Anda di halaman 1dari 14

MODUL 1 PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

Tajuk 1 Perkara Pelaksanaan Program Transisi Tahap Pelaksanaan Program Transisi Pengenalan Perincian

Tahap Pertama : Persediaan Awal Tahap Kedua : Minggu Orientasi Tahap Ketiga : Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Tema Program Transisi Minggu Pertama Minggu Kedua Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga Minggu Pertama Minggu Kedua Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

Matlamat Program Transisi 3-Bulan

Cadangan Aktiviti Dan Teknik

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU Tajuk 1 PENGENALAN


Secara keseluruhannya Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu ini mengambil jangka masa selama 3 bulan. Program ini bermula pada awal Januari iaitu pada hari pertama sesi persekolahan hinggalah ke penghujung bulan Mac. Jangka masa 3 bulan ini pula telah dibahagikan kepada beberapa fasa aktiviti mengikut keperluan tertentu. Walau bagaimanapun, dari segi persediaan ianya perlu bermula sejak awal lagi iaitu bermula bulan oktober hinggalah bermulanya sesi persekolahan yang baru. Secara keseluruhannya persediaan dan pelaksanaan program ini dapat dibahagikan kepada tiga tahap utama :

Tahap Pertama Persediaan Awal ( Bulan Oktober Hingga Disember )

D U A M I N G G U

Tahap Kedua
ORIENTASI AWAL Prinsip : Memperluaskan pengalaman Prasekolah Pengenalan ke sekolah baru dan jangkaan guru serta sekolah KESEPADUAN Penyesuaian dan fokus ke arah KBSR

T I G A

AKTIVITI Pranombor Pratulisan Prabacaan

Tahap Ketiga PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KBSR DITERUSKAN Aktiviti:


Main Sambil Belajar Bersepadu Bertema

B U L A N

AKTIVITI BERTERUSAN BAGI MURID YANG KURANG BERKEMAMPUAN 1-1

Tajuk 2 TAHAP PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHAP PERTAMA


Persediaan awal ( Oktober hingga Disember ) Pada tahap ini, persediaan yang dilakukan ialah seperti membuat persiapan fizikal bilik darjah dan perancangan aktiviti untuk pendaftaran murid Tahun Satu, taklimat dengan ibu bapa, Minggu Orientasi, program pembelajaran dan pengajaran selepas Minggu Orientasi hingga tamat Program Transisi dan aktiviti lanjutan untuk murid yang masih memerlukan penyesuaian. TAHAP KEDUA Pelaksanaan Minggu Orientasi ( Minggu Satu dan Dua Januari ) Aktiviti di minggu orientasi ini berteraskan kepada prinsip untuk memperluaskan pengalaman Prasekolah dan pengenalan ke sekolah baru kepada murid-murid Tahun Satu. Dalam minggu pertama Minggu Orientasi beberapa aktiviti perlu disediakan mengikut objektif seperti aktiviti suaikenal, hidup bersama, pembentukan tingkah laku , motivasi diri, penglibatan dalam aktiviti kreatif, main sambil belajar dan belajar sambil meneroka. Semua aktiviti yang dijalankan berfokus kepada penyediaan murid untuk aktiviti pembelajaran mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam minggu kedua, selain dari mengukuhkan aktiviti dalam minggu pertama, murid-murid Tahun Satu akan didedahkan dengan kesepaduan pengajaran dan pembelajaran KBSR yang diperlukan seperti kemahiran pranombor, pratulisan dan prabacaan.

