Anda di halaman 1dari 10

DERITA PERTAMA

Rangkap sajak Maksud sajak


Adam adalah bapa kita Nabi Adam merupakan bapa kepada semua manusia. Baginda
yang tercampak dari seberang dunia tercampak ke dunia kerana telah melanggar perintah Tuhan agar
kerana mencari syurga tidak makan buah khuldi.
di celah buah khuldi.

Waktu terlantar di dunia baru Ketika tiba di dunia ini, hari sudah tengah malam. Baginda rasa sunyi
hari tengah malam dan bersendirian. Baginda tidak mempunyai sebarang teman untuk
ia tidak mengerti apa yang terjadi berbual atau berbicara.
mulutnya bisu.

Ia melihat sekeliling Baginda berasa cemas dan takut kerana keadaan gelap. Benda-
mulai merasa cemas akan kegelapan benda di sekelilingnya begitu asing kerana baginda tidak pernah
segumpal awan hinggap ke kening melihatnya.
ia tidak tahu apakah itu.

Sepanjang malam ia tercengang Baginda berasa sedih dan kesal atas perbuatannya namun segalanya
dari hatinya mengalir sungai duka telah terlewat. Baginda mula berasa risau apabila memikirkan apa
bagaimana akan kutempuh rimba kegelapan yang perlu dilakukan untuk menempuh hidup baru di dunia ini.
tubuh seorang. Tambahan pula baginda hanya keseorangan di dunia ini.

Sepanjang malam air matanya Baginda terharu dan sedih menghadapi derita pertamanya di dunia
membelah muka bulan. ini. Baginda menangis sepanjang malam.

Jawab soalan-soalan berikut berpandukan sajak di atas.

i) Apakah maksud “dari hatinya mengalir sungai duka”?

ii) Sekiranya kita telah melakukan suatu kesalahan, apakah tindkan yang patut kita ambil?

iii) Jelaskan unsur imejan yang terdapat dalam sajak ini.

iv) Apakah keslahan yang telah dilakukan oleh Nabi Adam? Apakah kesan daripada tindakan baginda itu?

v) Mengapakah sajak ini diberi judul Derita Pertama?

vi) Apakah unsur pengajaran yang terdapat dalam sajak ini?

vii) Bagaimanakah keadaan Nabi Adam semasa berada di dunia?

viii) Apakah mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca melalui sajak ini?

ix) Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak ini.


Jawapan soalan kefahaman sajak Derita Pertama

i) Apakah maksud “dari hatinya mengalir sungai duka”?

• Perasaan penyajak sangat sedih.


• Tidak mampu ditahan-tahan lagi.

ii) Sekiranya kita telah melakukan suatu kesalahan, apakah tindkan yang patut kita ambil?

• Meminta maaf apabila menyedari bahawa kita telah berbuat salah terhadap seseorang.
• Meminta keampunan daripada Tuhan yang Esa dan berdoa agar kesalahan itu diampunkan.

iii) Jelaskan unsur imejan yang terdapat dalam sajak ini. (Imejan ada kaitan dengan deria)

• merasa lemas akan kegelapan.


• sepanjang malam ia tercengang.
• dari hatinya mengalir sungai duka.
• ia melihat sekelilingnya.

iv) Apakah keslahan yang telah dilakukan oleh Nabi Adam? Apakah kesan daripada tindakan baginda itu?

• Nabi Adam telah melanggar perintah Allah dengan memakan buah khuldi yang dilarang akibat pujukan iblis.
• Peristiwa ini membuatkan baginda terusir dari syurga dan dicampakkan ke dunia.

v) Mengapakah sajak ini diberi judul Derita Pertama?

• Hendak menegaskan tentang pengalaman baru yang pertama kali terpaksa dihadapi.
• Pengalaman hidup yang menderita merupakan pengalaman yang pertama kerana selama ini Nabi Adam
berada di syurga yang hidup baginda memang bahagia, seronok dan gembira.

vi) Apakah unsur pengajaran yang terdapat dalam sajak ini?

