PENDAHULUAN
Badan disiplin semestinya bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain yang wujud
di sekolah. Ini kerana pencapaian seseorang pelaja dalam sesuatu bidang ini baik di bidang
akademik atau bidang bukan akademik bergantung kepada tahap disipilin pelajar itu sendiri.
Pelajar yang berjaya dalam bidang kehidupan sering dikaitkan dengan mereka yang
berdisiplin.
RASIONAL
Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran ilmu
pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan
sistematik.
OBJEKTIF
1. Melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka
dengan peraturan dan undang-undang sekolah.
2. Melahirkan seorang ahli masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil,
liberal dan progresif.
3. Melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri dan orang lain secara rasional
dan bijaksana.
4. Melahirkan pelajar yang menyayangi dan menghormati diri sendiri, orang lain, dan
menghargai alam sekitar.
5. Melahirkan pelajar yang bersemangat tinggi, berilmu, berketerampilan serta menjadikan
sekolah sebagai landasan menuju ke arah kecemerlangan hidup.
6. Merealisasikan slogan ‘Sekolahku, Rumahku’.
7. Membebaskan pelajar dari semua gejala dan pengaruh tidak baik.
8. Buku Peraturan
Buku Peraturan sekolah dibekalkan kepada pelajar. Buku ini akan dikemaskini dari masa ke
semasa, dan menjadi rujukan kepada setiap pelajar.
9. Taklimat Awal
Penerangan tentang peraturan dan disiplin juga akan disampaikan oleh Setiausaha Disiplin
pada minggu pertama kemasukan pelajar-pelajar baru di SMKKK I.
10. Surat Akuan dan Ikrar Pelajar
Surat Ikrar pelajar perlu ditandatangani oleh setiap pelajar baru (bertukar dari sekolah lain)
di hadapan guru disiplin serta penjaga pelajar sebagai jaminan tingkah laku mereka.
11. Borang Perjanjian
Borang Perjanjian perlu ditandatangani oleh pelajar yang masih mengulangi pelanggaran
disiplin. Penjaga kepada pelajar berkenaan akan dijemput ke sekolah kemudian menyaksikan
perjanjian dibuat oleh anak dengan pihak disiplin. Borang ini sebagai bahan bukti untuk
penguatkuasaan dan tindakan seterusnya. Tindakan ini diharap dapat mengelakkan sebarang
tindakan dipertikaikan nanti, dan sebagai jaminan pelajar tidak akan mengulangi kesalahan
mereka.
12. Surat Kebenaran Ketua Sekolah
Pelajar yang akan keluar kawaswan sekolah untuk sesuatu urusan diwajibkan mengisi borang
khas. Surat ini akan dibawa oleh pelajar dan menyerahnya kembali apabila kembali ke
sekolah. Surat ini juga dapat menggalakkan pelajar berkenaan daripada ditangkap polis atas
tuduhan ponteng sekolah. Di samping sebagai langkah mengetatkan peraturan keluar sekolah.
13. Sudut Disiplin
Setiap kelas juga diwajibkan menyediakan sudut disiplin. Sudut ini dilengkapkan dengan
peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh badan disiplin serta
pekeliling-pekeliling dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan berkaitan dengan
peraturan dan notis tertentu.
MATLAMAT
Mengurang atau menghapuskan sama sekali masalah tidak hadir atau ponteng sekolah tanpa
sebab yang munasabah demi menjayakan MISI dan VISI sekolah selaras dengan matlamat
pendidikan negara.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan rasa sayang dan cinta pelajar kepada sekolah sebagai penyalur pelbagai
ilmu dan pendidikan.
19. Dapat meningkatkan pencapaian pelajar dari segi akademik seterusnya mengharumkan
nama sekolah.
20. Ibu bapa dapat memastikan bahawa anak-anak mereka benar-benar berada di sekolah
pada waktu yang sepatutnya.
21. Menanam sikap bertanggungjawab pelajar kepada peraturan sekolah dan menyedarkan
mereka bahawa tidak hadir ke sekolah merupakan satu kesalahan besar.
5. Meningkatkan mutu disiplin sebagai asas ke arah pembentukan
warganegara yang bertanggungjawab.
6. Menyedarkan pelajar bahawa rekod kehadiran ke sekolah adalah
penting untuk masa depan kerjaya mereka.
7. Guru dapat menyampaikan pengajaran dan murid dapat menerima
pengajaran guru sepertimana yang dirancangkan.
STRATEGI
1. Menyediakan Buku Rekod Kawalan Pelajar
- Tujuan untuk mengesan pelajar yang tidak hadir atau ponteng. Mereka
akan diambil tindakan disiplin sekiranya dikesan.
2. Menandakan Jadual Kedatangan
- Guru tingkatan akan menandakan buku kedatangan pada setiap hari pada
masa kedua pengajaran. Pelajar dilarang sama sekali dari menanda
kehadiran pelajar untuk mengelakkan penipuan.
