Anda di halaman 1dari 46

http://hamdanmendan.blogspot.

com/2008/03/perana
n-islam-dalam-pembentukan-politik.html

Peranan Islam Dalam Pembentukan Politik Masyarakat


Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua

Kedatangan Islam sekitar abad ke 14 telah merubah satu budaya berteraskan


Hindu-Buddha kepada satu konsep yang baru di alam Asia Tenggara amnya dan
Tanah Melayu khasnya<!--[endif]-->. Berlaku perubahan-perubahan besar dalam
sejarah dan ketamadunan di rantau ini yang sekaligus mengubah dan merombak
pandangan masyarakat.<!--[endif]--> Abad 1-13 menyaksikan unsur Hindu-
Buddha begitu menguasai peradaban Asia Tenggara baik dari segi kerajaan,
politik, mitos, keagamaan, budaya dan sebagainya. Datangnya Islam membawa
satu sinar baru yang berteraskan al-Quran dan Sunnah , unsur aqli dan naqli.
Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat Islam telah memulakan satu
zaman baru di alam Melayu<!--[endif]-->. Islam turut memperkenalkan unsur
poliitk yang akhirnya menjadi elemen penyatu terutama di kalangan kesultanan-
kesultanan Melayu dalam menghadipi ancaman dan penjajahan Barat<!--[if !
supportFootnotes]--><!--[endif]-->. Hingga ke hari ini , Islam memainkan peranan
yang amat penting dalam senario poltik Melayu khasnya dan Malaysia amnya<!--
[if !supportFootnotes]--><!--[endif]-->.

Perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air serta ingin membebaskannya
daripada penjajhan disebut sebagai semangat kebangsaan. Kesedaran
kebangsaan ini ialah kesedaran yang merentasi kampung, daerah dan negeri.
Dalam konteks tanah Melayu atau british malaya seperti yang disebut oleh pihak
penjajah, maka rakyat sedar bahawa mereka berada di belenggu penjajahan
British. Peringkat akhir abd ke 19 mula menyaksikan Islam muncul sebagai
pemangkin dalam pembentukan siyasi dan semangat kebangsaan orang Melayu.

Semangat kebangsaan di tanah Melayu boleh dikesan sejak awal kurun ke 20


lagi. Iaitu setelah pihak British menguasai seluruh Tanah Melayu, dibawah sistem
pemerintahan yang dibahagikan kepada negeri-negeri Selat, Negeri-Negeri Tidak
Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu<!--[endif]-->.

Perlu ditegaskan bahawa semangat kebangsaan pada awal kurun ke 20 itu


wujud di kalangan orang Melayu. Ini kerana sehingga perang dunia kedua,
kaum-kaum cina dan kiblat mempunyai kiblat taat setia yang tidak serupa. Kiblat
taat setia orang Melayu ialah terhadap tanah Melayu, taat setia orang cina ialah
terhadap negera cina dan taat setia orang india adalah terhadap negara india.
Maka orang Melayu sahaja yang memikul tanggungjawab untuk membebaskan
tanah Melayu daripada belenggu penjajah British, pada tahap-tahap awal.
Jesteru itu, perbincangan berkisar kepada peranan yang dimainkan oleh Islam
dalam pembentukan pemikiran politik masyarakat Melayu di Tanah Melayu
sebelum Perang Dunia Kedua.

Perkembangan Islam di Tanah Melayu Mulai Akhir Abad ke 19

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

Perubahan-perubahan sosial dan ekonomi akibat dari perluasan kuasa British di


tanah Melayu dalam abad ke 19 dan awal abad ke 20 telah mempengaruhi
perkembangan politik oarng Melayu. Pembentukkan pemikiran politik di kalangan
masyarakat Melayu boleh dikatakan timbul serentak dengan mulanya gerakan
reformis di Tanah Melayu yang dipengaruhi oleh perubahan yang disalurkan oleh
masyarakat Islam di Timur Tengah. Pengaruh dari rantau itu telah memberi
impak kepada pemikiran masyarakat Melayu yang mula sedar tentang
kemunduran mereka dari aspek sosio-ekonomi berbanding dengan kaum-kaum
lain. Kesedaran ini selaras dengan kemunculan pemimpin-pemimpin
berpendidikan Arab / Timur Tengah , Melayu dan Barat yang cuba menyatukan
orang-orang Melayu dan mengusir penjajah Inggeris dari sini.<!--[if !
supportFootnotes]--><!--[endif]-->

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

Islam telah memperkenalkan sistem pendidikan baru kepada


penduduk Nusantara. Pendidikan dan ilmu pengetahuan terbuka
kepada semua lapisan masyarakat.Tetapi, sebelum kedatangan Islam
iaitu pada zaman Hindu , pendidikan dan ilmu pengetahuan hanya
dapat dimiliki oleh golongan tertentu sahaja. Dalam Hindu, pendidikan
dan ilmu pengetahuan hanya dikhaskan untuk golongan istana dan
bangsawan sahaja, manakala golongan bawahan seperti golongan
‘paria’ tidak dibenarkan mengikuti pendidikan dan ilmu pengetahuan.
Conthnya, kitab Mahabrata hanya boleh dibaca oleh golongan Brahmin
sahaja. Sedangkan dalam Islam kitab suci Al-quran wajib dibaca dan
dimiliki oleh semua manusia malah Al-Quran dijadikan pegangan hidup
umat Islam.

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

Demi mengembangkan pengetahuan , kelas-kelas mempelajari Al-Quran


diadakan hingga ke peringkat mempelajari bahasa Arab dan hukum-hukum.Pada
peringkat permulaan , pendidikan dan ilmu pengetahuan yang menggunakan
bahasa Arab menjadi suatu kesukaran kepada penduduk tempatan. Lantaran itu
lahirlah beberapa tokoh yang berusaha menterjemahkan kitab-kitab bahasa Arab
ke bahasa tempatan supaya dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.<!--
[if !supportFootnotes]--><!--[endif]--> Dalam Islam , manusia wajib belajar
tentang sebarang ilmu pengetahuan yang benar, yang diredai Allah. Sabda
Rasulullah SAW bermaksud,” Sesiapa yanag ingin kesenangan di dunia
hendaklah berilmu dan sesiapa yang ingin kesenangan dunia dan akhirat
hendaklah berilmu”. “ tuntutlah ilmu hingga sampai ke negeri China”. Ini
bermakna Islam menitikberatkan kepada pendidikan dan ilmu pengetahuan.
Dengan itu , kedatangan Islam telah mendorong penduduk tempatan Nusantara
untuk mempelajari ilmu pengetahuan.

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

Islam telah memperkenalkan pelbagai ilmu pengetahuan dunia dan


akhirat. Ilmu pengetahuan Islam adalanh berdasarkan kepada Al-Quran dan al-
Hadis. Dlam Al-Quran mengandungi ilmu pengetahuan untuk kemajuan manusia
di dunia dan akhirat. Bagi mendapat ilmu pengetahuan dan memilikinya, maka
kita hendaklah mempelajarinya dan mengkajinya serta mengikut apa yang
dikehendakinya<!--[if !supportFootnotes]--><!--[endif]-->.

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

Oleh kerana Islam menitikberatkan kemajuan dan kemakmuran dunia dan


akhirat, maka dalam Islam terdapat banyak cabang ilmu pengetahuan.
Perkembangan pendidikan dan ilmu pengetahuan berjalan serentak dengan
perkembangan Islam. Oleh yang demikian, Tanah Melayu dan Indonesia muncul
sebagai gedung Khazanah ilmu pengetahuan Islam yang terkenal di Asia
Tenggara<!--[endif]-->.

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

Sistem pendidikan pondok mula diperkenalkan oleh alim ulama’ dari Timur
Tengah sekitar awal kurun ke 19. Sistem-sistem ini mula popular terutama di
Terengganu, Kelantan dan Kedah. Sekolah pondok merupakan satu institusi
tradisioal Islam yang berkonsepkan Tarbiyyah dan memberi didikan berkenaan
hukum-hukum Islam serta ibadah.

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

Awal kurun ke 20 menyaksikan kemunculan golongan ulama’ yang digolongkan


sebagai Kaum Muda<!--[endif]-->. Selaras dengan kemunculan Kaum Muda,
muncul sistem pendidikan bercorak madrasah . Sekolah-sekolah seperti
madrasah ini telah membangkitkan lagi Islam di Tanah Melayu. Satu era baru
dalam pemikiran telah diperkenalkan oleh Kaum Muda . Hasilnya, muncul tokoh-
tokoh intelek yang lebih terbuka dan berfikiran kritis. Secara perlahan-lahan
timbul kesedaran politik dengan permulaan gerakan pemulihan Islam di tanah
Melayu<!--[endif]-->.

Golongan berpendidikan pondok merupakan antara golongan pertama yang


menyahut panggilan jihad menentang penjajahan. Peranan Islam dalam sejarah
perkembangan anti-penjajahan . Konsep jihad digunakan untuk menyemarakkan
semangat perjuangan menentang penjajah Kristian. Perkara ini diungkapkan
oleh Snouck Hurgonje :

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

“… yang harus ditakuti oleh pemerintah bukanlah Islam sebagai agama, tetapi
Islam sebagai doktrin politik.<!--[endif]-->”

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

Syed Hussein al-Attas menegaskan bahawa Islam telah mempelopori gerakan


anti-penjajahan. Aliran dan fahaman lain seperti komunisme, sosialisme dan
nasionalisme hanya datang selepas itu atau lebih spesifik ide-ide ini hanya
datang pada awal abad ke 20<!--[endif]-->.

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

Semangat anti-British yang berlaku di negeri-negeri Melayu sepanjang


penghujung abad ke 18 dan awal abad ke 20 tampak membawa ciri-ciri
keIslaman yang begitu besar. Lihat sahaja gerakan anti-British di Perak pada
tahun 1875 hingga mengorbankan J.W.W. Birch, Residen Inggeris yang pertama
itu. Ia dikatakan berkait rapat dengan ketidakpuasan hati hasil dari pentadbiran
Inggersi yang dilihat menjejaskan kedudukan agama Islam<!--[if !
supportFootnotes]--><!--[endif]-->.

Pahang pada tahun 1891 dan Kelantan menerusi Pemberontakkan Tok Janggut
1915 telah dikaitkan dengan semanagat Jihad. Unsur Islam dilihat lebih ketara di
Terengganu pada tahun-tahun 1922, 1925 dan 1928 yang dipimpin oleh Haji
Abdul Rahman Abdul Hamid <!--[endif]-->, Sayyid Sagap dan Musa bin Abdul
Ghani. Penentangan di Terengganu ini walaupun berisukan Undang-Undang
Tanah yang diperkenalkan oleh Inggeris pada tahun 1921, jelas menampakkan
pimpinan ulama’ dan tuan guru. Salah satu faktor Undang-Undang Tanah
ditentang kerana ia amat bertentangan dengan hukum pemilikan harta dalam
Isalam atau faraidh.

Peranan dan ketokohan tokoh-tokoh agama dan membangkitan perasaan anti-


British di Terengganu diakui oleh H.W. Thompson<!--[if !supportFootnotes]--><!--
[endif]--> :

<!--[if !supportEmptyParas]-->

“religious feeling has always run very high in Terengganu and it is probabble that
the religious leaders made the most of every case of hardship.<!--[endif]-->”

Penentangn ini turut dikaitkan dengan Sarekat Islam. Pertubuhan ini ditubuhkan
di Terengganu dalam dekad 1920an dan ia dipelopori leh aktivis-aktivis Sarekat
Islam Indonesia yang lari ke Terengganu akibat tekanan penjajah Belanda<!--
[endif]-->.
Gerakan Islah as-Siyasi (Politik) & al-Dirasi
(Pendidikan) di Tanah Melayu

<!--[if !supportEmptyParas]-->

Menurut Kamus Dewan , Islah membawa maksud ‘ (penyelesaian perbalahan)


dengan jalan baik atau dengan jalan damai.<!--[if !supportFootnotes]-->’ Tajdid
pula membawa maksud ‘ pembaharuan; yang menurut ulama’ Fiqah bererti
menghidupkan kembali jalan Rasul yang semakin ditinggalkan akibat amalan
bid’ah<!--[if !supportFootnotes]--><!--[endif]-->. Prof. Dr. Hassan Ahmed
Ibrahim<!--[if !supportFootnotes]--><!--[endif]--> merumuskan bahawa konsep
Islah dan Tajdid merupakan satu gerakan reformasi dunia Islam yang bukan
merupakan satu fenomena baru dalam sejarah Islam. Ini berdasarkan Nabi
Muhammad sendiri digelar al-Muslih al-Azim (Reformer Par Excellence) dan
Khulafa’ al-Rashidin ynagterkenal dengan sumbangan mereka dalam Islah dan
Tajdid<!--[if !supportFootnotes]--><!--[endif]-->. Beliau turut menekankan konsep
islah dapat dilihat disepanjang pensejarahan Islam dimana apabila umat Islam
mengalami kemerosotan (decay) akan muncul Mujadid yang akan menyeru
penghapusan amalan Bid’ah dan mengembalikan ajaran Islam kepada
asalnya<!--[endif]-->.

<!--[if !supportEmptyParas]-->

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

Gerakan pembaharuan yang berlaku di Tanah Melayu dipengaruhi oleh dua


aliran iaitu dari India dan Asia Barat. Aliran Asia Barat menampilkan fahaman
Islah yang bersumberkan pemikiran tokoh-tokoh pembaharu atau tajdid seperti
Ibnu Taymiyyah, Muhammad bin Abdil Wahab, Jamal al-Din al-Afghani,
Muhammad Abduh dan Rashid Ridha. Manakala, aliran India lebih tertumpu
sumber pemikiran Shah Waliullah al-Dahlawiyy. Walaubagimanapun, aliaran Asia
Barat atau Timur Tengah ini lebih besar pengaruhnya kerana ia telah
dikembangkan dengan gigih oleh graduan-graduan Timur Tengah terutama dari
Mesir dan Makkah. Tokoh-tokoh yang terkenal adalah Syeikh Tahir Jalaluddin,
Saiyid Syeikh al-Hadi, Syaikh Abu Bakar al-Asha’ari dan ramai lagi.
Gerakan Islah ini telah berjaya memajukan daya fikir masyarakat Islam melalui
konsep anjuran Ijtihad dan penolakan taqlid. Umat Islam diseru bersikaplebih
kritis, meninjau semula pemahaman dan amalan agama serta kembali kepada
asas al-Quran dan Sunnah Rasul. Justure itu, gerakan ini telah berjaya memberi
satu nafas baru kepada bidang pendidikan ataupun dikenali sebagai Islah Dirasi
dengan mempelopori sistem persekolahan agama. Sistem sekolah agama ini
terus menjadi satu alternatif kepada sistem pondok yang dilihat kurang
bertenaga dalam menghadapi cabaran Ummah. Reformasi pendidikan dilakukan
termasuk memperkenalkan satu sistem kurikulum yang menarik dan lebih
pelbagai dan merangkumi matapelajaran agama dan akademik. Satu perkara
yang menarik adalah penggalakkan pembelajaran bahas Inggeris , sesuatu yang
selama ini ditentang oleh sistem pondok yang menganggap ia merupakan
pelajaran orang kafir.

Selain itu, kesedaran turut diberi tentang kejatuhan dan kemerosotan


Islam, sebab-musababnya serta saranan penyelesaiannya. Seruan-seruan ini
telah mendorong orang Melayu untuk bergiat secara individu dan menubuhkan
badan-badan kebajikan yang kemudiannya meningkat kepada tertubuhnya
penubuhan badan-badan politik yang memperjuangkan kemerdekaan.

Pengaruh gerakan reformis Islam di Timur Tengah pada penghujung abad


ke 19 di Mesir telah mempengaruhi telah mempengaruhi pemikiran politik
masyarakat Melayu. Gerakan Islah atau Reformis pimpinan Sheikh Muhammad
Abduh (1804-1905)<!--[if !supportFootnotes]--><!--[endif]--> di Kaherah telah
memperjuangkan konsep Pan-Islamisme<!--[if !supportFootnotes]--><!--[endif]--
>. Muhammad Abduh pula mendesak umat Islam kembali kepada asas iaiatu al-
Quran dan al-Sunnah / Hadith . Beliau berpendapat, hanya menerusi cara Islam
yang asal dan telus sahajalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan
kemunduran sosio-politik moden<!--[if !supportFootnotes]--><!--[endif]-->.

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

Menjelang dekad pertama kurun ke 20. Gerakan reformasi Islam telah sampai ke
tanah Melayu. Gerakan ini dipelopori melalui gerakan oleh Sheikh Muhammad
Abduh dan Jamaluddin al-Afghani.
Syeikh Muhammad Abduh telah menyesuaikan prinsip-prinsip Islam menurut
kehendak zaman moden, tetapi tidak terkeluar dari prinsip dan semangat agama
Islam yang sejati. Ajaran beliau adalah berdasarkan kepada ajara allah dan rasul
seperti yang tercatit di dalam al-quran dan al-haddis. Yang diesuaikan ialah
perkara-perkara dan hal-hal takwil serta pentafsiran Islam mengenai sesuatu
pendapat atau hukum di dalam al-quran. Ajaran dan pandangan beliau di anggap
baru, prgresif dan revolusioner dan amat sesuai dengan zamannya.

