Anda di halaman 1dari 2

Doa Awal Pagi

ِ‫ل الرّحْمَنِ الرّحِ ْيم‬


ِ ‫سمِ ا‬
ْ ِ‫ب‬
ِ‫لمُ َعلَى رَ ُس ْولِنَا المِيْ َن وَ َعلَى ءَأِله‬
َ ّ‫ وَالصّلَة ُوَالس‬، ُ‫الْـحَ ْمدُ لِ ال ِذيْ بِِنعْمَِتهِ تَِت ّم ُالصّالِـحَات‬
. ‫وَأصْحَابهِ أجْـ َمعِيْ َن‬
Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi

Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu

untuk kami meneruskan perjuangan hidup pada hari ini

dengan penuh kenikmatan dan kesejahteraan . Kami juga

bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan

diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyempurnakan

tugasan dan amanah kami dengan jayanya pada hari ini .

Ya Allah Tuhan yang memudahkan segala urusan,

Justeru kurniakanlah kami kecintaan keinginan dan

kecenderungan bekerja dengan penuh iltizam dan dedikasi

untuk mencapai kecemerlangan.

Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan

dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah

perkhidmatan yang cemerlang,

Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan ashabul kahfi ,

sehingga kami mampu menunaikan segala tanggungjawab

dan amanah menerusi kerja berpasukan ,

Suburkanlah hati-hati kami dengan berbaik sangka

,berlapang dada, bantu membantu, sokong mendokong


‫‪Doa Awal Pagi‬‬
‫‪rakan seperjuangan kami sehingga kami dapat‬‬

‫‪menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul.‬‬

‫سنَة ً َوفِي ال ِخرَةِ حَسَنَة ً َوقِنَا َعذَابَ النّار ِ‬


‫رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّْنيَا حَ َ‬
‫صلّى الُ َعلَى مُحَ ّم ٍد وَ َعلَى ءَاِل ِه وَصَحِْب ِه وَ َس ّلمَ ‪ ،‬وَالْحَ ْمدُِل ّل ِه رَبّ العَالَمِيْن‬
‫َو َ‬