TAHAP KETIGA Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran ( Minggu Ketiga Bulan Januari hingga Mac )
Selepas minggu orientasi selama dua minggu, diharapkan murid-murid Tahun Satu sudah bersedia untuk meneruskan proses pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Dalam masa yang sama guru-guru sudah dapat mengenalpasti murid yang sudah dapat menguasai kemahiran asas motor kasar dan halus, kognitif, bahasa, estetika dan daya kreatif, keagamaan dan ketatanegaraan. Namun begitu, peluang masih diberikan kepada murid yang masih kurang berkemampuan mencapai tahap yang diharapkan melalui aktiviti yang berterusan sehinggalah tamat dalam jangkamasa tiga bulan proses transisi. Ini bermakna selepas aktiviti orientasi selama dua minggu, proses pengajaran dan pembelajaran KBSR akan diteruskan tetapi masih dalam suasana persekitaran kelas yang menarik, pembelajaran yang menyeronokkan dan terancang.

1-2

Tajuk 3
Matlamat Program Transisi 3-Bulan
Tema Program Transisi Minggu Pertama Minggu Kedua Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

1-3

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU Tema Program Transisi: KAMI MURID TAHUN SATU

(Minda Cerdas, Mata Bercahaya)


MINGGU KEDUA MINGGU KETIGA-BULAN KE-3

MINGGU PERTAMA

Matlamat Untuk Dicapai:

Siapa Saya? Siapa Kawan Saya? Siapa Guru Saya? Mana Sekolah Saya? Matlamat Kolaboratif: Kelas Saya Yang Bersih, Ceria dan Seronok Untuk Belajar. OBJEKTIF
OBJEKTIF

Matlamat Untuk Dicapai: Apakah Yang Kami Boleh Buat Bersama?

Matlamat Untuk Dicapai: Kami Seronok Belajar Dengan Keyakinan

OBJEKTIF OBJEKTIF
Selepas Minggu Kedua, murid : 1.

Selepas Program Transisi dijalankan, murid :

Selepas Minggu Pertama, murid :

1.

1. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan


murid-murid Tahun Satu; 2.

Mengenali dan membina hubungan mesra di kalangan kanak-kanak dan antara kanakkanak dan guru dalam masa yang singkat;

Meningkatkan perkembangan potensi diri dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomotor dan fizikal dan sosio emosi secara beransuransur dan bersistematik; Menggunakan kemahiran yang ada untuk perkembangan diri yang berterusan;

2. Memupuk semangat bekerjasama dengan


cara menetapkan dan mencapai matlamat yang kolaboratif;

2.

3. Membina dan meningkatkan kemahiran


murid yang lemah dan potensi diri mereka; 4. Mengurangkan perbezaan yang ketara tentang perkembangan kognitif dan hubungan yang sosial antara murid; dan 5. Memulakan pengajaran dan pembelajaran KBSR yang bersepadu melalui pendekatan tematik.

Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi; dan

3. Mendedahkan murid dengan suasana


pengajaran dan pembelajaran KBSR yang menyeronokkan; dan

3. Mendedahkan murid dengan 4.


Mengesan potensi murid melalui bidang yang ditekankan dalam pendidikan Prasekolah.

suasana dan persekitaran di sekolah baru.

1-4

CADANGAN
(Dijalankan sebelum Minggu Orientasi) Perkara Pendaftaran Murid Tahun Satu Guru kelas merekodkan butiran murid-murid Mengutip bayaran-bayaran tertentu Taklimat Pihak Pengurusan Sekolah Memperkenalkan guru-guru Tahun Satu Menerangkan tentang pengisian Program Transisi Memohon kerjasama pembentukan budaya sekolah Taklimat Kementerian Kesihatan Menerangkan tentang buku rekod kesihatan Penerangan tentang khidmat Klinik Pergigian Majlis Suaikenal murid-murid Tahun Satu Mengenali kawasan kelas Nyanyian : bersama, berseorangan Permainan (pilihan) : Tiup Belon Cantum gambar Diri Saya Penyampaian Cendermata Kawasan Sekolah Dewan Sekolah dengan Ibu Bapa Dewan Sekolah: Muzik dimainkan Pameran Kesihatan Pembentangan Aktiviti Tempat Bilik Darjah