• Manusia harus berfikir secara rasional dan bertindak dengan bijak untuk menghadapi masalah.
• Kita janganlah terlalu mengikut perasaan apabila berdepan dengan masalah.
• Kita janganlah terpengaruh dengan hasutan danpujukan syaitan.
• Kita hendaklah tabah dan redha menghadapi dugaan hidup.

vii) Bagaimanakah keadaan Nabi Adam semasa berada di dunia?

• Nabi Adam berada dalam keadaan yang sedih.


• Baginda menangis sepanjang malam.

viii) Apakah mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca melalui sajak ini?

• Memberi amaran supaya sentiasa mematuhi perintah Tuhan.


• Memberi nasihat supaya sentiasa tabah menghadapi apa sahaja masalah hidup.
• Menasihati kita agar tidak mudah terpengaruh dengan pujukan seseorang yang tidak dikenali.

ix) Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak ini.

• Manusia memerlukan kawan atau teman untuk hidup.


• Manusia perlu petunjuk (hidayah) daripada Tuhan untuk menjalani kehidupan di dunia ke arah jalan yang
benar.
JALAN-JALAN RAYA KOTAKU

Sajak Maksud
Saban waktu sepanjang perjalanan Penyajak meluahkan rasa kesal beliau terhadap sikap
jalan-jalan raya kotaku sesetengah pengguna jalan raya yang tidak bertimbang
lewat senja begini rasa, tidak sabar dan tidak bertolak ansur ketika berada
tika gerimis menabur benih di jalan raya. Keadaan bertambah buruk apabila mereka
menerima kehadiran warga kota terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika hujan
lemas dalam kesabaran gerimis pada waktu senja.
lelah meresahkan
dengan luka parah di hati.

Ketidaksabaran membengkak Pengguna jalan raya bersikap sombong, tidak sabar dan
kesombongan merajai setiap ruang dipengaruhi emosi akibat perasaan bosan semasa
semakin padat dengan emosi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Mereka
kebosanan menggigit pangkal rasa. semakin jemu dengan kehidupan sedemikian yang tiada
penyelesaiannya.

Demikian etika di perjalanan Pengguna jalan raya semakin kehilangan nilai-nilai murni
budi luhur warga kotaku seperti sopan santun, berbudi bahasa dan bertimbang
tidak lagi berlaku rasa akibat tekanan hidup di kota. Sebaliknya sikap
yang hadir adalah keserakahan mereka menjadi kasar, angkuh dan terburu-buru kerana
memacu menghimpun kekuatan dikuasai hawa nafsu yang menggugat peradaban
menghakis sopan santun manusia.
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.

Jalan-jalan raya kotaku Penyajak menggambarkan jalan raya yang dijadikan


adalah gelanggang kebuasan medan melepaskan perasaan, bersikap biadap dan tidak
perlumbaan kebiadaban bertanggungjawab. Keadaan itu jelas menunjukkan
para pesakit bahawa nilai kemanusiaan semakin terhakis dalam
kemanusiaan semakin mandul kalangan masyarakat di kota yang serba moden dan
pada penghujung musim. canggih ini.

Jawab soalan-soalan berikut berpandukan sajak di atas.

i) Bagaimanakah perasaan pengguna jalan raya sebagaimana yang digambarkan dalam sajak ini?

ii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan warga kota berasa tertekan?

iii) Jelaskan pengajaran yang terdapat dalam sajak ini.

iv) Apakah kesan daripada tindakan pengguna jalan raya ini?

v) Apakah maksud ‘personifikasi’? Berikan contoh berdasarkan sajak di atas.

vi) Apakah maksud, “kemanusiaan semakin mandul”?

vii) Mengapakah penyajak berkata jalan raya itu gelanggang kebuasan ?

viii) Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak ini.


Jawapan soalan kefahaman sajak Jalan-jalan Raya Kotaku

i) Bagaimanakah perasaan pengguna jalan raya sebagaimana yang digambarkan dalam sajak ini?