Konsep pan-Islamisme telah diutarakan oleh Jamaluddin al-Afghani, seorang


pemuda reformis Islam yang radikal dan revolusioner pada akhir abad ke 19.
Konsep ii mempunyai matlamat untuk melahirkan nasionalisme yang berteraskan
agama Islam yang mengaku dan menghendaki satu bangsa yang berdasarkan
agama Islam dan sebuah negara Islam yang besatu padu dan berdaulat.

Pada masa itu juga, ramai orang Melayu yang telah pergi ke luar negeri,
tetrutamanya ke Timur Tengah untuk mempelajari agama Islam. Tidak kurang
juga yang pergi menunaikan fardhu haji. Perkembangan reformis di Timur
Tengah itu telah memengaruhi kedua-dua kumpulan tersebut. Mereka mula
menyebarkan gagasan baru kepada masyrakat Melayu berlandaskan agama
Islam.<!--[if !supportFootnotes]--><!--[endif]-->

Perkembangan di Timur Tengah merupakan sumber llham bagi pertumbuhan


kesedaran yang semain meresapi masyarakat Melayu. Keadaan ini telah
dipelopori oleh penuntut-penuntut Melayu yang telah pergi ke Timur Tengah
seperti Syeikh Tahir Jalaluddin. Sayed al-Hadi dan Syeikh Muhammad Salim al-
Kalali. Mereka berusaha menyatupadukan masyarakat Melayu berdasarkan
identiti agama Islam.

Idea Pan-Islamisma ini telah mempengaruhi pemikiran pelajar-pelajar


Melayu di Universiti al-Azhar, Mesir. Apabila mereka tamat pengajian dan
kembali ke tanahair, golongan inilah yang memulakan gerakan Islah. Pemimpin-
pemimpin utama ketika itu terdiri dari Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir
Jalaluddin. Mereka telah memulakan penerbitan majalah al-Manar serta
menyebarkan ide-ide Muhammad Abduh menerusi akhbar al-Imam<!--[endif]-->.

Al-Imam tampak mengikut langkah majalah al-Manar yang mendapat


sumbangan lidah pengarang dari majalah al-Qurwatul al-Wusta
terbitan Jamalussin al-Afghani di Paris. Al-Imam mengemukakan
betapa pentingnya pendidkan, pelajaran dan ilmu pengetahuan dan
dalam masa yang sama menyeru umat Islam membuang budaya kolot
dan fanatik<!--[if !supportFootnotes]--><!--[endif]-->. Dalam masa
yang sama ia turut menyeru umat Islam bersatu dan membangunkan
kebudayaan Islam di seluruh alam.

‘Seruan Azhar’ dan ‘Pilihan Timur’ turut diterbitkan dan majalah ‘Seruan
Azhar’ tahun 1927 mendesak penduduk Tanah Melayu menjadi lebih berani dan
tidak membiarkan Inggeris menentukan masa depan mereka<!--[if !
supportFootnotes]--><!--[endif]-->. Satu tuntutan penduduk Tanah Melayu diberi
kebebasan bercakap turut diminta dan menyeru supaya diadakan
pemberontakkan jika ia tidak ditunaikan. Majalah ini nampak bebas kerana ia
diterbitkan di luar yang jauh dari kawalan Inggeris<!--[if !supportFootnotes]--><!--
[endif]-->.

“They dealt freely with forbidden topics of nationalism and politics of the
Middle East<!--[if !supportFootnotes]--><!--[endif]-->.”

Syed Sheikh al-Hadi menerbitkan majalah al-Ikhwan di Pulau Pinang pada


tahun 1925 yang banyak memuatkan perjuangan Kaum Muda dalam isu agama
dan sosial. Menerusi majalah inilah Sheikh Tahir Jalaluddin mengemukakan
pendapat bahawa umat Islam di Tanah Melayu lemah dalam pentadbiran agama
hingga menyebabkan Inggeris begitu mudah mengambil kesempatan<!--[if !
supportFootnotes]--><!--[endif]-->. Beliau turut mengkritik pendidikan agama
yang dikendalikan oleh tokoh-tokoh agama ketika itu yang dianggap ketinggalan
zaman. Syed Sheikh al-Hadi turut memulakan gerakan Kaum Muda menerusi al-
Imam tersebut. Matlamat utama ialah untuk memajukan orang-orang Melayu dan
kembali kepada al-Quran dan Hadith. Kaum Muda juga ingin membebaskan
Islam dari kepercayaan lama yang membantutkan kemajuan. Mereka menyeru
orang Melayu menggunakan akal fikiran dalam amalan agama. Kemunduran
ekonomi hanya boleh diperbaiki menerusi pengamalan Islam yang sebenar.
Beliau pernah menegur oramg Melayu yang tidak menggunakan kesempatan
kemajuan yang dibawa oleh british untuk kepentingan diri<!--[endif]-->. Beliau
menyatakan :
“The signs of prosperity and wealth have manifested themselves because
of the fair rule of the British Government , which has attracted money from
European nations; banks have been opened here (Malaya) to serve the public;
the foreigners have used them ………….<!--[endif]-->”

Menjelang akhir kurun ke 19, terdapat sekolah-sekolah pondok, madrasah,


sekolah-sekolah Melayu dan sekolah inggeris yang disediakan bagi orang
Melayu. Sekolah-sekolah Melayu telah mula dibuka di kawasan-kawasan barat
dan selatan tanah Melayu sejak tahun 1880-an lagi. Pada dasarnya, tujuan
british bukanlah untuk melahirkan golongan cerdik pandai dikalnagn orang
Melayu. Mereka hanya ingin melihat anak-anak orang Melayu menjadi lebih
pandai sedikit daripada ibubapa mereka. Yang belajar di sekolah inggeris pula
ialah anak-anak golongan bangsawan yang ingin dijadikan oleh orang british
sebagai pegawai dan pentadbir bawahan sahaja.

Oleh kerana penyediaan sekolah-sekolah Melayu oleh orang inggeris ini bukan
satu yang ikhlas, maa tidak terdapat buku-buku teks dan kurikulum yang sesuai.
Maka surat khabar Melayu telah digunakan sebagai bahan pengajaran,
umpamanya 'Jawi Peranakan', 'Khizanah al-ilmu' dan ‘Taman Pengetahuan’<!--[if
!supportFootnotes]--><!--[endif]-->. R. J. Wilkinson selaku penyelia sekolah-
sekolah (1877-1895) mendapati bahawa surat khabar Melayu bersama
pendidikan secara amnya, telah menyumbngkan terhadap kemajuan intelek dan
material orang Melayu. Pendedahan kepada dunia luar melalui surat khabar,
telah membuka mata orang Melayu, terutamanya generesi muda terhadap isu-
isu yang mempengaruhi orang Melayu.

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

Di samping itu, pendidikan agama yang dijalankan di sekolah-sekolah pondok


dan madrasah telah mendapat sambutan hebat penduduk tempatan. Melalui
sistem pendidikan ini, mereka dapat mempertahankan nilai-nilai keIslaman
semasa kemasukan kuasa british dan kemasukan kaum ingiren. Namun
demikian sekolah-sekolah seumpama ini kurang memainkan peranan untuk
menanan semangat kebnagsaan pada tahap-tahap awal. Walau bagaimanapun,
menjelang tahun 1900, bila Islam memasuki era reformasi, maka barulah
sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah membuka minda kaum Melayu
terhadap masalah-masalah politik yang dihadapi oleh mereka di Tanah Melayu

Walau bagimanapun, Kaum Muda ini tidak menubuhkan sebarang parti politik .
perjuangan mereka adalah menerusi akhbar dan majalah yang bertujuan
membawa konsep Islah Islamiyyah. Mereka turut mengadakn perbincangan
agama atau ta’alim di masjid serta medirikan madrasah dan sekolah agama
moden. Kita dapat lihat satu perubahan ketara kerana sebelum ini sistem
sekolah agama hanya tertumpu kepada pembacaan al-Quran dan hal-hal akhirat
semata. Kemunculan sekolah agama moden seperti Madrasah iqbal al-
Islamiyyah di Singapura (1907) , Madrasah al-Hadi di Melaka (1915) dan
madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang (1916) bertujuan untuk mengubah sistem
lama. Walaupun asasnya pengajian Islam, matapelajaran lain seperti bahasa
Inggeris, Geografi, Sains dan aspek akademik lain turut diketengahkan<!--[if !
supportFootnotes]-->.

Aliran Islah dari India<!--[if !supportFootnotes]--><!--[endif]-->


pula sebenarnya turut mempengaruhi umat Islam Tanah Melayu
terutama golongan muda. Kecenderungan ke arah India
bagaimanapun tidak begitu menyerlah. Golongan ini boleh dilihat di
kalangan bekas pelajar Melayu yang belajar di India ataupun yang
pernah berguru dengan ulama-ulama India. Terdapat juga kumpulan
yang tidak pernah belajar mahupun berguru dengan ulama India tetapi
dipengaruhi oleh konsep-konsep pembaharuan pemikiran Islam India.
Golongan ini merupakan golongan intelek berpendidikan Barat tetapi
mempeljarinya melalui buku-buku oleh ahli-ahli fikir dari India yang
ditulis atau diterjemah dalam Bahasa Inggeris<!--[if !
supportFootnotes]--><!--[endif]-->.

Golongan para pelajar dari India memusatkan kegiatan mereka di Kota Bharu ,
Kelantan. Antara tokoh utamanya adalah Haji Nik Abdullah bin Haji Musa yang
dipengaruhi pengajaran Maulana Ubaidillah al-Sindhi Yang merupakan pengikut
Mujadid besar India Shah Waliullah al-Dehlawi<!--[if !supportFootnotes]-->.
Kepakaran Haji Nik Abdullah dalam soal pemikiran Islam telah mendorong
beberapa pelajar Melayu untuk belajar di India<!--[if !supportFootnotes]--><!--
[endif]-->.

Za’aba pula merupakah salah seorang tokoh yang dipengaruhi dengan


Islah dan tajdid Ahmadiyya dari India. Beliau tertarik dengan majalah ‘The Light’
terbitan Ahmadiyya di Lahore dan ‘Islamic Review’ terbitan Shah Jehan Mosque.
Penulisan Za’aba berkenaan politik kolonial Inggeris diinterpretasi sebgai bahaya
dan bernada keras terutama rencana ‘Teriak Yang Sebenar’. Rencana ini
membangkitkan semangat orang Melayu dalam membebaskan negara dari
penjajahan asing<!--[if !supportFootnotes]--><!--[endif]-->.

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

Satu asas kepercayaan kepada Islam cuba diterapkan oleh Haji Nik
Abdullah berdasarkan ajaran Islam yang rasional dan tidak berdasarkan taqlid
buta seperti yang kebiasaannya diamalkan selama ini. Konsep ini sesuai dan
selari dengan pendapat Shah Waliullah tentang kepercayaan agama dan
pertimbangan harus berlandaskan logik dan penjelasan hujah hukum syariat
yang dapat dipercayai<!--[if !supportFootnotes]--><!--[endif]-->.

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

Kemunculan Gerakan Turki Muda pimpinan Mustafa Kemal Attaturk turut


mempengaruhi kesedaran kebangsaan Melayu, Ide-ide Attaturk telah
mempengaruhi kesedaran semangat kebangsaan Melayu. Kejayaan beliau
dalam ’memodenkan’ Turki apabila mengisytiharkan Turki sebagai sebuah
republik pada tahun 1923 dianggap satu inspirasi. Ini dilihat menerusi kejayaan
Gerakan Turki Muda membangkitkan semangat kebangsaan di sana. Ekonomi
Turki telah berjaya dikuasai semula oleh orang tempatan lantas mengurangkan
pengaruh Yahudi. Kebangkitan ekonomi ini membolehkan kerajaan memberi
peluang yang luas kepada orang Turki<!--[endif]-->.

Majalah al-Imam turut menekankan kepentingan pengaruh Turki sejak


zaman kerajaan Uthmaniyyah lagi terutama semasa pemerintahan Sultan Abdul
Hamid<!--[if !supportFootnotes]--><!--[endif]-->. Malah dalam keluaran pertama
majalah tersebut, Turki dan Jepun telah dijadikan sumber ilham penentangan
kuasa barat oleh Islam dan Asia<!--[endif]-->. Tokoh Islam dari Turki iaitu Sayyid
Muhammad wajih al-Jailani turut memainkan peranan penting dalam seruan
supaya umat Islam bersatu<!--[if !supportFootnotes]--><!--[endif]-->. Pengaruh
Turki ini bukan sahaja di Tanah Melayu malah amat berpengaruh di Indonesia<!--
[if !supportFootnotes]--><!--[endif]-->. Walaubagaimanapun cubaan
pemerintahan Bani Umayyah ini gagal dengan kejayaan gerakan Turki Muda
mengambil alih tapuk pemerintahan Turki<!--[endif]-->.

Prof. Datuk Khoo Kay Kim menerangkan tentang kegiatan seorang tokoh
ulama’ bernama Haji Wan Ahmad bin Wan Ngah yang berasal dari Kelantan dan
kemudian menetap di Temoh, Perak pada tahun 1923. Beliau merupakan
pengasas al-Madrasah al-Ahmadiyyah di Temoh<!--[if !supportFootnotes]--><!--
[endif]-->. Beliau juga merupakan seorang pejuang yang radikal dalam
mendukung aspirasi pan-Islam. Ini dijalankan dengan cara mengatur perjumpaan
jemaah haji mengambil kesempatan berjumpa dengan orang-orang Turki di
Makkah untuk mempereratkan silaturahim di kalangan umat Islam. Haji Wan
Ahmad berpendapat corak pemerintahan Turki lebih sesuai berbanding Inggeris
dan beliau pernah mencabar Undang-Undang Inggeris kerana tidak selaras
dengan al-Quran<!--[if !supportFootnotes]--><!--[endif]-->.

Kejayaan yang dicapai oleh Gerakan Turki Muda dalam menentang


penguasaan kuasa asing turut mengilhamkan orang-orang Melayu seperti
Za’aba untuk melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme di tanah Melayu dan
memajukan diri dalam pelbagai bidang<!--[if !supportFootnotes]--><!--[endif]-->.

Pengaruh dari Indonesia menyemarakkan lagi semangat untuk mara dan


mengubah sikap dan diri. Akhbar Edaran Zaman dan Sinaran Zaman yang
diterbitkan oleh Syed Syeikh al-Hadi telah menggambarkan perjuangan Sarekat
Islam, sebuah pertubuhan politik yang menggunakan Islam bagi menyatukan
umat Islam di Indonesia dalam menentang penjajahan Belanda. Jadi, bolehlah
dikatakan perkembangan gerakan nasionalisme di Indonesia telah
mempengaruhi pemikiran politik penggerak nasionalis Melayu. Perkembangan
nasionalisme Tanah Melayu dilihat mula berkembang seiring dengan gerakan
nasionalis di Indonesia yakni berteraskan perjuangan menerusi Islam yang asal.

Gerakan kemerdekaan rakyat indonesia menentang pemerintahan belanda telah


memberi semangat kepada golongan Melayu yang ingikan pembebasan daripad
penjajahan british. Sareket Islam yang ditubuhkan pada tahun 1912, dengan
tujuan memelihara kebajikan dan ekonomi orang indonesia ser<!--[endif]-->ta
emnyatukan orang Islam dengan menyebarkan ajaran Islam. Parti ini amat
popular di Pulau Jawa. Parti ini mendesak penjajah Belanda supaya memberi
pemerintahan sendiri kepada rakyat Indonesia.<!--[endif]-->

Orang Melayu di Tanah Melayu amat tertarik dengan ideologi parti tersebut,
tambahan pula terdapat persamaan ketara dari segi agama, baasa dan
kebudayaan, di antara masyarakat Islam di indonesia dan mayarakat Melayu di
tanah Melayu, jadi orang Melayu di tanah Melayu mendapat banyak ilham
daripada perjuangan yang dilakukan oleh Sarekat Islam di indonesia

Di samping itu pelajar yang sedang belajar di Timur Tengah, telah berhubung
dengan peajar indonesia yang turut belajar di situ. Tujuan mereka ialah untuk
berganding dan sama-sama memperleh pembebasan dari penjajah.

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

Penilaian Gerakan Reformasi Islam dalam Politik Tanah


Melayu

Usaha golongan reformis seperti kaum Muda ini mendapat tentangan


hebat dari golongan tadisional yang lebih dikenali sebagai Kaum Tua. Wujud
konflik hebat dalam dekad 1920an antara kedua-dua golongan ini. Kaum Tua
dilihat sebgai satu golongan konservatif dan berpegang teguh kepada adat-adat
lama<!--[if !supportFootnotes]-->[58]<!--[endif]-->.

Idea islah kaum muda telah mendapat tentangan hebat dari golongan
pihak rasmi agama dan tradisional yang dikenali sebagai kaum tua. Kaum tua
menganggap idea kaum muda itu membahayakan suasana masyarakat, politik
dan agama yang sedia ada. Mereka bertindak balas denagn menerbitkan
majalah ‘Pengasuh’. Majalah ini diterbitkan oleh Majlis Agama dan Adat Istiadat
Kelantan. Oleh kerana kuatnya pengaruh kaum tua, majalah-majalah terbitan
kaum muda diharaman dibeberapa buah kerajaan negeri. Majalah-majalah ini
hanya dibenarkan dinegeri-negeri yang tidak ramai penduduk Melayu seperti di
negeri-negeri selat. Pemimpin-pemimpin kaum muda juga dilarang daripada
berucap di masjid-masjid
Konflik ini telah membawa perpecahan di kalangan umat Islam di tanah Melayu.
Umpamanya pada tahun 1925 di Kelantan, berlaku satu pergaduhan di
perkarangan masjid Kampung Laut. Pemimpin Kaum Muda yang terlibat adalah
Haji Wan Musa Abdul Samad. Perselisihan ini akhirnya telah melibatkan Sultan
Kelantan, Mufti dan majlis Agama Islam Kelantan.

