Anda di halaman 1dari 1

Rujuk

- Last Updated (30 Apr 2008 : 03:50 PM)

Soalan 68

Saya
bercerai selama 3 tahun, kerana suami tidak adil berpoligami. Baru-baru
ini bekas suami mahu berbaik semula dan berjanji akan berlaku adil. Memikirkan
anak-anak dan saya yang masih sayangkan keluarga ini, saya bersetuju.
Soalannya, perlukah bekas suami meminta persetujuan daripada isterinya
dan adakah saya masih memerlukan wali untuk bernikah semula?

Jawapan

Dalam hal berpoligami,


bekas suami puan perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada
mahkamah. Kebenaran hanya diberi sekiranya hakim berpuas hati syarat-syarat
poligami dipenuhi. Bagaimanapun sebelum perbicaraan dimulakan oleh mana-mana
pihak, isteri berpeluang untuk membela diri dengan menyenaraikan makluman
samada bersetuju atau tidak bersetuju diberi tempoh untuk menyediakan
penyata pembelaan diri dan dibenarkan untuk mencadangkan apa-apa perubahan
berkaitan masa hairat pencarian, tempat tinggal, giliran hari, nafkah
diri, nafkah anak-anak dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Suami yang
ingin berpoligami disyaratkan memenuhi kehendak di bawah Peruntukan Seksyen
23(5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor iaitu:

- Poligami
adalah patut dan perlu kerana keuzuran isteri(seksual dan mental)

- Suami mampu
memberi nafkah untuk semua tanggungan dan bakal tanggungannya.

- Suami berupaya
memberi layanan sama rata kepada semua isterinya

- Poligami
tidak menyebabkan darar syarie kepada isteri sedia ada.

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:22 August, 2009, 12:39

Anda mungkin juga menyukai