Anda di halaman 1dari 5

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEKNIK SIMULASI ADALAH SEPERTI BERIKUT: Kelebihan Teknik Simulasi Dari sudut Pembelajaran dalam

m kelas. 1. Memberi peluang kepada murid untuk memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. 2. Dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan murid. 3. Dapat melatih murid-murid berlakon dengan gaya yang betul. 4. Membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan, seronok dan menarik. 5. Memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang positif. Dari sudut teknologi 1. Simulasi tidak tepat. Teknik ini bukan proses pengoptimuman dan tidak menghasilkan sebuah jawapan tetapi hanya menghasilkan sekumpulan output dari sistem pada pelbagai keadaan yang berbeza. Dalam banyak kes, ketelitiannya sukar diukur. 2. Model simulasi yang baik boleh jadi sangat mahal, bahkan sering diperlukan waktu bertahun-tahun untuk membangunkan model yang sesuai. 3. Tidak semua situasi boleh dinilai dengan simulasi, Hanya situasi yang mengandung ketidak-pastian yang boleh dinilai dengan simulasi. Kerana tanpa komponen rawak semua eksperimen simulasi akan menghasilkan jawapan yang sama. 4. Simulasi menghasilkan cara untuk menilai penyelesaian, bukan

menghasilkan cara untuk menyelesaikan masalah. Jadi sebelum ini perlu diketahui dulu penyelesaian atau pendekatan penyelesaian yang akan diuji. Kelemahan Teknik Simulasi Dari Sudut Pembelajaran 1. Timbul perasaan gelisah bagi murid yang tiada pengalaman berlakon. 2. Prestasi pelakon yang kurang baik akan membosankan penonton.

3. Kejayaan menggunakan Teknik Simulasi adalah bergantung kepada persiapan yang rapi. 4. Murid-murid yang berlakon lebih banyak mendapat manfaat dan pengalaman berbanding dengan penonton. 5. Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan bukanlah perkara yang mudah. Dari sudut teknologi 1. Boleh digabungkan dengan model berangka untuk menganalisa sistem yang lebih kompleks. 2. Disokong data yang berkaitan langsung dengan nombor rawak, dengan jenis data probabilistik. 3. Mudah menyesuaikan diri dan mudah digunakan untuk pelbagai masalah.

Dalam konsep pembelajaran, teknik simulasi boleh diguna pakai mengikut langkahlangkah di bawah :Langkah - Langkah Simulasi 1. Persiapan Simulasi a. Menetapkan topik atau masalah serta tujuan yang hendak dicapai oleh simulasi . b. Guru memberikan gambaran masalah dalam situasi yang akan disimulasikan . c. Guru menetapkan pemain yang akan terlibat dalam simulasi , peranan yang harus dimainkan oleh para pelakon , serta masa yang disediakan . d. Guru memberikan peluang kepada pelajar untuk bertanya khususnya kepada pelajar yang terlibat dalam pemeranan simulasi . 2. Pelaksanaan Simulasi a. Simulasi mula dimainkan oleh kumpulan pelakon . b. Para pelajar lain mengikuti dengan penuh perhatian . c. Guru hendaknya memberikan bantuan kepada pelakon yang mendapat kesulitan . d. Simulasi hendaknya dihentikan pada saat puncak . Hal ini dimaksudkan untuk mendorong pelajar berfikir dalam menyelesaikan masalah yang sedang disimulasikan . 3. Penutup a. Melakukan perbincangan baik tentang jalannya simulasi maupun materi cerita yang disimulasikan . Guru harus menggalakkan agar pelajar dapat memberikan kritikan dan tanggapan terhadap proses pelaksanaan simulasi . b. Merumuskan kesimpulan

SIMULASI DALAM DEMINSI MORAL Dewasa ini, isu-isu keruntuhan akhlak sering dipaparkan di dada-dada akhbar, di corong-corong radio, di kaca televisyen-televisyen, malah di media elektronik juga turut membincangkan tentang isu yang sama. Keruntuhan akhlak yang berlaku telah mengundang pelbagai salah laku jenayah seperti zina, rogol, minum arak, mencuri dan sebagainya. Sangat menyedihkan apabila kita dimaklumkan bahawa jenayah juvana semakin meningkat, ada di antara pelajar yang masih belum menamatkan pengajian telah pun menggugurkan anak luar nikah, gejala dadah yang semakin menjadi-jadi dan lain-

lain berita yang amat mendukacitakan dan menghiris jiwa. Masalah sosial ini nampaknya semakin serius dari semasa ke semasa. Dari konteks deminsi moral, keruntuhan akhlak ini adalah disebabkan oleh pengaruh daripada penggunaan internet yang tidak terkawal. Para pengguna menyalah gunakan internet untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Sebagai contohmya dalam dekad ini, pertumbuhan World Wide Web (www) memberi impak dan pengaruh yang besar dalam kehidupan kita. Walaubagaimanapun, terdapat keburukannya diaman laman web pada masa kini mudah utnuk melayari laman web yang berunsurkan seks dan pornografi ( Lawrance, 1929). Umumnya, ramai masyarakat kini kesal dengan kecenderungan yang merosak moral generasi muda. Banyak gambar serta kegiatan yang tidak bermoral telah disebarkan dan jika kegiatan ini tidak dibendung ianya akan terus berleluasa. Bagi membendung gelaja-gejala tidak positif seperti ini, sebagai pendidik kita haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk membina sikap positif : Melalui simulasi yang dilakonkan, konflik soail itu dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapt diubah dan sikap yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk. Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif : melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain.

KESIMPULAN Sebagai kaedah mengajar, simulasi boleh diertikan cara pembentangan pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep, prinsip, atau kemahiran tertentu. Simulasi boleh ditafsirkan sebagai meniru suatu sistem sebenar yang kompleks yang penuh dengan sifat kebarangkalian, tanpa perlu mengalami keadaan yang sesungguhnya. Proses simulasi juga berkaitan dengan penyusunan tiruan sistem dengan menggunakan interaksi antara bilangan rawak yang menuruti pengedaran dari pola data tertentu. Sehingga diperlukan suatu pengedaran tertentu untuk mensimulasikan suatu sistem. Model pembelajaran simulasi merupakan model pembelajaran yang membuat suatu peniruan terhadap sesuatu yang nyata, terhadap keadaan sekelilingnya atau proses. Model

pembelajaran ini dirancang untuk membantu pelajar mengalami bermacam-macam proses dan kenyataan sosial dan untuk menguji reaksi mereka, serta untuk memperoleh konsep kemahiran pembuatan keputusan. Dapat disimpulkan bahawa simulasi adalah tiruan dari dari suatu system untuk melakukan eksperimen pada komputer yang menggunakan model tertentu untuk menjelaskan perilaku perniagaan atau ekonomi pada suatu tempoh tertentu.

RUJUKAN
http://stormkerengga.blogspot.com/2012/10/teknik-simulasi_15.html http://bkree66.blogspot.com/2013/05/teknik-pengajaran-bahasa-melayu.html