Konflik-konflik yang berlaku disebabkan konsep pembaharuan melalui penulisan


telah menimbulkan rasa curiga di kalangan para pemimpin agama terutama di
Selangor, Negri Sembilan, Perak, pahamg, Johor, kedah dan Kelantan.
Perselisihan pendapat anatara dua golongan ini tlah mendapat perhatian
beberapa akhbar<!--[if !supportFootnotes]-->. Ahmad Lutfi ketika menjadi pelajar
di Mesir telah menyindir ulama menerusi penulisannya dalam Seruan al-Azhar.
Mereka dikatakan mentaati orang besar kerana mengharapkan sesuatu hingga
ke tahap menggunakan ayat al-Quran dan Hadith untuk mengukuhkan kuasa.
Akhbar ‘Saudara’<!--[endif]--> banyak memuatkan berita berkenaan gerakan
Islah Kaum Muda. Kaum Tua pula bertindak dengan menerbitkan ‘Lidah Benar’
untuk menyanggah pendapat Kaum Muda. Akhbar-akhbar lain seperti ‘Suara
Benar’ di Melaka dan majalah ‘Panduan’ di Kuala Kangsar turut memutkan
penadangan Kaum Tua. Dalam menyaingi Kaum Tua, ‘Semangat Islam’ dan
‘Edaran Zaman’ telah diterbitkan oleh Kaum Muda.

Kerajaan British pula menganggap kritikan-kritikan dan seruan Kaum Muda cuba
menghuru-harakan sistem politik Tanah Melayu. British telah bertindak dengan
melarang membawa masuk majalah dan risalah terbitan Kaum Muda di
beberapa buah negeri. Pada tahun 1925, satu peraturan baru diadakan di
Selangor dan Negeri Sembilan. Ini diikuti di perak pada tahun 1926. Peraturan ini
disertakan dengan hukuman berat kepada sesiapa yang menerbit atau mencetak
penulisan berunsur Islam tanpa kebenaran Sultan dan Majlis Agama. Mufti dan
pegawai agama Islam turut didesak menapis semua penulisan yang ada hubung
kait dengan Islam.

Sebagai satu tindak balas, novel ‘Hikayat Faridah Hanum’ telah diterbitkan oleh
Syed Syeikh al-Hadi. Novel ini menekankan kepentingan pendidikan dan
kebebasan yang lebih luas diberi kepada wanita<!--[endif]-->. Pada tahun 1934,
Maahad Ihya al-Sharif telah didirikan di Gunung Semanggul oleh Ustaz Abu
bakar al-Bakir. Maahad ini dipengaruhi oleh Kaum Muda. Antara kepentingannya
adalah peluang yang diberi kepada pelajar wanita dalam usaha tidak
mengabaikan pendidikan untuk wanita.

Walaubagaimanapun , Kaum Muda ini tidak menampakkan kematangan dalam


menggerakkan sebuah organisasi. Hanya selepas Perang Dunia Pertama
menyaksikan terdapat pelbagai persatuan dan kelab yang ditubuhkan di Tanah
Melayu terutama di Pulau Pinang , Singapura dan Melaka. Persekutuan
Keharapanan Belia pula ditubuhkan pada tahun 1916 di Johor Bharu dan pada
tahun 1918, Persekutuan Indera Kayangan ditubuhkan di Alor Setar.Tahun 1919
menyaksikan tertubuhnya Persekutuan Perbahasan Orang-Orang Islam Muar
yang bertujuan membincangkan langkah untuk memajukan orang Melayu.

Penutup

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

Idea pemulihan kaum muda yang berpendidikan arab ini mempunyai


kesan tersendiri dalam membangkitkan kesedaran petama orang Melayu
mengenai kedudukan mereka dalam sebuah masyarakat yang sedang pesat
membangun.

Islam dan Politik tidak dapat dipisahkan dalam pemikiran politik orang
Melayu hingga ke hari ini. Ini dapat dilihat menerusi senario politik masa kini
yang masih bertunjangkan konsep Islam sebagai elemen penting dalam
kepolitikan Melayu.

<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->

Kita tidak dapat lari dari membincangkan konsep islah dan tajdid
antara elemen utama dalam pembentukan pemikiran politik
masyarakat Melayu. Jelaslah , Islam memainkan peranan besar dalam
membentuk politik kita. Kemunculan pertubuhan Melayu seperti
Persatuan Sahabat Pena (1934), Kesatuan Melayu Singapura (1926)
dan Persaudaraan Sahabat Pena (1937) selepas era kaum Muda adalah
satu kesinambungan peranan Islam kerana pertubuhan ini turut
memperjuangkan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu.

Sesungguhnya dalam membentuk kesedaran plitik masayarak Melayu, dorongan


pelbagai faktor dimulakan oleh Islam itu sendiri. Malah, Islam itu sendiri
digunakan untuk menyatukan masyarakat sertu mengubah persepsi orang
Melayu terhadap Islam sebagai satu agama yang menuntut umatnya mencari
kemajuan. Dalam erti kata lain, Islam menerusi gerakan-gerakan yang ada telah
meletakkan asas dalam gerakan menentang penjajah sebelum dan selepas
perang Dunia Kedua.

http://saku30.tripod.com/sejtema3.htm

Gerakan Kesedaran

Aspek Kajian:

1. Sebab-sebab berlakunya gerakan kesedaran


a. Wujudnya peranan dan sumbangan faktor berikut:
I. peranan golongan agama
ii. peranan perkembangan bahasa dan kesusasteraan
iii.peranan para wartawan dan akhbar
iv.peranan sistem pendidikan
v.peranan golongan intelektual
vi.peristiwa dan pengaruh luar

Peranan golongan agama:


Menggerakkan pembaharuan - dipengaruhi oleh gerakan reformis Timur Tengah - Mohd Abduh.

Tujuan reformasi:

• perjuangan Pan Islamisasi


• perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah
• mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan dengan agama Islam.
• Mewujudkan dan mengembangkan media akhbar.
• Menjadi saingan golongan ortodok dan bangsawan dalam perjuangan untuk orang
Melayu.
Mendirikan madrasah dan penyebaran pendidikan agama

 Sumbangannya:
Pencetus pemikiran dan pejuang generasi baru Melayu yang berjuang untuk kesejahteraan
ekonomi dan sosial. Para pelajar didikan Melayu MPSI.
Golongan bangsawan Melayu dalam MMN dan MMP berjuang untuk kesejahteraan Melayu
bagi menyaingi golongan muda agama. Bagi mengurangkan peranan dan menyekat pengaruh
mereka supaya tidak mengatasi golongan tua.

Perkembangan bahasa dan kesusasteraan


 Pengenalan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu.

 Wujudnya pengaruh Arab dari peranan golongan agama dan bagi menggantikan
penggunaaan tulisan rumi yang diperkenalkan penjajah. Membayangkan kelunturan
budaya Melayu dalam negara sendiri.
 Kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah Melayu dan MPSI.
 Tema-tema perjuangan dan kelemahan ekonomi Melayu.

 Bahasa Melayu hilang peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan Jepun. Memperlihatkan
hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu.

 Bahasa Melayu hanya digunakan dalam Sekolah Melayu.


 Perbahasan dalam MMN dan MMP menggunakan Bahasa Inggeris.
 Pernah dibantah oleh Raja Chulan akan kepinggiran Bahasa Melayu dalam
bahasa undang-undang dan juga penggunaannya dalam MMN dan MMP.
Akibatnya wakil Melayu tiidak faham apakah yang dibahaskan.
 Sumbangannya:
1. Menyedarkan orang Melayu akan kepinggiran bangsa dan bahasa Melayu.
2. Gelanggang bagi orang Melayu melahirkan ketidakpuasan melalui karya sastera.
3. Memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam meletakkan taraf bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara selepas merdeka.
4. Melahirkan para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66.
5. Mewujudkan penubuhan persatuan yang memperjuangkan bahasa seperti PASPAM –
berjuang bagi menjadikan dan memperkasakan Bahasa Melayu seperti sebelum
penjajahan.
6. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan sebagai pembina dan
pengembang bahasa Melayu dan alat penyatuan bangsa.
7. Menyumbang ke arah pembentukan bangsa Melayu melalui penggunaan Bahasa
Melayu – tidak lagi Melayu berpecah dan dikenali dengan keturunan seperti Jawa,
Banjar, Bugis dll.

Peranan kewartawanan dan akhbar


Perkembangan:
 Menubuhkan syarikat-syarikat akhbar bagi menyebarkan berita dalam bahasa Melayu. Contoh:
Jawi Standard , Cahaya Pulau Pinang dan Tanjong Penegeri diterbitkan pada 1900 di Pulau
Pinang, Jawi Peranakan - 1876, Nujumu’l Fajar, Shamsu’l Kamar, Sekolah Melayu, Bintang
Timor, dan Warta Melayu di Singapura, Seri Perak dan Jajahan Melayu di Perak, Khizanah
Ilmu, Taman Pengetahuan.
 Pada awal abad ke-20 hingga 1940-an wujud akhbar dan majalah seperti Majlis, Majalah Guru,
Al-Imam, Warta Malaya, Al-Ikhwan , Neraca dll akhbar.
 Tulisan yang digunakan ialah Jawi kecuali Bintang Timor yang menggunakan tulisan Rumi
kerana ia diterbitkan oleh Persatuan orang-orang Cina Kristian – pengarangnya ialah Song Ong
Siang (Roff , 1975 ).
 Dimulakan oleh orang-orang Islam keturunan India yang dikenali sebagai Jawi Peranakan.
 Sejak tahun 1876 hingga 1906 sebanyak 16 buah akhbar dan majalah telah diterbitkan dengan
taburannya seperti yang berikut:
Singapura : 7 buah
Pulau Pinag : 5 buah
Perak : 4 buah

 Tujuan:
• Satu percubaan untuk melaporkan dan mengulas keadaan hidup mereka masa kini.
• Al-Imam sebagai pencetus fikiran dan sumber ilmu, pembicaraan dan perbahasan,
pengingat dan menyedarkan mereka yang lalai dan sesat serta bertujuan untuk menjaga
bangsa Melayu daripada penindasan.

 Akhbar beperanan sebagai:


• Penyebar maklumat
o Roff (1975 ) memuatkan berita-berita luar dan dalam negeri yang terbaru, menolong
memajukan pelajaran anak negeri , dan membantu memberikan keselarasan kepada
bahasa Melayu yang sedang menempuh perubahan.
o Akhbar Sekolah Melayu sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di sekolah-
sekolah kerana ketiadaan buku yang dikhaskan untuk belajar.
• Propaganda/Alat kebangkitan
o Warta Malaya dan Majlis membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap Sultan dan
pemerintahan Inggeris dalam isu Malayan Union.
• Saluran komunikasi

 Sumbangannya:
Pencetus minda masyarakat dan penyalur maklumat dalam penentangan terhadap Malayan
Union.
Memuatkan berita bagi kesedaran masyarakat tentang hak dan tanggungjawab orang Melayu
dan Islam. - Dicetuskan oleh Al-Imam, Al-Ikhwan, Saudara.
 Menjadi gelanggang kepada sasterawan.
Wujudnya tokoh wartawan seperti Rahim Kajai.
Faktor penentu bagi kemajuan kebendaan dan kecendikiawan bangsa Melayu seperti peranan
Sekolah Melayu yang membolehkan pertambahan pembaca dan memperkenalkan beberapa
generasi penuntut sekolah mempersoalkan dengan lebih meluas mengenai kehidupan orang-
orang Melayu.

Peranan Sistem Pendidikan


 Melahirkan tokoh-tokoh pejuang yang berlatar belakang agama, sosio politik,
dan politik daripada pengaruh-pengaruh Timur Tengah , Melayu dan Inggeris
seperti: Raja Chulan, Ibrahim Yaakob, Dato Onn Jaafar, Sheikh Tahir
Jalaluddin, dll pejuang Melayu.
 Penyalur idea pembaharuan dan mengenengahkan masyarakat Melayu yang
peka pada sensitiviti kaum dan layanan Inggeris.
 Sukatan dan dasar yang tidak selaras menbangkitkan ras tidak puas hati orang
Melayu terhadap layanan Inggeris.

Peranan tokoh-tokoh intelektual


 Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu dan menubuhkan UMNO bagi
menentang Malayan Union.
 Ibrahim Yaakub pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung bagi
mencetuskan ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomi orang Melayu terutama
dalam bidang pendidikan.
 Ahmad Boestaman pejuang KMM yang mencetuskan idea merdeka pada tahun 1939, tetapi tidak
menerima sambutan. Memperjuangkan ketuanan Melayu dan perkembangan sosio ekonomi serta
politik Melayu.
 Dr. Buhanudin Al-Helmi, pemimpin PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan mencari
kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
 Raja Chulan mengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu.
 Dato Abdul Rahman Andak – Dato Penggawa Dalam dapat menghalang dan melambatkan campur
tangan langsung Inggeris di Johor.

Peranan pengaruh luar


 Kemenangan Jepun terhadap Russia 1905, kemenangan Jepun mengalahkan British dalam
perang dunia kedua - mencetuskan bahawa bangsa Eropah masih boleh dikalahkan.
 Perjuangan Mahatma Ghandi dan Jawarlal Nehru menentang penjajahan Inggeris bagi
kemerdekaan India pada 1947.
 Perjuangan Sukarno dan Hatta memerdekakan Indonesia serta perjuangan bangsa Indonesia
menentang penjajah Belanda selepas tamat perang dunia kedua.
 Pengaruh gerakan reformis Islam di Timur Tengah dalam menggerakkan pembaharuan dan
penentangan terhadap penjajah. - Menggalakkan para pelajar untuk berkiblatkan Timur Tengah
bagi merangsang perjuangan dan menggunakan aliran agama untuk membebaskan negara daripada
penjajahan.
 Perubahan yang berlaku dalam PBB yang memperjuangkan kedaulatan dan keluhuran negara-
negara yang dijajah. Menggerakkan nasionalis-nasionalis negara dijajah untuk menuntut
kemerdekaan. Piagam PBB tidak membenarkan negara lain menjajah negara lain.
 Peralihan kuasa besar dunia daripada Britsih kepada Amerika Syarikat serta Russia. - Mewujudkan
Perang Dingin antara blok barat dan timur iaitu Kapitalis dan Komunis, sekutu Amerika Syarikat
dan sekutu Russia. Perlu bebaskan negara seblum dipengaruhi oleh Komunis.

Perkembangan gerakan kesedaran

Perkembangan gerakan kesedaran di Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat seperti yang
berikut:

1. Peringkat keagamaan 1906 - 1926


2. Peringkat sosioekonomi 1927 – 1937
3. Peringkat politik 1937 -1957
Peringkat keagamaan 1906 - 1926
Perjuangan kesedaran pada peringkat ini dipelopori oleh tokoh-tokoh keagamaan yang mendapat
pendidikan di Timur Tengah. Dalam mengkaji perjuangan mereka ia boleh disimpulkan seperti yang
berikut:

Konsep perjuangan:

Menyedarkan umat Islam berkenaan dengan amalan yang bertentangan dengan Islam
serta meningkatkan kesedaran perjuangan reformasi.

Matlamat perjuangan:

1. Memberi kesedaran pendapat dan idea-idea reformasi dari Timur Tengah.


2. Mengikis idea-idea ortodok dan konservatif penganut Islam di Tanah Melayu.
Tujuan reformasi:
2.1 perjuangan Pan Islamisasi
2.1.1 Menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam dan diletakkan dalam
persaudaraan Islam sedunia.
2.1.2 Menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan negara dan menggagalkan
pemerintahan berasaskan sekular yang dibawa oleh Inggeris.
2.2 perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah
2.2.1 Meletakkan cara hidup dan menjalani kehidupan berasakan Al Quran dan Sunnah
dalam semua aspek kehidupan, sama ada dari sudut politik, ekonomi, dan sosial.
2.2.2 Menyatakan bahawa kemunduran orang Melayu disebabkan lekangnya mereka
daripada ajaran Islam yang sebenar.
2.2.3 Menghapuskan amalan-amalan bidaah yang tidak dihalang oleh golongan tua. Hal
ini menyebabkan berlakunya penerusan kepercayaan yang bertentangan dan
berlebihan dalam Islam. ( Lihat penjelasan lanjut tentang sebab-sebab kepercayaan
tradisi masih diamalkan walaupun orang Melayu telah terima Islam dalam Tema
Satu)

2.3 Mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan dengan agama Islam.
2.3.1 Menjadikan pendidikan untuk semua. Dibenarkan golongan wanita untuk
mendapatkan pendidikan. Sebelum ini para wanita tidak dbenarkan untuk
mendapatkan pendidikan disebabkan berpegang kepada amalan tradisi dan adat.
2.3.2 Beberapa konsep yang diamalkan oleh orang melayu banyak memundurkan
pemikiran orang melayu dalam mengejarkan kesejahteraan sosio-ekonomi.
Antaranya dalam sistem kerah dan serah. Pemilikan dan penghambaan sebagai
tanda taat dan setia kepada raja. Konsep daulat dan tulah dan keadaan ini
menghalang rakyat biasa dalam memperbaharui diri ke arah pemodenan.
2.4 Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang serba lengkap.
2.4.1 Islam sebagai addin - satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Islam
pentingkan ilmu, melarang perbuatan menyekutukan Allah. Kesempurnaan Islam
berdasarkan tamadunnya menjadikan kekuatan Islam menjadi pemangkin kepada
penerokaan ilmu. Sedangkan golongan ulama tua, tidak memimpin rakyat biasa ke
arah cara hidup Islam yang syumul. Golongan ulama tua lebih menjurus kepada
golongan pembesar/pemerintah. Tidak mencetuskan minda dan gagal dalam
pelaksanaan kejayaan berteraskan syariat. Keadaan ini banyak bersebabkan
sekular penjajah dan ini dikatakan mempengaruhi golongan ulama tua. Perjuangan
kaum muda adalah untuk menjadikan Islam sebagai satu cara hidup seperti
perjuangan Nabi Muhamad saw.

