Anda di halaman 1dari 2

PENYELENGGARAAN PARIT LADANG DEFINISI Kawasan penanaman pokok sawit kelapa sawit di kawasan berpaya (gambut) mestilah mempunyai

sistem perparitan dan saliran yang baik dan sempurna, supaya paras air di dalam parit ladang dapat dikekalkan pada paras lebih kurang 75 cm dari paras permukaan tanah.

OBJEKTIF 1. Melambatkan pemendapatan tanah gambut 2. Membekalkan air untuk kegunaan pokok kelapa sawit. PIAWAIAN i. Ukuran atau saiz parit perlu sesuai dengan jumlah air yang ada di kawasan terlibat Jenis Parit Parit Ladang Parit Mengumpul Parit Besar ii. Ukuran Parit Meter Kaki 1.50 x 1.20 x 0.90 5' x 4' x 3' 1.80 x 1.50 x 1.20 8' x 6' x 4' 2.00 x 1.80 x 1.50 10' x 8' x 6

Parit yang dibina perlu bentuk " V " bertujuan mencegah berlaku tebing runtuh.

PERALATAN DAN BAHAN

i. ii. iii.

Mesin/ Excavator bersesuaian. Operator Excavator yang terlatih. Ketua Kerja/Penyelia.

KAEDAH i. Sebelum kerja kerja mencuci rparit dan saliran dijalankan, perbincangan dengan Pengarah Projek perlu diadakan untuk menentukan kesesuaian dan kaedah yang digunakan. ii. Paras air di kawasan parit dan saliran hendaklah dicuci kepada paras yang bersesuaian.

iii. Segala tanah mendap, sampah sarap dan kayu di dalam parit hendaklah dibuang seperti berikut: Parit 5' x 4' x 3' mendapan tanah dan sampah sarap dibuang ke tepi kiri dan kanan parit sekurang kurangnya 2' dari tepi parit yang telah dicuci dan diratakan. Parit 8' x 6' x 4' dan terusan tanah ditanah dibuang di tepi paltform dan diratakan.

Parit 10' x 8' x 6' Tanah tanah yang dikorek hendaklah dibuang dalam kawasan ladang dan diratakan. iv. Parit yang dicuci mestilah berkeadaan lurus dan bersih di mana alairan aliran air keluar masuk bebas dari halangan. v. Saiz bucket yang digunakan hendaklah mengikut saiz parit yang hendak dicuci dan berbentuk. Bentuk V - Parit 5' x 4' x 3' Semi Drum - Parit 8' x 6' x 4' dan terusan vi. Kerja kerja yang telah akan diperiksa atau diukur bersama di antara pihak pengurusan ladang dengan pemborong dengan mengguna pakai prosedure Estet. vii. Saiz parit yang perlu dicuci dan kekerapan untuk diselenggarakan adalah seperti berikut:

Jenis parit Ukuran Parit ( kaki ) Kekerapan Parit Ladang 5' x 4' x 3' 25% setiap tahun Parit Mengumpul 8' x 6' x 4' Setahun sekali Parit Utama 10' x 8' x 6 Setahun sekali