Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan.

Perkembangan pendidikan di Semenanjung Malaysia yang bermula dari zaman kolonial hingga sekarang adalah satu perkembangan yang kompleks. Imbasan pada zaman kolonial dimana British telah datang ke Tanah Melayu untuk tujuan memperluaskan kuasa dan kepentingannya dalam ekonomi sekaligus campur tangan dalam sosial dan politik di Tanah Melayu pada tahun tersebut. Pendidikan pada zaman kolonial British terdapat empat jenis sekolah vernakular iaitu sekolah Cina, Tamil, Melayu dan Inggeris. Sekolah Melayu bertujuan untuk memberi anak-anak Melayu pendidikan asas selama 6 tahun dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah Cina ditubuhkan dan dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri termasuk guru-guru dari negara China dan sistem pendidikannya berteraskan sistem pendidikan negara China. Bagi sekolah Tamil pula, ia didirikan oleh pemilik-pemilik ladang bagi mendidik anak-anak pekerja ladang India namun menghadapi masalah seperti kekurangan kemudahan.Sekolah Inggeris ditubuhakan dan dikelolakan oleh mubaligh Kristian dan mendapat dana daripada pihak British.

Jelas diihat bahawa sekolah vernakular pada zaman kolonial British hanya mampu membekalkan murid-murid dengan pendidikan asas dan tidak mempunyai keseragaman dari segi sistem kurikulumnya, malah tiada usaha ke arah membentuk perpaduan antara kaum tersebut. Apabila Jepun mengambil alih Tanah Melayu pada tahun 1941 hingga 1945, menyaksikan satu lagi perubahan dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Dasar dan sistem pentadbiran Jepun telah menetapkan dimana sekolah vernakular Melayu dan Tamil telah diteruskan tetapi sekolah Cina dan Inggeris telah digantikan dengan corak pendidikan Jepun yang menerapkan cara hidup Jepun dan lagu rakyat Jepun. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, telah berlaku lagi perubahan sistem pendidikan mengikut dasar yang dilakukan oleh pemerintah ketika itu seperti Laporan Barnes, Laporan Fenn Wu, Ordinan Pelajaran 1952, Laporan Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957.

Oleh yang demikian, perbincangan penulisan ini akan membincangkan sejarah perkembangan pendidikan di Tanah Melayu dari tahun 1946 sehingga 1957 dengan melihat perkaitan perkembangan ini berdasarkan Teori konflik Max Weber.