Anda di halaman 1dari 10

Bab 2 : Guru dan Perundangan Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) Akta Pendidikan

an 1996

1.0 Pengenalan Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) diadakan dengan tujuan untuk memastikan profesion guru ini akan sentiasa di pandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat. Dalam konteks pendidikan setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan ini atau sekurang-kurangnya pernah membaca kandungan peraturan ini yang telah dibuat pindaan pada tahun 2002. Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.

MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN BERAMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB

YANG MELAKUKAN KESALAHAN/ MELANGGAR PERATURAN DIHUKUM

RASIONAL PERATURAN TATATERTIB

MELETAKKAN KEPENTINGAN AWAM LEBIH UTAMA DARIPADA KEPENTINGAN MEREKA SENDIRI

MENJAGA IMEJ PERKHIDMATAN AWAM

2.0 Tatakelakuan yang ditegah sama sekali BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 PERKARA 4A 7 11 12 13 15 16 17 18 20 21 24 PP 2/2009 LARANGAN GANGGUAN SEKSUAL SALAH GUNA DADAH MENYENGGARA TARAF HIDUP MELEBIHI DARIPADA EMOLUMEN RASMI DAN PENDAPATAN PERSENDIRIAN YANG SAH MEMINJAM WANG / MENJADI PENJAMIN KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS MEMINJAMKAN WANG DENGAN BUNGA PENGLIBATAN DALAM PASARAN NIAGA HADAPAN CABUTAN BERTUAH DAN LOTERI PENERBITAN BUKU BERDASARKAN MAKLUMAT TERPERINGKATPENERBITAN BUKU BERDASARKAN MAKLUMAT TERPERINGKAT PENYUNTING AKHBAR / MAJALAH / JURNAL KEGIATAN POLITIK : Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi / Kumpulan Pengurusan dan Professional TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA CUTI / KEBENARAN / SEBAB YANG MUNASABAH SKIM CEPAT KAYAABATAN

Melalui tugasan ini saya akan menfokuskan ulasan kepada Peraturan 4A (Gangguan Seksual) 3.0 Isu salahlaku Sebuah artikel bertarikh Ogos 2009,(Kosmo! Online) berjudul Rogol, cabul murid dalam makmal yang dikarang oleh Adham Shadan telah dimuat turun dari laman web Kosmo Online. Menurut sumber artikel, kes ini berlaku di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan di Pasir Puteh, Kota Bharu dimana seorang guru lelaki berusia 29 tahun yang mengajar Sains dan Bahasa Cina di sekolah tersebut telah didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan di makmal sains di antara pukul 8 pagi hingga 3 petang. Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa mencabul kehormatan mangsa di tempat sama pada pukul 12.15 tengah hari 17 Ogos 2009 mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK)
2

iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan. Tertuduh didapati bersalah oleh Hakim Rofiah Mohamad selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kedua-dua tuduhan itu. Dalam penghakimannya, Rofiah mengatakan dia mengambil kira kepentingan awam serta hubungan tertuduh dengan mangsa sebagai guru dan murid dalam menjatuhkan hukuman. Kata Rofiah Selepas mendengar hujahan pihak pendakwa dan pembela, saya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan sebatan bagi kesalahan merogol serta tiga tahun penjara dan dua sebat bagi kesalahan mencabul. Hukuman itu hendaklah dijalankan berasingan, kata Rofiah.

