Anda di halaman 1dari 3

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : KPLI INTERIM AMBILAN DISEMBER 2012

NAMA:

TAJUK KURSUS : PEDAGOGI KOD KURSUS : EDM 2104

SEMESTER : 02

TARIKH MULA ; 28 OKT. 2013

TARIKH HANTAR: 28 NOV.2013

I. HASIL PEMBELAJARAN KURSUS 1. Menjelaskan pengertian dan prinsip pengajaran dan pembelajaran serta perkaitan antara peristiwa pengajaran dengan jenis pembelajaran Gagne; 2. Menerangkan pelbagai jenis model pengajaran dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran; 3. Mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran; 4. Menguasai kemahiran-kemahiran asas pengajaran mikro; 5. Menguasai kemahiran pengurusan bilik darjah, komunikasi dan interaksi yang berkesan bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif; 6. Menguasai kemahiran untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah; 7. Melaksanakan aktiviti pemulihan, pengayaan dan pendidikan inklusif di dalam bilik darjah; Projek ini akan menilai hasil pembelajaran 2,3,4,5 dan 7

II. OBJEKTIF PROJEK: 1. Mengenal pasti masalah pengurusan bilik darjah dan mencadangkan langkah-langkah mengatasinya. 2. Membincangkan pengaplikasian komunikasi dan interaksi dalam bilik darjah dalam mewujudkan kelas yang kondusif. 3. Memilih pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai serta mengemukakan justifikasinya. 4. Membincangkan kemahiran pengajaran yang sesuai untuk kelas inklusif

III. TUGASAN PROJEK (100%)

Cikgu Sofia mengajar murid Tahun 6 Zamrud. Terdapat 40 orang murid di dalam kelas tersebut yang mempunyai tahap prestasi yang berbeza-beza. Hasil daripada ujian bulanan didapati ada beberapa murid mempunyai pencapaian rendah dan ada juga yang berpencapaian tinggi. Terdapat empat orang murid mempunyai masalah pembelajaran dan seorang murid hiperaktif. Sebanyak 20 orang murid berprestasi sederhana dan selebihnya pula tidak bermotivasi untuk belajar. Cikgu Sofia sering mengambil masa yang banyak untuk mententeramkan mereka sebelum memulakan sesi pengajaran. Cikgu Sofia meminta mereka duduk, namun kerusi tidak mencukupi. Murid-murid berebut kerusi dan hal ini selalunya mencetuskan pergaduhan dalam kalangan murid. Ada beberapa murid sering keluar untuk mencari kerusi di kelas lain. Cikgu Sofiah juga terpaksa meninggikan suara meminta murid-murid masuk ke kelas. Murid-murid enggan masuk kelas kerana tidak berkerusi. Mereka yang keluar mencari kerusi pula tidak pulang ke kelas walaupun sesi PdP sudah 30 minit berlalu. Murid-murid juga selalu bergaduh kerana ada murid yang membuang sampah di dalam kelas dan ada yang enggan bekerjasama membersihkan kelas. Sekiranya guru tidak berada di dalam kelas, suasana amat tidak terkawal dengan suara murid menjerit-jerit dan bunyi kerusi meja yang dirosakkan.

1.

Berdasarkan senario di atas, bincangkan bagaimana anda dapat membantu cikgu Sofia dalam menangani masalah tersebut berdasarkan prinsip pengurusan dan komunikasi di bilik darjah. (40 markah) Apakah pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai untuk muridmurid di atas. Berikan justifikasi anda. (30 markah) Bincangkan kemahiran pengajaran yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid kelas inklusif seperti di atas. (30 markah)

2.

3.

Panduan Pelaksanaan Projek. 1. Tugasan ini merupakan tugasan individu. 2. Anda boleh bekerjasama secara kolaboratif untuk mendapatkan data dan bahan. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: i. Font Arial ii. Saiz huruf ialah 11 iii. Langkau satu setengah baris iv. Rujukan mengikut format A.P.A v. Lampiran.

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku pelajar akan digagalkan kerja kursus. 5. Panjang tugasan antara 2 500 hingga 3 000 perkataan atau tidak kurang15 muka surat (termasuk persembahan visual) 6. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan 7. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50% Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut : 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut : a. Pengenalan yang menarik yang dapat memperincikan prinsip pengurusan dan komunikasi di dalam biliki darjah b. Mengenalkan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai untuk

mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif berserta justifikasinnya. c. Membincangkan kemahiran pengajaran yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid kelas inklusif
3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah. G. Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh:

(SARDI BIN AHMAD) Penyelaras Kursus EDC2104 IPG Kampus Pendidikan Teknik

Tarikh : 26.10.2013