Anda di halaman 1dari 37

DEFINISI PROFESION PERUBATAN

*Imam Ghazali menganggap profesion perubatan sebagai fardu kifayah *satu tugas yang mesti dilakukan oleh sesetengah ahli di dalam satu-satu masyarakat. Nabi Ibrahim berkataTuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum, Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku; Dan (Dia lah) yang aku harapharapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; Surah : ASY-SYU'ARAAAyat : 79 - 82

KOD ETIKA
*Kod kelakuan profesional 1987 dirangka untuk mengelakkan profesional perubatan dan amalan perubatan baik dikalangan pengamal perubatan. *Di Malaysia, badan yang bertanggungjawab ialah Majlis Perubatan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Perubatan 1971. *Berlandaskan kuasa tatatertib yang diperuntukkan di bawah seksyen 29 Akta Perubatan 1971 dan peraturan 27 peraturan perubatan 1974

KOD ETIKA
*Kod ini diasaskan melalui prinsip etika dalam peristiharaan Geneva dan Kod Etika Perubatan Antarabangsa selain merujuk Professional Conduct and Discipline General Medikal Council United Kingdom. *Melalui mesyuarat Majlis Perubatan Malaysia kali ke 46 pada 9 Disember 1986.Kod Kelakuan Profesional telah diguna pakai sebagai kod etika perubatan bagi pengamal perubatan di Malaysia.

PERWATAKAN PENGAMAL PERUBATAN


*Terdiri dari kalangan orang yang percayakan Tuhan, menunaikan hah-hak-Nya, menyedari keagungan-Nya, mentaati perintah-Nya *Bijaksana dan boleh menjadi penasihat yang baik. Ia hendaklah menjadi penggalak semangat, berwajah tersenyum, penyayang dan penyabar. *Seorang yang tenang walau pun dalam masalah, jujur boleh dipercayai dan bersikap sopan tanpa mengira status pesakit *Sedar dengan sepenuhnya bahawa nyawa adalah kepunyaan Allah. Di dalam professionnya seorang doktor berjuang untuk menyelamatkan dan mempertahankan nyawa sahaja sebaik mungkin, seberapa yang terdaya olehnya.

PERWATAKAN PENGAMAL PERUBATAN


* Mempamerkan contoh tauladan yang baik * Mempunyai tahap pengetahuan ilmu hukum, ibadat dan asas ilmu Fiqah untuk membolehkannya memberi nasihat kepada pesakit yang memerlukan panduan mengenai kesihatan dan keadaan tubuh badan untuk dikaitkan dengan amalan ibadat. * Walaupun larangan boleh diketepikan bila perlu, seorang doktor Muslim hendaklah mengelak dari menggunakan ubat-ubatan atau cara terapi (pembedahan, perubatan am atau terapi perangai) yang diharamkan oleh Islam.

PERWATAKAN PENGAMAL PERUBATAN


* Peranan seorang doktor ialah penggerak (mangkin) kepada kehendak Allah, Pencipta, supaya nyawa dan kesihatan dipelihara. Ia hanyalah bertindak sebagai perantaraan Tuhan di dalam meringankan kesakitan manusia.

* Sentiasa mengikuti perkembangan semasa kemajuan sains dan teknologi.


* Mendalami ilmu di dalam Islam mempunyai dua tujuan. Selain daripada kegunaan dari aspek perubatan, mendalami ilmu itu sendiri ialah suatu ibadat.

KERAHSIAAN PROFESIONAL
*menyimpan rahsia : kerana pesakit akan memberitahu rahsia dan meluahkan perasaan kepada doktor dengan rela hati, yakin dengan kerahsiaan profesional yang dipegang oleh profesion perubatan Rasulullah s.a.w bersabda bahawa tiga ciri-ciri orang munafik ialah: Bila dia bercakap dia bohong, bila dia berjanji dia mungkir dan bila disuruh pegang amanah dia khianati *Pengkhianatan keatas amanah ini akan menjejaskan imej amalan perubatan, selain dari menjauhkan kumpulan tertentu dari mendapatkan bantuan rawatan perubatan.

TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI


* Hanya boleh dilakukan secara sah oleh individu yang telah diajar, dilatih dan telah lulus serta telah memenuhi syarat yang dikehendaki oleh undang-undang. Rasulullah s.a.w bersabda Seseorang yang tidak mempunyai ilmu perubatan adalah bertanggungjawab jika ia mengubati orang sakit. * Dengan adanya kepakaran perubatan, kes yang bermasalah hendaklah dirujuk kepada pakar yang berkaitan. Setiap pakar sebaiknya disesuaikan untuk mengendalikan kes yang memerlukan kemahirannya.

TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI


Sebagai kesimpulan, kriteria agama yang asas yang boleh melindungi Pengamal Perubatan / ialah : -Kelulusan yang diiktiraf -Penerimaan seseorang doktor oleh pesakitnya -Keikhlasan seseorang doktor dengan bertujuan hanya untuk mengubati pesakitnya -Ketiadaan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan seperti yang dijelaskan didalam undang-undang perubatan.

DOKTOR DAN MASYARAKAT


* Misi doktor merangkumi pengubatan penyakit sehingga mengambil kesemua langkah untuk mencegah penyakit dari berlaku

Bagi pesakit yang sudah tidak boleh sembuh lagi, doktor hendaklah dengan sebaik mungkin memberi penjagaan yang baik, sokongan moral demi menghilangkan kesakitan dan penderitaan semasa hayatnya

* Masyarakat hendaklah memberikan kepercayaan kepada doktor dan menghormati haknya untuk hidup dengan selesa. * Pengisytiharan kematian seseorang adalah satu tanggung-jawab yang penting yang diberikan kepada seseorang doktor. Jika terdapat sebarang keraguan ia hendaklah menghilangkannya dengan perundingan atau dengan menggunakan peralatan sains yang moden.

Kajian Kes

Rumusan Masalah

Pengertian etika dan Bioetika Pendekatan Teologi Pendekatan Deontologi Isu Bioetik dalam amalan perubatan

Bioetika
*Bioetika merupakan kajian yang mempelajari tentang kontroversi dalam etika, berkaitan masalah biologi dan perubatan. *Secara khususnya, bioetika difokuskan pada pertanyaan etika yang muncul tentang hubungan antara ilmu kehidupan, bioteknologi, perubatan, politik, undangundang dan theology. *Dapat disimpulkan bahwa bioetika lebih fokus pada dilema yang berkaitan kaedah perubatan moden, aplikasi teori etika dan prinsip etika terhadap masalah-masalah amalan kesihatan

Bioetika
Etika klinikal

Etika organisasi kesihatan merupakan sebagian dari bioetik yang lebih memperhatikan pada masalah etik selama proses rawatan Contoh etika klinikal: adanya persetujuan atau penolakan, dan bagaimana seseorang memberi respon terhadap rawatan yang kurang bermutu (sia-sia).
Etika Perawatan Sebagian dari bioetika, yang merupakan pembelajaran formal tentang isu etika dan dikembangkan dalam tindakan perubatan serta dianalisis untuk mendapatkan keputusan etika.

TEORI ETIKA UTILITARISME


a. Teleologis (akibat) Kebenaran atau kesalahan dari tindakan bergantung pada akibat tindakan. Contoh : Mempertahankan kehamilan yang berisiko tinggi menimbulkan masalah pada semua orang yang terlibat walaupun pada dasarnya bertujuan untuk keselamatan ibu dan bayinya. b. Deontologi (bukan akibat/ kewajipan) Pendekatan deontologi berdasarkan kewajipan. Asas teori ini berdasarkan tanggungjawab dan bukannya akibat baik . Cth: melakukan tindakan yang betul seperti sentiasa jujur, memenuhi janji, tidak aniaya orang, berlaku adil

Contoh penerapan deontologi:


*Doktor yang yakin bahawa klien harus diberi tahu apa yang sebenarnya terjadi meskipun kenyataan tersebut menyakitkan.
*Perawat menolak membantu pelaksanaan abortion kerana keyakinan agamanya yang melarang tindakan membunuh walaupun janin

Contoh kes :
*Doktor harus melaporkan keadaan sebenar pesakitnya tanpa peduli apakah hal itu akan mengakibatkan pesakit atau keluarga tersinggung.
*Dilema etika muncul ketika ketaatan terhadap prinsip menimbulkan konflik dalam amalan. Perbezaan besar antara teleologi dengan deontologi ini dapat kita lihat dari perbezaan prinsip keduanya.

*Dalam deontologi, kita akan melihat sebuah prinsip benar dan salah. Namun, dalam teleologi bukan itu yang menjadi dasar, melainkan baik dan jahat.

Perbezaan teori
*Isu etika pengguguran
* (teleologis) : mungkin mempertimbangkan bahwa tujuan menyelamatkan kehidupan ibu, hal yang dibenarkan dalam tindakan aborsi. *Deontologis : secara moral menamatkan kehidupan merupakan hal yang buruk untuk dilakukan. Pendekatan ini dilakukan tanpa menentukan keputusan tapi prinsip dan tanggungjawab sebagai doktor.