• Hilang kesabaran.
• Berada dalam keadaan letih dan gelisah.
• Menanggung pelbagai penderitaan.

ii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan warga kota berasa tertekan?

• Kos hidup yang tinggi.


• Bekerja keras untuk mencari pendapatan tambahan untuk menampung kos hidup yang tinggi.
• Kesesakan di jalan raya.
• Wujud persaingan dalam semua lapangan hidup – pekerjaan mahupun perniagaaan.
• Hubungan kekeluargan yang longgar.

iii) Jelaskan pengajaran yang terdapat dalam sajak ini.

• Kita hendaklah sabar apabila menghadapi masalah hidup.


• Manusia perlullah mengawal nafsu.
• Kita haruslah sentiasa mengamalkan budi bahasa.
• Kita hendaklah bertolak ansur dan bersimpati terhadap orang lain.

iv) Apakah kesan daripada tindakan pengguna jalan raya ini?

• Pemandu akan memandu sesuka hati.


• Mengakibatkan kemalangan jalan raya.
• Kemalangan akan mengakibatkan kecederaan atau mengorbankan nyawa.
• Boleh menyebabkan kerugian harta benda.

v) Apakah maksud ‘personifikasi’? Berikan contoh berdasarkan sajak di atas.

• Personifikasi bermaksud memberi sifat-sifat manusia kepada benda-benda bukan manusia.


• Contoh personifikasi: gerimis menabur benih, ketidaksabaran membengkak, kesombongan merajai,
kebosanan menggigit pangkal rasa, kemanusiaan semakin mandul.

vi) Apakah maksud, “kemanusiaan semakin mandul”?

• Hilang amalan nilai-nilai murni.

vii) Mengapakah penyajak berkata jalan raya itu gelanggang kebuasan ?

• Orang ramai menjadikan jalan raya sebagai gelanggang perlumbaan haram.


• Warga kota mempamerkan sikap biadab dan tidak berperikemanusiaan di jalan raya.

viii) Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak ini.

• Manusia kota sombong dan tidak bersopan santun.


• Manusia kota bertindak berlandaskan nafsu.
• Kehidupan di kota tidak membahagiakan.
DUHAI PENTAFSIR

Sajak Maksud
Pentafsir, Penyajak membuat pernyataan bahawa dia telah lama
sebenarnya telah lama kucari mencari arah dan kebenaran dalam kehidupannya, tetapi
suaramu yang sarat masih belum ditemui. Usia yang semakin bertambah
ke mana jatuhnya gema itu? menyebabkan penyajak hampir terlupa peristiwa-
di manakah tempat istirahat peristiwa silam yang dilaluinya.
setelah pengembaraan yang penat
di manakah telah kaurakamkan
pertemuan matahari,rimba dan lautan?
Senja ini menemuiku Sewaktu usia semakain tua, penyajak masih meneruskan
dengan lusuh catatanmu pencariannya. Banyak hasil tulisan yang dibaca dan
angin yang sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar- diteliti sehingga seakan-akan kajian yang dikaji menjadi
lembar buku lusuh. Pertambahan usia memberi peringatan kepada
sedang aku belum ketemu penyajak bahawa sisa-sisa usia semakin singkat. Tetapi
surat yang kau tuliskan padaku. masih mencari-cari petunjuk yang benar daripada
pencipta-Nya.
Telah hilangkah ia Penyajak menjadi keliru dalam mencari petunjuk Ilahi dan
Atau kau tidak pernah menulisnya hakikat kebenaran kehidupan ini. Penyajak diburu resah
Ah, aku tidak bisa tidur dan melupakan oleh sejarah silam kehidupannya yang beronak dan
Racun keresahan telah membunuh lenaku berliku. Penyajak mula sedar kesilapan dan kelalaiannya
Sejak kau dahagai penawar dalam lautan nota-notamu yang menyimpang daripada petunjuk Ilahi. Dia berasa
Kiranya terdampar dalam angin yang ragu kerugian kerana membiarkan masa mudanya begitu
Yang tidak mengenal arah tiupannya sahaja tanpa berusaha mengenal Tuhannya.
Angin tanpa sabar yang telah melunturkan
Kehijauan dalam keriangan masa kecilku.
Pentafsir, musim telah terlalu tua Usia penyajak semakin tua, penglihatannya semakin
kaca jendela menjadi kelabu kabur dan tubuh menjadi semakin lemah. Tetapi penyajak
dan aku telah terlalu lesu tetap berusaha untuk mendapatkan perlindungan dan
untuk menari bersama bayang-bayangmu keredaan Tuhan dalam kehidupannya yang semakin
senja pun semakin larut singkat. Penyajak ingin meninggalkan semua kejahilan
lembar-lembar menjadi semakin kuning dan melupakan sejarah silamnya. Namun begitu dia
apakah aku harus mengebumikan buku-buku ini masih ragu akan penerimaan Tuhan terhadap keinsafan
di samping pusaramu yang sepi. dirinya.
Hentikan ejekanmu Penyajak menyatakan keyakinannya untuk keluar
biar kupecahkan kaca ini daripada keraguan dan kesangsiannya. Penyajak
melihat keluar. Lalu mengenal membuat tekad dan menyerah diri mencari keredaan
rumpun-rumpun yang redup Tuhan untuk mencari ketenangan jiwanya.
adalah pengakuanmu, Tuhanku!
yang menjernihkan mataku.

Jawab soalan-soalan berikut berpandukan sajak di atas.

i) Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam sajak ini?

ii) Nyatakan nilai yang terdapat dalam diri “aku” dalam sajak ini?

iii) Apakah maksud, “telah lama kucari”?

iv) Bagaimanakah keadaan ”aku” dalam sajak ini?

v) Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak ini.

vi) Apakah kekurangan yang disedari oleh ”aku” dalam sajak ini?

vii) Berikan satu contoh personifikasi dan satu contoh metafora yang terdapat dalam sajak ini.
Jawapan soalan kefahaman sajak Duhai Pentafsir

i) Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam sajak ini?

• Harus beribadat sejak kecil.


• Harus mula membaca kitab suci sejak kecil lagi.
• Harus meluangkan masa untuk mendengar khutbah para ulama.

ii) Nyatakan nilai yang terdapat dalam diri “aku” dalam sajak ini?

• Cintakan agama. Contohnya, penyajak berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah.
• Keinsafan. Contohnya, penyajak mengakui kesilapannya pada masa dahulu.

iii) Apakah maksud penyajak dengan, “telah lama kucari”?

• Perjalanan hidup atau pengalaman menempuh liku-liku hidup atau pedoman hidup.

iv) Bagaimanakah keadaan ”aku” dalam sajak ini?

• Usia yang telahlanjut / tua / uzur.


• Kesangsian dan keraguan terhadap ilmu yang telah dipelajarinya.
• Kebenaran yang tidak diamalkan.

v) Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak ini.

• Penyesalan terhadap kesilapan yang pernah dilakukan.


• Kesedaran untuk mendekati Tuhan.
• Kesedaran untuk mendalami ilmu agama.

vi) Apakah kekurangan yang disedari oleh ”aku” dalam sajak ini?

• Kehausan ilmu agama sudah tidak ada.


• Tidak teringin untuk membaca dan memahami kandungan kitab suci.
• Tidak berpuas hati dengan pengetahuan agama yang ada padanya.

vii) Berikan satu contoh personifikasi dan satu contoh metafora yang terdapat dalam sajak ini.

• Personifikasi: angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku.