Cara penyebaran:

1. Menerusi majalah dan akhbar seperti:


1.1 Al-Imam
1.2 Al-Ikhwan
1.3 Seruan Azhar
1.4 Pilihan Timur
1.5 Semangat Islam
1.6 Sekolah-sekolah pondok.

Tokoh-tokoh pejuang:

1. Sheikh Tahir Jalaluddin


2. Syed Sheikh Al Hadi
3. Sheikh Muhamad Salim Al-Kalali Pengaruh perjuangan:
Gerakan Sheikh Mohd Abduh
Syed Jamaluddin Al-Afgani
Mereka merupakan reformis Islam yang radikal di Timur Tengah.

Ciri-ciri perjuangan:

1. Penghargaan terhadap pendidikan, pangkat dan ekonomi.


2. Pendidikan adalah hak semua orang bukan hak exklusif golongan bangsawan.
3. Wujud pertentangan antara golongan tua dan muda.

 Kejayaan/Rintangan
1. Wujud penentangan draipada golongan tua yang masih berfahaman ortodok dan mengamalkan
bidaah.
2. Inggeris bersama golongan tua menyekat perkembangan golongan agama daripada meluaskan
pengaruhnya.
2.1 Mengharamkan tulisan yang menyentuh tentang Islam jika tidak ada kebenaran.
2.2 Mewujudkan jawatan mufti bagi menapis tulisan-tulisan yang berkaitan dengan Islam.
2.3 Mengenakan hukuman dan tindakan undang-undang .
2.4 Melarang dan meyekat penyebaran majalah-majalah yang berteraskan Islam.

3. Kejayaan dapat dilihat daripada perjuangan oleh nasionalis yang berfahaman sederhana dalam
pentadbiran Inggeris serta kemunculan nasionalis berpendidikan Melayu yang bergerak untuk
mendapatkan kebebasan daripada Inggeris.

Peringkat Sosioekonomi 1927-1937


Peningkatan masalah orang Melayu dalam kehidupan moden yang menyisihkan unsur tradisi
memperlihatkan perjuangan diteruskan oleh golongan keagamaan. Ini memperlihat ketandusan golongan
yang berteraskan sosioekonomi. Kegagalan pejuang keagamaan untuk merngubah persekitaran masyarakat
Melayu telah mendorong pemikir-pemikir daripada lulusan Inggeris dan Melayu untuk membatasi pegaruh
golongan keagamaan.

1. Konsep perjuangan:
Menjuruskan aspek sosial dan ekonomi.
2. Matlamat perjuangan:
Memulihkan taraf kehidupan masyarakat Melayu agar seiring dengan masyarakat lain.
Mempastikan pendidikan yang diberikan oleh orang Melayu dilakukan secara menyeluruh
sama ada dalam bentuk sukatannya dan peluang-peluang kepada semua golongan.
Membolehkan masyarakat Melayu menerima pendidikan tinggi.
Mengisikan kekosongan jawatan kepada orang-orang Melayu dan melatih mereka mentadbir
negri.

Hal ini dapat dilihat darpada perjuangan :


• Golongan agama yang mementingkan pendidikan. Menggalakan masyarakat Islam mendapat
pendidikan dan berusaha untuk mendirikan sekolah-sekolah pondok dan madrasah. Sheikh
Al-Hadi membina madrasah di Pulau Pinang bagi mendidik orang-orang melayu dalam ilmu
agama.
• Menggalakan orang-orang perempuan untuk mendapatkan pendidikan kerana dengan
pendidikan orang Melayu dapat meningkatkan pengetahuan dan taraf hidup.
• Selain golongan agama, para pembesar Melayu seperti Raja Chulan, memperjuangkan
penggunaan bahasa Melayu dalam MMN Perak- sebab wakil Melayu ada yang tidak faham
penggunaan bahasa Inggeris.
• Para guru Melayu juga memperjuangkan pendidikan dan membanyakkan buku-buku yang
ditulis dalam bahasa Melayu. Pejabat karang-mengarang MPSI ditubuhkan bagi
merealisasikan perjuangan membanyakkan buku-buku dalam bahasa Melayu sehinggalah
tertubuhnya DBP pada 1956.
• Dari aspek ekonomi perjuangan untuk menjada kepentingan Melayu adalah dengan
mewujudkan Tanah Simpanan Melayu bagi menjaga kepentingan ekonomi Melayu tidak
terhakis oleh perkembangan ekonomi yang berpihak kepada warga asing.
• Bagi menghalang orang Melayu menjadi bangsa minoriti UMNO telah berjaya
menggagalkan MU yang boleh menyebabkan orang Melayu menjadi suara minoriti. Ini
penting bagi surviaval bangsa Melayu yang lemah dari aspek kuasa ekonomi dan bagi
mengimbanginya ialah dengan menguasai kuasa politik.

3. Tokoh-tokoh
Berlatarkan pendidikan Inggeris:
• Raja Chulan, Dato Abdullah Hj. Daman, Dato Onn Jaafar, Eunos Abdullah, Ishak Hj.
Muhamad
Berlatarkan pendidikan Melayu:
• Ibrahim Yaakob, Muhamad Isa mahmud, Yaacob Mohd Amin, Hassan Hj. Manan.

4. Pertubuhan
Kesatuan Melayu Singapura - Eunos Abdullah
Kesatuan Melayu Selangor - Raja Uda dan Tengku Kamil
Persatuan Melayu Pahang, Negeri Sembilan
Peranan MPSI melahirkan guru-guru yang dipengaruhi dengan gerakan reformis di Indonesia.
Wujudkan:
Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo- Ibrahim Yaakob, Muhamad Isa
Mahmud, Yaacob Mohd Amin, dan Hasan Haji Manan. Tujuan: untuk mencapai kemerdekaan
dalam lingkungan Indonesia Raya.
Paspam – Persaudaraan Sahabat Pena :- perjuangan untuk mewujudkan perpadauan melayu
melalui bahasa. Perjuangan menegak bahasa Melayu supaya tidak terpinggir dalam negara
sendiri. Hal perjuangan bahasa ini bukan sahaja oleh Paspam, tetapi pernah disuarakan oleh
Raja Chulan – yang memperlihatkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam MMN dan MMP.
Orang melayu ada yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Merugikan melayu
kerana mereka tidak faham perbincangan dan undang-undang yang akan diluluskan.

Peringkat Politik 1937-1948

Konsep Perjuangan: Politik

Matlamat perjuangan: Kemerdekaan


Tokoh-tokoh pejuang:

Ibrahin Yaakub }membentuk KMM bermatlamat kemrdekaan dalam


Onan Haji Siraj }lingkungan Indonesia Raya. Bersifat kiri dan tidak
Nustafa Haji Hussien }bekerjasama dengan Inggeris.
Mukhtaruddin Ishak }membentuk PKMM. Bergerak aktif dalam menentang
Burhanuddin Al-Helmi }Malayan Union.
Ishak Hj Muhammad }

Onn Jaafar } membentuk UMNO.

Pertubuhan terlibat:

KMM Kesatuan Melayu Muda


PETA Tentera Pembela Tanah Air
MPAJA Malayan Peoples Anti Japanese Army
PKMM Parti Kebangsaan Melayu Malaya
API Angkatan Pemuda Insaf - cawangan pemuda PKMM
AWAS Angkatan Wanita Sedar - cawangan wanita PKMM
PUTERA Pusat Tenaga Rakyat
UMNO Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Strategi perjuangan:

1. Tidak berkerjasama dengan Inggeris / bekerjasama dengan Jepun

• Dilakukan oleh KMM dengan tidak mahu bekerjasama dengan Inggeris. Menuntut
kemerdekaan sejak 1939. Bersuara lantang. Lebih menjurus kemerdekaan bersama Indonesia
dalam Indonesia Raya.
• Akibat daripada itu, berlaku penangkapan kepimpinan KMM. Penangkapan kepimpinan
KMM dianggap dapat melemahkan pergerakan ini. Berlaku perang dunia ke-2, Jepun
membebaskan tahan politik. Mula era kerjasama dengan Jepun. Tujuan asal - kemerdekaan
masih menjadi matlamat, lebih-lebih lagi dengan janji Jepun untuk merdekakan negara yang
dijajah Imperialis barat.
• Kesan kerjasama - wujud PETA ( Tentera Pembela Tanah Air ). Bagi Jepun sebagai alat untuk
memasukkan propaganda Jepun. Bagi Ibrahin Yaakub sebagai persediaan orang-orang
Melayu mendapat latihan ketenteraan. Kegunaannya bukan sahaja menentang Inggeris, tetapi
Jepun. Pasukan ini ada kerjasama sulit dengan pasukan bawah tanah seperti MPAJA, Force
136 dan Pasukan Wataniah.
• Kerjasama dengan Jepun bukan sahaja memperlihatkan orang Melayu dalam PETA, tetapi
dalam pasukan keselamatan lain seperti Giyugun, Boetai, dan Junsa - merupakan pasukan
separa tentera dan polis. Sebelum ini orang Melayu tidak berpeluang dalam mendapatkan
latihan keteteraan secara professional.
• PETA dan PUTERA membolehkan Ibrahim Yaakub meneruskan rancangan untuk
kemerdekaan bersama Indonesia. Beberapa siri pertemuan diadakan seperti di Taiping pada 12
OGOS 1945 antara Ibrahim Yaakub dengan Sukarno-Hatta. Rancangan Gagal apabila
Sukarno mengistiharkan kemerdekaan Indonesia secara mengejut dan Ibrahim Yaakub
melarikan diri ke Indonesia.
• Perjuangan tidak bekerjasama dengan Inggeris diteruskan oleh PKMM. PKMM bekerjasama
dengan AMCJA menentang Perlembagaan 1948 dan mencadangkan Pelembagaan Rakyat,
tetapi tidak diterima Inggeris.
• Pada 1941-45 MPAJA meneruskan perjuangan menentang Jepun bersama-sama dengan Force
136 dan Wataniah. Pada peringkat ini MPAJA menjalankan dasar bekerjsama dengan pihak
Inggeris, tetapi tidak diteruskan pada 1945 kerana pengaruh komunisme sangat kuat dan
berlaku darurat pada 1948.

2. Bekerjasama dengan Inggeris

• Menjurus pada perjuangan UMNO. Lebih flexible daripada KMM. Boleh dibawa berunding.
Antara perundingan yang dijalankan ialah perundingan kemerdekaan, serta tolak ansur dalam
Perlembagaan 1948. Dianggap sebagai puak kanan atau sederhana oleh Inggeris.

3. Penentangan bersenjata

• Dilakukan oleh MPAJA menentang Jepun dan seterusnya pada 1948 menentang Inggeris
secara gerila dalam zaman darurat 1948-1960.

4. Demontrasi aman

• Dianjurkan oleh UMNO mulai 1 JUN 1946 untuk membantah Malayan Union serta disokong
oleh Raja-Raja Melayu. Aspek ini ditujukan kepada wakil Inggeris ( Harold MacMicheal )
dalam peras ugut nya meminta tanda tangan raja-raja Melayu. Seluruh persatuan Melayu
bergabung dalam UMNO yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar dan melibatkan semua lapisan
masyarakat dan taraf keududukan orang-orang Melayu. Berjaya menggagal Malayan Union
dan tertubuh pula politik yang berteraskan pelbagai kaum - PERIKATAN yang ditubuhkan
semasa pilahanraya perbandaran Kuala Lumpur , 1952

5. Pemboikotan

• Raja-raja Melayu dan pembesar Melayu memboikot perlantikan Gabenor General Malayan
Union serta disokong oleh bekas pegawai-pegawai Inggeris yang bekerja di Tanah Melayu
seperti Sir Frank Swettenham.

6. Kerjasama parti-parti politik

• Aspek ini dapat dilihat melalui tertubuhnya PERIKATAN gabungan parti-parti UMNO,
MCA, dan MIC, Gabungan PKMM dan AMCJA, kerjasama PETA, MPAJA, Force 136 dan
Wataniah untuk menentang penjajahan sama ada Inggeris atau Jepun. Kerjsaama KMM
dengan PNI ( Partai Nasionalis Indonesia ) memperlihatkan kerjasama serantau untuk
mewujudkan negara bangsa Melayu.

SUMBANGAN JEPUN

Sumbangan Jepun dan Nasionalisme Tanah Melayu

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu banyak meninggalkan kesan kepada masyarakat


Tanah Melayu. Kesan-kesan tersebut dapat kita lihat dalam pelbagai aspek kehidupan
sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan agama. Dalam hal ini aspek
nasionalisme masih menjadi satu pertikaian kepada sejarawan sama ada pendudukan
Jepun ini mencetuskan semangat nasionalisme atau ada faktor-faktor lain yang
mendorongnya. Dalam hal ini kita akan mengkaji akan peristiwa yang berlaku semasa
pendudukan dan kesannya serta kegiatan pentadbiran British setelah menduduki semula
Tanah Melayu.

Umum mengetahui bahawa pemerintah tentera Jepun telah memberikan peluang kepada anak-
anak tempatan, terutamanya anak Melayu untuk menganggotai pasukan keselamatan. Pasukan tersebut
terdiri daripada pasukan tentera, separa tentera, polis atau polis rahsia. Dalam hal ini institusi ketenteraan
yang memberikan peluang kepada anak-anak Melayu ini adalah seperti Giyugun, Boetai, Junsa, PETA dan
Kempetai. Melalui institusi ini anak-anak Melayu ini dapat menggunakan senjata. Di samping itu ia juga
mendedahkan mereka meningkatkan semangat kesetiaan kepada negara dan pemerintah. Umum juga
mengetahui antara aspek semangat yang didedahkan ialah semangat mempertahankan negara sehingga
titisan darah yang terakhir. Semangat seshin ini merupakan aspek terpenting dalam perjuangan tentera
Jepun menikmati kemenangan. Hal ini juga dinikmati oleh pemuda-pemuda Melayu terutama sekali mereka
yang berjuang dalam PETA. Melalui PETA kita dapat meningkatkan kesedaran dalam mempertahankan
negara dan mengenal erti kemerdekaan yang sebenar. Hal ini nyata apabila Jepun mengundurkan diri.

Selain itu, sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan peluang orang-orang
Melayu menerima semangat kebangsaan. Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak
memberikan peluang yang sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam
bidang kemahiran. Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan meliputi bidang-bidang
Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu
kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan
berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang akhirnya dapat
digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme.
Begitu juga, dalam bidang pentadbiran, pemerintah tentera Jepun telah memberikan peluang
pendedahan cara-cara pentadbiran kepada orang-orang Melayu. Ramailah anak-anak Melayu menjawat
jawatan penting yang sebelum ini diisi oleh pegawai Inggeris. Dalam hal ini, ia bukan setakat melatih,
tetapi mendedahkan mereka kepada keadaan sebenar yang dihadapi oleh bangsa Melayu sendiri.
Kekecewaan dan kepincangan Jepun akhirnya memberikan mereka kesedaran untuk sama-sama berjuang
dalam gerakan anti bawah tanah. Inilah yang mendorong mereka untuk membantu membebaskan diri
daripada belenggu Jepun dan Inggeris. Mereka yang berpeluang untuk menjawat jawatan penting dalam
pentadbiran adalah seperti Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj, Dato Onn Jaafar, dan Ghazali Shafie.
Selain daripada faktor-faktor yang dinyatakan, kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang
Melayu dalam kehidupan seharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orang
Melayu bangun mengwujudkan organisasi anti-Jepun. Maka wujudlah askar-askar wataniah dan Force 136.
Mereka akhirnya menjadi tulang belakang kepada askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan.
Selain itu, pemimpin organisasi ini juga telah menjadi orang-orang terpenting dalam menegakkan
nasionalisme Melayu seperti Kapten Hussin Onn. Penipuan dan tingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak
dalik mereka untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu merupakan satu seksaan batin kepada
pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Dalam hal ini, ia semakin menebalkan rasa benci dan
meningkatkan kadar nasionalisme Melayu. Mereka akhirnya memberikan kerjasama kepada organisasi-
organisasi anti-Jepun dengan membekalkan maklumat agar dapar mempertingkatkan keberkesanan
penentangan mereka. Selain itu, PETA boleh dikatakan menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran
tentera Jepun.

