Anda di halaman 1dari 5

Online Revision_1 As promised, below are some of the PM MCQs for your practise and revision.

------Semangat Asia Asia Untuk Orang Asia Slogan di atas digunakan oleh Jepun untuk mempengaruhi pemikiran penduduk tempatan. Apakah muslihat Jepun menggunakan slogan tersebut ? A. Supaya Kesatuan Melayu Muda dapat dibubarkan. B. Supaya kemerdekaan dapat diberikan dengan segera. C. Supaya mendapat sokongan orang-orang tempatan untuk menentang penjajahan British. D. Supaya kedudukan Sultan dapat dikekalkan. ------Malayan Union mendapat tentangan hebat dari masyarakat Melayu disebabkan A. kehilangan kedaulatan Raja-Raja Melayu. B. tidak memberikan kewarganegaraan secara jus soli. C. Malayan Union digubal dengan mendapatkan pandangan orang Melayu. D. Sir Harold MacMichael memberikan masa yang cukup sebelum mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu. -----Berikut adalah benar mengenai Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu tentang kebebasan agama, KECUALI A. setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agama sendiri. B. setiap penganut agama yang melakukan kesalahan terhadap orang awam akan di adili oleh agama masing-masing. C. setiap orang boleh menubuhkan yayasan agama untuk perkembangan agama masing-masing. D. Dewan Undangan Negeri boleh menggubal undang-undang menyekat perkembangan iktikad antara penganut agama Islam. ------Manakah antara yang berikut merupakan unsur-unsur tradisi yang diwarisi dan diserapkan menjadi sebahagian daripada kandungan penting Perlembagaan Persekutuan ? I. Sistem pemerintahan beraja. II. Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. III. Kedudukan istimewa kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak. IV. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan. A. I dan II. B. I dan III. C. I, II dan III.

D. I, II dan IV. -----Dewi Sukasih adalah seorang pendatang asing (PATI). Dia berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia. Dia ingin memohon kewarganegaraan Malaysia. Permohonan Dewi akan diklasifikasikan sebagai A. kuatkuasa undang-undang. B. kemasukan. C. percantuman wilayah. D. pendaftaran. --------Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Syarikat Airod Sdn. Bhd. Telekom Malaysia Berhad Ketiga-tiga syarikat di atas adalah berkaitan dengan suatu dasar pembangunan negara kita. Bagaimanakah dasar tersebut mampu merealisasikan pembangunan yang seimbang? A. Kewangan kerajaan boleh dialihkan ke sektor lain. B. Kerjasama kerajaan dan swasta dalam pembangunan. C Penglibatan swasta secara aktif dalam program pembangunan D. Swasta menyediakan sumber kewangan untuk pembangunan.

Berikut merupakan tugas Majlis Raja-Raja KECUALI A. Melantik Ketua Hakim Negara. B. Melantik Yang di Pertuan Agong. C. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa lantikan seseorang bagi jawatan-jawatan tertentu yang dinyatakan dalam perlembagaan. D. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama Islam. ------N merupakan seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri. N tidak diberi tugas tertentu dalam kementerian. Apakah tugas dan tanggungjawab seorang menteri seperti N ? A. Membantu pentadbiran dalam Jabatan Perdana Menteri B. Melaksanakan tugas- tugas khas yang diberikan oleh Perdana Menteri C. Menggantikan menteri yang terpaksa menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh bertugas tamat. D. Menasihati Perdana Menteri dalam hal-hal yang berkaitan dengan hubungan diplomatik.