4.0 Faktor berlakunya isu

TIDAK MEMAHAMI PERATURAN PEGAWAI AWAM

TANGGUNGJAWAB RAKAN SEJAWAT / PENTADBIR

FAKTOR PENYEBAB ISU

MEMAHAMI DAN MENGETAHUI PERATURAN TETAPI TIDAK MENJADI AMALAN

TEKANAN EMOSI

4.1 Tidak memahami peraturan pegawai awam Jika diamati peraturan-peraturan pegawai awam digubal untuk menjaga kelakuan penjawat awam semasa menjalankan tugas mereka sebagai pendidik. Mereka perlu akur kepada semua peraturan yang telah di tetapkan apabila mereka bersetuju menjadi seorang penjawat awam. Seseorang itu juga perlu memahami akibat yang boleh berlaku kepada dirinya apabila sesuatu peraturan itu tidak dipatuhi. Sekiranya setiap warga pendidik boleh memahami peraturan-peraturan ini dengan baik kejadian seperti isu di atas dapat dielakkan 4.2 Memahami dan mengetahui peraturan tetapi tidak menjadi amalan Ramai juga guru yang sedia maklum mengenai adanya peraturan sebagai pejawat awam namun masih juga ada segelintir darinya mencabul sebahagian daripada peraturan tersebut. Mereka percaya tiada tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka serta menggangap kesalahan yang mereka lakukan adalah kecil. Pelanggaran terhadap beberapa peraturan yang biasa dan kecil ini akhirnya membawa kepada pelanggaran peraturan yang lebih besar serta melibatkan banyak pihak atau sehingga dikenakan tindakan mahkamah.. 4.3 Tekanan emosi Pada masa yang sama, saya juga berpendapat bahawa kes guru terlibat dalam kes salah laku berpunca daripada tekanan emosi atau lebih dikenali sebagai stres. Dengan perkembangan yang pesat pada abad ke21 ini, guru di sekolah bukan sahaja menghadapi cabaran dalam menguruskan perihal pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malah golongan tersebut juga menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Dalam proses menjalankan tugas dan tanggungjawab, guru kian menghadapi halangan, kesuntukan masa, perselisihan faham antara guru dan sebagainya. Justeru, tekanan emosi sememangnya berlaku jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi. Dalam
4

kes yang dirujuk, guru lelaki tersebut mungkin telah mengalami tekanan emosi yang mana pada akhirnya menyebabkan dia bertindak terpesong daripada etika kerjaya sebagai seorang guru. Stres yang hasil daripada tekanan kerjaya berkaitan yang menyebabkannya mengalami kekangan dalam menyelesaikan ketidak-seimbangan yang berlaku dalam dirinya. Kita faham bahawa kecelaruan dalam diri seseorang akan membawa kepada tindakan yang berada pada luar jangkaan diri sendiri yang amat berbeza dengan personaliti asalnya, dimana guru terbabit mungkin mencabul murid perempuan berkaitan walapun dirinya sendiri tidak sedar bahawa dia sedang melakukan salah laku terhadap muridnya. 4.4 Tanggungjawab rakan sekerja dan pentadbir Pihak pentadbir dan rakan sejawatan dilihat tidak mengenal pasti rakan sejawatan mereka yang mempunyai masalah di tempat kerja mereka. Tindakan seseorang yang keterlaluan atau melampau tentulah bermula dengan tindakan yang sederhana atau ringan. Kejadian yang

mencemarkan nama baik institusi perguruan ini tidak terjadi secara tibatiba. Pentadbir dan rakan sejawat sudah pasti dapat mengenal pasti perubahan tingkah laku rakan atau anak buah mereka kerana merekalah yang berada hampir dengan pesalah itu. Jika masalah rakan mereka dibiarkan berlarutan, maka sudah pasti kejadian seperti ini lambat laun akan berlaku. Nama baik sekolah, pentadbir dan guru akan terlibat sama walaupun pelakunya hanyalah seorang.