Walaupun peristiwa-peristiwa ini berlaku semasa zaman pendudukan, tetapi satu


hal yang menarik ialah peristiwa selepas Jepun menyerah kalah. Dalam masa 2 minggu,
Tanah Melayu tidak mempunyai pentadbiran yang sah. Untuk itu MPAJA telah
memainkan peranan penting dengan menjadi pemerintah. Oleh yang demikian ramailah
orang-orang Melayu yang menjadi mangsa kekejaman mereka. Hal ini akhirnya
mendorong kebencian orang-orang Melayu terhadap MPAJA yang terdiri daripada orang
Cina. Maka wujudlah ketegangan kaum antara Melayu-Cina. Mengapakah hal ini terjadi?
Inilah akibat-akibat daripada pendudukan Jepun yang memberi kelebihan kepada orang
Melayu dan menindas orang Cina. Akibat ini akhirnya mendorong MPAJA membalas
dendam akan perbuatan orang Melayu, terutama sekali anggota PETA. Peristiwa ini juga
menjadi wadah kepada perjuangan kesedaran nasionalisme Melayu. Apakah mereka
hendak ditadbir oleh penjajah Cina pula? Hal ini menjadi satu titik pertemuan yang
mengumpulkan pemikir Melayu dan akhirnya menentang konsep Malayan Union yang
memberi kelebihan kepada orang Cina.

Dalam kita menilai kewujudan kesedaran nasionalisme Melayu yang didasarkan kepada peristiwa-
peristiwa semasa pendudukan Jepun dan beberapa bulan sebelum kedatangan Pentadbiran Tentera British,
kita juga harus memikirkan adakah ia merupakan titik mutlak yang membangkitkan nasionalisme Melayu.
Dalam perkara ini, kita perlu fikirkan sumbangan-sumbangan dan tindakan British dan keupayaannya
dalam memberikan sumbangan ke arah kebangkitan nasionalisme Melayu.
Adakah nasionalisme Melayu memang telah tersedia wujud walaupun sebelum pendudukan Jepun
di Tanah Melayu ? Mungkin kenyataan ini dapat diperbincangkan apabila kita melihat dan dibuktikan
wujud oleh sarjana akan permulaan titik-titik permulaan kesedaran nasionalis pada awal abad ke-20 dengan
wujudnya kesedaran golongan agama yang akhirnya diikuti oleh golongan birokrat dan bangsawan Melayu,
serta kebangkitan kesedaran politik apabila wujudnya pertubuhan-pertubuhan seperti KMM dan juga
PKMM. Daripada kebangkitan golongan ini kita dapati bahawa kesedaran politik dan kebangkitan
nasionalis sebenarnya sudah tumbuh dengan suburnya walaupun Jepun belum lagi menjajahi Tanah
Melayu.
Dalam kita menilai keadaan ini, kita dapati bahawa tindak-tanduk British sebenarnya telah
mencetuskan satu kesedaran kepada orang Melayu untuk bangkit bagi mencapai kemerdekaan seperti yang
dilaungkan oleh KMM dan PKMM. Laungan untuk merdeka bukan hanya berlaku setelah tertubuhnya
UMNO tetapi telah dilaungkan oleh Ahmad Boestaman pada 1939 sehingga menyebabkan ramai
kepimpinan Melayu telah terpenjara dan ada yang melarikan diri ke Indonesia. Kita juga perlu menilai cita-
cita dan tujuan Ibrahim Yaakob dan PKMM untuk bergabung dengan Indonesia dalam menjamin ketuanan
Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia, dan aspek ini jugalah yang hendak digagalkan oleh Inggeris.
Peristiwa-peristiwa ini semuanya berlaku sebelum kedatangan dan penjajahan Jepun. Para sarjana juga
sedia maklum iaitu gagasan untuk menubuhkan Malayan Union pada tahun 1946 juga adalah hasil daripada
keinginan Sir Cecil Clementi Smith untuk membalas dendam terhdap orang Melayu yang tidak menyokong
British dalam perang dunia ke-2. Adakah perkara-perkara yang berlaku ini tidak menimbulkan satu
kesedaran nasionalisme?
Kita juga harus menilai akan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas peperangan dunia ke-2.
Perubahan-perubahan besar dari aspek tonggak kuasa besar dunia daripada kuasa British kepada kuasa AS
dan USSR, perubahan dalam PBB, kebangkitan komunis dan permusuhan AS-USSR dalam perang dingin
juga merupakan satu aspek di mana semakin melebarnya kesedaran untuk bebas dan merdeka.
PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM
HUBUNGAN JEPUN - ASIA TENGGARA

Hubungan Jepun - Asia Tenggara 1945-1952

1. Tidak ada hubungan. Sebab:


i. Keadaan kucar kacir dalam politik Jepun. AS menguasai pentadbiran dengan diperintah
oleh Jeneral MacArthur.
ii. AT sendiri tidak mahu membuat hubungan dengan Jepun kerana angkara Jepun dalam
perang. Rosakkan nilai masyarakat dengan pelakuan kejam dari aspek sosial dan
ekonomi.
2. Perbincangan mengadakan hubungan diadakan pada akhir 1951 dan selepas termetrinya perjanjian
San Francisco.
Dalam konteks negara Indonesia perundingan pembayaran pampasan diadakan sekitar tahun 1952
dan berakhir akhir 1957. Berakhir dengan termtrinya hubungan diplomatik dan perdagangan.

Tumpuan Utama Dasar AS

1. Menyekat pengaruh komunis daripada menular ke negara AT.


Penjalaran Perang Dingin antara blok Barat dan Timur dengan pengaruh komunis yang
diakibatkan daripada dasar-dasar imperialisme dan kapitalisme yang merugikan golongan
proleteriat dan kebencian kepada kuasa penjajah.

2. Tumpuan kepada pembangunan AT. Sebab:


i. Wujudnya teori Domino yang diasaskan oleh komunis antara bangsa untuk kuasai setiap
buah negara AT dan Caucasia.
ii. AT mempunyai sumber bahan mentah yang boleh menjadi asas kepada pembangunan semula
ekonomi Jepun.
iii. AT merupakan tempat pelambakkan barang-barang keluaran Jepun dan pasaran utama
barangan tersebut.
iv. AT ialah kawasan yang giat dengan perjuangan kemerdekaan dan perlukan pembangunan
supaya tidak terpengaruh dengan ideologi komunis.
v. AS cuba cari pengaruh untuk menjadi sebuah kuasa pelindung di AT. Berjaya dengan adanya
pangkalan tentera di Thailand, Fillipina - Pangkalan Udara Clarke dan Pangkalan Laut di
Teluk Subic, Vietnam Selatan di Teluk Cam Ranch.

Pemikiran AS Cara Jepun Boleh Diselamatkan

1. Memberikan bantuan kewangan kepada Jepun untuk pertingkatkan syarikat dan perdagangan
Jepun. Cara ini Jepun boleh menyelesaikan bayaran pampasan yang dituntut. Bayaran pampasan
yang perlu dibayar oleh Jepun kepada negara yang menuntutnya ialah sebanyak US1,152 juta.
2. Mengguna Jepun dengan menjual barangan Jepun yang murah ke AT yang menjadi pasaran utama
dan mendapatkan bahan mentah untuk industri Jepun.
3. Pulihkan hubungan diplomatik dan perdagangan antara Jepun dengan AT. Kesannya dalam
konteks negara Indonesia lebihan dagangan Jepun secara purata meningkat sebanyak 89% jika
dibandingkan dengan bayaran pampasan sebanyak 11% dari tahun 1958 hingga 1970.

Birokrasi Di AS Yang Menentukan Dasar Terhadap Asia

1. Jabatan Pertahanan ( Pentagon )


a. Memberi bantuan senjata kepada negara AT seperti kepada Fillipina, Thailand, Vietnam,
Laos dan Kemboja terutama semasa perang Indo Cina.
b. Mengadakan perjanjian pertahanan.
c. Memberi bantuan ekonomi.

2. Jabatan Negara ( State Department )


a. Bantuan tingkatkan ekonomi dan perdagangan AT.
b. Bantuan memperkembangkan semangat nasionalisme berteraskan demokrasi dan
kapitalisme.
c. Bersifat sederhana.
Dalam perlumbaan menentukan dasar Jabatan Pertahanan lebih berjaya daripada Jabatan Negara.

Peristiwa selepas 1950an.

1. Perang Indo Cina.


2. Perjanjian San Francisco 1951. Antara kandungan perjanjian:
a. Bayaran pampasan kepada negara yang diduduki Jepun.
b. Jepun tidak boleh menubuh angkatan tentera untuk tujuan peperangan tetapi hanya
dibenarkan penubuhan tentera pertahanan negara sahaja.
3. Kembalinya pemerintahan negara kepada Jepun pada tahun 1952 dan pengunduran MacArthur.

Pampasan dan negara AT

1. Negara AT terpaksa menerima. Sebab:


a. Ekonomi negara yang mundur. Indonesia berhutang dengan Belanda > US1 billion, daripada
Jepun US170 juta.
b. Kebanyakan negara menuju kemerdekaan dan memerlukan wang untuk membangunkan
negara. Indonesia dalam rancangan 8 tahun memerlukan US 1 billion ( 1961-1968 ).

 Hubungan Diplomatik dan Penerimaan Pampasan

Diplomatik Pampasan Jumlah


Indonesia 14 April 58 20 Jan.58 US 400 juta
Burma 1954 US 200 juta
Fillipina 1956 US 550 juta

Faedah Daripada Pampasan Kepada Negara Penerima

Terlalu sedikit faedahnya. Sebab: ( Dilihat dalam konteks negara Indonesia.)

1. Projek ilham Sukarno membawa sedikit faedah kepada negara. Antara projeknya ialah:
a. 4 buah Hotel Besar ( Hanya Hotel Indonesia yang bawa pulangan yang baik. Lagi tiga hotel
pulangannya hanya 20-30% sahaja.)
b. Sarinah Departmental Store.
c. Wisma Nusantara 29 tingkat. Kos pembinaan US5.8 juta. Hanya sebagai gajah putih. Tidak
membawa faedah kepada rakyat.

2. Dalam masa 12 tahun hanya 26 projek besar telah dirancangkan dengan peruntukan sebanyak US
77.63 juta. Sebahagian besar daripadanya tidak siap. Jumlah projek melalui wang pampasan ialah
36 buah. Yang siap 25 sahaja. 7 daripadanya tidak berjalan dengan betul dan cekap. 9 projek lagi
dalam keadaan sederhana dan hanya 9 sahaja yang membawa pulangan yang berfaedah kepada
rakyat. Antaranya:
a. Jambatan Sungai Musi - siap pada tahun 1965 dengan kos US 11.782 juta. Kesannya masa
perjalanan dipendekkan daripada 1 jam kepada 10 minit sahaja.
b. Projek terowong kawalan air Neyama. Bertujuan mengawal air daripada membanjiri
kawasan pertanian dan kawasan rendah Sungai Berantas. Projek dicadangkan pada zaman
Belanda tetapi disiapkan pada zaman pendudukan Jepun. Walaupun begitu terowongnya
tersumbat dan pembinaan semula dijalankan melalui wang pampasan. Kosnya 1.972 juta US
siap pada tahun 1961. Kesannya, 3000 hektar tanah pertanian selamat daripada banjir dengan
membawa pulangan 2 juta US.
c. Projek 3K - Sungai Karankates, Sungai Konto dan Sungai Kanan. Pembinaan loji elektrik
hidro, bekalan air, pengairan dan kawalan hakisan. Siap pada tahun 1970. dan 1972.
2.1 Projek-projek yang gagal .
a. Kilang kain. Sebanyak 17 buah dibina. 8 dengan bantuan Jepun dan 4 daripada
dibina melalui wang pampasan. 4 buah kilang ini hanya memproses 17%
spindles sahaja.
b. Kilang kertas. Daripada 7 buah dibina 4 dengan biayai wang pampasan.
Dijangka memproses 80 tan kertas sehari tetapi menurunkan pengeluaran
kepada 3 tan sahaja pada tahun 1969. Kilang di Kalimatan tidak dapat disiapkan
dengan sempurna dan kerugian sebanyak US 1,919,000.
3. Program latihan dan biasiswa tidak mengikut rancangan asal.
Dalam rancangan, 500 pelajar akan dihantar ke Jepun dalam masa 5 tahun dan 1,750 belia untuk
latihan vokesynal dan teknikal di pelbagai jabatan kerajaan serta syarikat swasta.
Yang menjadi kenyataan hanya 378 pelajar dan 474 belia yang dihantar.
Sebabnya:
a. Kewangan program ini digunakan untuk pelbagai perkara seperti perbelanjaan kedutaan
Indonesia di Jepun.
b. Pemilihan peserta lebih condong kepada fahaman politik dan persaudaraan.
c. Rancangan ini berjaya dari sudut politik tetapi gagal dari sudut ilmu pendidikan.

Sebab Kegagalan Projek

1. Ketidak cekapan kerajaan dan kelemahan dalam pengendalian projek-projek yang siap serta
penyelenggaraan yang buruk untuk kelengkapan pengangkutan.
2. Masalah politik dalaman Indonesia. Rampasan kuasa 1965 dan pertelagahan antara Masjumi dan
PNI.
3. Penggunaan wang pampasan untuk bayar kembali hutang luar negara pada 1965-1970 sebanyak
US81.7 juta, dengan interest US 94.76 juta. Banyak mengganggu projek yang dicadangkan.
4. Pelan-pelan rancangan untuk pembangunan menerusi biayai wang pampasan tidak lengkap,
lambat dan tidak tepat waktu siapnya. Cth: Pelan rancangan 1958 hanya dapat disiapkan pada 8
Mac 1959.

Faedah Yang Didapati Oleh Jepun

1. Pemulihan hubungan dengan AT.


2. Peningkatan ekonomi Jepun dan perkembangan perdagangan Jepun.
a. Dapat menyimpan simpanan wang asing yang banyak. Pada 1960 sebanyak US 1,824 juta.
Yang dibayar sebagai pampasan hanya US 7.5 juta atau 0.4% daripada simpanan wang asing.
b. Pembayaran pampasan merangsang pembangunan industri dalam negeri Jepun kerana
mereka tidak terhalang untuk mengekspot barangan ke negara AT berdasarkan perjanjian
yang ditanda tangani.
Contoh: Perdagangan Jepun Indonesia.
Purata bayaran pampasan selama 12 tahun: US 18.56 juta @ 11%.
Ekspot Jepun ke Indonesia: US 146.48 juta @ 89%
Ekspot barangan berat: US 81.01 juta.
Simpanan wang asing Jepun 1960 US 1,824 juta.
Purata simpanan wang asing Indonesia 12 tahun: US 41.85 juta.( 1958-1970 )
Purata Impot Indonesia: US 642 juta.

PENDUDUKAN JEPUN DAN EKONOMI TANAH MELAYU


Ruang lingkup perbincangan:

1. Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun


2. Keadaan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun
3. Polisi-polisi ekonomi Jepun di Tanah Melayu
4. Pengukuran sumbangan Jepun dalam memajukan ekonomi Tanah Melayu

Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun

1. Memperbaiki kelengkapan tentera yang rosak dan menjadi pusat simpanan senjata.
2. Menyediakan sumber bekalan tentera.
3. Mendapatkan sumber bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri Jepun.

Keadaan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun

1. Segala kelengkapan dan bekalan bahan mentah musnah. Inggeris menjalankan Dasar Bumi Hangus
dengan membakar semua gudang-gudang simpanan makanan, terutama beras.
2. Keadaan saliran dan bekalan air musnah . Jepun tidak berupaya untuk membaiki semula keranan
kekurangan alat ganti dan tenaga buruh. Kesannya, ia menghalang pembangunan pertanian.
3. Tidak ada urusan perdagangan sama ada dalam negeri atau luar negeri kerana dihalang oleh tentera
berikat.
Keadaan luar disekat oleh tentera laut berikat dan di dalam negeri oleh pergerakan bawah tanah
seperti MPAJA. Selalu menyerang hendap konvoi bekalan makanan Jepun.
4. Tidak ada pengeluaran bahan mentah dan jika ada harganya sangat mahal.
Sebagai contoh pengeluaran hasil galian menjunam dengan hanya empat buah lombong bijh timah
beroperasi di Johor. Sebelum itu pada 1939 sebanyak 70 buah, 1941 63 buah. Bagi lombong besi,
boksit dan arang batu, tidak ada aktiviti dijalankan, tetapi pada tahun 1939 sebanyak 2 buah lombong
yang menjalankan setiap aktiviti perlombongan.
Jumlah keseluruhan perlombongan menurun daripada 76 buah pada 1939 kepada 4 buah pada 1946.
5. Ekonomi Tanah Melayu berbalik asal dengan menjalankan ekonomi sara diri, iaitu dengan
menjalankan tanaman di halaman rumah.
Tanaman yang ditanam, bukan sahaja sayur-sayuran , tetapi padi.
6. Bekalan makanan yang berkurangan menyebabkan berlakunya catuan makanan. Kad-kad catuan
diedarkan bagi mengawal taburan makanan kepada penduduk.
7. Berlaku sorokan barang-barang keperluan sebab keutamaan diberikan kepada askar dan pekerja-
pekerja Jepun.
8. Taburan wang begitu berleluasa tanpa kawalan daripada bank pusat. Keadaan ini berlaku disebabkan
semua batalion tentera boleh mencetak wang. Kesannya:
a. Nilai wang terlalu rendah
b. Peningkatan kadar inflasi
c. Masyarakat lebih tertumpu kepada pekerjaan sendiri.
9. Pda peringkat awal pendudukan, kecurian sering berlaku, tetapi dapat diatasi dengan hukuman yang
berat.
10. Tawaran dan peluang pekerjaan merosot. Lihat Jadual:

TAHUN 1939 1941 1946


BILANGAN 4206 1765 429

Polisi-polisi ekonomi Jepun di Tanah Melayu

1. Dasar pembangunan Ekonomi:


Matlamat utama : a. Memastikan bekalan makanan mencukupi.
b. Mengurangkan kadar inflasi.
c. Merendahkan harga barangan
Langkah-langkah yang diambil:

1.1 Dasar Kewangan


a. mengalakkan penyimpanan di Pejabat Pos.
b. meghadkan pengeluaran wang simpanan. Sebagai contoh: penduduk Muar, Johor Baharu
dan Batu Pahat boleh keluarkan sebanyak $300.00 sahaja. Bagi penduduk Kota Tinggi,
Tangkak, Pontian, dan Mersing $200.00 sahaja.
c. Pengeluaran perlu disertakan dengan boucer dan perlu mendapat kelulusan daripada
District Tresurer for Payment.
d. Penjualan tiket-tiket loteri kepada penduduk.
e. Melantik Southern Region Developement Bank bagi mengawal pengeluaran wang.

