Anda di halaman 1dari 3

Belum sedia menjadi isteri

- Last Updated (23 Apr 2008 : 12:06 PM)

Soalan
64

Apa
hukum sekiranya si suami menyuruh si isteri pulang tetapi si isteri
memohon melanjutkan tempoh untuk pulang sesudah 2 minggu berjauhan?
Alasannya nak berurut di sana dan mak mertua ingin mengubatkan si
isteri dengan kata dia boleh jamin keselamatan si isteri disana.

Apa hukum
si isteri keluar dengan sepupu(perempuan status bujang) pada waktu
malam ke fun fair tanpa keizinan suami dan hanya meminta izin mak
ayah si isteri? Alasannya si isteri ingin meluangkan masa dengan sepupu
sebelum balik ke pangkuan si suami dan tempat ke fun fair bukannya
maksiat.

Apa hukumnya
si isteri mengundang atau pelawa masuk ke rumahnya tanpa si suami
walaupun adik tiri(satu mak lain ayah), sepupu dan bapa mak saudara?

Perlukah
si suami lepaskan si isteri (cerai) kerana si suami tidak mahu menanggung
dosa si isteri lakukan?

Jawapan

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:22 August, 2009, 12:26
-

Seorang
isteri perlu menurut setiap perintah suami selagi perintahnya tidak
bertentangan dengan hukum syarak. Oleh itu, isteri wajib pulang sekiranya
suami perintah kerana ia bertentangan dengan kehendak suami melainkan
suami mengizinkan isterinya untuk terus berubat.

Mengikut
hukum syarak, isteri wajib meminta kebenaran suami dalam apa jua perkara
kerana syurga bagi seorang isteri di bawah tapak kaki suaminya.Isteri
tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suami walaupun dengan keizinan
kedua ibubapanya kerana isteri sepenuhnya dibawah tanggungjawab seorang
suami.

Isteri
tidak boleh mengundang atau mempelawa orang lain ke rumah tanpa keizinan
suami walaupun keluarga sendiri. Walaubagaimanapun, isteri boleh mengundang
atau mempelawa ibubapa masuk ke dalam rumah jika mereka datang apabila
suami tiada di rumah.

Seharusnya
http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:22 August, 2009, 12:26
wujud perbincangan di dalam sesuatu perkahwinan. Sekiranya isteri
nusyuz atau engkar maka suami perlu menasihatkan dan memintanya agar
berubah. Jika isteri tidak berubah pengasingan tempat tidur boleh
dilakukan. Jika isteri masih degil suami bolehlah memukul isteri dengan
syarat untuk mengajar isteri dan ia tidak boleh menyakitkan isteri
samada dengan menggunakan senjata, tangan atau sebagainya. Jika isteri
masih lagi nusyuz atau engkar, maka terpulanglah kepada suami. Perkara
yang nyata dalam hal ini, suami perlu menasihati isterinya. Jikalau
isteri masih enggan, maka dosa tersebut terletak pada dirinya.

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:22 August, 2009, 12:26

Anda mungkin juga menyukai