3. Mengumpul Pelajar-Pelajar Yang Tidak Hadir.
- Pelajar yang tidak hadir akan dikumpul oleh AJK Kehadiran dari Unit
Disiplin. Mereka di kehendaki menunjukkan surat-surat kebenaran
seperti:
a) Surat akuan sakit
b) Surat ibu bapa yang disahkan oleh penghulu, imam atau Ketua Polis
(tidak melebihi 1 hari)
4. Mengeluarkan surat amaran I, II, III dan Surat Amaran Buang Sekolah kepada ibu bapa
seperti mana yang diarah oleh JPN. Tujuan untuk memaklumkan kepada ibu bapa tentang
tindakan yang diambil seperti berikut:-
a. Tidak hadir selama 3 hari akan dimaklumkan dari surat amaran I
1. Tidak hadir selama 6 hari akan dimaklumkan menerusi surat amaran II
2. Tidak hadir selama 9 hari akan dimaklumkan menerusi surat amaran III dan surat
berhenti sekolah
(Kecuali terdapat surat akaun tertentu).
1. Menghubungi penjaga/melawat rumah pelajar.
Tujuan untuk mengesan surat-surat yang dihantar serta mengetahui masalah sebenar pelajar.
6. Mengenakan Tindakan Disiplin.
Pelajar yang tidak hadir atau cenderung ke arah itu akan dikurniakan pelbagai tindakan
disiplin. Tujuan untuk mencegah dan menyedarkan mereka.
PELAKSANAAN
1. Tempoh pelaksanaan : Januari sehingga Disember 2001
2. Membentuk komiti / AJK Program Absent Sifar : Januari 2001
3. Merancang dan menyusun program yang akan dilaksanakan
4. Melancar Hari Absent Sifar : 18 Februaru 2001
5. Melaksanakan Program Absent Sifar mengikut tahap - tahap yang telah dijadualkan
seperti:-
a. Program Berkala
b. Program sepanjang masa (Rujuk Program Tahunan Disiplin)
6. Mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa untuk memantau dan menilai kelemahan
dan kejayaan Program Absent Sifar.
BENTUK-BENTUK PENILAIAN
1. Penilaian Jangka Pendek
- Data kehadiran bulanan daripada buku kedatangan kelas
- Jumlah pelajar yang dikumpul setiap hari
2. Penilaian Jangka Panjang
a. Prestasi akademik pada akhir tahun
b. Prestasi disiplin pada akhir tahun.
RASIONAL
Pelajar-pelajar yang bermasalah boleh dibaiki sikap dan tingkahlaku jika pelbagai
pendekatan digunakan. Selain daripada hukuman fizikal (rotan) atau denda, tindakan secara
kerohanian atau motivasi serta nasihat juga dapat memberi kesedaran kepada mereka. Oleh
itu, masalah disiplin dapat ditangani jika pelbagai kaedah digunakan menerusi satu disiplin
pemulihan yang mantap dilaksanakan.
OBJEKTIF
a. Untuk mengetasi dan menangani masalah disiplin.
b. Memberi peluang kepada guru atau mana-mana individu untuk menggunakan kepakaran
dan kebolehan mereka memulih dan menyedarkan pelajar-pelajar yang bermasalah, secara
ikhlas.
c. Untuk mencuba dan menguji pelbagai kaedah yang terbaik dan menangani masalah disiplin
pelajar.
d. Sebagai antara sumber rujukan dan kayu pengukur dalam menentukan seseorang pelajar ini
layak dan ditukar atau ditamatkan pengajian mereka.
SASARAN
Pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan sering dan melakukan kesalahan berulangkali.
TEMPAT / MASA
Tempat dan masa yang sesuai
TENAGA PENGGERAK :
1. Guru Unit Disiplin
d. Kaunselor
e. Pengetua, PK HEM, PKP, Ketua-ketua Bidang.
f. Tenaga Luar
g. Sesiapa yang ingin memberi perkhidmatan secara ikhlas.
h. Pelaksanaan
Aktiviti Program Gerak Sedar
1. BULAN DISIPLIN
PENGENALAN
Disiplin adalah teras kejayaan seseorang pelajar serta menentukan kegemilangan sesebuah
sekolah itu. Memandangkan disiplin dan pelajar adalah dua unsur yang saling berkait rapat,
maka Unit Disiplin sebagai agenda tahunannnya. Di harapkan dengan ‘Bulan Disiplin’ ini
dapat mencerna serta meningkatkan kesedaran dan tahap disiplin para pelajar SMKKK I.
RASIONAL
1. Kemantapan disiplin pelajar memerlukan satu program lebih sistematik.
2. Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang
menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan
meningkatkan disiplin, seharusnya dititikberatkan baik dirumah mahupun di sekolah.