• Metafora: racun keresahan.
ANAK LAUT

Sajak Maksud
Segar angin laut Tiupan angin yang segar mengingatkan seorang nelayan
mengembalikan rindunya pada kolek tua kepada sampanya yang kecil ketika turun ke laut.
bagai buih kecil terapung di air Dengan menaiki sampan itulah dia mencari rezeki di laut
menjaring sedikit rezeki dengan menangkap ikan, ketam , sotong dan udang.
dan sisik ikan Walau bagaimanapun pendapatannya tidak mencukupi
kulit ketam kerana hasil tangkapannya kurang.
kepala sotong
dan
kaki udang yang bersimpati.

Seperti kolek terdampar di pasir Keadaan sampan usang yang tersadai di pasir pantai,
menampakkan urat jalur-jalur tua samalah juga dengan keadaan nelayan tua. Nelayan
anak laut itu sudah dapat menerka yang sudah tua dapat menduga bahawa saat
langkahnya hampir tiba kematiannya sudah hampir tiba.
pada muara Pencipta.

Jawab soalan-soalan berikut berpandukan sajak di atas.

i) Apakah yang dirindui oleh penyajak?

ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil untuk membantu para nelayan?

iii) Apakah itu asonansi dan simile? Berikan satu contoh untuk asonansi dan satu contoh untuk simile.

iv) Apakah maksud, “seperti kolek terdampar di pasir”?

v) Pada pendapat anda, mengapakah nelayan tua sangat merindui laut?

vi) Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam sajak ini?

vii) Gambarkan keadaan anak laut.

viii) Mengapakah pekerjaan sebagai nelayan dikaitkan dengan kemiskinan?

ix) Apakah persoalan yang terdapat dalam sajak ini?


Jawapan soalan kefahaman sajak Anak Laut

i) Apakah yang dirindui oleh penyajak?

• Penyajak rindu akan kehidupannya sebagai nelayan.


• Penyajak rindu akan suasana di tengah laut semasa menangkap ikan.

ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil untuk membantu para nelayan?

• Mewujudkan suatu badan khas untuk membantu nelayan membeli peralatan menangkap ikan dan membaiki
perlatan yang rosak.
• Menyediakan pusat perkhidmatan nelayan untuk membantu nelayan yang menghadapi masalah.
• Memberikan khidmat nasihat tentang proses pinjaman.
• menghapuskan peranan orang tengah dan pemborong yang suka mengaut keuntungan.
• Membantu nelayan memasarkan hasil tangkapan mereka terus kepada pembeli.
iii) Apakah itu asonansi dan simile? Berikan satu contoh untuk asonansi dan satu contoh untuk simile.

• Asonansi ialah pengulangan bunyi vokal dalam baris yang sama.


• Simile ialah perbandingan tidak langsung dengan menggunakan kata-kata bak, seperti, umpama, bagai,
ibarat dan sebagainya.
• Contoh asonansi: menampakkan urat jalur-jalur tua. (pengulangan huruf vokal a)
• Contoh simile: seperti kolek terdampar di pasir.

iv) Apakah maksud, “seperti kolek terdampar di pasir”?

• Sampan itu tersadai di pantai kerana tidak berguna lagi. Penyajak juga berpendapat dirinya tidak berguna lagi
kerana tidak turun ke laut seperti biasa untuk menangkap ikan.
v) Pada pendapat anda, mengapakah nelayan tua sangat merindui laut?

• Sepanjang hidup semasa usia mudanya dihabiskan di laut untuk mencari rezeki.
• Laut menyimpan suka duka hidupnya kerana beliau telah lama menjadi nelayan.
vi) Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam sajak ini?

• Kita mestilah bekerja untuk meneruskan hidup.


• Manusia haruslah beriman kepada Allah dan menerima segala ketentuan-Nya.
• Tanggungjawab harus dilakukan dengan sempurna hingga ke akhir hayat.

vii) Gambarkan keadaan anak laut.

• Nelayan tua.
• Semakin tua usianya.
• Dapat menduga bahawa saat kematiannya sudah hampir.

viii) Mengapakah pekerjaan sebagai nelayan dikaitkan dengan kemiskinan?

• Hasil tangkapan sedikit.


• Hasil dijual dengan harga yang rendah.
• Orang tengah mengeksploitasi nelayan.
ix) Apakah persoalan yang terdapat dalam sajak ini?