1.2 Dasar Pertanian


a. Menubuhkan labour corp bagi megatasi masalah buruh untuk menggerakkan aktiviti
pertanian.
b. Menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian sara diri.
c. Catuan makanan. empat kati beras untuk dewasa dan dua kati untuk kanak-kanak serta sati
kati gula pasir.
d. Penebangan kawasan hutan dan ladang getah bagi penanaman padi.
e. Memberikan bantuan subsidi kepada pengusaha yang menjalankan pertanian secara
komersial seperti yang berikut:
I. $25.00 setiap ekar bagi membersihkan hutan dara dan membakarnya selepas Oktober
1943.
ii. $15.00 setiap ekar bagi tanah di (I) dan ditanami dengan padi.
iii. $10.00 setiap ekar bagi tanah seperti (I) jika ditanami dengan jagung, keledek atau
ubi.
iv. Sesiapa yang mengusahakan tanaman di dalam ladang getah dan kelapa selepas
Oktober 1943 akan diberikan subsidi sebanyak $15.00 setiap ekar. Walaupun begitu
mereka yang menanam dengan padi huma akan diberi sebanyak $10.00.

1.3 Kawalan Komoditi dan Taburan Makanan

a. Setiap konvoi makanan diiringi oleh sepasukan tentera Jepun.


b. Penubuhan persatuan sepert Johor State Goverrment Service Consumer’s Association bagi
membantu kakitangan kerajaan memperoleh sumber makanan.
c. Pengawalan penyelewengan edara makanan. Diwujudkan jawatan Pengawal Makanan bagi
menentukan pengedar menjualkan makanan kepada penduduk dan bukan kepada
pergerakan anti-Jepun.
d. Menghalang dan menghukum penyorok makanan dengan hukuman bunuh selain
mengharamkan aktiviti orang tengah.

1.4 Kesan kemelesetan ekonomi dari sudut sosial.

a. Berlaku kebuluran dan masalah sosial.


b. Peningkatan penyakit dan kematian.
c. Kekurangan ubatan dan zat makanan.
d. Wujud pekerja sukarela membaiki kemudahan awam di tempat masing-masing.
e. Kelunturan akidah Islam di kalangan orang-orang Melayu.

Pengukuran sumbangan Jepun dalam memajukan ekonomi Tanah Melayu

Perbincangan mengenai sejauh mana kejayaan dan sumbangan Jepun untuk membangunkan ekonomi
Tanah Melayu perlu dilihat dari sudut kejayaan dan kegagalan tindakan-tindakan dan langkah-langkah
yang diambil oleh Jepun. Dari sudut dasar yang diambil sememangnya Jepun cuba mengurangkan masalah
kemelesetan ekonomi, tetapi dari sudut kajayaan Jepun tidak menunjukkan kejayaan yang boleh dikaitkan
dengan sumbangan cemerlangannya. Hal ini dapat dibuktikan dengan keadaan masyarakat yang tidak
berubah sejak pencerobohan Jepun pada Disember 1941.

Dengan kata lain Jepun telah mengundurkan ekonomi Tanah Melayu ke belakang. Hal ini kerana
dari sudut matlamat sahaja Jepun tidak berusaha untuk menunjukkan kesungguhan yang nyata. Boleh
dikatakan Dasar Ekonomi Jepun di Tanah Melayu telah dicampuradukkan sehingga matlamatnya tidak
berfungsi. Dalam mementingkan bekalan makanan mencukupi Jepun telah memusnahkan asas ekonomi
Tanah Melayu sebagai pengeluuar getah dan timah yang utama. Aktiviti-aktiviti ekonomi ini merupakan
ekonomi teras kepada Tanah Melayu semasa zaman pendudukan Inggeris. ( Rujuk jumlah lombong yang
dilombong di Johor sebagai perbandingan ) Bekalan makanan merupakan isu yang terpenting, maka Jepun
telah memusnahkan ladang-ladang getah dan digantikan dengan tanaman seperti padi, jagung, keledek, dan
ubi. Sebenarnya dasar yang diambil ini tidak begitu berjaya disebaliknya ia membangkitkan rasa kecewa
masyarakat Melayu kerana banyak tanah simpanan Melayu telah diserahkan kepada orang-orang Cina.
Malahan usaha yang dijalankan ini masih lagi tidak mencukupi kerana sehingga penyerahan kalah Jepun
masyarakat Tanah Melayu masih lagi menghadapi kekurangan makanan, terutama masyarakat bandar.

Kegagalan ini dapat dimengertikan kerana para penanam tidak menghargai wang. Nilai wang telah
jatuh begitu teruk. Perkara yang penting ialah bagaimana mereka dapat mengisikan perut dengan makanan.
Lagipun mereka tidak mempercayai sah laku wang Jepun yang dicetak secara berleluasa sehingga ada yang
tidak mempunyai nombor siri. Walaupun Jepun berusaha berkempen supaya masyarakat menabung, tetapi
masyarakat tidak perlukan wang, dan nilai wang yang diragui menyebabkan aktiviti ini tidak berkesan. Ini
kerana setiap pasukan tentera Jepun akan mencetak wang tanpa kawalan.

Kemajuan ekonomi biasanya dikaitkan dengan perkara-perkara berikut:

1. Banyaknya peluang pekerjaan.


Semasa zaman pendudukan Jepun keadaan ini disebaliknya. ( Rujuk jadual taburan pekerjaan
).
2. Kemakmuran bekalan
a. bahan makanan
b. kemudahan asas
c. pakaian dan bahan keperluan harian
d. taraf kesihatan
e. kadar kematian dan hidup
Semua keadaan ini tidak dinikmati oleh masyarakat Tanah Melayu
3. Tiadanya atau kurangnya aktiviti kecurian, penyorokan, dan penipuan oleh pengedar.
4. Tiada catuan bahan mentah. Wujudnya pencatuan makanan dibuktikan dengan adanya kad-
kad catuan makanan bagi setiap ahli keluarga.
5. Nilai wang tinggi. Dengan kata lain nilai inflasi berkurangan. Dalam zaman Jepun wang tidak
bernilai kerana tidak terdapat bahan yang boleh dibeli.
6. Ekonomi ekspot yang dipelopori oleh Inggeris bertukar kepada ekonomi sara diri, kerana
Jepun lebih menggalakkan petani menanam tanaman makanan . Mereka yang berbuat
demikian diberi imbuhan dan bantuan. Selain itu, ladang-ladang getah ditebang untuk
memberi laluan tanaman makanan.

Berdasarkan aspek pengukuran di atas Jepun sebenarnya gagal dalam menjana ekonomi Tanah Melayu dan
ini merupakan salah satu sebab mengapa Jepun akhirnya ditentang oleh masyarakat pribumi.

MALAYAN UNION

Ruang lingkup Kajian


1. Isi perlembagaan
2. Sebab digagaskan Malayan Union
3. Reaksi dan Sambutan
4. Proses pembentukan Malayan Union
5. Kesan terhadap orang Melayu
6. Penentangan Melayu terhadap Malayan Union

1. Isi Perlembagaan
1.1 Semua negeri-negeri Melayu Bersekutu, Tidak Bersekutu, negeri-negeri Selat , termasuk dalam
kesatuan kecuali Singapura.
1.2 Kewarganegaraan dalam Malayan Union diberikan kepada syarat berikut:
a) Setiap imigran yang menetap di Tanah Melayu antara 10 daripada 15 tahun
b) Mereka yang lahir di Tanah Melayu selepas gagasan Malayan Union layak menjadi
warganegara.
c) Selepas gagasan mereka yang masuk ke Tanah Melayu boleh menjadi warganegara setelah
tinggal selama 5 tahun.
1.3 Pemusatan kuasa kepada tangan kerajaan pusat. Kerajaan negeri dan sultan tidak mempunyai
sebarang kuasa.
1.4 Penubuhan Majlis Penasihat Melayu dengan dipengerusikan oleh Sultan bagi membincangkan
hal agama dan adat istiadat Melayu sahaja.

2. Sebab/Motif gagasan MU
2.1 Untuk menghukum bangsa Melayu yang tidak membantu Inggeris menentang Jepun dan
membalas jasa bangsa Cina yang banyak membantu Inggeris.
2.2 Pegawai British bimbang dengan cadangan beberapa pemimpin Melayu yang hendak bergabung
dengan Indonesia. Kesannya akan terbentuk negara yang berteraskan Melayu.
2.3 MU beri kecekapan dalam pentadbiran dengan menggabungkan semua negeri Melayu menjadi
satu entiti politik. Hasilnya kecekapan dalam pentadbiran dan meningkatkan kemajuan ekonomi
serta pertahanan serta kesamaan dalam kewarganegaraan bagi persediaan untuk bekerajaan
sendiri ( Hall, 1987 )
2.4 Membolehkan British mengawal dan menjaga kepentingan ekonominya di Tanah Melayu. Tanah
Melayu kaya dengan sumber bahan mentah untuk membangunkan British selepas hancur dalam
perang dunia kedua.

3. Reaksi dan Sambutan


3.1 Timbul kekhuatiran dan kesangsian terhadap kejujuran Inggeris.
3.1.1 Sebab timbul kekhuatiran.
a. Pelaksanaan MU menghilankan hak istimewa orang Melayu terutama dalam hal kuasa
Raja dan perkhidmatan pentabiran awam Tanah Melayu
Hak- hak istimewa Melayu yang mungkin hilang
I. Hak dalam pentadbiran
a. Keistimewaan dalam perkhidmatan awam ( Malayan Civil Service )
b. Bantuan pendidikan Melayu - MCKK dan MPSI
c. Perlantikan pegawai dalam pentadbiran oleh gabenor belum tentu memberikan
keadilan kepada bangsa Melayu.
ii. Hak dalam ekonomi
a. Khuatir mansuhnya Kanun Tanah Simpanan Melayu
b. Hilang keistimewaan untuk memperoleh tanah-tanah kerajaan
c. Menjadikan orang Melayu kelas kedua.

b. Khuatir akan kesan-kesan negatif daripada pelaksanaan MU seperti kerakyatan yang


menjadikan orang Melayu golongan minoriti. ( Lihat lain-lain kesan dalam perkara 5 )
c. Tidak bersetuju dengan motif penubuhan MU yang menyatakan orang Melayu tidak
membantu Inggeris menentang Jepun. Ini memberi pelung kepada kaum Cina untuk
mengambil alih peranan pembesar Melayu.
3.2 Membantah dan melancarkan demontrasi aman
3.3 Memboikot perlantikan gabenor MU

4. Proses pembentukan Malayan Union


4.1 Sir Harold Mac Michael ditugaskan untuk mendapatkan tanda tangan sultan-sultan Melayu
dengan paksaan. Jika enggan diturunkan takhta dan dituduh bersubahat dengan Jepun
4.2 Sultan tidak diberi peluang untuk berunding dengan penasihat serta ahli Majlis Mesyuarat
Negeri.
4.3 Sultan tidak dibenarkan melihat kertas putih mengenai gagasan MU kerana British telah
mengambil pengajaran daripada peristiwa sentralisasi iaitu tedapat bantahan daripada pembear-
pembesar Melayu mengenai kuasa dan kekuasaan Raja dan orang Melayu.

5. Kesan terhadap orang Melayu


5.1 Kewarganegaraan kaum Cina dan India setaraf dengan orang Melayu dan mereka menjadi
bangsa majoriti.
5.2 Menggugat politik dan ekonomi Melayu dengan mengikis dan menghilangkan hak istimewa
Melayu serta menambahkan jurang perbezaan kekayaan dan kemajuan antara Melayu dan bukan
Melayu. ( Lihat dalam kehilangan hak Melayu dalam ekonomi dan politik ).
5.3 Sultan tidak berkuasa lagi. Kuasa sultan dalam pentadbiran agama Islam dan adat istiadat
Melayu diambil alih oleh Gabenor Malaya Union. Sebagai contohnya perkara tentang zakat
fitrah dibincangkan bersama dan mesti mendapat kelulusan daripada gabenor.
5.4 Perlantikan ahli majlis mesyuarat dilantik oleh gabenor.
5.5 Tanah Melayu menjadi negara jajahan dan bukan naungan.
5.6 Terpisahnya Singapura sebagai sebuah negara yang berasingan dan boleh menjejaskan
kepentingan orang Melayu Singapura.
5.7 Memperlihatkan bahawa MMN dan MMP tidak mempunyai kuasa dalam menentukan arah
perjalanan pentadbiran negeri-negeri Melayu.
5.8 Wujudnya penyatuan dan perpaduan Melayu dalam UMNO serta gandingan tangan antara
UMNO dan Raja-raja Melayu.
5.9 Memperlihatkan kuasa rakyat dalam mempengaruhi raja supaya bertindak mengikut kemahuan
orang-orang Melayu. Ini menunjukkan kematangan dan kesedaran yang tinggi dalam
membangkitakan rasa nasionalisme Melayu di Tanah Melayu.

6. Penentangan Melayu terhadap Malayan Union


6.1 Menghantar memorandum kepada pejabat kolonial oleh Sultan Perak dan mengadu sikap Sir
Mac Michael.
6.2 Sultan Kedah menghantar telegram ke London membantah cara baginda dikehendaki
menandatangani perjanjian MU
6.3 Membawa kes ke mahkamah dengan melantik peguan John Foster.
6.4 Membuat petition kepada Raja England.
6.5 Membekalkan maklumat kepada bekas pegawai dalam MCS untuk berkempen di London.
Antaranya oleh Sir Frank Swetteham.
6.6 Adakan kempen di akhbar-akhbar di London terutama dalam London Times.
6.7 Sultan tidak mengakui tanda tangan yang diturunkan dan menarik balik persetujuan.
6.8 Pemboikotan pelantikan gebenor MU - Edward Gent dan Malcolm MacDonal sebagai Gabenor
General oleh pembesar-pembesar, sultan dan rakyat Tanah Melayu.
6.9 Penganjuran demontrasi aman, berkabung, dan penyatuan Melayu dalam UMNO.
6.10 Menggagaskan terma baru MU dan fungsinya seperti perlembagaan 1948.
6.11 Menghantar pemimpin Melayu ke London untuk menjelaskan penentangan dan rasa tidak puas
hati terhadap cara Mac Michael.
6.12 Persatuan Melayu Johor tidak mengakui Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor kerana telah
melanggar Fasal 15 Undang-undang Tubuh Negeri Johor - iaitu Raja tidak boleh membuat
sebarang perjanjian tanpa mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Negeri. Jika tidak perlakuan
itu pecah amanah dan boleh dihukum.
6.12 Sultan Selangor membantu Kesatuan Melayu Selangor dari segi kewangan dan moral.

7. Sebab kegagalan MU
7.1 Tidak ada sokongan daripada orang-orang Melayu
7.2 Konsep yang tidak menguntungkan Melayu
7.3 Kesan politik antarabangsa seperti peristiwa perang dingin: Komunis - Kapitalis dan bantahan
Russia terhadap penubuhan MU- memperlihatkan wujudnya unsur regim lama sebelum perang
dunia ke-2. Ini melanggar piagam PBB yang hendak memberikan kemerdekaan kepada negara-
negara yang berkemampuan berbuat demikian.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Ruang lingkup kajian

1. Isi perlembagaan
2. Kesan , keistimewaan, dan pembandingan dengan Malayan Union.

Perbincangan

1. Isi perlembagaan
1.1 Raja dikembalikan hak kedaulatan negeri dan berkuasa memerintah dengan syarat mesti
mengikut nasihat Inggeris seperti sebelum MU.
1.2 Singapura masih kekal berasingan dan dijadikan crown colony.
1.3 Konsep kesatuan digantikan dengan persekutuan dengan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya
Tinggi, Majlis Undangan dan Majlis Kerja. Majlis Kerja terdiri daripada beberapa orang pegawai
rasmi dan selebihnya diplih daripada pelbagai peringkat bangsa yang menjadi ahli tidak rasmi.
Majlis undangan terdiri daripada 15 orang pegawai rasmi dan 61 orang tidak rasmi yang
dipecahkan kepda kuantiti berikut;
a ) Melayu 31 orang
b) Eropah, Cina, India ,dan Nasrani 30 orang.
1.4 Syarat kewarganegaraan bertambah ketat dengan syarat berikut:
a) Syarat tinggal di Tanah Melayu sekurang-kurangnya lima belas tahun semasa tempoh dua
puluh lima tahun sebelumnya.
b) Mengakui mengenai penempatan kekal dan berkebolehan berbahasa Melayu atau Inggeris.