Kelalaian Dalam Prosedur Perubatan


Contohnya, Kesalahan diagnosis, Kesalahan pemberian terapi atau rawatan Kesilapan keterangan yang menyebabkan seseorang menderita atau kerugian secara material,jiwa dan mental pesakit serta keluarganya.

Abortion ( Pengguguran)
*Pengguguran adalah tindakan penghentian kehamilan sebelum janin dapat hidup di luar kandungan (sebelum usia 20 minggu kehamilan), *Bukan bertujuan untuk menyelamatkan jiwa ibu hamil dalam keadaan darurat tapi juga terjadi bila ibu tidak menghendaki kehamilan itu . *Pengguguran merupakan masalah yang perlu ditangani berlandaskan syarian islam. kerana memberikan kesan pada kesakitan dan kematian ibu.

Undang-undang Jenayah
*Di Malaysia, tiada satu akta yang khusus yang mengawal jenayah pengguguran sepertimana Akta Pengguguran 1961 di United Kingdom dan Medical Termination of Pregnancy Act1971 yang berkuatkuasa pada 1 April 1972 di India.

*Setakat ini segala bentuk jenayah yang berkaitan dengan pengguguran secara langsung atau tidak langsung hanya diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan di Malaysia. *Beberapa seksyen yang diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan (Pindaan) 1989 (Akta A727) jelas memperuntukkan hukuman bagi kesalahan yang berkait dengan jenayah pengguguran bayi.Antaranya ialah seksyen 312 hingga seksyen316.

Seksyen 312
Barangsiapa dengan sengaja menyebabkan seorang perempuan yang hamil gugur hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda,atau dengan kedua-duanya; dan jika perempuan itu mengandung anak yang telah bersifat, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

Perlanggaran Etika
*kecuali atas indikasi perubatan seperti kesihatan ibu, gangguan mental, perkosaan, bayi cacat. *Akan tetapi ramai doktor yang melakukan amalan pengguguran secara haram. *Pengguguran menjadi suatu peluang untuk mendapatkan keuntungan dengan mudah, dan kebanyakan inilah yang difikirkan oleh doktor tanpa menghiraukan keselamatan pesakit.

Salah Laku Doktor


*Tindakan undang-undang boleh membatalkan pendaftaran mereka yang menyebabkan mereka tidak boleh lagi mempraktikkan amalan perubatan. *Berkeyakinan bahawa doktor lelaki kita boleh dipercayai kerana ia mempengaruhi kedudukan dan reputasi serta masa depan mereka. * Malah bilangan kes pelanggaran etika yang melibatkan doktor, terutamanya doktor lelaki, seperti kes mengambil kesempatan ke atas pesakit wanita masih terlalu kecil, terpencil dan terkawal.

Terminologi Undang-undang
*Di dalam terminologi undang-undang terdapat istilah yang disebut, 'Act of Omission' iaitu satu tindakan betul yang sepatutnya dilakukan oleh seorang doktor untuk menyelamatkan pesakit

*Jika doktor itu tidak melakukannya, maka dia dianggap bersalah dan telah melakukan kesalahan.
* Satu istilah yang lain adalah yang disebut 'Act of Omission' iaitu suatu tindakan salah yang dilakukan doktor yang menyebabkan kecacatan atau kematian pesakit yang turut dikira sebagai kecuaian dan jenayah.

Kajian Kes Ke-2


*Kesilapan doktor memberikan suntikan kepada bayi menyebabkan kecederaan dan kematian sel pada tangan bayi sehingga perlu dipotong seperti dalam kes adik Lai Yoke Chan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah pada julai 2007 *Kes seorang wanita yang dijangkiti kuman HIV melalui pemindahan darah akibat kecuaian pihak hospital mengesan kehadiran virus tersebut pada darah yang digunakan. *Kes seorang perempuan yang telah hadir ke hospital mengadu berkenaan sesak nafas namun diberitakan menghadapi ectopic pregnancy sehingga perlu dibedah segera dan setelah dibedah didapati kesilapan berlaku apabila sampel air kencing pesakit sebenarnya tertukar dengan pesakit lain yang mempunyai nama yang sama sedangkan dalam masa yang sama, sebelum dari pembedahan, keluarga pesakit telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa pesakit belum lagi berkahwin.