• Kehidupan seorang nelayan yang dihimpit kemiskinan.


• Keberanian seorang nelayan meredah laut yang luas.
• Kegigihan seorang nelayan untuk mencari rezeki.

DI RUANG GEMANYA

Sajak Maksud
Telah kurangkumkan rebah setiaku Penyajak menumpahkan seluruh taat setianya kepada
pada setiap pilu dan rindu negaranya yang tercinta. Sepanjang perjuangan
melayang dan mengembang menuntut kemerdekaan daripada penjajah, penyajak
ke hayat gemilang. Sejak itu telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, namun
tidak kukesal lagi penyajak tidak berasa kesal akan tindakannya itu.
Goda dan duga
Di gerimis senja.

Telah kupahatkan lelah umurku Sepanjang hidupnya penyajak sentiasa mencurahkan


Pada setiap kerikil dan debu bakti dan berusaha untuk memastikan negaranya bebas
Datang dan menghilang daripada masalah. Setelah dia berusaha penyajak tidak
Ke hujung kenang. Sesudah itu lagi berasa hampa dan kecewa kerana negaranya kini
Tidak kukenal lagi telah mencapai kemerdekaan.
Hampa dan derita
Di guruh pagi.

Gerimis senja guruh pagi Penyajak ingin menyampaikan mesej bahawa dugaan
Adalah titipan maya dan cabaran itu merupakan perkara biasa dalam
Bakal kukongsikan hati mengharungi liku-liku hidup. Penyajak juga bersedia
Mengukir tadbir di ruang gemanya. berkongsi pengalamannya dengan anggota masyarakat
yang lain dan bersama-sama mencurahkan usaha , idea
dan tenaga untuk membangunkan negaranya yang
tercinta.

Jawab soalan-soalan berikut berpandukan sajak di atas.

i) Apakah perubahan yang berlaku dalam diri “aku”?

ii) Apakah mesej penyajak kepada pembaca?

iii) Pada pendapat anda apakah kesannya jika rakyat sesebuah negara tidak taat kepada negara?

iv) Apakah persoalan yang terdapat dalam sajak ini?

v) Apakah perwatakan penyajak dalam sajak ini?

vi) Huraikan bentuk sajak ini.


Jawapan soalan kefahaman sajak Di Ruang Gemanya

i) Apakah perubahan yang berlaku dalam diri “aku”?

• Berubah sikap menjadi manusia yang taat kepada negaranya.

ii) Apakah mesej penyajak kepada pembaca?

• Perlu mempertahankan kemerdekaan negara.


• Perlu mempertahankan negara daripada nacaman musuh.
• Menjamin kehidupan yang harmoni dalam negara.

iii) Pada pendapat anda apakah kesannya jika rakyat sesebuah negara tidak taat kepada negara?

• Dijajah oleh musuh.


• Kemerdekaan negara akan hilang.
• Kehidupan rakyat menjadi susah.
• Kebebasan sudah tidak ada lagi.
• Maruah bangsa tergadai.

iv) Apakah persoalan yang terdapat dalam sajak ini?

• Kesanggupan untuk menghadapi apa juga rintangan untuk membuktikan kesetiaan kepada negara.
• Memberikan sumbangan tenaga dan idea untuk menjamin kegemilangan negara.
• Rintangan dan dugaan merupakan perkara biasa dalam kehidupan manusia.

v) Apakah perwatakan penyajak dalam sajak ini?

• Seorang yang bersemangat patriotik.


• Berani mempertahankan tanah air.
• Ikhlas memberikan sumbangan untuk membangunkan negara.

vi) Huraikan bentuk sajak ini.

• Ada tiga rangkap.


• Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sekata.
• Bilangan suku kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara 3 – 5 perkataan.
• Rima akhir sajak ini ialah aabcdef, aabacde, abab….
• Sajak ini berbentuk bebas kerana tidak terikat dengan puisi tradisional.