------Selepas suatu pilihan raya diadakan, petisyen bantahan dibenarkan dikemukakan di Mahkamah Tinggi. Mengapakah mahkamah boleh mengumumkan bahawa suatu pilihan raya itu tidak sah? I. Calon didapati telah melanggar undang-undang jalan raya dan didenda RM300. II. Terdapat antara penyokong-penyokong calon belum sempat mengundi. III. Calon didapati mengira undi dalam pengiraan undi di sesebuah pusat pengundian yang ditandinginya. IV. Calon didapati memberi hadiah berbentuk wang tunai kepada orang ramai semasa kempen. A. I dan II. B. I dan III. C. II dan III. D. III dan IV. ------Rancangan Malaysia Keempat memperlihatkan kelainan daripada rancangan pembangunan sebelumnya. Antara yang berikut, manakah berkaitan dengan perlaksanaan Rancangan Malaysia Keempat? I Pelan Induk Perindustrian II Dasar Ekonomi Baru (DEB) III Majlis Amanah Rakyat (MARA) IV Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) A. I, II dan III. B. I, II dan IV. C. I, III dan IV. D. II, III dan IV. -----------Yang manakah di antara berikut tepat mengenai penubuhan Rancangan Briggs ? A. menggubal perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu. B. membentuk rancangan untuk membanteras gerakan komunis di Tanah Melayu C. mendapatkan persetujuan daripada Sultan-sultan untuk menandatangani perlembagaan Malayan Union. D. menempatkan semula penduduk Tanah Melayu supaya terjamin daripada pengaruh komunis. ---------Federalisme adalah merujuk kepada A. satu kaedah penyatuan kuasa antara kerajaan-kerajaan negeri. B. satu kaedah pengasingan kuasa antara negara-negara membangun. C. satu kaedah pengasingan kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan

judisiari. D. satu kaedah pembahagian kuasa antara dua peringkat kerajaan iaitu pusat dan negeri. -------------Wakil rakyat bagi kawasan D di negeri Sabah telah meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung Berdasarkan situasi di atas, pilihan raya kecil perlu diadakan di kawasan tersebut oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dalam tempoh A. 30 hari. B. 60 hari. C. 90 hari. D. 120 hari. ---------Masyarakat yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan etnik yang tinggal di bawah satu unit politik (sebuah negara), tetapi berasingan dan tidak bersatu padu. Tiap-tiap kumpulan mempunyai bahasa, budaya, agama, nilai, pemikiran dan cara hidup masing-masing. Walaupun hidup bersama mereka adalah berasingan. Pendapat seperti di atas diberikan oleh __________________ berhubung ____________ di Malaysia. A. J.S Furnival - masyarakat majmuk. B. Frank Swettenham - penduduk berbilang kaum. C. Sir Francis Light - masyarakat pelbagai bangsa. D. J. W.W. Birch - kepelbagaian etnik. ---------Antara yang berikut, siapakah yang hadir mengikuti mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ? I Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan. II Raja atau Sultan. III Menteri Besar atau Ketua Menteri. IV Setiausaha Dewan Undangan Negeri. A. I dan II. B. I dan III. C. II dan IV. D. III dan IV. -----Pernyataan berikut benar mengenai peristiwa yang berlaku pada zaman

Pemerintahan British (1786-1957) KECUALI A. Residen J.W.W. Birch dibunuh di Perak akibat pelaksanaan dasar British secara langsung. B. Penentangan petani terhadap British dicetuskan oleh pelaksanaan pelbagai bentuk cukai tanah. C. Penentangan terhadap British di Pahang adalah disebabkan pengenalan jawatan pemungut cukai dan majistret oleh British. D. Penentangan terhadap British di Selangor dicetuskan oleh pelbagai bentuk cukai. ------Antara berikut yang manakah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri? I Kebersihan dan pencegahan penyakit. II Pendaftaran hak milik tanah. III Rumah penginapan dan rumah lojing. IV Perparitan dan pengairan. A. I dan II. B. I dan IV. C. II dan III. D. III dan IV. --------Pilih pernyataan yang benar tentang Dasar Wawasan Negara. I. Menyusun semula masyarakat. II. Membentuk masyarakat yang maju dan beretika. III. Menekankan ekonomi berasaskan pengetahuan. IV. Menekankan pembangunan yang seimbang dalam pelbagai sektor. A. I dan III. B. I dan IV. C. II dan III. D. III dan IV. -------Sila baca & rujuk BUKU TEKS ANDA untuk jawapan serta mendapatkan pemahaman yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai