Anda di halaman 1dari 36

Page 1

Tajuk cerpen
Marah yang merana ..

Kisah ini memaparkan sikap seorang bapa yang menyesali perbuatannya terhadap anaknya setelah mengetahui kesilapannya Tetapi

Page 1

Penyesalan itu telah terlambat Kerana ..

Page 2

Suatu hari si anak yang baru berumur 3 tahun terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan .

Page 3

Dicuba pada kereta baru ayahnya. Ya. Kerana kereta itu berwarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.

Page 4

Hari itu, ibu dan bapanya bermotorsikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena satu perayaan.

Page 5

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari pembantu rumah.

Page 6

Pulang petang itu..terkejutlah pasangan itu melihat kereta yang baru dibeli setahun dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, Siapa punya kerja ni?

Page 7

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambahtambah melihat wajah bengis tuannya.

Page 8

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan Tak tahu..! duduk di rumah sepanjang hari, kau tak tahu, apa kau buat? herdik si isteri lagi.

Page 9

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.

Page 10

Dengan penuh manja dia berkata Ita buat ayahcantik kan! katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalutalu tapak tangan anaknya.

Page 11

Si anak yang tak mengerti apaapa terlolong-lolong kesakitan sekali gus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu hanya mendiamkan diri, mungkin bersetuju dan rasa puas dengan hukuman tersebut.

Page 12

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa. Si bapa cukup rakus memukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya

Page 13

Selepas itu si bapa masuk ke rumah diikuti si ibu. Pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya masuk ke bilik. Dilihatnya tapak tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu.

Page 14

Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula tererit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak kecil itu tidur bersama pembantu rumah.

Page 15

Keesokannya kedua-dua tangan anak kecil itu bengkak. Pembantu rumah mengadu. sapukan minyak gamat tu! balas tuannya, bapa si anak kecil.

Page 16

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Page 17

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. Ita demam jawab ringkas pembantunya

Page 18

Bagi minum panadol itu. Balas si ibu.

Page 19

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Page 20

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

Page 21

Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5 siap kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.

Page 22

Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik, doktor memanggil ibu dan bapa si anak kecil itu.

Page 23

Tiada pilihan katanya mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana cedera yang terjadi sudah terlalu teruk. Ia sudah bernanah. Demi nyawanya, tangan perlu dipotong dari siku ke bawah kata doktor.

Page 24

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak.

Page 25

Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Page 26

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan.

Page 27

Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.

Page 28

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Page 29

Dengan seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dengan linangan air mata. AbahMama..Ita tak buat lagi.

Page 30

Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat. Ita sayang abahsayang mama. Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

Page 31

Ita juga sayang kak Narti.. katanya memandang wajah pembantu rumah, sekali gus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Page 32

Abahbagilah balik tangan Ita. Buat apa ambilIta janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi, katanya bertalu-talu.

Page 33

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati, namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia yang dapat menahannya.

Page 34

Apa yang anda dapat dari kisah ini?

Page 39

Demikianlah untuk Pengajaran ... Kasihilah anak Setiap ketika