CONTOH JADUAL MAJLIS SUAIKENAL : PENDAFTARAN MURID-MURID TAHUN SATU

Masa

0830

1000

Jangka Masa 1 jam

1000

1100

1 jam

1100

1130

jam

1130

1230

1 jam

Objektifnya: Suasana tidak mengancam Guru yang baik Bermotivasi memandang ke pengalaman baru Minum /Bersurai

1230

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Pertama : Minggu Orientasi

Di minggu pertama Minggu Orientasi, aktiviti-aktiviti yang dirancang menjurus kepada empat komponen iaitu :

Aspek Pengurusan Kelas, Aktiviti Fizikal Aktiviti Nilai Kerohanian Dan Nilai-Nilai Murni Aktiviti Membina Semangat Patriotik.

Dalam Pengurusan Kelas, guru-guru boleh melakukan aktiviti-aktiviti rutin seperti mengambil kedatangan murid, mengutip yuran, menguruskan kebersihan dan fizikal bilik darjah di samping menanamkan amalan membaca doa dan sebagainya.

Aktiviti berbentuk fizikal pula bukan sekadar untuk menggalakkan kecergasan murid tetapi ia juga bertujuan melatih pergerakan kreatif di kalangan mereka. Di samping itu, ia juga mampu mewujudkan hubungan mesra dan saling kenal mengenali antara satu dengan lain dalam suasana yang menyeronokkan.

Aktiviti kerohanian dan nilai-nilai murni pula ditekankan secara gabungjalin dengan aktiviti-aktiviti lain seperti amalan membaca doa, aktiviti bercerita, kemahiran berfikir dan berkomunikasi, penyelesaian masalah, lawatan dan mewarna.

Dalam masa yang sama, semangat patriotik turut diberikan perhatian melalui aktiviti nyanyian, dinamika kumpulan, pembinaan pasukan dan gabungan aktiviti-aktiviti yang lain.

Pada akhir minggu ini, murid-murid telah didedahkan ke suasana dan persekitaran baru serta membina hubungan mesra antara mereka, secukupnya untuk menjawab: Siapa Saya? Siapa Kawan Saya? Siapa Guru Saya? Mana Sekolah Saya?

1-6

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Kedua : Minggu Gerakerja Berkumpulan

Di Minggu Kedua pula, diharapkan sudah terbina semangat kerja dalam kumpulan di kalangan murid ekoran dari aktiviti di Minggu Pertama.

Untuk itu, aktiviti di minggu ini lebih menumpukan kepada Gerakerja Berkumpulan melalui :

Aktiviti Bercerita

Belajar Sambil Bermain

Melaksanakan Tugasan Kumpulan

Pertandingan Antara Kumpulan

Dalam minggu ini, apa yang diharapkan selain dari menekankan tentang kemahiran berfikir dan kreativiti di kalangan murid, akhirnya murid mampu bekerjasama secara kolaboratif bagi menghasilkan persekitaran kelas yang seronok untuk mereka belajar.

Setiap sudut dan bahan yang terhasil adalah dari daya usaha dan kekreatifan murid itu sendiri dan kumpulannya. Di sini peranan guru hanya sebagai pembimbing dan fasilitator sahaja, memberi tugasantugasan kepada muridnya ke arah mencapai matlamat minggu kedua ini.

Pada akhir minggu ini, murid-murid telah diberi peluang bekerja dalam kumpulan untuk menghasil matlamat yang ingin dicapai iaitu:

Kelas Saya Yang Bersih, Ceria dan Seronok Untuk Belajar.

1-7

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Ketiga-Bulan Ke-3 : Kami Seronok Belajar Dengan Keyakinan Penggunaan Pendekatan Tematik dalam Pengajaran dan Pembelajaran PENDEKATAN TEMATIK

Pendekatan tematik adalah usaha untuk mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran yang kreatif dengan menggunakan tema. Guru sepatutnya menggalakkan murid mengambil bahagian secara aktif dan fizikal dalam proses pembelajaran kerana kanak-kanak dengan semula jadi belajar dengan cara membuat

Aspek mengkaji dan meneroka dengan menggunakan deria (melihat, mendengar, merasa, menghidu, menyentuh) juga patut digalakkan. Pembelajaran yang semulajadi kepada kanak-kanak adalah pembelajaran secara membuat dan mengalami sendiri sesuatu aktiviti itu.

