Anda di halaman 1dari 3

AMALAN BERBUDI BAHASA

Anak itik matinya lemas,


Makan lenggudi di Bukit Askin
Hilanglah bahasa kerana emas,
Tak tampak budi kerana miskin.

Saya tidak menanam nenas.


Tanam kepaya di dalam padi,
Saya tidak memandang emas,
Budi bahasa yang saya cari.

Perigi dikatakan telaga,


Tempat budak berulang mandi,
Emas merah ada berharga,
Budi Bahasa bernilai abadi.

Pucuk nipah kelibatan,


Terletak mari di tepi pantai,
Biarlah rosak dalam lipatan,
Jangan rosak kena pakai.

Perabu lancang dari Petani,


Naik ke darat membeli kain,
Buah macang serupa keuini,
Rupanya sama rasanya lain.

Petikan pantun diatas jelas menunjukkan kepentingan berbudi bahasa dalam kalangan
masyarakat. Marcapada ini, masalah gejala sosial dalam kalangan remaja semakin hebat
diperkatakan di media massa seperti televisyen dan akhbar. Hal ini jelas menggambarkan amalan
berbudi bahasa dalam masyarakat kita semakin luntur. Walaupun kerajaan telah melancarkan
pelbagai program dan kempen kesedaran seperti Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni
yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berrhormat Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi, pada 11 Januari 2005 yang lalu ,namun perkara ini dilihat masih gagal
untuk membina budi bahasa dan jati diri masyarakat yang kian terhakis dalam arus
pascamodenisasi .
Persoalannya siapakah yang bertanggungjawab dalam memupuk amalan berbudi bahasa dalam
kalangan masyarakat khususnya golongan belia?

Ibubapa merupakan dua individu yang memainkan peranan penting dalam mempelopori
sikap berbudi bahasa yang di uar-uarkan oleh kerajaan. Ia amat perlu dipraktikkan seumur bayi
di dalam buaian. Bagi memastikan keadaan ini berkekalan, ibubapa hendaklah sentiasa
memantau perkembangan anak-anak disamping menerapkan nilai-nilai murni sebagai asas
tunggak budaya kita. Sebagai misalan, ibubapa boleh menceritakan kepada anak-anak mereka
tentang kehebatan perjuangan tokoh- tokoh Islam di masa lalu yang taat dalam melaksanakan
ajaran agama dan budaya mereka yang memberi faedah serta berjiwa terbuka terhadap kritikan
supaya menjadi perangsang kepada mereka untuk dicontohi. Seterusnya para ibu hendaklah
sentiasa peka dan mengawasi anak-anak daripada membaca buku, majalah-majalah atau
menonton filem-filem yang kurang sihat kerana ini boleh mempengaruhi jiwa dan
mengakibatkan gejala yang tidak baik terhadap perkembangan peribadi anak-anak.

Kehidupan di bandar banyak mempengaruhi jiwa anak-anak terutama remaja yang


sedang membesar. Semua aspek perlu diketahui dan diambil kira untuk dijadikan sebagai kayu
ukur dalam mengharungi kehidupan yang mencabar ini. Oleh itu, dengan berbekalkan budi
bahasalah maka remaja masa kini dapat melangkah setapak ke hadapan dengan penuh keyakinan.
Budi bahasa yang dipamirkan dengan baik dapat membantu remaja memperolehi sesuatu dengan
jayanya. Disamping itu, remaja akan disanjung tinggi kerana budi pekertinya itu dan akan
disegani oleh segala lapisan masyarakat. Bertitik tolak dari rumah hingga ke menara gading
amalan berbudi bahasa membawa berkat dan dapat membina kerjaya yang cemerlang. Sebagai
contoh, fenomena yang melanda negara sekarang adalah fenomena hedonisme yang sangat
menarik perhatian remaja. Hal ini berkaitan dengan seorang artis muda yang mempunyai aura
yang luar biasa iaitu Asmawi bin Ani. Jika dilihat pengaruhnya adalah sesuatu yang
menakjubkan. Beliau bukan sahaja diminati oleh para gadis dan peringkat dewasa malahan
kanak-kanak juga turut meminatinya sehinggalah ke peringkat menteri. Mengapa hal ini boleh
terjadi? Kita kupas semula kehidupannya. Beliau seorang yang cukup sederhana dalam segala
hal tetapi akibat didikan yang sempurna dan penuh dengan budi bahasa yang tinggi serta
berbekalkan ilmu agama yang cukup membolehkan beliau menjalani hidup dengan lebih matang
lagi. Beliau disanjungi dan disayangi kerana baik budi pekertinya sehingga dapat memenangi
hati banyak pihak yang telah lama dahagakan sifat sebegitu yang sepatutnya ada pada setiap
masyarakat

Kepentingan amalan budi bahasa perlu disemai sejak kecil lagi kerana kanak-kanak lebih
mudah dididik kerana kanak-kanak baru mula mengenal dunia dan masih hijau dalam menilai
kehidupan. Pepatah ada mengatakan, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Maka mendidik
anak itu biarlah dari kecil supaya tidak menyesal dikemudian hari dan menghindari dari segala
gejala buruk serta musibah yang tidak diketahui wujudnya. Seperti kata pepatah melayu ’malang
tidak berbau’
Sesungguhnya, kehidupan akan lebih bermakna dengan memiliki pekerti yang baik,
seperti kata bidalan, ‘benih kalau baik walau tercampak ke lautan pasti akan menjadi pulau’.
Didiklah anak-anak dengan budi bahasa yang baik supaya menjadi ikutan dan pahatkan di hati
mereka nilai-nilai ketimuran supaya kelak mereka mampu menggalas tanggungjawab membina
kemajuan negara seterusnya menjadi perintis kepada wawasan 2020.

(676 Patah perkataan)

Oleh,
NUR AMIRAH BT MUHAMMAD FAIZAL
4 LK/TK

Anda mungkin juga menyukai