SASARAN
Semua pelajar SMKKK 1
MASA
Sepanjang bulan Mei 2001
PELAKSANAAN
Pembentukan AJK:-
Pengerusi : Pengetua SMKKK I
Tim. Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi I : P. Kanan HEM
Naib Pengerusi II : Penyelia Petang
Setiausaha I : S/U Disiplin Pagi
Setiausaha II : S/U Disiplin Petang
Penyelaras : - Ketua-ketua Bidang.
- Kaunselor
Bidang Tugas
- Bahagian Perasmian dan Sambutan
Ahli (1) Puan Norliza Mat Yunan
(2) Puan Azmani bt. Daud
- Bahagian Pameran dan Pertandingan
(1) En. Che Ismail b. Yusoff
(2) Puan Marliza bt. Mansor
- Bahagian Ceramah
(1) Ustaz Mohd. Najib
(2) Ustaz Mat Daud b. Omar
- Bahagian hadiah dan cenderamata
3. Aziz b. Salleh
4. En. Nazri
PROGRAM / AKTIVITI
5. Majlis Pelancaran / Perasmian Oleh Ybrs Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jab.
Pendidikan Negeri Kelantan.
Tempat : Dataran Penyayang
Masa : 8.00 Pagi
6. Pertandingan Poster Dan Karangan
7. Ceramah oleh Datuk Timbalan Mufti Negeri Kelantan.
8. Pidato Pelajar
- Setiap hari Ahad
9. Ikrar Pelajar
10. Majlis Penutup
Oleh:- Ybrs. Tuan Pengetua SMKKK I
UNIT KESELAMATAN
Pendahuluan
Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1 ( seterusnya SMK Kubang Kerian 1 )
terletak kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu , justeru dapatlah di kategorikan
sekolah ini sebagai pinggir bandar . Kedudukannya menghala laluan Kota Bharu ke Hospital
Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian .
Pada masa ini SMK Kubang Kerian 1 merupakan sekolah saluran kepada beberapa sekolah
rendah ke tingkatan satu , beberapa buah sekolah menengah ke tingkatan empat dan enam
rendah . Sehingga kini jumlah keramaian pelajar di sekolah ini berjumlah 2336 orang pelajar
( 1020 pelajar lelaki dan 1070 pelajar perempuan ) dengan 112 orang tenaga pengajar . Bagi
menampung bilik kelas yang terhad , SMK Kubang Kerian 1 meneruskan sesi persekolahan 2
sesi ( sesi pagi dan sesi petang ) Sesi pagi terdiri daripada tingkatan tiga , empat , enam
rendah dan enam atas , manakala sesi petang pula bagi tingkatan satu dan dua .
Sebagai sebuah sekolah pinggir bandar , sudah tentu latar belakang sosio-ekonomi dan sosio
– budaya pelajar berbeza-beza . Rata-rata pelajar di sekolah ini datang daripada golongan
keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Rasional
Program keselamatan amat penting dalam sesebuah institusi khususnya institusi pendidikan .
Para pelajarnya mudah terdedah kepada pelbagai bahaya dan risiko . Menyedari hakikat
bahawa pelajar terlalu mudah dengan pelbagai risiko , maka langkah- langkah keselamatan
amat penting di beri perhatian khusus.
Objektif
1. dapat mempastikan harta benda , persekitaran , bangunan , bilik-bilik dan setor, kawalan
keselamatan serta padang permainan sentiasa berada dalam keadaan terjamin dan selamat.
2. dapat membantu pihak perancang sekolah dalam merancang dan membaik pulih bahagian-
bahagian bangunan , kawasan , padang dan gelanggang permainan , setor serta peralatan
yang di kenal pasti berisiko
3. memberi pendidikan cara-cara menjaga keselamatan kepada warga sekolah dalam
menghadapi sebarang situasi kecemasan
4. memberi pendedahan kepada teknik mengguna alat-alat keselamatan
5. mempertingkatkan kasedaran kepada warga sekolah tentang pentingnya penjagaan
keselamatan
6. dapat menanam sikap “SEKOLAH KU RUMAHKU” yang lebih berkesan dalam diri
warga sekolah berlandaskan persekitaran sekolah dalam keadaan selamat
7. melatih pelajar sentiasa bersiap sedia menghadapi kecemasan dan mala petaka
Strategi
1. menbentuk jawatan kuasa keselamatan
2. jawatan kuasa keselamatan yang di bentuk akan di beri tugas dan mandat bagi
mengenalpasti seterusnya emngambil langkah-langkah tertentu sama ada secara melapor
kepada pihak berkenaan atau bertindak segera sebagai bukti tanggungjawab yang di
amanahkan
3. membentuk ‘Skuad Rondaan’ di kalangan anggota pasukan Pasukan Pakaian Seragam ,
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Pelajar- Pelajar Tingkatan Enam Anak Wawasan , Ahli Skim
Lencana Anti dadah ( SLAD) dan Ahli Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS) meronda secara
tidak lansung ketika hadir ke sekolah atau semasa berada di sekolah sama ada pada waktu
persekolahan atau pada waktu kehadiran petang ,hari minggu dan hari kegiatan kokurikulum .
