Pencemaran udara dan air.
iv. Kehilangan biodiversiti.
v. Kepupusan sumber alam – tanah,hutan,mineral,marin.

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010


Modul P&P 942/2 Tema 4 – Globalisasi Ekonomi

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010