Anda di halaman 1dari 1

Abu

Al-Rayhan Muhammad ibn

Al-Biruni

(973M 1048M)

SEJARAH H IDUP

Beliau dikatakan hidup sezaman dengan Ibnu Sina. Beliau memberikan pengaruh besar
dalam tamadun Islam terutama dalam bidang matematik, astronomi, fizik, botani, geografi,
mineralogy dan sejarah. Karya-karya beliau ditulis dalam bahasa Parsi dan kemudiannya
diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.

Beliau fasih berbahasa Parsi, Arab, Sanskrit, Hebrew, Yunani dan Turki. Beliau banyak
menghabiskan masanya di Ghazni (kini Afghanistan) dan pada tahun 1017M beliau merantau

Al-Biruni merupakan manusia pertama di

ke benua India di mana beliau merupakan penyumbang besar mengenai ilmu-ilmu sains India

Timur Tengah yang menyatakan kemungkinan

kepada tamadun Islam ketika itu.

teori bahawa Bumi beredar mengelilingi

JEJARI B UMI

Matahari walaupun ianya merupakan ulangan


apa yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran.

Al-Biruni juga menekankan pendapatnya
bahawa orbit-orbit planet kebanyakannya
berbentuk elips bukannya bulat seperti yang
dinyatakan oleh kebanyakan ahli-ahli ilmuan
sebelumnya. Dan pendapatnya ini terbukti
benar dengan kemunculan teori-teori saintis
moden masa kini.

Antara sumbangan terbesar Beliau ialah penemuan nilai


jejari bumi dengan menggabungkan teori Geometrid an
Trigonometri yang dipelopori daripada tamadun India.

Dengan menggunakan alatan yang bernama Astrolabe
untuk mengukur sudut, Beliau Berjaya mendapatkan nilai
jejari bumi dengan hanya mengambil beberapa bacaan
daripada kaki dan puncak sebuah bukit pada ketika itu.

SUMBANGAN-SUMBANGAN L AIN
Astronomi
Kegunaan ilmu Astronomi dalam kegunaan seharian misalnya membuat kalendar, waktu solat,
pasang surut air laut dan kedudukan kiblat dari beberapa tempat-tempat utama di atas dunia
menggunakan peta dunia ciptaan Al-Biruni. (Gambar paling atas ialah gambaran peta dunia Al-
Biruni.
Mineralogi
Penemuan nilai-nilai ketumpatan bagi beberapa mineral penting dunia seperti air, emas, tembaga,
Loyang, besi dan plumbum. Nilai-nilainya agak sama dengan apa yang dijumpai saintis moden.
Matematik
Teori dan amali Aritmetik, nisbah, teori Archimedes dan Geometri.

Anda mungkin juga menyukai