5.0 Implikasi Isu 5.1 Kewibawaan profesion perguruan menurun Tugas seorang guru masih di pandang tinggi oleh masyarakat selain dari doktor dan peguam Namun, apakah pandangan ibu bapa di luar persekitaran sekolah yang mengharapkan guru menjadi penggantinya, melihat kes-kes salah laku yang berlaku di kalangan guru di sekolah? Adakah masyarakat di negara kita akan terus menyanjung, menghormati dan mempercayai profesion perguruan sebagai suatu jawatan yang mulia apabila guru-guru sekarang terjurus untuk terbabit dalam salah laku?
5

Realitinya, peningkatan kes-kes salah laku melibatkan guru-guru di sekolah telah menyebabkan ibu bapa dan masyarakat negara kita memandang sinis terhadap profesion perguruan. Mereka tidak yakin dengan kebolehan guru seluruh negara dalam mendidik anak-anak mereka walaupun hanya disebabkan oleh tindakan salah seorang guru di Malaysia. Nampaknya, pengaruh yang dibawa oleh permasalahan tidak mematuhi peraturan penjawat awam terhadap profesion perguruan di Malaysia adalah begitu luas sehingga menjejaskan imej semua guru di negara kita. Malah sesetengah pihak telah melabelkan profesion ini sebagai pilihan terakhir setelah tiada kerjaya profesional yang lain atau disebabkan ingin mengelakkan diri daripada menganggur. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

5.2 Kualiti pendidikan akan terjejas Apabila kes salah laku didedahkan di media masa, tempiasnya akan terkena di semua sekolah di Malaysia. Bagaimana nasib guru yang berkhidmat sepenuh hati terhadap perkhidmatan dan kerjaya mereka? Bagaimanakah nasib guru yang berusaha bersungguh-sungguh

mencurah bakti dan tenaga tanpa mengira kedudukan dan masa demi meningkatkan kualiti pendidikan di bandar atau di luar bandar? Mereka juga secara umumnya akan dikiaskan dengan kejadian tersebut. Bagi mereka yang masih baru dalam dunia pendidikan pula akan lebih menumpukan perhatian kepada peraturan-peraturan dan batasan antara murid dan guru daripada memikirkan cara bagaimana memartabatkan bidang pendidikan itu sendiri. Secara umumnya masalah itu akan lebih banyak dibincang dan diperkatakan dikhalayak ramai menyebabkan tugas sebenar seorang guru tergendala dan diabaikan. Dilema inilah yang membawa kepada kemerosotan pendidikan itu sendiri.

5.3 Guru menerima lebih banyak tekanan Bebanan tugas guru sememangnya diakui semakin meningkat saban tahun. Adakah guru sanggup menanggung satu lagi bebanan yang dilontarkan oleh masyarakat keatas mereka? Sudahlah kemudahan dan infrastruktur di sekolah masih kekal seperti mana asal sekolah itu
6

didirikan, sistem pengurusan yang sudah lapuk serta pelbagai ragam pentadbir, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri, kini profesion mereka pula dijadikan isu dan perbualan. Adakah disebabkan beberapa isu yang terpencil masyarakat guru pula yang tidak ada kena mengena dengan isu tersebut akan menerima arahan yang terbaru dari pihak kementerian. Seharusnya masyarakat harus bersimpati dengan masyarakat guru. Beribu-ribu orang guru telah berdedikasi untuk mencipta kejayaan yang cemerlang untuk sekolah dan pelajarnya, namun usaha ini kurang ditonjolkan kepada masyarakat daripada kes yang melariskan penjualan akhbar sahaja.

6.0 Cara mengatasi masalah ini

CARA MENGATASI MASALAH SALAHLAKU GURU

MENINGKATKAN SISITEM PEMANTAUAN DAN BIROKRASI

MEMPERKASAKAN PERANAN KELAB STAF

PERANAN PIBG YANG PROFESIONAL DAN BERINTEGRITI

KURSUS, LATIHAN DAN MOTIVASI BERTERUSAN

MEMFOKUSKAN TANGGUNGJAWAB GURU

MENGINTEGRASIKAN PERANAN MASYARAKAT DENGAN SEKOLAH

7.0 Kesimpulan Sebagai rumusan kepada ulasan-ulasan yang telah dikemukakan, Peraturanperaturan pegawai awam sebenarnya diwujudkan dengan hasrat untuk membentuk tingkah laku positif dan membaiki potensi sesetengah individu pada
7

