Anda di halaman 1dari 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesilapan ejaan dan satu kesilapan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap


ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Latihan 1

i. Pada abad yang serba maju ini, muncul pelbagai masaalah dalam
masyarakat dan kadangkala [kadang kala] mencapai tahap yang
dibimbangkan [kebimbangan].
ii. Antara [di Antara] kebaikan berkerja sendiri adalah kebebasan [bebas]
memilih tempat kerja dan membuat keputusan.
iii. Zat protin [protein] boleh terdapat [didapati] daripada telur, ikan, susu,
dan daging.

Latihan 2

i. Liza melangkah teratur kehadapan [ke hadapan] pentas apabila namanya


diumomkan [diumumkan] sebagai pemenang
ii. Industri pelancungan [pelancongan] telah menjadi industri terpenting
mendasari [berdasarkan] Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
iii. Persatuan pengguna [Pennguna] disarankan agar memainkan peranan
dalam meningkatkan sosio ekonomi [sosioekonomi] negara.

Latihan 3

i. P. Ramlee merupakan tokoh lagenda [legenda] yang diagung [teragung]


dalam sejarah seni negara.
ii. Darsawasa [dasawarsa] ini, proses perlaksanaan [pelaksanaan] projek-
projek kerajaan sangat lancar.
iii. Penduduk kampung telah bergotong-royong memperbesarkan
[memperbesar] warong [warung] di tepi jalan.

Latihan 4

i. Masyarakat perlu menyedari [disedarkan] dengan apa-apa cara juga supaya


mereka dapat menerima teuri [teori] baru dalam pembangunan negara.
ii. Para pemimpin negara digalakan [digalakkan] untuk menggunakan system
komunikasi yang tulus [telus].
iii. Kerajaan harus menghadkan [mengehadkan] permit cafeteria siber bagi
mensejahterakan [kesejahteraan] masyarakat umum.

Latihan 5

i. Wang penebudan [penebusan] sebanyak RM1 juta telah diserahkan kepada


para pencolek [penculik] oleh orang kaya itu subuh tadi.
ii. Abang kelihatan terpesuna [terpesona] melihat kejelitawan [kejelitaan]
gadis yang diperkenalkan oleh kakak kepadanya.
iii. Pemilik kedai alatulis [alat tulis] yang baru dibuka itu telah mengadakan
pertandingan cipta [mencipta] logo untuk dijadikan logo kedainya.

Latihan 6

i. Untuk dijadikan [menjadi] pelajar yang cemerlang, kita mestilah memiliki


motivasi dan displin [disiplin]yang tinggi.
ii. Golongan wanita wajar [sewajarnya] memainkan peranan dalam
pembangunan negara dan tidak tinggal di cerok [ceruk] dapur sahaja.
iii. Ayah membawa adik ke kelinik [klinik] untuk mendapatkan rawatan doctor
apabila mendapat [mendapati] badan adik dijangkiti ruam panas.

Latihan 7

i. Dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pilihan [pemilihan]
Cikgu Syarif sebagai bendahari baharu di sokong [disokong] sebulat suara
oleh semua ahli.
ii. Antara ajenda [agenda] yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah
masalah pelajar yang sering memonteng [ponteng] sekolah.
iii. Berita hari ini tersiar [menyiarkan] insiden dua orang buruh binaan maut
akibat terkena kejutan eletrik [elektrik].

Latihan 8

i. Ibu bapa tidak harus merasa [berasa] malu untuk memberitahu guru
kaunseling di sekolah anak mereka belajar sekiranya anak mereka mempunyai
tanda-tanda terlibat dengan penyalah gunaan [penyalahgunaan] dadah.
ii. Tiga buah helicopter polis digunakan untuk membuat pemantauan di
sepanjang lebuhraya [lebuh raya] pada setiap musim perayaan bagi
memperketatkan [memperketat] kawalan dan memastikan pergerakan lalu
lintas berjalan lancar.
iii. Ketua jurulatih tersebut melahirkan rasa kecewa akan pencapaian kontingen
[kontijen] negara dalam Sukan SEA XXII di Vietnam lalu kerana gagal
memenuhkan [memenuhi] sasaran kutipan emas yang diletakkan pada
temasya dwitahunan itu.

Latihan 9

i. Sesuai dengan usaha kerajaan menggalakan [menggalakkan] pelancongan


domestic untuk mengurangkan pengaliran wang ke luar negara, pemilihan
bercuti di Plau Pangkor bakal menjanjikan cuti [percutian] yang menarik.
ii. Program khusus bagi menjaga kebajikan ibu tunggal di negara ini melalui
Belanjawan 2005 yang baharu diumumkan jelas menunjukkan keprihatinan
kerajaan terhadap masalah yang ditanggong [ditanggung] oleh golongan
yang terpaksa mengemudi sebuah keluarga secara keseorangan
[beseorangan].
iii. Sikap bertolerasi [bertoleransi] penting untuk mempastikan [memastikan]
keharmonian hidup berjiran.

Anda mungkin juga menyukai