Guru mesti mencuba untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang bererti kepada murid supaya mereka bukan sahaja ada elemen seronok tetapi juga untuk mencetuskan minat ingin tahu dan seterusnya mencari maklumat dengan sendiri. Pengalaman-pengalaman seperti ini membina kemahiran, menambahkan keyakinan dan juga pengetahuan yang khas akan menyediakan mereka untuk kehidupan harian mereka. Murid juga sepatutnya diberi peluang untuk berdikari, meneroka dan mengalami untuk dan bagi diri sendiri.

PENDEKATAN TEMATIK BAGI PROGRAM TRANSISI

Pendekatan tematik bagi Program Transisi boleh dijalankan berperingkat. Proses pembelajaran secara tematik menolong kanak-kanak berfikir secara kreatif dan kritikal sementara belajar. Pendekatan ini membolehkan perkembangan minda dan pemikiran dalam keadaan yang mencabar dan menyeronokkan dan pada masa yang sama, menepati hasil pembelajaran dan keperluan-keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan PelajaranTahun Satu.

1-8

Tajuk 4
Cadangan Aktiviti Dan Teknik
Minggu Pertama Minggu Kedua Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

1-9

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU


Tema Program Transisi:
KAMI MURID TAHUN SATU (Minda Cerdas , Mata Bercahaya)

Tajuk 4

MINGGU PERTAMA
CADANGAN AKTIVITI

MINGGU KEDUA

MINGGU KETIGA-BULAN KE-3


CADANGAN AKTIVITI a. Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan melalui pendekatan tematik, bersepadu dan bermain dalam kumpulan b. Membaca, menulis, mewarna dan bekerjasama untuk tiga perkembangan utama iaitu perkembangan kognitif dan bahasa, Psikomotor dan fizikal serta sosio emosi c. Mengaplikasi apa yang dipelajari ke dalam kehidupan seharian

CADANGAN AKTIVITI a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. Pemupukan Kumpulan Pergerakan motor kasar Motivasi Pembentukan tingkah laku Main sambil belajar Belajar sambil meneroka Aktiviti Kognisi Aktiviti Bahasa Aktiviti Estetika & Daya Kreatif Aktiviti Keagamaan Aktiviti Ketatanegaraan Pemupukan sosial emosi

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Dinamika Kumpulan Pemupukan kumpulan Pengukuhan sosialisasi Pergerakan motor halus Main sambil belajar Motivasi diri Belajar sambil meneroka Pemupukan kreativiti Pemupukan nilai murni

TEKNIK
1. 2. 3. 4.

TEKNIK
Simulasi kumpulan Main Peranan Bercerita: Teknik Sebab dan Akibat Kerja Kumpulan : Teknik Mencita-citakan Kejayaan 5. Pertandingan antara kumpulan
1. 2. 3. 4. 5.

TEKNIK
Pendekatan Tematik Kerja Berkumpulan Berpusatkan pelajar Simulasi kumpulan Main peranan

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Simulasi kumpulan Main Peranan Kerja Berpasangan Kerja Kumpulan Pertandingan antara kumpulan Bercerita dan Teknik Awan TOC

1-10

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (Cadangan)

Selepas Minggu Pertama, murid :

1. Mengenali dan membina hubungan mesra di kalangan kanak-kanak dan antara kanak-kanak dengan guru dalam masa yang singkat; 2. Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi; dan 3. Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran di sekolah baru.