satu-satu masa. Peraturan-peraturan pegawai awam juga bertujuan mengawal tingkah laku para profesional agar lebih beretika dalam bidang yang diceburi dan pada akhirnya membimbing para profesional ke menara berjaya suatu hari nanti. Begitu juga keadaannya dalam kerjaya guru. Dengan adanya Peraturanperaturan pegawai awam, para guru di Malaysia akan dapat merujuk dan mendapatkan garis panduan untuk menjadi seorang guru yang

bertanggungjawab dan berakauntabiliti terhadap semua pihak termasuk pelajar, ibu bapa, masyarat dan Negara serta rakan sejawat.

Pada masa yang sama, adalah wajar bagi setiap individu bagi memahami bahawa pelaksanaan Peraturan-peraturan pegawai awam bukanlah untuk membebankan individu yang terlibat dalam profesion tersebut. Tujuannya seperti yang dinyatakan sebelum ini, sesungguhnya adalah untuk membantu dalam guru yang berkhidmat dalam bidang pendidikan untuk menjadi lebih komited, dan dapat memupuk akauntabiliti dalam menjalankan kerja atau profesion beliau. Dengan pemahaman tentang kepentingan kewujudan etika kerja, maka diharapkan guru-guru di Malaysia akan lebih menyedari keperluan diri mereka mematuhi peraturan seperti yang tertera bagi menjaga imej profesion guru serta memelihara kelancaran dalam pelaksanaan sistem pendidikan di negara kita.

8.0 Refleksi tugasan Sewaktu menerima tugasan Bab 2 : Guru dan Perundangan iaitu Peraturanperaturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) saya beranggapan tentulah tugas ini sukar dan penuh cabaran. Namun setelah mendengar penjelasan dari pensyarah, saya merasa lega apabila dapat menyatakan pandangan dan pengalaman sebagai guru dalam tugasan ini. Sewajarnya sesiapa pun akan merasa gusar apabila ada peraturan yang dikhususkan untuk mereka. Bagi yang berpandangan positif, tentulah ada rasionannya sesuatu peraturan itu digubal. Seorang guru yang mulia perlu ikhlas dalam tugas mereka. Biar pun tanpa pujian dan sanjungan tugas ini lebih puas dilaksanakan apabila kejayaan itu dizahirkan oleh murid-murid itu sendiri. Walau sebanyak mana masalah yang dihadapi, guru yang mulia ini akan tetap dedikasi dengan tugasnya. Saya juga menyedari cabaran guru di abad ke 21 ini amatlah berbeza dari guruguru yang terdahulu. Namun setelah 18 tahun bergelar pendidik saya semakin bersemangat untuk terus berbakti kepada anak-anak didik saya kerana merekalah yang akan menjadi pewaris negara ini di masa hadapan. Merekalah harapan kita untuk menjulang nama Malaysia di persada dunia. Saya akan sentiasa bersikap positif dengan segala kritikan dan sentiasa mengawal emosi dalam setiap tindakan. Persediaan awal adalah langkah terbaik mengatasi masalah ini. Saya akan sentiasa ingat bahawa guru adalah seorang yang profesional ketika menjalankan tugasnya. Saya juga sintiasa berdoa agar kejadian seperti murid-murid menjauhkan dirinya dari guru tidak berlaku ke atas diri saya dan guru-guru yang lain juga. Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) diujudkan bukanlah bertujuan untuk menyekat kreativiti dan inovatif guru. Pintu berkarya sentiasa terbuka luas untuk guru memajukan diri, bangsa dan negaranya. Sama-samalah kita memperbaiki setiap kelemahan yang ada dan sentiasa komited dengan tugas yang telah diamanahkan.

LARANGAN MUTLAK
10