Isu Doktor Lelaki Merawat Wanita


*Kebelakangan ini mula kedengaran rungutan masyarakat kita yang tidak selesa dengan kehadiran doktor lelaki di wad bersalin. *Segelintir masyarakat kita mahukan doktor wanita menguruskan semua urusan kelahiran di wad berkenaan. *Walaupun tuntutan ini ada rasionalnya daripada pelbagai aspek terutama membabitkan soal maruah dan keaiban seorang wanita *Kita wajar membicarakan isu ini dalam konteks lebih luas dan terbuka secara profesional

Statistik Kes
*Mengikut laporan tahunan MMC, hanya 87 kes membabitkan pelbagai salah laku doktor yang dilaporkan sepanjang tahun 2008 berbanding bilangan doktor yang berdaftar seramai 20,280. *Ini membuktikan tidak wajar dan tidak adil untuk kita meragui etika profesionalisme doktor kita terutama doktor lelaki. *Pada hakikatnya jumlah doktor di Malaysia masih berkurangan dan tidak mencukupi. Justeru, *Masyarakat perlu mengubah perspektif dan persepsi terhadap doktor lelaki dan pada masa sama berharap bilangan doktor di Malaysia meningkat dan mencukupi.

Panduan Sesi Rawatan (Wanita)


*Mestilah ditemani oleh mahramnya kecuali jika dalam keadaan terlalu darurat. Contoh: seorang perempuan ditikam di bahagian perut. Maka boleh doktor lelaki terus memberi rawatan di bahagian-bahagian yang berkaitan sahaja. *Elakkan daripada doktor mengambil kesempatan kerana kita dengar di luar negara seperti negara China, ramai pesakit-pesakit wanita dirogol ketika sesi rawatan. Maruah amat penting untuk dijaga sebaiknya.

Panduan Sesi Rawatan (Wanita)


*Disyaratkan juga bahawa tiada doktor perempuan yang setaraf dengan ilmu doktor lelaki yang merawat. *Hal ini kerana, doktor ada kepakarannya tertentu. Mungkin di tempat tersebut ada doktor lelaki sahaja. Maka tidak salah pesakit perempuan tersebut perlu dirawat berdasarkan bidang kepakaran

Panduan Sesi Rawatan (Wanita)


*Mengutamakan Doktor yang Muslim daripada doktor yang bukan Muslim, kerana hukum asal bagi keringanan ini hanyalah dibenarkan pada doktor Muslim sahaja. *Diwajibkan merawat hanya pada tempat yang sakit atau kawasan yang berkenaan sahaja. Misalnya, jika pesakit perempuan sakit di bahagian betis kaki, maka doktor lelaki itu hanya boleh melihat dan merawat di kawasan itu sahaja. Selain daripada itu adalah tidak dibenarkan.

DOKTOR DAN KEMAJUAN BIOMEDIKAL MODEN


* Di dalam Islam digalakkan terlibat dalam penyelidikan, samaada kajian akademik yang menunjukkan tanda kewujudan Allah dan ciptaan Nya atau kajian gunaan yang bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masaalah.

* Kebebasan penyelidikan sains tidak membenarkan penganiayaan atau penyiksaan.

DOKTOR DAN KEMAJUAN BIOMEDIKAL MODEN

*Protokol yang sesuai hendaklah diadakan bagi memastikan subjek diperlakukan dengan baik ketika menjalankan kajian.

*Metodologi kajian sains dan amalan dari hasil kajian itu mesti tidak melibatkan dosa seperti zina, merosakkan sistem salasilah, mencacatkan atau mengubah keperibadian, kebebasan dan keupayaan seseorang untuk menanggung tanggungjawab.

KESIMPULANNYA
PRINSIP ETIKA PERUBATAN *Menyediakan penjagaan perubatan yang kompeten, dengan kasih sayang dan hormat terhadap maruah manusia dan hak-hak mereka. *Mengamalkan piawaian profesionalisme, jujur dalam semua interaksi profesional, dan berusaha untuk melaporkan kesilapan doktor atau terlibat dalam penipuan kepada entiti yang sesuai. *Menghormati undang-undang dan tanggungjawab

*Seorang doktor hendaklah menghormati hak-hak pesakit, rakan-rakan, dan profesional kesihatan yang lain, dan hendaklah melindungi privasi pesakit dalam kekangan undang-undang. *Seorang doktor hendaklah terus belajar, dan memajukan pengetahuan saintifik, mengekalkan komitmen untuk pendidikan perubatan, memberi maklumat yang relevan kepada pesakit, rakan-rakan dan orang ramai

Anda mungkin juga menyukai