2. Kesan dan keistimewaan


Persekutuan Tanah Melayu 1948 banyak mencorakkan keistimewaan kepada orang-orang Melayu.

Aspek-aspek keistimewaan ini dapat dilihat daripada aspek-aspek yang berikut:

2.1 Menentukan orang-orang Melayu masih menjadi warganegara yang majoriti dan ini
memperlihatkan orang-orang Melayu masih menguasai politik negara. Keadaan ini berbeza
dengan kedudukan orang Melayu dalam perlembagaan Malayan Union, jika MU diteruskan oleh
British.
2.2 Penguasaan politik ini dapat dilihat melalui penguasaan kuasa dalam Majlis Kerja dan Majlis
Undangan. Jika dibandingkan dengan MU, orang-orang Melayu tidak menguasai kuasa
perundangan sebaliknya ia tertumpu kepada orang-orang bukan Melayu dan British. ( Lihat
perkara 1.3 sebagai hujah tambahan ).
2.3 Kedaulatan raja-raja Melayu terjamin dan ini memastikan kedudukan adat istiadat Melayu dan
urusan agama Islam masih ditadbirkan oleh orang-orang Melayu. Aspek ini walaupun ditekankan
dalam MU, tetapi pelaksanaannya raja-raja Melayu tidak berkuasa. Ini menyebabkan urusan
pentadbiran agama dijalankan oleh Gabenor Malayan Union. Secara khususnya maruah dan
kesucian agama tidak tercemar dengan penguasaan raja dalam aspek ini.
2.4 Kuasa raja bukan setakat terbatas dalam pentadbiran agama, tetapi dalam menentukan kuat
kuasa undang-undang yang digubal oleh Majlis Kerja. Tanda tangan dan pandangan serta
persetujuan raja penting bagi mengesahkan penggubalan undang-undang. Jika tidak, undang-
undang yang digubalkan tidak boleh dikuatkuasakan. Keadaan ini tidak berlaku dalam
perlembagaan MU, di mana kuasa menentukan kuat kuasa undang-undang terletak pada Majlis
Kerja dan gabenor sahaja.
2.5 Perlembagaan ini menjadi asas kepada perubahan-perubahan dan perkembangan perlembagaan
seperti pelaksanaan Sistem Ahli, pilihanraya bandaran 1955, dan kewujudan perlembagaan PTM
yang merdeka. Aspek-aspek ini memberi peluang kepada orang-orang Melayu mendapatkan
latihan pentadbiran bagi bekerajaan sendiri dan akhirnya mencapai kemerdekaan.
2.6 Perlembagaan 1948 juga mengakui kedaulatan Bahasa Melayu yang akhirnya menjadi bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan walaupun perkara ini menjadi bahan tolak ansur dengan
kepimpinan bukan melayu dalam parti Perikatan. Hal ini dapat diperhatikan dalam pemberian
taraf kewarganegaraan yang menghendaki orang-orang bukan Melayu boleh bertutur dalam
bahasa Melayu sebelum mereka diiktiraf menjadi warganegara Tanah Melayu. Yang penting
dalam hal ini ialah penerimaan Inggeris untuk mengiktiraf bahawa semua warga Tanah Melayu
mesti boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Jika dilihat dari aspek bahasa perkara ini tidak
menjadi asas penting kepada penerimaan seseorang individu untuk menjadi warganegara Tanah
Melayu.
2.7 Jika dilihat dari sudut syarat-syarat kewarganegaraan PTM 1948 lebih menjaga kepentingan
Melayu dan menjadikan orang Melayu kaum majoriti. Hal ini kerana bagi orang bukan Melayu
yang ingin menjadi warganegara dikehendaki melalui syarat yang ketat tidak seperti yang ada
dalam Malayan Union.

DARURAT 1948 – 1960 dan PERKEMBANGAN PKM

Ruang lingkup kajian

1. Sebab berlaku darurat dan pemberontakan senjata oleh PKM.


2. Langkah dan tindakan mengatasi.
3. Kesan kepada masyarakat.
4. Kegagalan perjuangan PKM dalam darurat.

1. Sebab-Sebab Berlakunya Darurat

1.1 Faktor dalam negeri yang melibatkan tindakan kerajaan British terhadap PKM

1.1.1 Kegagalan perjuangan MDU yang didalangi oleh PKM


mempengaruhi kerajaan British bagi memasukkan Singapura ke
dalam MU serta penolakan British terhadap gagasan MDU dalam
gabungan AMCJA-PUTERA untuk menggantikan perlembagaan
MU dengan perlembagaan Rakyat.
1.1.2 Tindakan British yang melihat MDU yang bergabung dengan organisasi politik
yang membentuk PMCJA dan kemudian bergabung dengan PUTERA digunakan
oleh PKM untuk menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis di kalangan
masyarakat serta penggunaan kesatuan buruh seperti GLU kemudian diluaskan
ke seluruh Tanah Melayu dengan nama baru PMGLU dan seterusnya PMFTU
bagi mewujudkan kekacauan dan melancarkan mogok-mogok diseluruh Tanah
Melayu dan Singapura. Tindakan ini menyebabkan British meminda undang-
undang Buruh dengan mensyaratkan setiap pemimpin kesatuan perlu bekerja
dalam bidang kesatuan tersebut.
Selain daripada tindakan pindaaan itu British juga meluluskan undang-undang
seperti Trepass Law yang melarang pemimpin buruh daripada menemui ,
berucap dan mengorganisasikan pekerja-pekerja.

Begitu juga semua keatuan buruh perlu didaftarkan bagi memudahkan kerajaan
mengawal pergerakan dan tindakan kesatuan buruh. Berikutan itu Ordinan
Persatuan 1947 dikuatkuasakan. Mulai 1948 kerajaan British telah mengetatkan
lagi Ordinan Persatuan dengan melarang kesatuan sekerja mencarumkan yuran
keahlian kepada peringkat pusat. Selain itu, Ordinan Hasutan dan Buang Negeri
juga dikuatkuasakan.

Sebagai kesan daripada perubahan ini PKM kehilangan:

a) Pengaruh dan gagal menyebarkan ideologinya di kalangan pekerja buruh.


b) Kehilangan sumber kewangan yang disebabkan kepimpinan kesatuan buruh
bukan lagi dibawah telunjuk PKM.
c) Kegagalan dalam memperluas pengaruh dan ideologi menyebabkan PKM
kehilangan satu cara bagi mencari kader-kader baru. Ini boleh menyekat
perjuangan komunis.
d) PMFTU juga kehilangan rakan gabungan apabila kesatuan-kesatuan yang
berlainan iktisas dilarang daripada bergabung menjadi persekutuan dan ini
melemahkan juga kekuatan PMFTU.
e) Daripada tindakan perundangan ini memperlihatkan kegagalan strategi
Barisan Bersatu dan jalan lain bagi menghidupkan pengaruh dan matlamat
PKM ialah penentangan bersenjata.

1.1.3 Tindakan kerajaan British yang meminta setiap anggota MPAJA meletakan
senjata dan seterusnya tidak mengikiraf perjuangan MPAJA/PKM bagi
memerdekaan Tanah Melayu.

1.1.4 Kegagalan menggunakan strategi Barisan Bersatu di mana komunis cuba


mempergunakan golongan nasionalisme bagi mendapatkan pengaruh dan
menyebarkannya. Dalam aspek ini kegagalannya dapat dilihat apabila British
meminta MPAJA meletakkan dan menyerahkan senjata. Tindakan MPAJA yang
menyembunyikan kebanyakan senjata ini menjadikan ia satu organisasi yang
dicurigai British.

1.2 Faktor luaran seperti pengaruh dan perubahan politik dunia selepas perang dunia kedua.

1.2.1 Berikutan daripada Perseidangan Pemuda Calcutta dan persidangan parti


Komunis India di Calcutta dikatakan sebagai pencetus kepada idea
pemberontakan . Ini berikutan daripada pertemuan antara Chin Peng dengan
wakil PKC yang menggalakkan PKM melakukan pemberontakan. Lagipun
persidangan ini telah ditaja oleh organisasi yang pro komunis iaitu WFDY –
World Federation of Democratic Youth dan IUS – International Union of
Student.

1.2.2 Berlakunya perubahan perkembangan politik antarabangsa yang menyaksikan


pertentangan antara golongan komunis dan kapitalis ataupun perseteruan antara
AS dan Russia. Hal ini dapat dijelaskan apabila pihak AS dan sekutunya cuba
menyekat pengaruh komunis daripada berkembang ke Eropah Barat, Jepun, dan
Asia Tenggara dengan banyak memberikan bantuan kewangan kepada negara-
negara ini, terutama negera-negara Eropah dan Jepun bagi memulihkan ekonomi
mereka. Hal ini dapat dlihat daripada rancangan Truman Doctrine dan Marshall
Plan. Bagi Komunis pemulihan ekonomi ini boleh menghalang dan
menghancurkan cita-cita mereka bagi mengkomuniskan dunia. Keadaan ini juga
berlaku di Tanah Melayu yang memperlihat kesungguhan British memulihkan
keadaan yang teruk semasa pendudukan Jepun. Bagi menyelesaikan masalah,
PKM dikatakan mendapat arahan daripada Moscow bagi melancarkan
penentangan bersenjata.

1.2.3 Peranan yang dimainkan oleh Lawrence Sharkey wakil Parti Komunis Australia
yang singgah untuk menghadiri sidang Pleno Keempat Jawtankuasa Pusat PKM
yang mengkritik dasar yang dijalankan oleh PKM dan pandangan Zhadanov
yang menyatakan dunia kini telah terbahagi kepada dua kem iaitu kapitalis dan
komunis. Berikutan daripada itu Jawatankuasa Pusat PKM telah memutuskan
bahawa bagi mencapai kemerdekaan ia perlu dijalankan dengan cara Perang
Revolusi Rakyat dan PKm adalah pemimpinnya, strategi perjungan perlu diubah
daripada serah diri kepada perjuangan yang lebih militan, dan disiplin dalam
PKM perlu diperketatkan lagi.

1.2.4 Kegagalan konsep Barisan Bersatu iaitau satu strategi Komunis antarabangsa
mendapatkan pengaruh dan tempat di kalangan masyarakat. Satu cara tipu helah
bagi menghalalkan perjuangan komunis dalam negara. PKM gagal dalam
strategi ini apabila British bertindak mengharamkan PKM dan ini melatakkan
PKM dalam keadaan terdesak. Ia akhirnya dinasihatkan untuk menukarkan cara
perjuangan ke arah penentangan bersenjata sebelum kerajaan dapat meyakinkan
masyarakat bagi penerimaan konsep demokrasi dan kapitalis.

2. Langkah-langkah mengatasi.

Tindakan yang diambil oleh British seperti:

2.1 Rancangan Brigg


2.1.1 Memindahkan dan menempatkan semula penduduk setinggan dan pinggir hutan ke
kampung-kampung baru yang mempunyai kawalan keselamatan yang lebih terjamin.
Hal ini bertujuan komunis daripada mendapat bantuan daripada penduduk-penduduk
ini seperti bantuan makanan, maklumat, senjata, dan anggota baru.
2.1.2 Gerakan ini juga memutuskan perhubungan antara barisan depada dan institusi Min
Yuen yang menjadi pembekal maklumat dan saraan kepada barisan depan komunis.
2.2 Mewujudkan Polis Khas ( Special Branch )
2.1.1 Bagi menyekat pemberontakan komunis kerajaan British telah merekrut seramai 25
ribu polis biasa dan 24 ribu polis khas. Kejayaan terpenting ialah wujud pasukan polis
cawangan khas yang menjalankan operasi mereka melalui gerakan internal-
subversion, internal revolution, dan counter-espionage. Kejayaan besar pasukan ini
ialah penangkapan seorang agen komunis yang bernama Lee Meng, merupakan
seorang orang penting Chin Peng dalam menerima dan mengutuskan utusan daripada
unit rahsia komunis.
2.3 Teknik Perang Urat Saraf
2.3.1 Dilancarkan oleh Sir Gerald Templer dikenali dengan Operasi Perang Urat Saraf
dengan tujuan mempengaruhi hati dan pemikiran masyarakat terhadap kerajaan yang
sedia ada. Dasar ini merupakan satu dasar Mao yang tidak dipatuhi oleh PKM. Ini
diambil peluang oleh Templer bagi melancarkannya terhadap PKM.
2.3.2 Antara tindakan yang diambil ialah dengan meancarkan voice aircraft iaitu rakaman
suara bekas-bekas komunis yang telah menyerah diri serta menggugurkan risalah
supaya gerila komunis menyerah diri. Selain itu tindakan beliau mengistiharkan Safe
Conduct Passes, iaitu satu cara kerajaan memberikan layanan dan pengawasan
kesihatan yang baik kepada mereka yang meyerah, dan Reward Pardon , iaitu satu
langkah memberikan hadiah kepada penduduk yang membantu kerajaan untuk
menangkap Komunis atau berjaya memujuk komunis untuk menyerah diri.
2.3.3 Melancarkan ketertiban undang-undang terhadap penduduk supaya menyokong
kerajaan , jika tidak , meraka akan dikenakan collective punishment iaitu dengan
menutup kedai-kedai dan menambahkan masa perintah berkurung.
2.3.4 Templer juga mewujudkan kawasan hitam dan putih bagi menggalakkan masyarakat
membantu kerajaan dan mendapat kehormonian hidup dan bebas daripada perintah
berkurung.
2.3.5 Selain itu Templer juga mempekenalkan kada pengenalan, menambahkan peratusan
orang cina untuk mendapatkan kewarganegaraan daripada 10% kepada 55%,
mewujudkan Special Operational Volunteer Force yang dianggotai oleh bekas komunis
bagi menentang PKM, membentuk Good Citizen Committee- menjalankan perang
saraf dan perarakan anti komunis, dan Templer juga menjalankan kegiatan lawatan ke
hospital, mendidirkan dewan orang ramai, dan mewujudkan perhubungan mesra
dengan masyarakat.
2.4 Tawaran penyerahan diri dan pengampunan
2.4.1 Penyerahan pertama semasa diadakan runding Baling pada tahun 1955 Tunku Abd
Rahman menawarkan pengampunan kepada ahli PKM. Tawaran tersebut dibebaskan
dan diampunkan daripada tuduhan membunuh dan mereka yang masih berpegang pada
fahaman komunis akan dihantar ke Cina.
2.4.2 Tawaran kedua di tawarkan pada tahun 1957 semasa negara mendapat kemerdekaan
dan dijanlankan selama 8 bulan dengan kaedah tawaran yang sama.
2.5 Menambahkann kekuatan angkatan bersenjata dan polis.
2.5.1 Penubuhan Home Guard dan pembekalan senjata-senjata terkini telah banyak
membantu kerajaan British menentang komunis dengan mengawal kampung-kampung.
Pasukan askar melayu diperbesar daripada 4 batalion kepada 6 batalion. Pasukan
tentera udara ditambah dengan satu skuadran penggempur. Pasukan tentera laut pula
menyerang kedudukan komunis di pinggir-pinggir sungai. Pasukan tentera ini juga
mendapat bantuan daripada pasukan polis Palestin dan Force 136.
2.6 Mewujudkan dan meminda undang-undang buruh yang nelibatkan kasatuan sekerja.
2.6.1 Setiap kesatuan buruh dikehendaki mendaftarkan pertubuhan mereka kepada pendaftar
pertubuhan.
2.6.2 Kepimpinan kesatuan hendaklah mereka yang bekerja dalam bidang kesatuan yang
diwakili.
2.6.3 Kepimpinan yang telah didakwa dan didapati bersalah tidak dibenarkan memimpin
kesatuan sekerja.

3. Kesan terhadap masyarakat

3.1 Mewujudkan satu perikatan parti-parti politik yang memperjuangkan kepentingan bersama –
Parti Perikatan, gabungan UMNO, MCA, dan MIC.
3.2 Menampakkan pertelagahan kaum antara Melayu – Cina. Semasa darurat ramai orang-orang
Melayu telah dibunuh oleh PKM sebagai membalas dendam terhadap mereka kerana
menyokong Jepun. Hal ini terutamanya dihadapi oleh bekas anggota PETA dan PUTERA.
3.3 Kesengsaraan ekonomi dan pembunuhan terhadap masyarakat dan individu-individu tertentu
seperti pembunuhan Sir Henry Gurney, dan pengurus-pengurus ladang berbangsa Eropah. Hal
ini menjejaskan masyarakat untuk mencari sara hidup yang begitu banyak bergantung kepada
hasil pertanian seperti getah.
3.4 Perpindahan masyarakat ke kampung-kampung baru seperti dalam Rancangan Brigg.
3.5 Kewujudan gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan
Brunei. Walau bagaimanapun Brunei telah menarik diri daripada gagasan ini.
3.6 Wujudnya kawasan-kawasan hitam yang menjejaskan keharmonian masyarakat dan terbatasnya
kegiatan-kegiatan ekonomi.
4. Sebab Kegagalan PKM/Darurat.