Hari SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

ISNIN

Komponen Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas

Jangka Masa Pengurusan Kelas

Perhimpunan

Pengurusan Kelas

II

Pengurusan Kelas

Pembinaan Pasukan *(Modul 9)

Aktiviti Fizikal: Pergerakan Kreatif *

Sukaneka

Aktiviti Fizikal: Lakonan Cerita *

III

Dinamika Kumpulan * (Modul 9 Tajuk 1)

Melawat Kawasan Sekolah

Kesedaran Tentang Budaya Sekolah Melawat Kawasan Sekolah

Bercerita: Teknik Awan TOC (Nilai Kerohanian dan Nilai Murni) * (Modul 8)

Bercerita: Arnab dan KuraKura Teknik Awan TOC * (Modul 8)

IV

Mengenali Kawasan Sekolah

Nyanyian Lagu Negara Ku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah

Nyanyian Lagu

Melawat Kawasan Sekolah Nyanyian Lagu

Mewarnakan Gambar (Lukisan)

1. Contoh Aktiviti disertakan dalam Kit Program Transisi

1-11

MINGGU KEDUA PERSEKOLAHAN (Cadangan)

Selepas Minggu Kedua, murid :

1. 2. 3. 4.

Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid-murid Tahun Satu; Memupuk semangat bekerjasama dengan cara menetapkan dan mencapai matlamat yang kolaboratif; Mendedahkan murid dengan suasana pengajaran dan pembelajaran KBSR yang menyeronokkan; dan Mengesan potensi murid melalui sembilan bidang yang ditekankan dalam pendidikan Prasekolah.

Hari SELASA
Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas

Komponen

Jangka Masa

ISNIN

RABU

KHAMIS
Pengurusan Kelas

JUMAAT
Pengurusan Kelas

Perhimpunan

II

Aktiviti Fizikal Bercerita: Sebab dan Akibat *(Modul 8)

Bercerita: Sebab dan Akibat *(Modul 8)

Bercerita: Main Peranan

Kerja Kumpulan Menjalankan Tugasan * (Modul 8)

III

Aktiviti Mencita-Citakan Kejayaan * (Modul 8)

Kerja Kumpulan Belajar Sambil Bermain: Diri Saya

Kerja Kumpulan: Keselamatan Diri *(Modul 8)

Kerja Kumpulan Satu Kolaborasi Kreatif * (Modul 8)

Kolaborasi Kumpulan Kelas saya Yang Bersih, Ceria dan Seronok untuk Belajar

IV

Kerja Kumpulan Matlamat Kolaboratif (Bincang dan Rancang) Nyanyian dan Ritma: Aktiviti Fizikal Penyelesaian Masalah

Kerja Kumpulan: Menjalankan Tugasan * (Modul 8)

Kerja Kumpulan Menjalankan Tugasan * (Modul 8)

Pertandingan Antara Kumpulan Atau Kelas

* Contoh Aktiviti disertakan dalam Kit Program Transisi

1-12

MINGGU KETIGA SEHINGGA AKHIR BULAN KETIGA

Selepas Program Transisi dijalankan, murid :

1. Meningkatkan perkembangan potensi diri dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomotor dan fizikal dan sosio emosi secara beransur-

ansur dan bersistematik; 2. Menggunakan kemahiran yang ada untuk perkembangan diri yang berterusan; 3. Membina dan meningkatkan kemahiran dan potensi diri murid yang lemah dan potensi diri mereka;

4. Mengurangkan perbezaan yang ketara tentang perkembangan kognitif dan hubungan yang sosial antara murid; dan 5. Memulakan pengajaran dan pembelajaran KBSR yang bersepadu melalui pendekatan tematik.

Hari SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

Komponen

Jangka Masa

ISNIN

TEMA

Perhimpunan Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas

Pengurusan Kelas

Pengurusan Kelas

II

III

IV

VII

VIII

Sila rancang mengikut perancangan jadual waktu sekolah

1-13

Anda mungkin juga menyukai