Maklumat yang di beri oleh skuad ini amat penting dalam menangani masalah vandalisme.
4. mengadakan beberapa siri ceramah keselamatan kepada warga sekolah
5. satu rangka pelan bertindak dan jadual pemantauan akan di buat bagi membolehkan setiap
tugas dan tanggungjawab yang di serahkan kepada ketua-ketua unit keselamatan dapat di
sediakan.
6. satu pelan laluan yang kemaskini akan di keluarkan dan seterusnya di edarkan kepada
semua kakitangan dan papan kenyataan kelas serta papan kenyataan umum nuntuk di hayati
oleh semua pelajar sebagai langkah menyelamat diri secara tenteram , aman dan terkawal
7. mengadakan beberapa siri latihan kebakaran dan cara-cara menyelamat diri
8. bekerjasama dengan semua unit lain yang di bentuk di sekolah dalam usaha melaksanakan
setiap program dan aktiviti latihan kebakaran dan menyelamat
9. memeriksa dan mengenalpasti alat pemadam kebakaran di sediakan di tempat-tempat yang
di tentukan serta dapat berfungsi dengan baik
10. mengenalpasti langkah-langkah keselamatan adalah tanggungjawap bersama warga
sekolah.
Pengerusi : Pengetua
N. Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Setiausaha :Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pen . Setiausaha : Penyelia Petang
Penyelaras: Semua Ketua Bidang Kaunselor Sekolah
Ketua Unit ; Setiausaha HEM
Urusetia Keselamatan
Kebakaran : En Che Ismail Yussoff ( sidang pagi )
En Ahmad Faizal Ismail ( sidang petang )
Persekitaran ; En Zakhori Ab Rahman ( sidang pagi )
En Aziz Muhammad ( sidang petang )
Disiplin : En Ab Aziz Salleh ( sidang pagi )
En Ramlee Alias ( sidang petang )
Bencana Alam : En Mazlan Mohd Zain (sidang pagi )
En Sanadi Hhussin ( sidang petang )
Skuad Kecemasan: Hj Mohd Hussin Deraman ( pejabat sekolah )
En Razali Talib ( teknik dan elektrik)
Pn Che Ainun Che Cob ( makmal sains )
En Ab Rahman Harun ( pondok keselamatan )
En Che Ismail Yussof ( kebakaran dan bencana alam )
En Mohd Nor Deris ( bangunan )
Ustaz Mat Daud Omar ( Mussala )
Pn Noreha Mohamad ( Perpustkaan dan PSS)
Pn Khazimah Mat Rani ( Kemahiran hidup / SRT)
En Alias Yahya ( Padang dan gelanggang )
En Rawi Ali ( Perabot sekolah )
En Zakaria Jusoh ( Koperasi sekolah )
Semua pekerja
Pembantu-pembantu makmal
Persekitaran
1. mengenalpasti lalulintas pelajar di jalan raya
2. menyediakan jadual ceramah lalulintas ( maklumat semasa perhimpunan )
3. mengenalpasti keadaan pagar sekolah
4. menyediakan kawasan letak kenderaan pelajar ( basikal)
5. mengenalpasti dan menyediakan ‘pass’ keluar masuk pelajar dari kelas
6. mengenalpasti keluar masuk pelajar dari kawasan sekolah
7. mengenalpasti pintu pagar sekolah terkawal
8. mengenalpasti setiap pintu masuk ( bukan utama ) di awasi atau berkunci)
Disiplin
1. mengenalpasti peraturan sekolah di baca oleh setiap pelajar
2. mengenalpasti peraturan sekolah di tampal di papan kenyataan kelas / umum
3. mengenalpasti ketenteraman pelajar semasa dalam bilik darjah
4. menyediakan jadual ceramah disiplin
5. menyelitkan peringatan disiplin pelajar semasa perhimpunan mingguan
Bencana Alam
1. Menyediakan skuad Bencana Alam
2. Megenalpasti bangunan / blok selamat bagi menempatkan pelajar
3. Mengenalpasti bangunan/blok selamat menyimpan stok makanan
4. Menyediakan peralatan pertolongan cemas ketika bencana
5. Mengenalpasti alamat dan telefon agensi berkaitan
6. Menyampaikan maklumat berkenaan kepada pelajar supaya sentiasa berwaspada
7. Bekerjasama dengan unit kebakaran dalam latihan menyelamat diri
8. Meyediakan pasukan petugas khas bencana alam