4.1 Kelemahan Organisasi PKM dapat dilihat dari sudut aspek berikut:
a. Kegagalan menyekat perpaduan , berlaku perpecahan dalam parti.
i. Selepas perang sebahagian ahli MPAJA – PKM menyerah diri dan berbalik
kepada pangkuan masyarakat. Hal ini mengurangkan jumlah ahli dan kekuatan
PKM . Ramai antara ahli yang masih setia ialah orang Cina. Wujud rasa tidak
puas hati di kalangan ahli Melayu yang merasakan mereka dipinggirkan.

b. Strategi yang tidak bersesuaian dengan kehendak masyarakat.


i. Strategi PKM dengan membalas dendam terhadap mereka yang menganggotai
pasukan keselamatan Jepun seperti Kempetei, Putera, dan PETA dipandang
masyarakat sebagai golongan yang berbahaya. Lebih-lebih lagi kebanyakan
mereka terdiri daripada orang Melayu.
ii. Keadaan ini akhirnya memperlihatkan PKM menjadi organisasi yang
didominasikan oleh orang-orang Cina. Hal ini menjadi keraguan kepada
perjuangan orang Melayu untuk menyokong PKM.
iii. Mereka gagal dalam mempertahankan kawasan yang telah dikuasai sehingga
menyebabkan mereka tidak empunyai satu pangkalan yang kukuh bagi
menggerakkan jentera propaganda sama ada dari segi politik, ekonomi, atau
sosial. Dengan kata lain strategi untuk mencantumkan kesemua kawasan yang
dikuasai oleh askar-askar yang menyerang ladang-ladang, Min Yuen dan askar-
askar mahir yang menyerang kedudukan British gagal disatukan.

c. Masalah kewangan dan Kelemahan kepimpinan tertinggi PKM


i. Lai Teck Setiausaha Agong PKM melarikan sejumlah wang tabungan PKM .Usaha ini
mengurangkan kemampuan PKM untuk bergerak dengan lebih berkesan.
ii. Masalah kewangan PKM diburukkan lagi dengan sekatan oleh pemerintah supaya
kesatuan buruh diterajui oleh orang yang berkhidmat dalam pekerjaan tersebut.
iii. Orang bawahan melihat bahawa kepimpinan PKM boros serta telah menyalahgunakan
kewangan serta bertindak biadap terhadap ahli sendiri sama ada dengan cara merampas
isteri ahli serta tidak menghormati seperti yang dibentangkan dalam ghost letter.
Keborosan dan korup kepimpinan PKM dapat dijelaskan oleh Pye (1957) seperti
dinyatakan oleh ahli yang tertangkap:

“ Apakah yang telah terjadi dengan wang yang telah kita kumpulkan. Saya lihat mereka
ialah manusia korup. Mereka menjadi kaya dan membeli ladang-ladang getah untuk
diri mereka. Kepimpinan atasan semakin boncit dan semua hak organisasi telah
menjadi hak mereka.”

d. Kebergantungan terhadap Min Yuen dalam menyebarkan propaganda.

e. Pendekatan mencari pengaruh yang menakutkan masyarakat.


i. Kepimpinan PKM adalah terdiri daripada golongan bourjois bandar. Sedangkan
masyarakat yang dikehendaki sebagai penyokong ialah golongan petani desa yang
menjalankan pertanian sara diri. Teknik PKM yang memusnahkan sumber ekonomi
mereka dengancara menakutkan mereka, membunuh dan memusnahkan sumber
tersebut menjadikan masyarakat membenci dan tidak menyokong PKM.
ii. Keadaan ini sebenarnya melemahkan organisasi kerana PKM akhirnya tidak dapat
merekrutkan kader-kader komunis dan terbatasnya pergerakan gerakan Min Yuen
dalam mencari pengaruh di kalangan masyarakat.

f. Perjuangan yang tidak jelas. Objektifnya tidak dikongsi bersama dengan orang-orang
Melayu. Alimin salah seorang pegawai tertinggi PKI menyatakan sekirannya PKM tidak
dapat mempengaruhi orang Melayu maka perjuangan mereka akan gagal. Hal ini
menyebabkan PKM gagal mempengaruhi orang Melayu untuk berjuang dalam PKM.

4.2 Tindakan yang diambil oleh British seperti:


a. Rancangan Brigg
b. Mewujudkan Polis Khas ( Special Branch )
c. Home Guard
d. Teknik Perang Saraf
e. Tawaran penyerahan diri dan pengampunan
f. Menambahkann kekuatan angkatan bersenhata dan polis.
g. Mewujudkan dan meminda undang-undang buruh yang nelibatkan kasatuan sekerja.

4.3 Kejayaan dalam memperoleh kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.

PEMBENTUKAN MALAYSIA

Ruang lingkup Kajian:

1.Sebab pembentukan
2.Proses pembentukan
3.Kesan pembentukan

Sebab pembentukan

1. Menghalang perkembangan Komunis


a. wujud keadaan yang tidak menentu di Singapura yang memperlihatkan kegiatan subversif dan
komunis begitu kuat.
b. kekuatan puak kiri yang boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu
c. Sebagai bukti sejak pilihanraya 1948 di Singapura, puak kiri semakin menguasai politik
Singapura.
d. Bagi mengekang masalah ini Inggeris sentiasa memberikan pengawalan keselamatan kepada
Singapura sehingga 1958 dan apabila Singapura diberi peluang berkerajaan sendiri. Pengawalan
ini berterusan sehingga 1963, tamat tempoh masa bekeraajaan sendiri.
e. Tanah Melayu bimbang Singapura akan diperintah komunis apabila ia menuntut kemerdekaan
dari Inggeris pada 1963.

2. Memperteguh keselamatan
a. Ancaman komunis boleh menggugat Tanah Melayu dan wilayah serantau berdasarkan aspek
berikut:
I. Kebangkitan Komunis di Indo Cina dan konsep teori Domino.
ii. Penguasaan PKI dalam pentadbiran Soekarno di Indonesia.
iii. Tanah Melayu melihat sendiri kebangkitan komunis yang tewas dalam darurat 1948-1960.
iv Penguasaan komunis yang didominasi oleh etnik Cina dan Singapura merupakan wilayah
yang mempunyai penduduk etnik Cina yang ramai.
b. Bagi menjamin keselamatan Tanah Melayu kemasukan Singapura, Sabah, Sarawak ,dan Brunei
akan dapat memperteguhkan keselamatan dan pengawalan apabila Inggeris berundur dari negeri-
negeri tersebut, terutama Singapura yang dijangka menuntut kemerdekaan pada 1963. Ini
berasaskan keupayaan dan pengalaman Tanah Melayu mengekang pengaruh komunis pada 1960.

3. Menjamin pemerintahan sendiri kepada Sabah, Sarawak, Singapura ,dan Brunei seterusnya ke arah
kemerdekaan dalam Malaysia.
a. Mempercepatkan kemerdekaan bagi keempat-empat buah negeri ini untuk mencapai
kemerdekaan.
b. Dijangkakan juga persetujuan Lee Kuan Yew dengan gagasan Malaysia adalah diandaikan
bahawa Singapura mungkin menghadapi kesukaran menuntut kemerdekaan yang dijangkakan
pada 1963 daripada Inggeris jika dibandingkan daripada Malaysia. Ucapan Lee dalam
persetujuannya membentuk gagasan Malaysia:

“ ... Perisytiharan Tunku Abd Rahman itu sepatutnya dapat


mempercepatkan kemajuan dan perkembangan politik ke arah
kemerdekaan sepenuhnya untuk kita.” ( Mokhtar A.Kadir , 1991 )

c. Keadaan ini dapat dilihat daripada persengketaan antara Lee Kuan Yew dengan Kuala Lumpur
dalam mencari pengaruh di kalangan pengundi Cina serta menafikan dominan MCA.

4. Kedudukan ekonomi yang stabil


a Pembentukan Malaysia menguntung semua pihak. Seperti juga dalam Persekutuan 1896, negari
kaya membantu negeri miskin. Dalam Malaysia hasil bumi yang tidak seimbang membolehkan
negeri kaya seperti Brunei, dan Singapura membantu rakan-rakan di Sabah dan Sarawak yang
masih mundur.
b. Keselamatan yang terjamin juga membantu hubungan dagangan dengan negara luar berjalan
lancar.
c. Keadaan ini membolehkan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan secara beterusan.
d. Ini juga mungkin satu konsesi politik dan ekonomi, di mana negeri-negeri ini mendapat
kebebsan penjajahan dan Tanah Melayu diberi peluang menguatkan ekonominya dengan bantuan
negeri-negeri kaya. Ini dibuktikan lagi dengan kelewatan Brunei memperoleh kemerdekaan
daripada Inggeris sehingga 1987.

5. Cita-cita politik pemimpin PAP Lee Kuan Yew bagi menguasai Malaysia dengan konsep Malaysia
Malaysia yang menjuruskan kepada pertentangan Melayu - bukan Melayu.
a. Lee Kuan Yew merupakan pemimpin yang mempunyai cita-cita yang besar. Dengan kemasukkan
Singapura dalam gagasan Malaysia, Lee Kuan Yew cuba untuk menengelamkan peranan MCA
yang lebih bersifat sederhana dan perjuangkan kesederhanaan dan kehormonian kaum.
b. Keadaan ini dapat dilihat dalam pilihanraya 1964 PAP menenangi 37 daripada 51 kerusi.
Akhirnya ia menuntut untuk membentuk kerajaan campuran walaupun dalam konsesi dan
persetujuan antara Lee dan Tunku Singapura hanya boleh diwakili oleh 15 ahli parlimen ke
Kuala Lumpur.
c. Kegagalan untuk menyakinkan Tunku Abd Rahman akan reputasi PAP Lee Kuan Yew telah
menubuhkan Malaysia Solidarity Convention iaitu perikatan parti-parti pembangkang yang
majoritinya keturunan Cina. Selain daripada itu Kuan Yew juga melaungkan slogan Malaysian
Malaysia untuk mencabar UMNO dan perikatannya.
d. Keadaan ini sebenarnya untuk menguji kemampuan dan kekuatan PAP bagi mendapatkan lebih
banyak pengaruh dan kuasa serta melemahkan perikatan UMNO. MCA, dan MIC.

Proses Pembentukan Malaysia

Proses yang dijalankan

1. Secara rundingan dan permuafakatan serta pemberian konsesi kepada Singapura, Sabah , dan
Sarawak.
2. Persetujuan daripada semua pihak, Komanwel, negeri-negeri terlibat, dan Inggeris
3. Mendapatkan pengesahan daripada Parlimen Tanah Melayu, Inggeris, Dewan Perhimpunan
Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Borneo Utara.
4. Mendapatkan perkenan Baginda Queen dengan memperkenankan Akta Malaysia di London dan Rang
Undang-undang Malaysia oleh Yang Dipertuan Agong di Kuala Lumpur.
5. Berlaku pertentangan daripada Indonesia dan Fillipina di adakan pungutan suara rakyat melalui
Suruhanjaya Cobbold. Di Singapura diadakan referendum dan pendapat umum - 71.7 % bersetuju.

Latar belakang dan kronologi pembentukan Malaysia

27.05.1961 Tunku Abd Rahman membuat pengumanan.


03.06.1961 Mendapat reaksi yang positif daripada Lee Kuan Yew
27.07.1961 Perbincangan gagasan dalam mesyuarat persatuan Komanwel dan bersetuju
membentuk Jawatankuasa Perundingan Perpaduan ( SCC ). Dipengerusikan oleh
Donal Stephen.
16.10.1961 Tunku membentangkan konsep Malaysia di Parlimen.
20.11.1961 Rundingan di London bagi mendapat persetujuan Britain mengenai penggabungan
Singapura dan Tanah Melayu dan dibentuk pada 31 Ogos 1963.
Suruhanjaya bebas Cobbold ditubuhkan.
Menteri Luar Indonesia Dr. Subandrio juga menyokong penubuhan Malaysia di
PBB.
Awal Tahun SCC menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
1962 Suruhanjaya Cobbold membuat pungutan suara di Sabah dan Sarawak.
23.10.1962 Lee Kuan Yew menenmui Tunku Abd. Rahman mengenai penubuhan Malaysia.
Jun 1962 Laporan pungutan suara diumumkan.
Febuari Pemerintah Indonesia menarik balik sokongan dan wujud dasar konfrantasi.
1963 Fillipina membantah dan menuntut Sabah kepada British. Kerajaan British
menolak tuntutan tersebut.
16.08.1963 U Thant menghantar pasukan khas PBB bagi menjalankan pungutan suara di
Sabah dan Sarawak. Dianggotai juga oleh wakil Indonesia dan Fillipina.
13.09.1963 Pasukan khas PBB melaporkan hasil tinjauan dan mengesahkan kedua-dua rakyat
Sabah dan Sarawak bersetuju bergabung dalam Malaysia.
16.09.1963 Malaysia ditubuhkan tanpa kemasukan Brunei.

Tujuan SCC

1. Mengumpul maklumat , pandangan, dan pendapat orang ramai mengenai rancangan penubuhan
Malaysia.
2. Memberi penerangan tentang soal-soal yang berkaitan dengannya.
3. Bersetuju dan mengadakan dan menggalakkan perbincangan tentang negara baru melalui
percantuman.
4. Menyatukan kegiatan yang boleh menggalakkan dan mempercepatkan penubuhannya.
5. Menyerahkan hasil dapatannya kepada Suruhanjaya Cobbold.

Kesan Pembentukan Malaysia

1. Konfrantasi Malaysia-Indonesia
a. Operasi Ganyang Malaysia dilancarkan oleh Indonesia
b. Terlerai ikatan persaudaraan Melayu
c. Berlaku pencerobohan tentera Indonesia terhadap Malaysia di Pontian, Segamat, Kesang, Muar,
dan Sarawak

2. Kewujudan negara baru dan pembebasan Singapura, Sabah, dan Sarawak daripada penjajahan
Inggeris dan pergeseran politik Kuala Lumpur - Sabah, Sarawak, dan Singapura..
a. Wujud parti politik pro-Kuala Lumpur - Perikatan Sabah, dan Perikatan Sarawak.
b. Di Sabah, Donald Stephen telah dilucutkan jawatan dan digantikan dengan Datu Mustapa Harun.
c. Di Sarawak, Stephen Kalong Ningkan digantikan dengan Tawi Seli.

3. Pertelagahan kepimpinan Singapura-Malaysia.


a. Wujud pertentangan kaum - rusuhan dan pergaduhan Melayu-Cina 1964 di Singapura.
b. Kempen Malaysian Malaysia dilancarkan oleh PAP.
c. PAP cuba menguasai politik Cina dengan mengketepikan MCA.

4. Bantahan daripada Fillipina-Indonesia


a. Tuntutan-tuntutan daripada Fillipina dan Indonesia dibuat di peringkat antarabangsa.
b. Gabungan dalam ASA berkubur.
c. Gabungan Maphilindo tertangguh.

5. Hubungan diplomatik terputus.


a. Kedutaan Malaysia di Fillipina diturunkan ke taraf konsul sahaja.
b. Di Indonesia kedutaan Malaysia tidak diiktiraf sebagai Malaysia, tetapi diiktiraf sebagai
kedutaan Tanah Melayu.

6. Wujud konsesi-konsesi untuk Sabah, Sarawak, dan Singapura. Antara yang terpenting..
a. Sabah dan Sarawak
I. Kedua-dua negeri akan diberi kuasa atas imigresen termasuk juga mengenai warganegara
Malaysia dari negeri-negeri lain.
ii. Bahasa Melayu akan diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan akan tetapi bahasa Inggeris akan
terus digunakan sebagai bahasa pengantar dan sebagai bahasa rasmi bagi kerajaan negeri
sehingga Dewan Undangan Negeri memutuskan sebaliknya.
iii. Islam akan menjadi agama rasmi akan tetapi agama-agama lain boleh dikembangkan.
iv. Rakyat bumiputera daripada kedua-dua negeri boleh menikmati hak-hak istomewa sama
seperti hak-hak yang dinikmati oleh orang Melayu di Tanah Melayu.
v. Peraturan kerwangan akan dibuat untuk menjamin dana Persekutuan untuk pembangunan
negeri.
vi. Satu perkhidmatan awam persekutuan bagi kedua-dua negeri itu akan ditubuhkan supaya
pegawai-pegawai dagang boleh dikekalkan sehingga ada sebilangan pegawai tempatan
yang cukup terlatih untuk menggantikan pegawai dagang itu.

b. Singapura
I. Singapura akan mengekalkan pelabuhan bebasnya.
ii. Diberi autonomi dalam bidang pendidikan dan perburuhan.
iii. Mendapat sebahagian besar hasilnya bagi perbelanjaan dalam kedua-dua bidang tersebut.
iv. Dipersetujui bahawa perwakilan Singauran dalam Dewan Rakyat Persekutuan akan
dihadkan seramai 15 orang sahaja.

Rujukan:

Barbara Watson dan Leornad Y. Andaya ( 1982 ) Sejarah Malaysia, MacMillan Publishers, Kuala
Lumpur, Bab 7.

Mokhtar A.Kadir ( 1991 ) Keamanan Sejagat: Peranan Malaysia dalam Politik Antarabangsa,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Bab 2.
Kemerdekaan Tanah Melayu

Ruang lingkup kajian:

1. Proses kemerdekaan
2. Cara dan tindakan

Anda mungkin juga menyukai