Anda di halaman 1dari 2

Mohamad Zaki bin Che Abdullah PGSR Ambilan Nov. 2009 Refleksi Dapatan Kajian.

Saya mengajar disebuah sekolah terletak di luar Bandar. Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 Pintar. Ini merupakan kelas yang terakhir. Bilangan murid di dalam kelas ini ialah seramai 25 orang, iaitu 20 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. Semasa masa mengajar Bahasa Melayu penulisan, didapati banyak kesalahan tatabahasa terutama dalam penggunaan huruf besar pada awal ayat dan pada pangkal kata nama khas yang dilakukan oleh murid-murid. Masalah ini dapat dilihat dengan jelas semasa menyemak hasil kerja murid seperti latihan membina ayat yang diberi oleh guru. Selain itu murid juga gagal menulis huruf besar selepas tanda baca seperti nokhtah, tanda seru, dan tanda soal. Berdasar permasalahan ini, ia memberi kesedaran pada saya untuk menjalankan satu kajian tindakan bagi menangani masalah ini demi meningkatkan kemahiran menguasai menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas muridmurid tahun 4 Pintar. Bagi membantu murid menguasai kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas, saya talah menjalan beberapa pelan tindakan. Antaranya: i. Pemulihan (Konsep kata nama khas) ii. Mengguna kaedah atau modul MAHATBET (nota perbezaan kata nama am dan kata nama khas) iii.Teknik Cari Saya dan Cepat Dapat Setalah dibuat tindakan, ujian (ujian pra dan ujian pasca) dan hasil dapatan analisis data menunjukan terdapat perubahan dan peningkatan yang cemerlang dalam kalangan murid-murid. Secara keseluruhan peningkatan murid-murid tersebut antara 30 hingga 65 peratus. Peningkatan ini adalah wajar kerana murid saya ini terdiri daripada murid-murid kelas lemah.

Pengamatan saya, kekuatan kajian ini terletak pada kefahaman aplikasi teknik MAHATBET yang dilaksanakan disamping kaedah-kaedah yang digunakan. Keputusan ini mungkin dapat ditingkatkan lagi sekiranya murid-murid yang dikaji merupakan murid-murid cemerlang. Dalam kajian ini murid didapati memahami dan menguasai huruf besar dalam penulisan kata nama khas. Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan kejayaan dan keberkesanan tindakan yang dijalankan serta peningkatan pencapaian ditunjukkan oleh murid-murid dan lemah ini. Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan tindakan kajian ini. Saya berharap kaedah ini mampu membantu rakan sejawat dalam mengatasi masalah pembelajaran penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas. Saya juga bercadang untuk meneruskan kajian terhadap aspek tanda baca, dan ejaan pula. Sekian, terima kasih.